Saturday, November 9, 2013

Kejayaan Pahang di tiga era berbeza

Sedikit perkongsian buat generasi muda hari ini.

Pahang muncul juara Piala Malaysia sebanyak tiga kali, secara kebetulan ketika aku melalui fasa berbeza dalam hidup aku.



Blog Muzamir Hasan di MZMR Pahang FA Collection di sini

7 Mei 1983

SELANGOR 2
PAHANG 3

INI tahun penting dalam bola sepak Malaysia.

Anak jati Selangor Zainal Abidin Hassan ditukar posisi daripada bek kanan kepada penyerang hasil ilham Frank Lord sesudah berhijrah ke Pahang.

Monopoli Selangor dan Singapura ke atas Piala Malaysia sejak 1975 dipecah oleh Pahang, negeri Pantai Timur pertama muncul juara sesudah percubaan terdahulu Kelantan dan Terengganu terkandas di peringkat akhir. Pengadilnya pula Othman Kamaluddin, seperjuangan dengan Ayahku sebagai pengadil di Johor.

Aku sekadar menonton dari kaca TV. Pahang diperkuatkan oleh bek kanan lincah Jamal Nasir Ismail, ditemani tonggak Singapura, Terry Pathmanathan dan anggota skuad Olimpik 1980, D. Devandran. Kaki kiri R. Suriamoorthy pula membekalkan peluang buat tiga serangkai penggempur Pahang, Yunus Alif, Hamidon Abdullah dan Zainal.

Bagi Selangor pula, jentera serangannya diterajui K. Rajagobal di saat Mokhtar Dahari, dibelenggu kecederaan lutut, sudah bersedia mengumumkan persaraannya pada usia 29 tahun 6 bulan.

Pahang mendahului 1-0 pada minit ke-20 apabila sepakan sudut Abdah Alif gagal dikeluarkan dengan baik oleh Wong Hung Nung, lalu Hamidon Abdullah bingkas mengelirukan penjaga gol, R Arumugam.

Perlawanan diheret ke masa tambahan sejurus Santokh Singh menghalakan umpanan kepada Reduan Abdullah yang kemudian melorongkan kepada Khan Hung Meng bagi menewaskan penjaga gol, Sanusi Daud.

Zainal menjadikan kedudukan 2-1 selepas rembatan Hamidon muntah daripada dakapan Arumugam sebelum lorongan Zainal membebaskan T Pathmanathan untuk memastikan Pahang muncul juara buat kali pertama. Selangor merapatkan jurang menerusi pemain gantian Mokhtar lapan minit sebelum perlawanan tamat tetapi segala-galanya sudah terlewat buat Selangor. Semua ini berlaku sehari sebelum pakar perseorangan Icuk Sugiarto yang terkenal dengan backhand smash, dijadual beradu kekuatan dengan Liem Swie King dalam Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen!

Liga Inggeris pula dikuasai Liverpool yang mengucapkan selamat tinggal buat Bob Paisley - pengurus terbaik penghujung 70-an - untuk diganti oleh Joe Fagan.

PAHANG: Sanusi Daud, Jamal Nasir Ismail, Tajuddin Nor, Nordin Mohamad, D Devandran, T Pathmanathan, Abdah Alif, R Suriamoorthy, Hamidon Abdullah, Yunus Alif, Zainal Abidin Hassan.
SELANGOR: R Arumugam, Lim Teong Kim, Santokh Singh, R Subramaniam, Wong Hung Nung, Reduan Abdullah, Jamaluddin Norbit, K Kanagarajah (Mokhtar Dahari), Razali Alias, K Rajagobal, Khan Hung Meng.



Wira final 1992 Zulhamizan (kanan) mengucup piala di samping Mike Brown. Harian Metro, ihsan Osman Jaafar


14 November 1992

PAHANG 1
KEDAH 0

TIDAK sampai dua minit, layar markah di Stadium Merdeka menunjukkan Pahang 1 Kedah 0.

Final yang aku nanti-nantikan sebagai wartawan yang julung kali ditugaskan membuat liputan, itupun bukan untuk akhbar utama Berita Harian tetapi buat sisipan Jaguh.

Bermula dengan Piala Sumbangsih, Pahang merangkul gelaran Bahagian Satu, Piala Fair Play Bahagian Satu dan melengkapkan musim gemilang buat Pasukan Impian bimbingan Mike Brown, satu ketika penolong Ron Atkinson di Manchester United.

Jaringan tunggal dicatat Zulhamizan Zakaria dalam situasi yang amat pelik.

Alan Davidson melambungkan bola dari kawasannya sendiri dan sekalipun benteng Kedah yang diterajui Lee Kin Hong tersilap memasang perangkap ofsaid, situasi seolah-olah dalam kawalan Azmi Mahmud yang meluru menyambut bola. Namun seluruh stadium terkejut apabila Azmi melompat tetapi terlepas bola lalu membuka ruang luas buat Zulhamizan menolak bola ke gawang ketika perlawanan berusia 1 minit 48 saat!

Zulhamizan yang bertindak selaku flanker kiri , dipilih pemain terbaik perlawanan, sedangkan undian wartawan yang membuat liputan jatuh kepada Davidson.

Kesudahannya barangkali sudah dijangka berkat doa penyokong Pahang dan khususnya Ahmad Yusof yang mengimamkan solat Maghrib beberapa minit sebelum sesi memanas badan di surau dalam Stadium Merdeka, terletak di sebelah kiri jika anda masuk dari pintu utama.

Selepas final, aku turun ke trek dan melihat dengan dekat kekecewaan Kedah sambil Pahang meraikan kejuaraan kedua selepas sembilan tahun. Wiranya pula Zulhamizan yang turut beratur menyambut wira-wira 1983 di tepi jalan di Kuantan.

Beberapa bulan sebelum itu Malaysia meraikan kejayaan merangkul Piala Thomas! Euro 92 pula menyaksikan pasukan bidan terjun Denmark melengkapkan laluan gemilang muncul juara di Sweden!

PAHANG: Khairul Azman Mohamad, Alan Davidson, Sallahuddin Che Rose, Borhan Abu Samah (Osaimi Jalil), Azaruddin Aziz, Zulhamizan Zakaria, Mubin Mokhtar, Ahmad Yusof, Fandi Ahmad, Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan.
KEDAH: Azmi Mahmud, Lee Kin Hong, Olubunmi Adigun (Saziman Ismail), Lee Thean Ewe, Manja Man, Tibor Szaban, Radhi Mat Din, Jelani Wilastra (Aziz Azizan), Norazam Ishak, Faridzuan Che Hamid, Peter Nieketien.
Pengadil: Mohd Nazri Abdullah (PP).






3 November 2013

Aku tidak ada pas, jadi tiket dibeli dan 15 daripada kami bertandang ke Stadium Shah Alam pada hari yang sukar untuk kulupakan. Catatannya serba sedikit di Piala Malaysia - Fasa Hidupku. Keistimewaan edisi final ini ialah ia diadakan pada Ahad, sehari selepas sambutan Deepavali. Jadi antara usaha Astro Arena ialah membawa pasukan juara ke beberapa program saluran 801.


Bersama hos den dah koba Akbar Sahari menemu bual Jalaluddin Jaafar dan Azamuddin Akil


Dan Dollah Salleh serta Zainal Abidin Hassan, dua serangkai yang selalu aku liput pada 90-an

Dollah dan Zainal dua serangkai ibarat belangkas, atau ibarat aur dengan tebing. Mereka bersama di Selangor, kemudian di Pahang membentuk Pasukan Impian bimbingan Len Ashurst yang kemudian diganti Mike Brown. Pada 1991 Khairul Azman Mohamad, Alan Davidson, Fandi Ahmad, Zainal Abidin Hassan, Dollah dan V. Sundramoorthy digeruni lawan, disegani kawan.

