Thursday, April 17, 2008

FAM kena belasah

FAM, badan induk bola sepak negara, kena belasah dek media akhir-akhir ini.

Berita Harian dan Harian Metro antara yang garang mempersoalkan kesahihan hukuman yang dikenakan terhadap Persatuan Bola Sepak Selangor gara-gara empat pemain yang "lari" daripada klinik Ian Rush.

Kesimpulannya, Ahmad Khawari Isa menyebut kes FAM dibina atas dahan yang rapuh!

Ini laporan Harian Metro semalam

BAYANGKAN keadaan ini - sebuah jawatankuasa yang boleh dianggap tidak sah kerana melanggar perlembagaan persatuan, menjatuhkan pelbagai hukuman terhadap berpuluh-puluh kes yang mereka bicarakan sejak tahun lalu.

Yang menariknya, semua hukuman dijatuhkan jawatankuasa itu tetap dipatuhi kerana tidak ada sesiapa sedar bahawa ada antara individu yang memegang jawatan tinggi di dalam jawatankuasa itu sebenarnya tidak layak menduduki kerusi berkenaan.

Bunyinya memang pelik, tapi sebagai persatuan yang sudah ditubuhkan sejak sebelum Merdeka iaitu pada 1933, perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi ketika imej Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika ini teruk tercalar.

Jawatankuasa Tatatertib FAM yang diterajui Tan Sri Aseh Che Mat memang digeruni semua ahli gabungan FAM kerana jawatankuasa itu dianggap sebagai `mahkamah' untuk semua individu terbabit secara langsung di dalam bola sepak.

Tapi malangnya, penubuhan jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap semua perkara berkaitan dengan masalah disiplin pemain, pasukan dan pegawai itu sebenarnya boleh dianggap sebagai tidak sah.

Semuanya kerana kesilapan besar dilakukan pentadbiran FAM yang mungkin terlepas pandang apabila menamakan Timbalan Pengerusi, Kamaruddin Abdullah daripada kalangan bukan Ahli Majlis sedangkan ia bercanggah dengan perlembagaan.

Penubuhan jawatankuasa itu dianggap tidak menepati kehendak Perlembagaan FAM Artikel 4.04 (7A) di bawah tajuk Jawatankuasa Disiplin yang menyebut jawatankuasa terbabit perlu mempunyai seorang Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang mana kedua-duanya hendaklah terdiri daripada Ahli Majlis FAM.

Apa yang dinyatakan di dalam perlembagaan itu cukup jelas, sekali gus membuka pekung badan induk kebangsaan kerana bagaimana mereka boleh melantik timbalan pengerusi Jawatankuasa Tatatertib daripada kalangan bukan Ahli Majlis.

Apabila berlakunya perlanggaran perlembagaan itu, timbul pula satu persoalan yang perlu dijawab segera FAM iaitu adakah semua keputusan yang sudah dijatuhkan Jawatankuasa Tatatertib FAM itu sah atau tidak.

Terbaru, arena bola sepak negara dikejutkan apabila Jawatankuasa Tatatertib FAM mengenakan hukuman pemotongan tiga mata dan denda RM20,000 kepada FAS selain denda RM10,000 kepada ketua jurulatih, Dollah Salleh dan masing-masing RM1,000 terhadap empat penyerang skuad terbabit selepas dianggap bersalah kerana melarikan diri daripada klinik penyerang kendalian Ian Rush.

Hukuman itu mencetuskan pelbagai reaksi kurang senang daripada banyak pihak yang menganggap ia sebagai sesuatu yang keterlaluan atas kesalahan meninggalkan klinik penyerang dan bukannya kem latihan pusat.

Bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad dan bekas Naib Presiden FAM, Datuk Paduka Ahmad Basri Akil juga berkongsi pendapat yang sama iaitu hukuman yang dikenakan terhadap FAS itu terlalu berat sedangkan FAM sendiri perlu bertanggungjawab kerana mengadakan klinik terbabit ketika saingan liga tempatan sedang berlangsung.

Ini laporan sehari sebelumnya

FAM tak harus cuci tangan

BUAT pertama kalinya bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Dr Ibrahim Saad sependapat dengan pandangan bekas Naib Presiden FAM, Datuk Paduka Ahmad Basri Akil mengenai isu hukuman yang diterima Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Bukan mudah untuk melihat dua bekas individu berpengaruh itu berkongsi
kata-kata serupa dan seperti yang diketahui umum, kedua-duanya sering
'bercakaran' di dada media.

