Tuesday, April 8, 2008

Putting the cart before the horse?

The National Sports Institute (ISN) was quick to respond to the Marlborough College offer to provide a roof and the necessary assistance ahead of and during the London Olympics in 2012.

Its DG Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz issued a statement on Apr 7 saying that the offer was a positive initiative which would benefit our athletes.

Trouble is, do we have the athletes of Olympic calibre to fully utilise the facilities?

We should be talking about preparing the athletes for the 2012 Games, not about a place to park them in London. We should have started developing the elite yesterday, not today. London is only four years from now.

In Athens four years ago, there were 26 athletes, 26 officials. So far 16 athletes have qualified for Beijing, which is four months away.

Let's win a medal in Beijing first before harbouring thoughts of parking ourselves in London.

We cannot and must not put the cart before the horse.

Following is Dr Ramlan's statement

ISN sambut baik tawaran Marlborough

7 April 2008

INSTITUT Sukan Negara (ISN) hari ini menyambut baik tawaran Kolej Marlborough untuk membekalkan kemudahan dan peralatan buat kegunaan atlit negara dalam persiapan menghadapi temasya Sukan Olimpik di London pada 2012.

Ketua Pengarah ISN, Dato’ Dr. Ramlan Abd. Aziz menyifatkan pelawaan kolej tersebut adalah suatu inisiatif positif yang mampu memberi faedah besar kepada atlit negara selain MSN dan ISN yang merupakan dua agensi utama yang bertanggungjawab di dalam memastikan pencapaian cemerlang sukan prestasi tinggi.

Jelas beliau, jika benar kolej tersebut mampu menjimatkan perbelanjaan dan relevan dengan hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada atlit negara menikmati kemudahan dan latihan kelas dunia, tawaran tersebut boleh dipertimbangkan.

“Sebenarnya, inisiatif Kolej Marlborough itu juga sejajar dengan usaha kami untuk menjalinkan kerjasama rapat dengan University of Bath dan University of Loughborough di United Kingdom untuk tujuan yang sama,’’ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kedua-dua universiti ini turut menawarkan kemudahan penginapan, latihan dan peralatan pertandingan yang lengkap selain menawarkan tempat untuk atlit, pegawai sukan dan jurulatih negara melanjutkan pelajaran di dalam bidang berkaitan sains sukan.

Dari sejumlah empat pusat yang disenarai pendek sebelum ini, kedua-dua universiti tersebut turut terpilih berdasarkan faktor keselamatan di mana ia juga dilengkapi dengan kemudahan ketenteraan.

“Bagi pihak ISN, saya perlu menimbang sebaiknya tawaran daripada Kolej Marlborough sama ada ia dapat membantu dari aspek pembangunan sains dan perubatan sukan selain kejurulatihan.

Sebagai pusat sains dan perubatan sukan, tentunya kita mahu melihat beberapa tahun dari sekarang, semua aspek ini menunjukkan peningkatan yang cemerlang hasil dari kerjasama tersebut.

November lalu, Ramlan bersama-sama Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Datuk Sri Azalina Dato’ Othman Said dan beberapa pakar sains sukan telah melawat University of Bath dan bertemu Pengarah Sukan, Ged Reddy untuk membincangkan tentang kemungkinan menjadikan universiti tersebut sebagai pusat kecemerlangan sukan dan pendidikan untuk atlit Malaysia.

Menurut Ramlan, lanjutan daripada lawatan tersebut, ISN yang dipertanggungjawabkan untuk menjalinkan usahasama itu, telah pun merangka satu memorandum persefahaman (MoU) dan kini dalam proses akhir memperhalusinya bersama-sama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Dalam hal ini, ISN hanya bertindak selaku agen bagi pihak KBS tetapi faedah daripada MOU itu nanti akan dapat dinikmati oleh semua pihak termasuk atlit, MSN dan ISN sendiri,’’ ujar beliau.

Ramlan mengulas mengenai laporan akhbar mengenai pelawaan Pengetua Kolej Marlborough, Nicholas Sampson menjadikan institusi pendidikan elit di barat daya England sebagai salah satu pusat latihan atlit negara.

Kolej berkenaan adalah salah satu daripada beberapa institusi yang mendapat pengiktirafan daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik London (LOGOC) sebagai kem latihan untuk persiapan ke temasya itu nanti.

Antara kemudahan tersedia di kolej berkenaan ialah trek olahraga, kolam renang bersaiz Olimpik, lapang sasar menembak, gelanggang bola keranjang, bola tampar, badminton, beberapa padang hoki, kriket, ragbi selain sebuah gymnasium lengkap.

2 comments:

Anonymous said...

I'm sure something has to be done in the UK after all this fuss.
On top of that, the college has a basketball court and volleyball court, Olympic sized swimming pool, hockey field, etc. Which probably we don't have in our universities here.
I'm just wondering why the money, if it so deperately has to be spent, isn't done so to bring all these so called hi-tech analysis centres and so on, here in Malaysia.
I'm sure after the recent RMR battalion received the honour of guarding Buckingham Palace, our next duty is to help fund the upkeep of British sporting facilities as well. Which isn't such a bad thing, don't you think?

Anonymous said...

why we should go to oversea?come on la,bnyk tempat kat msia ni boleh buat kalau betul2 nak buat....tak asyuk la tu.that's why buat kat luar....