Dollah merencana kemenangan MPPJ pada Oktober 2003, walhal dia hanya mengambil alih daripada Ken Shellito pada pertengahan musim. Sentuhan Juan Manuel Arostegui, dibantu Khairil Zainal, Rauf Ahmad, Jamsari Sabian, Yuzaiman Zahari, Kamarulzaman Yub Abdul Majid, Haris Safwan Kamal dan Zaidi Zaing memastikan Dollah melakar nama selaku jurulatih pertama membawa sebuah pasukan berstatus kelab menaiki pentas kejuaraan.

Selaku akhbar metropolitan, The Malay Mail merakamkan detik turun naik MPPJ.

Aku membuat liputan ketika Dollah memindahkan reputasinya sebagai The Players' Coach ke Selangor yang antara lain dianggotai Bambang Pamungkas, Brian Fuentes, Nazzab Hidzan, Khalid Jamlus, Shukor Adan dan K. Sanbagamaran.

Ketika itu aku banyak membuat liputan Selangor untuk The Malay Mail. Antara tulisanku playoff Liga Perdana.

RIZAL HASHIM picks Selangor to win

WHAT tips the scale in Selangor's favour in the Premier League title playoff in Paroi tonight is the Klang Valley side's much-vaunted strikeforce.

However, the chink in their armour is their porous defence but the motto for the gung-ho Selangor side throughout the season is to outscore their opponents.

Following are some of the factors which may lead to Selangor lifting the title at the expense of the Group B winners.

Factor 1: The triumvirate of Bambang Pamungkas, Khalid Jamlus and Brian Fuentes have been firing on all cylinders, scoring a total of 47 goals between them. Bambang is the leading scorer with 22 goals. With his Indonesian compatriot Elie Aiboy back from injury, the Negri defence will have to work overtime.

Factor 2: Selangor coach Dollah Salleh is a winner, both as a player and coach. He lifted the Malaysia Cup with Selangor MPPJ in 2003, guided them to promotion to the Super League last year before opting for the Red Giants' hot seat. Much of MPPJ's success in 2003 lay from Dollah's human management skills. The former international, renowned for his sweet left-foot during his heyday, treats his players the way he wants to be treated by people. His ability to empathise has won him a core group who are loyal to him in the Selangor camp as well.

Factor 3: Selangor will be wearing their third colour - the blue jersey - to avoid clashing with Negri's red, black and yellow strip. Much to their delight, the Klang Valley side have not lost a single match on the eight occasions they wore blue, registering seven victories and a draw, the blot coming against Kelantan in the FA Cup quarter-final first leg clash in Kota Baru.

 Probable line-up: Jamsari Sabian, Saifu Nizam Husin, D. Surendran, Nazrul Erwan Makmor, Ahmad Tharmini Saiban, Shukor Adan, K. Sanbagamaran, Elie Aiboy, Brian Fuentes, Khalid Jamlus, Bambang Pamungkas.

Selepas memeluk kejayaan di Selangor, Dollah pulang ke Pahang dengan harapan merencanakan kebangkitan Tok Gajah,

Dibantu konsep pembangunan kelab Shahzan Muda yang diusahakan secara bersama oleh anak jati Pulau Pinang, Tajuddin Nor dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) yang ditugaskan melahirkan dua pemain setiap tahun untuk Pahang, akhirnya Tok Gajah mengulangi kejayaan 1983 dan 1992 di depan lebih 80,000 penyokong di Shah Alam,

Indahnya buat diriku, aku tidak perlu bersusah payah berpeluh di padang atau mengejar pemain untuk ditemu bual. Takdir menentukan aku dapat menemu bual personaliti bergelar juara dalam keselesaan di studio.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Farisham Ismail, Azizii Mat Rose, Zairul Fitree Ishak, Mohd Shakir Shaari, Zairo Anuar Zalani (Ahmad Fakri Saarani), Mohd Nor Farhan Mohamamad, Mohd Badhri Mohd Radzi (Faiz Subri), Dickson Nwakaeme, Indra Putra Mahayuddin.
PAHANG: Khairul Azhan Khalid, Jalaluddin Jaafar (Saifulnizam Miswan), Razman Roslan, Damon Deland Stewart,  Shahrizan Salleh, Hafiz Kamal, Mohd Amirulhadi Zainal, R.Surendren (Fauzi Roslan), R.Gopinathan (Faizol Hussain), Azamuddin Akil, Matias Conti
Pengadil: Nagor Amir Noor Mohamad


Thursday, November 7, 2013

Nazar Rahim - wira yang tidak didendang


Pagi Isnin yang lalu, aku dikejutkan dengan kiriman mesej menerusi sistem whatsapp daripada Zainal Abas, guru olahraga di Sekolah Sukan Bukit Jalil yang juga penyampai dan pengulas sukan Astro Supersport satu ketika dulu. Dia memaklumkan berita sedih kembalinya ke rahmatullah Mohd Nazar Abdul Rahim, jurulatih balingan.

Nazar meninggal dunia akibat komplikasi jantung, meninggalkan isteri dan dua puteri. Baca di sini

Selepas rakaman Kafe Sukan bersama juara Piala Malaysia Pahang, aku menziarah jenazah. Sempat mengambil wudhu dan solat jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Balunya Khairul Bariah Mohd Adam menyebut: "I will miss him...please do not forget him..."

Sukan olahraga di negara ini satu ketika dahulu glamor. Bayangkan Marina Chin bukan saja juara lari berpagar bahkan menjadi model iklan scooter...

Siapa tidak kenal M. Jegathesan yang berusia 70 tahun Sabtu lalu?

Zaki Sadri, Nur Herman Majid, Watson Nyambek dan Azmi Ibrahim membuatkan olahraga meniti di bibir peminat sukan...

Akhbar dan televisyen konsisten membuat liputan.

Di antara trek dan padang, tumpuan lebih berpusat kepada acara trek.

Acara seperti baling tukul besi, rejam lembing, lempar cakera dan lontar peluru jarang-jarang diberi liputan meluas tetapi masyarakat terdedah kepada disiplin berkenaan kerana adanya Nashatar Singh, M. Dattaya, Ballang Lasung, Yazid Imran, Arjan Singh, Nazar dan Wong Tee Kue merentasi beberapa dekad.

Nazar yang kukenali seorang yang ceria dan tidak lokek senyuman. Sesuai tubuh besarnya sebagaimana Tee Kue, wira kasut usang, yang juga dikenali sebagai gentle giant.

Mereka tampil pada lewat 80-an dan mencapai kemuncak pada 90-an di saat aku bertatih dalam dunia kewartawanan.

Pahit jerih mereka dirakamkan. Kemudian mereka diletakkan di bawah pengawasan jurulatih dari Russia, Oleg Dmitrousenko. Nazar dan atlet Sabah, Petira Ghani, bersaing hebat untuk mengetepikan senior Arjan Singh, juara dua kali Sukan SEA.

Rekod kebangsaan milik Arjan yang dicatat pada 1989 dipecahkan oleh Petira menerusi balingan 16.26m pada Oktober 1994 tetapi ia kemudian dihapuskan pula oleh Nazar di Terbuka Perak pada Ogos 1995 dengan lontaran sejauh 16.50m sebelum mencatat rekod terbaiknya 16.67m di Terbuka Pulau Pinang seminggu kemudian.

