Wednesday, April 23, 2008

Bingkisan dari utara, Letter from up north


I reproduce this letter from up north. The writer prefers a pseudonym.

KELAB PENYOKONG HIJAUKUNING (0163052)


Peminat Mahu Pengurus Baru

Pertama sekali Kelab Penyokong Hijau Kuning (HKC) mengucapkan sekalung tahniah kepada pasukan Bolasepak Negeri Kedah Darulaman yang berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super 2007/2008.

Sesungguhnya kejayaan ini telah mencipta sejarah baru dalam lipatan bolasepak tempatan sebagai pasukan pertama mengekalkan kejuaraan Liga Super.

HKC juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang telah memberi nafas baru kepada KFA dengan melantik beberapa muka baru dalam Mesyuarat Agong KFA ke-34 pada 10 April lepas.

Nyata banyak isu mutakhir yang dilihat sebagai perkembangan positif buat peminat Kedah, namun begitu rata-rata peminat masih kurang berpuas hati kerana peminat mahukan suntikan baru dalam pengurusan bolasepak Kedah. Justeru peminat mahukan pengurus baru bagi membolehkan pasukan Bolasepak Kedah lebih menyerlah di dalam setiap pertandingan yang disertai.

Bukan niat untuk menafikan kewibawaan pengurus kini iaitu Datuk Othman Aziz tetapi hasrat peminat ini lebih kepada kekecewaan bagaimana Datuk Othman tidak professional lansung dalam menguruskan pasukan sehingga sanggup melepaskan dua pemain muda berbakat iaitu Zairul Fitree dan Bunyamin Umar kepada pasukan lain.

Lebih sedih lagi, sebagai pengurus pasukan beliau tidak lansung berbincang dengan jurulatih-jurulatih pasukan ketika membuat keputusan melepaskan dua pemain tersebut yang akibatnya En. Azraai Khor, Tuan Haji Radzi Mat Din dan Encik Ahmad Sobri menghadapi tekanan yang cukup tinggi apabila berhadapan dengan banyak pemain yang mengalami kecederaan sedangkan pemain ganti tidak mencukupi.

Tidakkah tindakan Datuk Othman ini membelakangkan kepentingan pasukan sendiri kerana tidak syak beliau mempunyai kepentingan peribadi ketika melepaskan kedua-dua pemain tersebut.

Atas sebab itu, kredibiliti Datuk Othman tampak sudah terjejas di mata peminat Kedah apa tah lagi dengan kebisuan Datuk Othman Aziz menjelaskan kepada peminat kaedah apa dipakai dalam urusan perpindahan dua pemain tersebut.

Kejayaan menggondol tiga piala pada tahun 2007 sebenarnya adalah lebih kepada perancangan bijak yang diatur oleh Datuk Paduka Ahmad Basri Akil yang ketika itu menjadi Pengurus Pasukan Kenari bersama-sama barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Azraai Khor Abdullah. Datuk Othman cuma mengambil alih pasukan setelah Datuk Ahmad Basri menyediakan segalanya dan ia jelas Datuk Othman bukanlah perencana utama kejayaan pasukan Kedah.

Cuma sedikit kredit harus diberikan kepada Datuk Othman kerana meneruskan apa yang telah dirancang oleh Datuk Ahmad Basri. Walaubagaimanapun, kredibiliti Datuk Othman sudah hancur pada pandangan mata peminat Kedah kerana tindakan-tindakan beliau menyebabkan pasukan ibarat menjadi tempang dan Alhamdulillah atas kebijaksanaan barisan kejurulatihan pasukan Kedah yang diketuai oleh Azraai Khor berjaya mengimbangi kecacatan tersebut hingga mampu menguasai persada bolasepak negara.

Mesej jelas dari HKC ialah kami perlukan pengurus baru dan kami percaya masih ramai calon yang cukup berwibawa yang boleh diketengahkan menjadi pengganti Datuk Othman.

Bagi seluruh peminat pasukan bolasepak Kedah, kami mensifatkan Datuk Othman Aziz sebagai petualang kepada pasukan Kedah atau gunting dalam lipatan. Demi kepentingan peribadinya beliau sanggup menurut telunjuk pihak-pihak tertentu yang mana tindakannya itu lebih merupakan tikaman dari belakang kepada perjuanagan pasukan bolasepak Negeri Kedah Darul Aman.

SOKONGAN KAMI BUKAN SEKADAR KETIKA MENANG, SOKONGAN KAMI SEPANJANG ZAMAN


Ustadenapio
HKC

3 comments:

izinni said...

salam,

i wonder .. should you want the best for your team, why the pseudonym?? be a gentleman laaa ...

and ahhhh ... sedap mata memandang ada gambar :D

Anonymous said...

akum....

mungkin ada benarnya apa yang disampaikan.tapi kena ingat la...apa yang telah dato OA buat selama ni......jan pulak kelab penyokong pun bila kerajaan negeri bertukat tangan mula la nak buat perubahan jgk.benda yang baik kena la tgk sama.......BIAR JASA JADI KENANGAN!

Anonymous said...

Salam Ustadenapio and All.

Very strange. Amat pelik. Team Hijau Kuning is going great guns and may end up with three silverwares at the end of the season. Dear Ustadenapio, apa yg tak kena?

For a start, syorkan langkah2 yg boleh diterimapakai rather than just SACK SACK SACK!! Hallo? Siapa yg waras yg akan SACK the Manager or the Trainer if the team is doing great? Tidak masuk akal melainkan saranan SACK SACK SACK adalah tercetus dari motif tersembunyi dari Ustadenapio dan pihak2 yg bersekongkol dgnnya. I hope this got nothing to do with politics. The Association must be doing great with the turnstiles turning like mad every home match. Ya? And again, they could up as Treble Winners!!

I am sorry Ustadenapio but your piece tak masuk akal. Rather than demanding change aka REFORM for Hijau Kuning u may ponder on that for THAT Association based in KJ - Kelana Jaya. THAT Association is in a mess and FYI Ustadenapio THAT Association spent Millions but we are, what? ranked 170 di seantero dunia!! Faham?

So please. Get a mirror. Think u'd see an idiot in there?