Tuesday, February 1, 2011
Takraw oh takraw
Minggu lalu penerbit Kafe Sukan, Nasser Zainal, menjemput Futra Ghani dan Normanizam Ahmad bagi meluahkan perasaan mereka digugurkan daripada skuad sepak takraw kebangsaan atas alasan disiplin. Futra selaku guru di Taman Medan dan Normanizam, seorang anggota polis, adalah teras skuad emas Manila 2005. Cara mereka digugurkan semacam menggambarkan jasa mereka tidak dikenang. Mereka menganggap pengguguran mereka bersifat peribadi. Khabarnya mereka menyerang persatuan dalam bedah siasat sejurus mengutip pingat perak di Sukan Asia di Guangzhou.
Minggu ini giliran Presiden Persatuan Sepak takraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail dan setiausaha PSM, Datuk Arshad Yahya, menceritakan keadaan dari perspektif persatuan. Apabila ditanya bila nak letak jawatan, TokMat menyebut kena faham perlembagaan persatuan, "hangpa nak ambik alih ka", sambil mempertahankan PSM antara persatuan diurus tadbir dengan cekap. Dia turut menyebut sebenarnya ada lapan pemain yang dicadang digugur selain tidak menyembunyikan hakikat Futra dan Normanizam ada masalah disiplin. Arshad pula memberitahu selepas rakaman sebenarnya 95 peratus ahli gabungan tidak mahu TokMat letak jawatan!
Baca beberapa cadangan besar dalam apresiasi wacana
di sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
DATUK AHMAD..anda sila letak jawatan...anda dah gagal laksana kan tugas...kan dah janji ari tu??nak tunggu dah stabil mcm mn lagi?
Takraw merupakan Persatuan yang 100% dikuasai oleh org - org Melayu. Pemain, J/letih, Presiden dsb, semua org Melayu. Aku bukan nak cerita pasal kaum tapi pada aku cara PSM ini ditadbir cukup merapu. Presiden betul - betul tak gentleman. Kalau dah gagal terus letak jawatan, kan mudah. Perkotakan apa dikata jangan berdolak dalik. Jurulatih kita tak ada idea, tak kreatif dan tak ada langsung pengalaman untuk melatih. Pemain - pemain pulak...alamak macam budak kecik. Normanizam harap je badan besar tapi sampai bapak tolong nak saman PSM sebab kena gugur...Malu la!!! Terimalah hakikat anda dah tak bagus tak layak lagi mewakili negara. Pi main petang - petang kat balai cukup la atau ajar budak - budak baru cara nak buat servis yang lebih elok dari servis anda!! Putra pun elok tak payah main lagi la, kalau setakat libas macam lipas lepas tu kecoh menari depan net macam kera kena belacan. Itu sebab aku cakap jurulatih kita hancus sebab masa Sukan Asia ada ke letak regu lembab ni main antara regu, dah tentu kena sayur dengan Siam. Normanizam cakap dia tak expect tekong Siam yang itu diturunkan. Siam letak siapapun jadi tekong semuanya sama standard kecuali tekong kita. Elok aku cadangkan PSM ni dibubarkan dan buat pemilihan fresh. Heran juga sebab Pak Menteri langsung tak kisah dengan nasib PSM ni. Ooo mungkin sebab Presiden dia bukan Sultan.....Renung renungkan lah..
ahmad ismail mungkir janji nak letak jawatan..orang mungkir janji takleh jadi pemimpin..blah la woi.., macam bagus..aku berbulu betul dgn ahmad ismail ni..memang takraw takkan berkembang selagi dia presiden PSM
Lagi2 isu ni... wat pening je la... hmmm...
Salam, sebenarnya hakikat yg pahit dan harus kita terima ialah...sukan takraw ni negara kita dah lesu, x popular mcm zaman sebelum dan perillys. Kalau dulu dgn kejohanan peringkat kebangsaan malahan piala Isa juga menjadi medan pertaruhan. Kementerian sukan dari dulu dah pejam mata bila tiba bab takraw ni. Langkah awal ialah bagaimana kita nak popularkan kembali sukan ni...baru kita boleh mula fikir pada perkara2 lain. Program peringkat akar umbi pun dah pupus. Jadi pada hemah saya, perkara ini harus dibetulkan dulu....
semua org dah tahu perangai Datuk AI..erm.......letak2 la
SALAM....pendapat saya..cara permainan perlu ubah...contoh cuba gunakan pemain hadapan yg boleh jadi feeder n killer sekali gus. tak payah ler dok sorang jer tue jer jadi killer. Sekurang2nyer boleh mengelirukan pihak lawan.Mmg susah nak cari player mempunyai skill yg boleh jadi feeder n killer serentak, tetapi boleh dilatihkankan. Coach perlu ada idea sendiri..tak yah ler dok tiru cara Thailand. Create ler sesuatu yg baru....