Pingat perak di Sukan SEA Chiangmai pada Disember 1995 menjadi hadiah bermakna buat Nazar. Seterusnya bergelut dengan kecederaan dan prestasi merudum, Nazar gagal mengulangi pencapaiannya.

Pada usia 30 tahun, Nazar didapati menghidap masalah lemah jantung. Ku tulis berita di bawah pada Oktober 2001.

WHILE some were still basking in the country's success in the recent SEA Games, shot putter Mohd Nazar Rahim was fighting for his life.

The 30-year old national athlete suffered a heart attack on Saturday, a day after competing in the Government Services Sports Council (Maksak) meet in Lumut.

The BSN employee who was dropped from the SEA Games squad, was warded in the Cardiac Care Unit (CCU) at Sri Manjung Hospital for two days. According to Nazar's wife, Khairul Bariah Mohd Adam, the shot putter complained of chest pains after taking part in the discus event on Friday.




Selepas bersara daripada olahraga, kakitangan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu diserapkan sebagai jurulatih pembangunan sebelum menjadi jurulatih elit. Kami kerap bertembung di medan selera kerana anak-anak kami bersekolah yang sama, Nazar mencadangkan agar sukan olahraga lebih kerap dibincangkan dalam Kafe Sukan.

Perbualan kami yang terakhir apabila Nazar terlantar di hospital dan aku memberitahunya aku akan melawatnya - tapi janji itu tidak aku tunai.



Selepas Asar, jenazah Nazar selamat disemadikan, dimasukkan ke liang lahad oleh anak buahnya belaka. Di tanah perkuburan yang menyimpan jenazah Mokhtar Dahari dan Sardar Khan Hyder Khan, dua jagoan bola sepak 1970-an


Rupa-rupanya Nazar bersepupukan Hassan Sazali Waras (berbaju hitam), penolong jurulatih Harimau Muda A yang bergegas pulang dari kempen Piala BIDC di Kemboja untuk memberi penghormatan terakhir. Berdiri kiri Cikgu Suhaimi Sun Abdullah orang kuat Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)


Hassan menceritakan dia dibela oleh ibu Nazar. Enam tahun kemudian barulah Nazar lahir. Hassan di tengah dan pemenang pingat emas Paralimpik Ziyad Zolkifli (kanan)


Turut sama mengiringi jenazah ke kubur dua bekas pakar pecut Hamberi Mahat, Azmi Ibrahim dan adiknya Zaami (baju merah) serta jurulatih olahraga Suhairi Yang


Ketika terlantar di hospital, Nazar tidak henti-henti menerima pelawat. Diberi perangsang oleh pemenang pingat Sukan SEA dan anak didiknya, Adi... 


Termasuk bekas rakan seperjuangan Zaki Sadri, Yazid Parlan dan Azhar Hashim (FB Nazar)


Di zaman kegemilangan olahraga, Nazar di tengah...(FB Mysukan)


Hassan juga menceritakan Nazar pemain bola sepak peringkat Piala Rahman. Perak muncul juara MSSM Bawah 18 tahun atau Piala Rahman pada 1988, dengan Nazar selaku bek kanan. Antara rakan sepasukannya Lim Seng Kong, L. Suresh dan Chong Kim Boon - ketiga-tiganya menyarung jersi pasukan kebangsaan. (FB Nazar) 


Tentunya pemegang rekod kebangsaan Adi Aliffudin Hussin yang bersiap menghadapi Sukan SEA di Myanmar bersedih atas pemergian mentornya yang mengasah bakatnya sehingga mencatat jarak 17.53m di Sukan SEA Palembang 2011. Sebelah Adi ialah Norsham Yoon, perejam lembing era 80-an 

Pada keluarga Nazar, ku ucapkan takziah atas pemergian orang tersayang. Juga kepada keluarga olahraga tempatan. Sudahlah suasananya suram, pemergian Nazar pula ibarat awan mendung yang melitupi olahraga negara.

Yang pasti, Nazar, sekalipun seorang anak tunggal, mempunyai ramai adik-beradik di kalangan rakan seperjuangannya.

Mohd Nazar Abdul Rahim - wira yang tidak didendang namun namanya sentiasa harum di kalangan pengamal olahraga.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Semoga rohnya tenang di sana.

Al-Fatihah.

Monday, November 4, 2013

This is Pantai Timur final - Satu reviu


Apabila Slamet Sazly Yakub mengirim emel jadual kerja Grandstand Ahad, aku memohon agar dikecualikan daripada tugas pada 3 November kerana ada hajat. Untuk menonton final Piala Malaysia, tidak kira siapa ke ke Stadium Shah Alam.

Aku teringin merasai suasana perlawanan dengan jiran untuk kali pertama, selepas berpuluh tahun membuat kerja sebagai wartawan dan biasa membawa keluarga bagi menonton final 2009.

Tertunai jua harapan. Sekalipun aku meramalkan Pahang muncul juara, ia tidak menghalang majoriti daripada 15 yang mengisi Toyota Estima Mus dan Toyota Unser Tengku untuk terang-terangan menyatakan sokongan kepada The Red Warriors.


Selepas diarah polis untuk tidak melalui bulatan menuju ke stadium dari arah Tesco sekalipun tertampal stiker W dengan alasan jalan menuju stadium sudah ditutup, kami terpaksa membuat satu pusingan sebelum mencuba nasib. Mujur kali ini kami diberi ruang, selepas melalui laluan tidak jauh dari rumah Datuk Hamidin Mohd Amin dan Datuk Hishamuddin Aun. Aku dengan anakku menumpang kereta Mus, orang Pulau Pinang tetapi anak-anaknya menyokong Kelantan, manakala Tengku orang Kelantan membawa bersamanya Nik dan isteri kedua-duanya anak jati Tanah Rendah Sekebun Bunga serta Asyraf, separuh Johor separuh Kelantan.
  

Berbapakan anak kelahiran Johor dan beribukan orang Kedah tetapi menghargai aura Kelantan...


Siap dengan sticker TRW tu


Selesa naik Estima...jiran punya


Ammar dan Salman, dua bintang bola sepak perumahan kami, naik Unser


Lega rasanya apabila masalah parkir selesai. Masuk stadium sebelah kem Kelantan, iaitu sebelah kiri stadium, alahai terserempak dengan Datuk S. Sivasundaram, bendahari Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang juga pengerusi jawatankuasa tiket dan pintu FAM, "eh Rizal I never knew you supported Kelantan"...hahahah. Jam sudah menunjukkan 5 petang, sekali imbas stadium sudah penuh, Masalah kedua - macam mana nak cari tempat duduk untuk 9 dewasa, 2 remaja dan 4 kanak-kanak bawah 12 tahun. Aku dah sakit pinggang memikirkannya, sesekali terbayang alangkah indahnya aku dapat duduk semula di media tribune di atas...selesa dan tidak pening! hahahah. Aku bercakap dengan beberapa sumber yang mengatakan ada satu pintu pagar dirempuh dan 2,000 penonton dapat masuk stadium, mengakibatkan penyokong sebelah Kelantan melimpah ruah melebihi penyokong Pahang. Apakah tiket dicetak melebihi kapasiti atau ada pemegang tiket palsu dibenarkan masuk?