Tetapi ketika membicarakan mengenai hukuman yang diterima FAS gara-gara empat pemain mereka 'lari' daripada klinik penyerang kendalian Ian Rush, Ibrahim menyarankan badan induk kebangsaan itu mengkaji semula hukuman berkenaan.

"FAS tidak harus dipersalahkan seratus peratus. FAM tidak harus cuci tangan begitu saja kerana mereka juga turut silap malah kesalahan mereka adalah lebih serius lagi. Adalah tidak adil FAS dikenakan tindakan sedangkan mereka tidak tahu menahu mengenai perbuatan empat pemain mereka itu.

"Apa yang penting ialah, mereka dikatakan lari daripada klinik anjuran FAM. Perlu diingat, itu adalah klinik dan bukannya kem latihan pusat. Kesilapan paling besar FAM ialah mengapa mereka mengadakan klinik itu ketika saingan liga sedang berlangsung?

"Klinik itu boleh diadakan ketika saingan pertandingan tempatan sudah tamat kerana tarikh klinik itu ditetapkan oleh FAM sendiri. Sepanjang pengetahuan saya, mana-mana pemain yang dipanggil perlu menghadirkan diri untuk menjalani latihan pusat bagi menghadapi pertandingan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) atau Fifa kerana tarikh pertandingan itu bukan dalam bidang kuasa FAM.

"Tetapi klinik ini tidak ada kena mengena dengan pertandingan luar yang harus disertai skuad kebangsaan dan justeru, apakah keperluan yang mendorong FAM untuk mengenakan tindakan yang keterlaluan terhadap FAS?

"FAM juga tidak boleh memotong mata pasukan Selangor selain mengenakan hukuman denda yang tinggi terhadap FAS hanya semata-mata kesilapan yang dilakukan oleh pemain mereka. Yang patut dihukum ialah pemain dan bukannya persatuan," kata Ibrahim.

Minggu lalu, Jawatankuasa Tatatertib FAM mengenakan hukuman denda sebanyak RM20,000 terhadap FAS; denda RM10,000 terhadap jurulatih, Dollah Salleh manakala RM1,000 setiap seorang terhadap Mohd Safee Sali, Indra Putra Mahayuddin, Amirul Hadi Zainal dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli selepas didapati bersalah kerana meninggalkan klinik penyerang yang diadakan bulan lalu.

Ibrahim berkata, sekiranya FAS dikenakan hukuman yang begitu tinggi, banyak pihak sedang menunggu bentuk hukuman yang bakal diterima Johor Pasir Gudang dan Sabah kerana penyerang dua pasukan terbabit langsung tidak hadir untuk klinik berkenaan.

"Andai hadir sekalipun sudah dikenakan hukuman sebegitu, saya tidak dapat membayangkan apa yang bakal diterima Johor Pasir Gudang dan Sabah selepas ini," kata Ibrahim.

9 comments:

Anonymous said...

Ahhhhh....truth be told. And truth is all in the open. Apa saja yg tak kena dgn KJ eh I mean di KJ (Kelana Jaya...) ni? Sampaikan Jawatankuasa Hukum-Menghukum pun dianggotai ahli yg tidak sah? i.e. what? So all the hukuman all this while adalah berbentuk penganiayaan and the best part is, meted by an illegal Jawatankuasa? Maksudnya affiliate yg kunun2nya bersalah dihukum oleh Jawatankuasa yg H-A-R-A-M. Terlepas pandang? That's a gross understatement. Apa dalam FAM tiada Legal adviser? Apa FAM ingat dia the AlMighty in Maysian Football (yg bertaraf nombor 170 di seantero dunia) maka dia ingat dia boleh buat sesuka hati? What BULL!!!!! BULL BULL BULL!!!

So how now FAM? Rectify the blunders. Kalau ada yg dah terbayar denda, pulangkan. Kalau ada points yg dah kena docked, pulangkan AND...replay Selangor's match yg memang disengajakan kalah tempohari. FAS mangsa keadaan. But then again, bukan FAS sahaja yg telah menjadi mangsa kerakusan Jawatankuasa Hukum-Menghukum. Yg H-A-R-A-M lagi rakus!!

KJ oh KJ.... (Kelana Jaya.....)

rizal hashim said...

Wak arjun,

Jangan beremosi.

FAM bukan dibarisi atau dianggotai seorang saja. Banyak faktor kena kaji.