2] bagi ler pekerjaan yang bagus pada pemain2 yang mewakili negara atau imbuhan yang bagus...nescaya ramai yang berbakat diluar sana mau menceburi sukan nie.
3] Sukan yg tak mempunyai masa depan yang bagus sapa yang nak main. Walau pun bola bukan ler bertaraf Asia tapi kenapa ramai yg mau anak mereka mewakili negeri. Semua kerana wang. Gaji lumayankann...Takraw???
Ramai yang berbakat pada peringkat daerah...tapi mereka lebih suka main untuk di daerah saja sebab lagi lumayan. Main untuk negeri dapat ciput jer berbanding bermain di daerah. Bila dah nama ada mewakili negeri otomatik tak leh main di daerah2.
3] Tiada ganjaran lumayan menyebabkan ramai yg tak berminat nak main untuk negara sedangkan pada peringkat sekolah mereka berpontensi dan boleh digilap.
Cerita pasal pengurusan....hmmm no komen....dari dulu sama jer. Ketandusan idea...."tepuk dada tanya selera."
Ni sukan orang melayu...diwarisi sejak dari generasi moyang kita, harus kita ingat dan jaga..harus kerjasama dan satu padu, jangan kita seperti menang sorak kampung tergadai...
Presiden kena letak jawatan dulu...beri peluang pada muka baru, cara bercakap dalam kafe sukan baru2 ni ada bebaur riak n takbur yg keluar dari mulut presiden. Nak suruh peminat hanya tahu menyokong dan biar geng2 pentadbir yang buat urusan...Wahai tuan presiden...penyokong sekarang bukan mcm dulu, mereka lebih bijak menilai malah menganalisis sesuatu perkara. kita dah terlalu lama kempunan pingat malah dah lama sangat kita tak boleh nak mengatasi Thailand. Jika dilihat permainan mereka tidak sehebat seperti zaman Pak Dee atau Suebsak...Satu perubahan secara drastil dan total harus dilaksanakan, baru sesuatu perancangan baru boleh direncanakan...pemain seperti rehan, malek, zabidi pun kita dah susah nak cari...sebenarnya malaysia ada rencah permainan kita sendiri...kita tak pernah ikut orang...tekong kita ada cara tersendiri macam Maestro Nordin Sabaruddin...bola first boleh ambik tapi second dah screw berpusing...tersungkur Pak Dee ketika itu. Rehan pulak, berila bola tang manapun, dia akan libas-stroke kekuatan dia tapi gulung terlentang pun dia boleh sebat...Malek pulak, timang bola boleh sampai maghrib...tak sudah. Cakap nak kaki anjing , sudu....semua boleh laaa....tapi sekarang mana pemain yg ada kualiti sebegini...
mamat gemok tu gengsta! hang jangan main main zal nanti kena belasah baru hang tau! LOL! gengsta taik kucing hak tui!
anti gengsta
Mcm mana takraw nak maju kalau pemimpin mcm ni..tak usah mimpi nk jd pemimpin masyarakat kalau hanya tau ckp tp tak serupa bikin...buat malu anak Penang..aku rasa orang asli penang pun x ngaku kenai Tok Mat ni..
hanya punya standard cukup hanya jadi campaign manager saja..berlagak pandai tp abuk pun tarak..
anyway Tok Mat, I know what u did last season...
nak tengok dengan izin yang interview presiden PSM...sapa leh upload pleaseee....!!!!
nak tengok sgt dengan izin..yang tetamunya presiden PSM..sape ada please upload..please.....
nak tgk Dengan Izin Astro arena..yang tetamunya Presiden PSM...upload please...!!!
ape perubahan dan kemajuan yg ko boleh buat dgn sukan sepaktakraw ni rizal???
Post a Comment