Mujur ada member yang berniaga di situ yang ada lesen besar bawak kereta dalam stadium mencadangkan kami pergi menyelitkan diri ke sebelah atas di sebelah papan layar markah atau scoreboard lah. Dia buat tiga trip untuk kami! Alhamdulillah! Melalui ceruk stadium yang tidak pernah aku singgah, termasuk satu kawasan yang seolah-olah dibiarkan berselerak, kami menjumpai satu kawasan yang menawarkan sudut menarik.


Yang penting anak-anak kami dapat menyaksikan perlawanan dengan selesa. Ini sudut kami.  Duduklah mana yang ada ruang. Seperti biasa aku suka berjalan sekeliling stadium untuk merakamkan suasana.


Penyokong Kelantan sudah selalu begini, berkelah sambil menonton bola


Berani Asyraf singgah ke kem Pahang eh


The best seat in the house?

Waktu rehat aku turut berpusu-pusu membeli air membasahkan tekak...


Aku melepaskan lelah bersandarkan dinding stadium sambil diapit Saiful penyokong Kejor Yob Kejor dan Asyraf


Dalam pening Salman yang penat training dari pagi, menikmati final ditemani bapanya Tarmizi penyokong Liverpool dan Terengganu yang menyokong Kelantan. Frust berganda selepas Liverpool juga tewas kepada Arsenal 


Institut Terjemahan Negara ambil kesempatan menjual buku Supermokh dengan harga RM150...


Nampak tak segala pelosok ruang diisi di stadium yang berusia 19 tahun?


Aku memasuki ruang untuk pengulas televisyen dan krew kamera di kalangan non-rights holders, mereka yang diizin melaporkan berita mengikut tempoh tertentu tanpa hak siaran sepenuhnya


Ini pula perspektif tidak jauh dari media tribune, sebelah kem Pahang


Untuk ulasan bahasa Inggeris, Ross Yusof ditemani wira Singapura 1994 Abbas Saad


Hakim Amir yang sebelum ini banyak memberi ulasan selari Liga J di Supersport diberi penghormatan mengulas final ini, ditemani bekas pemain Kelantan dan kini orang kuat Felda United, Rosli Hussein 

Akhirnya, sebagaimana aku meramal Kelantan menang 2010 dan 2012, Pahang menepati tekaan aku, hasil tandukan Matias Conti susulan hantaran Azamuddin Akil. Dengan tema Misi 1992 (walaupun sepatutnya 1992 redux atau 1983, 1992 dan 2013), penyokong Tok Gajah pulang ke Pahang tersenyum lebar.

Ternyata Dollah memiliki keistimewaan menjulang piala dengan pasukan ketiga dengan sentuhan penyerang Argentina, sebagaimana Juan Manuel Arostegui selaku hujung tombak MPPJ pada 2003 dan Brian Fuentes di sisi Bambang Pamungkas bersama Selangor pada 2005.

Dengan hujan lebat lebih kurang 40 minit sebelum sepak mula, kedua-dua pasukan tentunya sukar menyesuaikan diri dengan padang licin.

Namun Pahang lebih pantas berbuat demikian, dengan Amirulhadi Zainal dan Hafiz Kamal menguasai jentera tengah. Amirulhadi, memburu gelaran Piala Malaysia pertama selepas tewas kepada Kedah ketika bersama Selangor pada 2008,  rajin berganding bahu sebelah kanan dengan R. Surendren manakala Hafiz, dengan sentuhan kaki kirinya, kerap membuat distribution ke penjuru kiri kepada R. Gopinathan.

Damion Stewart mencungap-cungap menutup ruang setiap kali Dickson Nwakaeme menggegar tanah.

Tapi seawal permainan corak Dollah mudah - Amirulhadi dan Hafiz harus bijak menggunakan penjuru dalam apa yang aku anggap susunan 4-1-4-1 atau 4-2-3-1 bergantung kepada posisi Hafiz sama ada seiring dengan Amirulhadi atau melindungi empat sekawan benteng Pahang.

Surendren dan Gopinathan cukup hampir dengan garisan tepi, bermakna Pahang menggunakan seluruh padang dalam mengucar-kacirkan pertahanan Kelantan yang merindui daya fizikal Obinna Nwaneri.

Setiap kali menyerang, Pahang ada sekurang-kurangnya lima pemain berbanding Kelantan yang berteraskan Dickson dengan Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohamad membantu.

Malang buat Kelantan kerana Zairo Anuar Zalani dan Badhri Radzi tidak mendapat sokongan di sayap kerana Nik Shahrul Azim dan Zairul Fitree terlalu sibuk mengawal Surendren dan Gopinathan, maka jarak Norfarhan dengan Nik Shahrul jauh, manakala Indra lebih kerap ke tengah tanpa bantuan dari sebelah kiri.

Jadi Jalaluddin Jaafar, Razman Roslan (yang juga tewas kepada Kedah pada 2008), Stewart dan Shahrizan Salleh kekal berempat bersaing biasanya dengan tiga penyerang Kelantan.

Namun Dickson bersendirian adalah satu ancaman. Stewart menjatuhkan Dickson, pengadil Nagoor Amir Noor Mohamed menunjukkan isyarat penalti tetapi bertukar fikiran selepas berbincang dengan penolong pengadil. Ini menimbulkan kemarahan penyokong Kelantan.

Di sebalik kekalutan itu, game plan Dollah menjadi. Dibantu keadaan padang yang menyukarkan sentuhan pertama, Pahang lebih bijak menggunakan segenap padang.

Tidak hairan dengan Conti memenangi kebanyakan bola tinggi, Azamuddin Akil atau Alex bijak mencari ruang. Kalau hendak tahu play-by-play, rujuk sports247.my.

Dalam pada menyaksikan final, aku berkomunikasi dengan team penerbitan Kafe Sukan, sejak awal aku cadangkan siapa saja muncul juara, jurulatih dan kapten harus dibawa ke studio!

Mus merumuskan bahawa Kelantan mencapai kemuncak apabila menumpaskan JDT di suku akhir dan sekali lagi pada separuh akhir apabila menyingkir ATM. Betul jugak tu...

Dalam analisis akhir, Pahang berhak menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga...mengingatkan aku kepada nostalgia 1983 sebagai penonton di kaca TV, 1992 sebagai wartawan dan 2013 sebagai jiran yang menyelit di ruang-ruang yang ada di stadium!

Final This is Pantai Timur mengagumkan!

Sunday, November 3, 2013

Piala Malaysia - fasa hidupku


Aku boleh bahagikan hidupku kepada lima fasa apabila bercakap mengenai Piala Malaysia.

Fasa penyokong

Akhbar, majalah Dunia Sukan dan kunjungan ke Stadium Merdeka mengikut arwah Ayah mendidik aku betapa istimewanya Piala Malaysia. Selain teruja dengan kolum Supermokh bergelar On Target, aku membesar mengagumi penulisan wartawa-wartawan seperti Fauzi Omar, Hishamuddin Aun (kedua-duanya kini bergelar Datuk), Lazarus Rokk, Dan Guen Chin serta Hussin Rahman. Paparan gambar Khalid Redza dan C.H. Loh biasa aku jadikan keratan akhbar (sudah dibuang). Dewasa sedikit, aku dengan Khairul dan Naguib menonton kempen Piala Malaysia peringkat kumpulan. Malangnya tiada gambar yang dirakam waktu itu, maklumlah mana ada twitter, facebook dan internet, sekadar album buat tatapan. Generasiku tidak ada keperluan untuk berkongsi semua in public.