Kesudahannya urusetia FAM bertanggungjawab memberi nasihat secara objektif, profesional dan ikhlas.

epain said...

bro...utk our discussion in ur blog...apa kata u senaraikan cadangan reformasi FAM....

cara terbaik pada fikiran u yg mampu merubah bolasepak Malaysia...

Anonymous said...

saudara,
menarik pendedahan ini. saya dimaklumkan bahawa dalam mesyuarat jawatakuasa disiplin tu, setiausaha agungnya adalah antara yang begitu galak dan ghairah untuk menghukum FAS...itu yang saya dengar, tapi tak dapat nak pastikan.

tapi kalau betul, sudah tentu setiausaha agung itu terlupa atau tidak tahu bidang kuasanya sendiri. sebagai setiausaha agung, dia sepatutnya jadi penasihat, pencatat minit dan memastikan pengendalian mesyuarat berjalan lancar, tanpa mengambil pendirian atau bersikap berat sebelah kepada mana-mana pihak sekalipun.

tak heranlah sekarang ni saya dengar sudah ada desas desus mengenai pakatan beberapa persatuan bola negeri untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap setiausaha agung FAM ketika ini!

tahniah, tahniah

Anonymous said...

saudara, this is not related to the issue but one that is dekat di hati - MM, you former employer.
katanya reporters yakob, rahman and sub Nirmala dah resigned. MORE to follow suit. haris jadi associate editor (congratulations or condelence) and runs the news desk. Bad also tendered his letter but dia tarik balik after pihak pengurusan put him to handle special reports, which was what he wanted. Bad tak tahan manning the desk. Apa dah jadi ni?

Anonymous said...

BRO

INI LAH MASANYA SEPATUTNYA FAM KENA BAIKI SEGALANYA DARI AKAR HINGGA KE PUCUK

FAM TERLAMPAU BIASA DENGAN PERKATAAN " INI LAH YANG KITA BUAT SEBELUM INI" BERHIJRAH LAH, IANYA SATU PENGHIJRAHAN DAN KEBAIKKAN BUAT SEMUA, TERMASUK DENGAN MUTU PENGURUSAN DAN PASUKAN KITA

FAM JANGAN TUTUP TELINGA, DENGAR LAH PENDAPAT DARI ORANG RAMAI

Anonymous said...

Semakin lama isu ini diheret semakin hangat suasana blog ni. Itulah masalahnya apabila bolasepak juga dipolitikan. Pada pandangan saya Isu FAS seolah olah ujudnya 'bayang-bayang' politik Pentadbiran BN FAM vs PKR governed FAS. Jadi saya setuju dengan 'PAKATAN PERSATUAN' iatu 'bayang-bayang' kepada PAKATAN BOLASEPAK RAKYAT :)untuk undi tidak percaya terhadap Setiausaha Agung FAM. Pepatah melayu ada menyebut 'Buang yang keroh ambil yang jernih'. Oleh itu marilah kita memberi sokongan moral agar yang keroh bukan sahaja dibuang malah dilupuskan supaya maruah sukan bolasepak negara kembali bersinar seperti era Allahyarham Mokhtar Dahari.



bekas penyiasat

Anonymous said...

saudara rizal,

saya tak setuju dengan pendapat you yang mengatakan FAM bersalah.

Cuba kaji isu sebenar. Isunya ialah Dollah salleh mengarahkan pemainnya meninggalkan klinik itu,

Ini menunjukkan dollah tidak menghormati FAM dan usaha FAM mengendalikan klinik itu. Hormatlah sikit FAM dan bekas pemain Liverpool, Ian Rush, yang didatangkan dari jauh.

Cuba kaji juga sama ada FAS ada membantah atau menyuarakan pandangan ketika FAM menyusun jadual untuk mengadakn klinik Ian Rush itu.

Kalau dari awal FAS tidak bersuara, saya rasa wajar FAM bertindak mengikut lunas undang-undang yang sedia ada.

Cuma saya tak setuju dengan tiga mata yang digugurkan itu. Ia perlawanan Piala FA, bukan Liga Super.

Saya harap FAM juga kaji garis panduan jawantakuasan disiplin agar tidak dimomok kemudian hari.

Saya juga nak cakap kepada Datuk Ibrahim Saad usahlah mengutuk FAM. Masa dia dulu setiausaha agung, banyak juga masalah.

Datuk Basri pun sama. FAM tidak pernah betul. salah memanjang

- peminat Kg Baru -

rizal hashim said...

Anon 10.19am,

I do not wish to be drawn into issues regarding the Malay Mail. Thank you.