Apapun, bulan lalu sempat ke Stadium Putra menonton Terbuka Malaysia...seronok jadi pemerhati
Zainal Abidin Rawop ditemani Sharon Wee dan Razif Sidek mengulas untuk Astro Arena
Jasni Shafie mengulas untuk RTM
Yang dua gentleman lengkap berkot tu agaknya cuba mengenal pasti siapa yang berminat jadi presiden BAM...
Datuk Lee Chong Wei menang mudah mengatasi Taufik Hidayat
Cenderahati, tiket pula pemberian Suzi Astro Arena...keychain tu mahal
Dan Guen Chin (kiri) gelak ketawa macam orang kaya....
11 comments:
ALHAMDULILAH lah kalau dia balik BAM. he's not someone ordinary dan saya suka diaa! kalau keluar bam , siapa na jaggaaa cw. btw . seronoknyaa ! dot jumpapas2 beritaa. tahun lps lepas pegi jugak mlysian open, yg taun lepasnya dpt pegi piala thomas jaa.
mungkin tak ready nak cakap lagi kot? mana la tau ade pressure from orang atasan ke kan,
tak salah ada jurucakap @ cakap thru email, fon, sms, FB, twitter, dll.
apa yg penting, info yg hendak dismapaikan tu sampai pd org yg sepatut terima, tu saje.
apa yg penting lg, diharap sukan Malaysia akan terus maju & jgn byk sgt politik dlm sukan.
adios.
Caya la...blogger seperti awak yg kita cari selama ni. So terus kan la dgn komen2 yang membina. Something wrong jikalau satu badan yg dipertanggungjawabkan yang mana pihak atasannya telah lama menerajui misalnya KOAM, PSM dll patutnya di selongkar dan di intai kenapa pada mulanya begitu sukses dengan kejayaan demi kejayaan tapi tiba-tiba merudum pencapaiannya dan ada juga dari kalangan peneraju badan induk tersebut yang berjanji akan mengorbankan jawatan mereka jikalau pencapaiannya dalam sukan -sukan yang melibatkan Malaysia di peringkat Asean, Asia malah dunia sekalipun alih-alih kemudiannya menyalahkan pemain, athlit dan sebagainya.
Sepatutnya sudah tiba masanya mereka turun dari memegang sebarang jawatan dan berilah peluang kepada mereka yang lain yang pastinya mempunyai idea2 yang lebih bernas dan berwawasan tidak kisah la sasarannya 5 atau 8 atau 10 tahun untuk melihat hasilnya kerana apabila targetnya dalam masa 10 tahun, 4 atau 5 tahun sudah pasti kita dapat lihat peningkatan...mungkin 60 % pencapaiannya. So dari situ kita boleh membuat penilaian mereka membuat home work dari 'Blueprint'yang mereka sasarkan. Takut juga la penyakit ini akan merebak terkena pulak pada badan-badan induk sukan yang lain
Kita ambil contoh bagaimana Liverpool sekarang mengambil tindakan drastik memecat jurulatih yang lama, Roy Hodgson yang baru sahaja menjadi jurulatih Liverpool di tukar kepada Kenny Daglish dan kita boleh lihat sekarang Liverpool telah menang 4 perlawanan berturut-turut termasuk mengalahkan gergasi Chelsea. Walaupun mereka satu kelab yang bernilai berjuta-juta pound sterling tetapi dalam merombak pasukan, debaran itu samalah dengan pasukan yang kecil kerana tekanan yang di hadapi adalah sama dari pengurusan atasan sehinggalah kepada penyokong.
Sudah tiba masanya MSN sebagai badan utama sukan di Malaysia mengambil berat setiap masalah yang di hadapi badan-badan sukan di bawahnya dengan lebih praktikal dan teliti dengan cara inilah sahaja badan-badan sukan yang bergelut dengan masalah dapat diatasi. Jangan tunggu sehingga stadium lengang ataupun penyokong bakar kereta, serang penyokong lain ataupun misal yang terdekat rakyat Mesir membuat demo yang mengakibatkan kematian, barulah nak turun dari singgahsana.. itupun nak agih-agihkan tugaslah. Bila dah letak jawatan, barulah terbongkar aset harta sampai AS70 billion... ini semua berlaku akibat terlampau lama duduk di atas, bila dah ‘buat duit’ sampai berbillion... tengah sedap la tu... terus nak memerintah.
Ambil ia sebagai iktibar sebab manusia ini tidak pandai bersyukur dengan apa yang ada.... nantilah banyak nak dikongsi bersama dengan tuan.. so kesimpulannya, yang duduk diatas yang asyik tak menjadi perancangannya muhasabah diri tu. Kalau dah janji nak letak jawatan.. letaklah jawatan, bagi pulak yang baru, pasti akan ada hikmahnya.
Mengapa Astro ambil Sharon Wee bekas jaguh squash sebagai pengulas diMalaysian Open 2011...tak ada ke bekas jaguh badminton wanita Malaysia yang bolih dijemput?
Sharon Wee pengulas jemputan ke tetap?kalau tetap tak salah rasanya..asalkan berbakat dan berpengetahuan dalam sukan yang di ulas..itu sudah memadai...juz my 2 sen...
Bro, biasalah sekarang ramai yang nak bertindak jadi jurucakap. Masa Misbun susah dulu tak pulak dia ke depan. Sekarang ini bila dah jadi pencacai org dengan sijil yang entah mana yang dibelinya, bersuara pulak dia.
Jurucakap ini, eloklah fikir masak-masak apa yang anda buat untuk badminton Malaysia. Janganlah hancurkan nama keluarga sendiri. Elok jaga rumahtangga sendiri.
Aku sendiri pun heran kenapa tiba2 Jalani menyalak nak jadi jurucakap. Rasanya eloklah jaga rumahtangga sendiri. Tak payah suruh orang lain jaga bini. jaga sendri lagi elok.
Badminton tak perlukan orang yang suka melaga-lagakan orang lain. Biarkan Misbun sendirian. Jangan jadi ketam mengajar anak berjalan lurus. Gua paling tak respect si Jalani ini. Sepatutnya diam sahajalah awak tu. Kembalikan maruah sendiri sebelum nak jadi jurucakap orang lain.
tokman dan SU30MKM. Sharon sekadar menjadi pengulas undangan dan memangnya Astro Arena tidak mendapat bekas pemain yang sesuai atau bersedia. Sukar sebenarnya nak mendapat bakat seperti Sharon yang boleh mengulas beberapa acara bukan sekadar skuash. Mana - mana ex-atlet yang bersedia nak jadi macam Sharon tolong angkat tangan dan inform MRH (agen tak rasmi)...
ZAR
Semua ahli sukan mahir dalam sukan lain tapi patut Astro lebih professional dengan mengambil bekas jaguh badminton wanita untuk menjadi PAKAR pengulas seperti Razib Sidek....badminton bukan permainan baru untuk Malaysia!
TOKMAN. Spt diberitahu TIADA / TIDAK ADA bekas pemain badminton wanita yang bersedia untuk membuat ulasan. Kalau ada sudah pasti dia akan membuat ulasan kejohanan itu atau mana - mana kejohanan badminton yang lain. Kalau Zamaliah Sidek atau yang lain - lain sudi..silakan.
ZAR
Post a Comment