Fasa wartawan

- Impian aku menjadi wartawan sukan tertunai apabila dipindahkan ke meja sukan Berita Harian pada penghujung 1991. Final Piala Malaysiaku yang pertama 1992, selaku wartawan untuk sisipan Jaguh Berita Harian yang disiarkan setiap Sabtu.


 Watak tempelan itu cukup mengizinkan aku menyaksikan dari tepi padang kegagalan Azmi Mahmud yang melakukan clearance daripada lambungan Alan Davidson, lalu Zulhamizan Zakaria dengan mudah menolak bola ke gawang seawal permainan. Menemu bual Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil, menyelami kekecewaan pihak Kedah, sambil memerhati keraian barisan Pahang. Tanpa sebarang tekanan membuat laporan seberapa segera, aku pulang dengan beberapa idea untuk sisipan Jaguh. Beberapa hari kemudian, aku menulis untuk Jaguh kesebelasan impian sepanjang musim.

KERINGAT yang menitis ketika menghiasi medan bolasepak liga semi-pro dan Piala Malaysia 1992, sekadar tinggal imbasan untuk dihayati sebelum kehangatan pertarungan menyusul lagi musim depan. 

Segelintir pemain yang bergelar bintang, begitu konsisten menghidangkan prestasi cemerlang, lantas mencetuskan persoalan menarik seandainya mereka digabungkan sebagai satu pasukan.

Adunan pemain terbaik di kalangan wira tempatan dan bakat asing, berupaya menangkap imajinasi pencinta bolasepak negara yang asyik mengelamun dan membayangkan barisan kesebelasan paling mampan dan serasi untuk sebarang strategi.

Hasil penelitian terhadap kelebihan dan kelemahan pemain berlandaskan persembahan masing-masing musim ini, Jaguh menampilkan 11 pendekar untuk diketengahkan sebagai Pasukan Impian.


 - Pada 1994, disebabkan senior-senior seperti Badrulhisham Othman dan Saodi Mat Atar dinaikkan pangkat, dua wartawan yang menulis bola sepak ialah Ahmad Khawari Isa dan aku. Apabila menaiki teksi ketika ditugaskan ke sana sini meliput perlawanan, selalu aku ditanya kerja apa...kadang-kadang aku jawab, kadang-kadang malas. Tapi apabila disebut wartawan, biasanya abang teksi akan tanya akhbar mana, disusuli kenyataan mereka meminati Badrulhisham Othman...

Sudahnya aku ditugaskan antara lain meliput separuh akhir Singapura dan Selangor di Stadium Nasional di Kallang, disusuli aksi kedua di Shah Alam empat hari kemudian.

Selangor dilukai gol ke-26 Fandi

SINGAPURA 1 SELANGOR 0

SETIAP rencah bagi menambah keenakan perlawanan bola sepak terhidang malam tadi ketika selera Singapura untuk merintis laluan ke perlawanan akhir Piala Malaysia, semakin dipenuhi sebagai bekalan keramat ke Shah Alam, Sabtu ini.

Susunan pergerakan mengancam dan menarik, debar dan getar pemain yang turut dirasakan di Stadium Nasional serta pemberian dua kad merah, dilengkapi oleh jaringan Fandi Ahmad untuk melenturkan penguasaan Selangor.

Sambil Fandi berpuas hati kerana jaringan tunggalnya - golnya yang ke-26 musim ini - menjadi garis pemisah di antara dua bekas juara itu, Rafi Ali dan Assrof Hanafiah pula tentu mahu mengikis kenangan di depan kira-kira 55,000 penonton.

Akibat pergelutan dan siku-menyiku, mereka dibuang padang pada minit ke- 80 ketika Rafi baru seminit masuk menggantikan Lim Tong Hai.

SINGAPURA 1 SELANGOR 0
1-0: Fandi lambungkan bola umpanan Abbas.

SINGAPURA (4-4-2): David Lee, Jang Jung, Lim Tong Hai (Rafi Ali), Borhan Abu Samah, Kadir Yahya, Saswadimata Dasuki, Lee Man Hon, V Selvaraj (Stevan Tan), Nazri Nasir, Abbas Saad, Fandi Ahmad.
SELANGOR (5-2-3): Hassan Miskam, Ismail Ibrahim, A Jayakanthan, K Ravichandran, Dimitri Kalkanov, K Sanbagamaran, Assrof Hanafiah, Shahril Arsat (Yeo Swee Hock), Zsolt Bucs, Alistair Edwards, Azman Adnan.
Pengadil: Nazri Abdullah (PP).

Empat hari kemudian...

SELANGOR berjuang sepenuh hati dan berhak merakam kemenangan tetapi terpaksa menyerahkan kunci perlawanan akhir Piala Malaysia kepada Singapura akibat kesilapan pemainnya sendiri.

Singapura, juara liga yang memburu gelaran berganda musim ini, meneruskan langkah ke perlawanan akhir buat kali ke-11 sejak 1967, sambil Hassan Miskam pasti tertunduk layu kerana kesilapannya membunuh impian Selangor, 11 minit sebelum tamat.

Kesudahan 2-2 sekadar melengkapkan agregat 3-2 untuk Singapura yang berterima kasih kepada jaringan V Selvaraj dan Abbas Saad ketika Fandi Ahmad yang bakal beraksi kali kelapan dalam final Piala Malaysia, kurang menyengat di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Titisan keringat pasukan Merah Kuning yang bermatian-matian mengutip dua gol menerusi Azman Adnan dan Alistair Edwards tidak akan membasahi Shah Alam, Sabtu ini.

Sebaliknya, Singa Selatan akan mengaum menentang juara berganda 1992, Pahang.


SELANGOR 2 SINGAPURA 2 Azman Adnan (m 19) V Selvaraj (m 35) Alistair Edwards (m 69) Abbas Saad (m 79) (Singapura layak, agregat 3-2)

1-0 Azman sepak masuk bola muntah
1-1 Selvaraj buat sepakan kencang jarak dekat
2-1 Alistair merembat menerusi sepakan percuma
2-2 Abbas ambil kesempatan kesilapan Hassan

SELANGOR (5-3-2): Hassan Miskam, K Sanbagamaran, Reman Ragunathan, A Jayakanthan, Dimitre Kalkanov, K Ravichandran, Malek Rahman, Sharil Arsat (Anuar Abu Bakar), Zsolt Bucs, Alistair Edwards, Azman Adnan.
SINGAPURA (4-3-3): David Lee, Jang Jung, Borhan Abu Samah, Kadir Yahaya, Saswadimata Dasuki, Lim Tong Hai, Nazri Nasir, Malek Awab, V Selvaraj (Steven Tan), Abbas Saad, Fandi Ahmad.
PENGADIL: Nik Ahmad Yaacob (Kelantan)

Selepas itu, aku dikirim ke Kuantan membuat laporan build-up persiapan Pahang. Sudahnya Singapura menang 4-0 di Shah Alam, dengan rumahku dibanjiri saudara-mara dari Singapura!

Seterusnya aku membuat liputan final Piala Malaysia 1995 untuk Berita Harian dan sejak 1996 untuk The Malay Mail.

Untuk final 1995, aku ditugaskan ke Kuantan lagi. Gandingan Tajuddin Nor dan Yunus Alif memang mengenali aku rapat. Juga barisan pemain seperti Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Azaruddin Aziz, Mudzar Muhamad, Khairul Azman Mohamad, Tahir Mat Amin, Ali Tahar dan Azhar Kamaluddin.

Fasa pegawai media

Selepas berhenti daripada the Malay Mail pada April 2008, aku buka blog. Tidak lama kemudian aku dilamar menjadi pegawai media FAM secara sambilan.

Tidak mungkin aku lupa final 2008. Sebagai pegawai media, aku bukan saja mengatur sidang akhbar pra dan pasca perlawanan tetapi juga mengemas kini laman web FAM sejurus perlawanan, menghadiri mesyuarat jawatankuasa pengelola final, memproses permohonan dan pemberian pas media dan mengurus jurugambar di padang.


Shukor Adan dan Dollah Salleh bagi pihak Selangor, manakala Azraai Khor dan Victor Andrag mewakili Kedah. Waktu itu memang cukup simple dan tidak ada alas meja. Sidang akhbar dibuat di bilik persidangan di Stadium Nasional dan bukan di atas padang. Segala kelengkapan disediakan oleh pengurusan stadium. Habis final aku kemas kini laman web FAM ketika stadium sudah gelap.


Fasa editor Rembat


Diberi ruang menjadi editor EPLx dan kemudian dijenamakan semula sebagai Rembat di akhbar Kosmo, aku mengumpul idea dan pengalaman untuk dikongsikan bersama pembaca selain menggunakan blog sebagai medium. Baca Kenapa aku pilih Kelantan pada 2010 dan Reviu final 2010. Selain itu aku sering dipelawa ke program terbitan RTM, Sebelum Wisel dan Wisel Penamat untuk membincangkan Liga M dan Piala Malaysia.


Baca Kelantan ke final 2010 dan report card Final Piala FA 2009


Fasa Astro Arena

Kafe Sukan dan Dengan Izin jarang membincangkan saingan Piala Malaysia tetapi sebagai hos Grandstand Ahad yang menyorot perlawanan liga dan Piala Malaysia, sedikit sebanyak aku berpeluang memberi ulasan serba sedikit.

Untuk 2013, selepas aksi suku akhir, aku memilih Kelantan dan Pahang ke final.

Aku ramal kali ini Pahang mendakap piala yang kali terakhir aku saksikan pada final 1992.

Bagi Jalaluddin Jaafar atau abang Jalal yang kali pertama aku liput pada 1996, ini barangkali last chance untuk dia menang Piala Malaysia!

NAMES like Sheikh Riduan Sheikh Bakar and Jalaluddin Jaafar are unlikely to strike fear in Selangor players but the duo are keen on stamping their mark at Darulmakmur Stadium tomorrow night.

The two Pahang Sukma squad members are in line for their full debut in the M-League as coach Yunus Alif prepares for a tough week ahead without several of his trusted men.

Since Dollah Salleh, Shadan Zahari and probably Azizul Kamaluddin will be sidelined, Yunus is pinning his hopes on the 20-year-old Riduan to penetrate the Selangor defence.

Dollah, who did not play any full matches in the recent Tiger Cup in Singapore, is undergoing treatment for his ankle injury and so is Azizul. 

Shadan is down with flu while German Ketter Delano is suspended for two matches after being sent off against Terengganu last month.

Jalaluddin is likely to take the right flank role of Azaruddin Aziz who has a bigger job as the link man in midfield.

"I hope Riduan and Jalaluddin make an impact though their match temperament is still suspect.

Walaupun Kelantan atas kertas jauh lebih tajam di bahagian serangan, andainya Azidan Sarudin, Amirulhadi, Jalal, Razman Roslan dan Damion Stewart dapat menutup ruang kepada Badhri Radzi untuk membekalkan peluang kepada Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohamad serta orang besi Dickson Nwakaeme, Matias Conti sambil dibantu Azamuddin Akil berpeluang mencipta nama.

Strategi Dollah Salleh harus berteraskan kelicikan R. Surendren dan R. Gopinathan jika mereka tidak gugup di tengah saingan.

Yang menariknya, seperti yang dinukil oleh Sivan John Conti to lead the Elephant Army, kejayaan Dollah selaku jurulatih MPPJ 2003 dan Selangor 2005 bertunjangkan penyerang Argentina - Juan Manuel Arostegui dan Brian Fuentes!

Di sebalik kekuatan Kelantan yang beraksi dalam final keempat dalam tempoh lima tahun, Tok Gajah tidak mudah dikekang. Semoga semuanya berjalan lancar!


Friday, August 16, 2013

Chua Boon Huat - gone too soon

IT has been slightly more than two weeks since Chua Boon Huat's tragic and sudden demise. The mainstream media paid a tribute deserving of an ace who gave his all on the padang.

Since hockey was the domain of Mustapha Kamaruddin (Moose) and later Satwant Singh Dhaliwal and Graig Nunis at the Malay Mail, seldom was I given the task to cover the sport.

But I played the role of sidekick to Moose in covering the 1997 World Cup qualifiers, given access to watch hockey matches during the 1998 Commonwealth Games and was an occasional spectator over the years.

I just wish to share some of the quotes on my twitter timeline, with memories of enjoying Deepavali delicacies cooked by Satwant's late mother in Tampin with the late Chua, Mirnawan Nawawi and the whole Malay Mail sports desk embedded on my mind.









Satwant's suggestion to retire the No 3 jersey was later picked up by the Star and the MHC.








Also please read Moose's tribute and player-turned-blogger-turned columnist K. Logan Raj's Final goodbye and We will miss you

Wednesday, July 31, 2013

Syabas Artortoise

Karikaturku jauh lebih kurus daripada aku, haha.

Terima kasih kepada Ikhsan Kamarudin, pengasas Artortoise Enterprise, syarikat Bumiputra dengan kepakaran melukis karikatur dan komik yang mengirim lukisan di bawah menerusi twitter.


Ada rupa tak?



Antara hasil tangan dan kreativiti Artortoise


Ikhsan dan isteri peminat setia The Red Warriors


Nantikan komik yang bakal berada di pasaran 10 Ogos nanti


Syabas kepada anak muda yang kreatif membantu membudayakan bola sepak. Semoga ia dapat menyemarakkan cinta masyarakat terhadap sukan nombor satu dunia sebagaimana Captain Tsubasa, komik  yang dijadikan siri animasi di televisyen yang membantu mempopularkan bola sepak Jepun.

Sila klik laman web rasmiakaun Facebook  dan akaun Instagram untuk mengenali Artortoise dengan lebih dekat.






Monday, July 29, 2013

Twitter dan kolum

Dalam twitter banyak komen jujur dan terbuka diluahkan. Tidak kira sama ada individu itu ada latar belakang politik, wartawan, orang biasa, berjawatan atau tidak.

Tertanya-tanya juga aku apakah maksud bekas wartawan The Malay Mail Satwant Singh dengan twitnya sejak kebelakangan ini. Siapakah gerangan mangsa kritikan?
























Mazlan yang Satwant rujuk tentunya Datuk Wira Mazlan Ahmad, Ketua Pengarah MSN 1993-2005. Baca Top manager.


Utusan Malaysia 29 Julai 2013. Mazlan menulis siapa paling layak memimpin persatuan sukan kebangsaan (PSK). Beliau menegaskan jika agensi kerajaan sukar mencari dana, tentu ia lebih susah buat PSK. Mazlan gesa agar Datuk Seri Shahidan Kassim diberi kelonggaran menerajui Asum manakala kerabat diraja yang berminat dan berkebolehan terus diberi ruang memimpin. Namun Mazlan menegaskan mesti ada standard yang harus dicapai dalam bentuk pencapaian atlet serta tempoh penggal pemegang jawatan. Mazlan juga menulis mengenai pemilihan Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff selaku presiden BAM. 

 
Mazlan menyentuh mengenai pemilihan MOM, dengan menulis mengenai Sieh Kok Chi yang gagal ditumbangkan walaupun ada usaha daripada individu berjawatan di pihak kerajaan untuk mempengaruhi undian perwakilan persatuan.






Sunday, July 28, 2013

Baghdatis, Hyeon Chung to set Putra Stadium alight


FIRST WILD CARD ANNOUNCED FOR MALAYSIAN OPEN, KUALA LUMPUR A FAMILIAR FACE RETURNS AND A FUTURE ASIAN STAR REWARDED

The Malaysian Open, Kuala Lumpur, an ATP 250 tournament announces that two Grand Slam finalists, the ever-popular Marcos Baghdatis and future star Hyeon Chung of South Korea, will participate in the US$984,300 tournament to be played at Stadium Putra, Kuala Lumpur from September 21 to 29, 2013.

Baghdatis will be a direct entry whilst 17 year old Hyeon will receive the first main draw singles wild card.

Marcos Baghdatis has been ranked as high as No.8 in the world and has been a finalist at the Australian Open. The often smiling Cypriot is a favourite with Malaysian fans and returns to KL after getting married and becoming a father last year.


Baghdatis set to return

He has won four career titles and reached another seven ATP finals. This year Marcos has suffered with injuries to his foot and shoulder, but still managed to reach the semi-finals in Brisbane, beating Gilles Simon and Florian Mayer, and the quarter-finals at the ATP 500 in Rotterdam.

“Kuala Lumpur has been a special event for me and I have always really enjoyed playing there – the tournament fans and staff are so welcoming and friendly, just like being at home. When I was in the final they really gave me so much support, which I remember well, so I am really looking forward to coming back to Malaysia,” said Baghdatis.

Every year Marcos has played the Malaysian Open, Kuala Lumpur he has improved his standing – in 2009 he made the second round, in 2010 the quarter-finals and in 2011 he played that great final against Janko Tipsarevic. Currently ranked 44, he has career wins over Andy Murray, Juan Monaco, Lleyton Hewitt and Andy Roddick while in 2010 he had the unique experience of beating Roger Federer and Rafa Nadal when they were both No.1.

Hyeon Chung, who reached the junior Wimbledon final earlier this month, is already being tipped to follow in the footsteps of the current Asian No.1 and world No.11, Kei Nishikori.

“It is an honour for me to accept a singles main draw wild card into the Malaysian Open, Kuala Lumpur, an ATP World Tour event that takes place close to home in Asia - and one that has such a quality reputation amongst the players,” said Chung.

“I am touched that my run to the final of the Wimbledon juniors has afforded me opportunities such as this and would like to thank the Tournament Director and IMG for supporting me. The experience will be very valuable and I am very excited.”


Hyeon Chung, new sensation from South Korea

His run to the final of junior Wimbledon was shown live on national television in South Korea causing the TV ratings to soar, as he caught the imagination of sports fans in his home country.

Incredibly the junior boys’ final out rated the men’s singles final between Novak Djokovic and Andy Murray.

The 17 year old right-hander is based for much of the year at the IMG Bollettieri Tennis Academy in Florida and was earmarked for big results since the age of 12, when he won titles at prestigious junior events like the Orange Bowl and the Eddie Herr International.

Tournament Director Nick Freyer, of organisers IMG, said: “We are always touched when a quality sportsman like Marcos returns to KL year after year. He feels comfortable with all that we do for the players. The admiration is mutual, as for the tournament staff, it is like welcoming home an old friend.

“Hyeon is currently the 13th ranked under 18 player in the world and is certainly a youngster to watch. He is genuinely deserving of this wild card as we continue with our tradition of supporting local and Asian players. He follows in the footsteps of Kei Nishikori, and India’s Yuki Bhambri - who will return to KL play in the qualifying competition - and Jimmy Wang of Taiwan who have all progressed up the rankings since we helped them at a young age.”

A number of wild cards will also be provided to local players with the names to be confirmed by the Lawn Tennis Association of Malaysia and the tournament in due course. The Malaysian Open, Kuala Lumpur is sanctioned by the Lawn Tennis Association of Malaysia. In addition to the distinguished support of the Ministry of Tourism and Culture, Malaysia and Tourism Malaysia, the event is proud to have prestigious commercial sponsors that include Rado, CNN International, the DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, Wilson, 100 Plus, the Albukhary Foundation, Astro, Starbucks, the ATP World Tour’s Premier Partner Corona, and Platinum Partner Ricoh.

Tickets prices remain very reasonable and range from RM 10 to RM 120, and there will be free admission between Saturday, September 21 and Tuesday, September 24. Tickets can be purchased on-line via the tournament website http://www.malaysianopentennis.com/2013/tickets.php, at TicketCharge outlets or through the ticket hotline at TicketCharge Ph: 603-92228811

For more information on the tournament, visit www.MalaysianOpenTennis.com

Friday, July 19, 2013

Herbalife's trio of ambassadors



Azizulhasni, Wee Wern and Liew Daren

Herbalife Extends its Nutrition Sponsorship to Three Star Athletes in Malaysia

MALAYSIA, Kuala Lumpur, 17 July 2013 – Global nutrition company, Herbalife today announced that it will be the nutrition sponsor of three homegrown athletes – Low Wee Wern (national squash player), Mohd Azizulhasni Awang (national cyclist) and Liew Daren (national badminton player).

The agreement continues Herbalife relationships with its sports ambassadors that first started in 2011. The agreement will see Herbalife continue to provide the sports ambassadors with right nutrition as they compete locally and outside of the country.

It includes nationwide publicity rights and various joint promotional and corporate social responsibility activities as well as sports programmes with the ambassadors. The athletes are recognized for their progress and track record in their respective sports as well as being inspiring personalities on and off the sports arena.

Mr Sridhar Rajgopalan, Sub-Regional General Manager of Herbalife Malaysia & Singapore said, “We are extremely proud to partner and support these homegrown athletes in optimizing their personal nutrition programmes as well as advocating to the wider community the importance of an active, healthy lifestyle supported by good nutrition. The occasion marks yet another important milestone not only for Herbalife in Malaysia, but also for our three Sports Ambassadors who have shown exemplary performance and progress over the years, and will continue to display high-spirited sportsmanship in the years to come.”

Low, a national squash player, reciprocated, “It is just the beginning of my squash career and there’s so much more to achieve in the future. Herbalife has supported me in my nutritional programme in the past and I am truly thankful and honoured to be part of the Herbalife team again.”

Mohd Azizulhasni Awang, a national cyclist, commended Herbalife Nutrition, “Good nutrition support is especially important for athletes like us who are constantly in training or competitions. I have been incorporating Herbalife nutrition products in my intensive training regime and am happy with how they have helped in my sports nutrition needs in order to perform better than ever, and to earn my nickname, Pocket Rocketman!”

Liew, a national badminton player and first time Herbalife Sports Ambassador, commented, “I am very excited to be part of Herbalife team. I have heard tremendous achievement stories from other Herbalife Sports Ambassadors and this appointment will surely inspire me further to not only enhance my performance on court, but also take me to greater heights in my sporting career. Thank you Herbalife!”


Tuesday, July 9, 2013

Beralih ke twitter

Untuk menulis blog, ia memerlukan masa. Kadangkala dua jam untuk satu artikel. Nak pilih dan kemudian muat naik gambar, nak buat keterangan gambar, nak tulis latar belakang dan sedikit sejarah, nak fikir hala tuju dan masa depan...

Jadi aku mengalih perhatian kepada twitter untuk berkongsi pandangan, teguran dan pengalaman. Ringkas. Pantas. Follow me here.

Antaranya:





























Friday, June 28, 2013

Detik gemilang 1985, 1991 dan 1998


Johor Darul Takzim (JDT). Asalnya dikenali sebagai PKENJ. Kelab Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Kemudian dijenamakan sebagai Jcorp. Susulannya, Johor FC.

JDT adalah jelmaan terbaru kelab yang dikendalikan dengan budaya korporat.

Antara jurulatih yang singgah merencana strategi JDT ialah K. Devan, Ron Smith, Raul Carizzo, Bruce Stowell, Azuan Zain dan Ramlan Rashid.

Tapi peminat Johor dulu-dulu masih terkenang detik gemilang Johor, pasukan negeri yang menonjolkan kehebatan pada 1980-an dan 1990-an hasil dedikasi Bapa Bola Sepak Johor, Datuk Suleiman Mohd Noor.

Khas buat tatapan rakan senegeriku, aku mengimbas tiga detik gemilang bola sepak Johor, ketika JDT dikenali sebagai PKENJ, kemudian JCorp dan Johor FC.

1985

Johor menumpaskan Wilayah Persekutuan 2-0 pada final Piala Malaysia 1985 hasil jaringan Muhidin Husin dan Fadzli Ahmad.

Dua jaringan, yang pertama pada minit ke-36 oleh bekas pemain kebangsaan, Muhidin dan satu lagi menyusul empat minit selepas rehat menerusi tandukan Fadzli menghadiahkan kemenangan kepada pasukan dari Selat Tebrau itu serta supremonya, Datuk Suleiman Mohd Noor.

Malam 13 Julai itu turut melahirkan mutiara baru Johor, iaitu Khalid Shahdan yang menjadi perancang serta nadi bagi memastikan Piala Malaysia berhijrah ke selatan semenanjung. Khalid, 21 tahun ketika itu, dan kerani bank di Johor Bahru mencipta nama dengan persembahan menyerlah dan mendapat ganjaran setimpal keringatnya. Dia menerima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir bernilai $10,000.

Jaringan pertama terhasil apabila Azuan Zain melambungkan bola ke depan pintu gol Wilayah Persekutuan, tepat ke arah Muhidin yang bijak bertindak menyambung dengan menolak masuk memperdayakan penjaga gol, M Pavalamani.

Empat minit selepas babak kedua bermula, sepakan sudut Khalid Shahdan mengena kepala beberapa pemain di depan pintu gol menepati arah Fadzli yang kemudian menanduk bagi menyudahkan kesengsaraan lawan dan memastikan kejayaan anak buah Ahmad Isa.

JOHOR: Salleh Mohd Noor, Ismail Ibrahim, Azuan Zain, Kamaruddin Ahmad, Ahmad Marican, Khalid Shahdan, Dollah Salleh, Nasir Yusof, Fadzli Ahmad, Muhidin Hussin, Azmi Taib (Kamarudin Ahmad).

W PERSEKUTUAN: M Pavalamani, Razip Ismail, Tang Siew Seng, Kamarulzaman Yusof, Serbegeth Singh, Subadron Aziz (Michael Chang), Mat Zan Mat Aris (Yip Chee Keong), Ramlan Askolani, Saidin Osman, K Kannan, Hashim Marman.

1991

Malam gemilang buat Ervin Boban, penyerang bertubuh tegap dari Croatia yang menyumbang tiga gol memenuhi harapan Johor untuk menjulang semula Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor 3-1 di atas padang becak.

Tanpa penjaring utama Abbas Saad yang digantung dua perlawanan, Boban keluar daripada bayangan Alistair Edwards dengan ledakan hatrik di Stadium Merdeka bagi memastikan kejuaraan berganda buat anak buah Michael Urukalo.

Boban menggegar gawang Selangor pada minit ke-11 selepas menyambar hantaran Edwards tetapi Selangor menyamakan kedudukan menerusi sepakan leret Gani Ali lapan minit selepas rehat.

Dalam menyusun gerak ke kubu lawan, benteng Selangor terleka. Kesilapan Reman Ragunathan membuka ruang kepada Boban menambah jaringan pada minit ke-60 hasil umpanan lintang Sani Othman

Boban mengukir namanya sebagai wira dengan menyambut baik sepakan percuma pasukannya di luar petak penalti untuk menewaskan bekas penjaga gol Czechoslovakia di Piala Dunia 1982, Karel Stromsik, pada minit ke-84.

Baca lanjut blog Che Din.

Johor: Hassan Miskam, Sazali Nasir, Nasaruddin Atan, Roslan Hamid, Sani Osman, Aidel Mohd Noor, Khalid Shahdan (Fadli Ahmad), Nasir Yusof, Salehan Mohd Som (Annuar Abu Bakar), Alistair Edwards, Ervin Boban.

Selangor: Karel Stromsik, A. Jayakanthan, K. Gunalan, Reman Ragunathan, Ismail Ibrahim, Gani Ali, P. Maniam (Razali Alias), Malek Rahman, Zainal Nordin (Adam Abdullah), Robert Dunn, Pavel Korejcik.


1998

Johor melengkapkan koleksi piala kejuaraan Liga Malaysia selepas mengalahkan Sabah 1-0 untuk menjulang Piala FA dalam final sulungnya, di Stadium Likas. Gol tunggal pasukan pelawat itu dijaringkan Milan Blagojevic pada minit ke-31 di hadapan kira-kira 20,000 penonton untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Rosdee Sulong berada di sebelah kanan mendapat bola hasil gerakan pantas Johor mengambil sepakan percuma, melintangkan bola ke tengah untuk Blagojevic menggelecek seorang pertahanan Sabah sebelum merembat dengan kaki kanan dari luar kotak penalti menuju tepat ke sudut kiri gol Sabah pada minit ke-31.

Jaringan itu hadir dua hari selepas isteri Blagojevic melahirkan anak sulung mereka, Nicholas.


Stewart julang piala


Memori indah buat Steve Darby dan Johor


Stewart terkenal dengan rempuhan keras tapi adil. Dia menghadang David Rocastle sambil Blagojevic bingkas melindunginya


Salim Khamis, orang Kampung Melayu, Kluang, bersalam dengan Blagojevic sambil disaksikan Azmil Azali, Darby, Stewart dan Rizal Sukiman


Aku sempat membuat liputan Stewart dan Blagojevic. Dua profesional sejati.


Rizal Sukiman dan Azmil Azali. Dua anggota skuad negara Piala AFF 1996

Gambar 1998 koleksi Steve Darby. Thanks Steve.

SABAH: Khairul Azman Mohamed, Veselin Kovacevic, Musa Hendrik, Jelius Ating (Romzi Musa), Abdullah Adi (Henry Soimpon), Burhan Ajui, Jainin Tinin, David Rocastle, Yap Wai Loon (Harun Laban), Mohd Jaya Kassim, Suharmin Yusuf.

JOHOR: Omar Salim, Salim Khamis, Darren Stewart, Azmil Azali, Mohd Zakir Othman, Rizal Zamberi Yahya, Milan Blagojevic, Idris Karim, Rizal Sukiman, Rosdee Sulong (Tuboly Frigyes), Azmi Mohamad. 

Namun esok, aku berasakan Kelantan ada kelebihan. Namun bola sepak Johor harus melonjak lebih tinggi jika JDT muncul kelab pertama menjuarai Piala FA.