Lima daripada team Raja start game Pakistan - Fahmi, Mahali, Muslim, Fadhli dan Gurusamy
Belakang dari kiri K Gurusamy, Mahali Jasuli, Ahmad Shakir Ali, Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Khairul Fahmi Che Mat; Depan dari kiri Ahmad Fakri Saarani, Affize Faisal Mamat, Wan Zaharulnizam Zakaria, Fandi Othman dan Irfan Fazail. Gambar Fadzlie "Deto" Ahmad
Mahali konsisten. Gambar Fadzlie Ahmad
Wan Zaharulnizam, disenaraikan sebagai Kecik dalam senarai pemain yang dikeluarkan oleh AFC mengikut perisian AFCAS, bersama Fakri berganding bahu. Gambar Fadzlie Ahmad
Melihatkan kemenangan 2-0 ke atas Pakistan pada perlawanan pembukaan pra-Olimpik di Stadium Shah Alam Rabu lalu, perancangan Ong Kim Swee belum cukup mujarab.
Betul, menentang pasukan lemah seperti Pakistan, Kim Swee hanya meletakkan Gurusamy untuk membantu Fadhli dan Muslim di benteng ketika dalam possession. Ini bagi membolehkan Mahali dan Affize membantu Fandi dan Wan Zaharulnizam mengasak sayap. Taktik ini bagus kalau penyerang tajam dalam melakukan penyudahan.
Jika bertemu pasukan bereputasi besar, kental dan jauh lebih skillful daripada anak buat Tariq Lutfi, Kim Swee akan pening kepala kerana berasaskan persembahan Rabu lalu:
1. Muslim nampak macam kurang steady, buat silly mistake
2. Gurusamy tidak commanding. Juga membuat kesilapan mudah dari segi hantaran.
3. Fahmi membuat kesilapan-kesilapan yang boleh mengundang bahaya.
4. Fakri miss tiga empat peluang
Tapi dari segi teknik, bagus...sebab itu Wan Zaharulnizam dan Irfan boleh score bola macam tu...tapi dari segi passing range, persefahaman, tactical discipline dan finishing, masih banyak yang harus digandakan...
Apapun permulaan yang positif.
Namun ku sedar falsafah Rajagobal dan Kim Swee sedikit berbeza...
15 comments:
Mahali pemain terbaik malam tu..
Muslim, Fadhli, Apek & Gurusamy jangan terlalu over confident..
Striker kita..mmmm..malas nak cakap
http://simple-mzs.blogspot.com/
terlalu excited...kurang persefahaman...ada yg macam tamak nak jaringkan gol je (walaupun ada option bagi kawan...nak jadi wira kut?)...adakalanya leka (terpana tengok betapa mancungnya idung abang2 Pakistan agaknya!)...Saya minat Fahmi...dia bertuah sbb tak banyak cubaan yg berbahaya (2,3 saja), kalau tak memang bolos jugak. mungkin benar dia nervous sbb 1st time jadi kapten. Tak kisah Fakri jadi best player sbb statistik membuktikannya...but 4 me Mahali lagi baik (setuju dgn inamaz).harap mereka tingkatkan yg patut, esp. penyudah.Bukan nasib tak dapat gol walau berbelas percubaan masa second half?Tuhan saja tahu...tp goalkeeper Pakistan tu mengingatkan saya pada Fahmi semasa 2nd leg final AFF Suzuki lalu...Dan di Pakistan nanti, pesanan saya kena berhati-hati.
http://bunga2hati.blogspot.com
Steady ar kecik, hope boleh score di Lahore nanti..
Standard footballing yg rendah. Tak payah nak bermimpi nak pergi ke olimpik-tak boleh layak secara merit.
Banyak lagi yg kurang pada b.sepak kita. selagi tak dapat control game then attack, sampai bila-bila pun no success... Football is a mind game,budak2 ni masih belum dapat tunjuk, bahawa mereka faham the game and the tactical aspek dlm permainan bolasepak. mereka bermain ikut arahan in a ever changing situation.
Sorry Malaysia, masih jauh ketinggalan.
salam bang,
se raso Guru agak kurang malam tu..se raso baik masuk Gary Robbat sobab dio attacking midfielder..defensive lak leko bona..ambik mudah..striker tu ese raso pasal 2 orang tu dah lamo tak main ngan Harimau Muda..Shakir okla..Fakri tumpul sangat
Pakistan bukan lawan kita kerana negara tu kurang menyerlah dalam bolasepak. Tentangan lebih hebat akan menjadi 'benchmark' untuk menentukan pencapaian pasukan kita. Walaubagaimana pun kita berharap pasukan Malaysia akan terus maju......
....permulaan yg positif tapi belum cukup efektif...
Aku rasa kalau team Olimpik kita layak ke Pusingan ke-2, amat merbahaya sekali di tangan OKS! Lebih baik biarkan National Coach RG takeover. Tiada masalahnya aku rasa. Demi negara. Tactical RG lebih sesuai dengan player2 muda kita. Short pass & through Pass yang cantik yang kita perlukan kalau nak lawan Saudi dan Jepun or Korea nanti.Ataupun kita memang sengaja want's to looks silly kepada bakal2 Opponent kita nanti? Mungkin juga....so, biarlah diorang under estimate team kita.
nasib baik lawan Pakistan, kalau team lain mahu nahas kita.
sebab tu coach punya taktikal pun penting, tak semestinya player bagus boleh main ok.
Ong kalau boleh, minta pendapat Raja tentang strategi pasukan!
Sdr LC, eko dah tulis bawah skali 'falsafah Raja dan Ong berbeza' maknanya team Raja dan Ong tidak sama kecuali hasrat mereka nak naikan bola Malaysia. Dalam team Raja den tengok bebudak main utk coach tapi dalam team Ong ada 2 - 3 ekor yang den rasa dia dah teror sobab main dengan team senior. Tu la pasal ada yang main macam hamlau ari tu. Contohnya 2 bek tongah. Den raso ambik budak Shakr tu lagi nyosahkan Ong. Elok kalau dia tak main langsung sobab dia....tak bagus!! Elok gak Ong pakai players yang ada dalam skuad kecuali betul - betul dia nak pakai senior yang boleh main bola dan bukan sekadar jadi penompang. Apapun den harap team Ong tak kalah di Pakistan nanti. Elok gak main time sekarang sobab kek Pakistan sebok dengan kriket world cup, so bola ni tak da perhatian la.
WATER CANNON
For me Mahali was miles ahead of everyone else in terms of performance on the night. The 3 man defence (during possession) clearly showed attacking intent by Kim Swee.
It was unfortunate that the goals didn't flow.
Aside from the attack being rather toothless,the defence needs to buck up. Concentration is key. In this regard, Kim Swee and the players need to work overtime.
It's no use criticizing individuals at the moment. I've always believed that you perform as a team, and win or lose its as a team.
Personally I think Kim Swee was right in utilising a 5 man midfield during our periods of possession. But I agree a lot of work has to be done against better opponents.
But we should not get ahead of ourselves. We still have Lahore to take care of.
In spite of the criticism made against Kim Swee's team/tactics, I found his "philosophy" as you put it Rizal, to be quite refreshing (I can only comment in relation to the Pakistan game).
Why so? I found his calm approach (ala Pep Guardiola) a steadying influence. A team mirrors the coach. Thus, the team's display against Pakistan has to be lauded as they did not resort to long balls and hopeful punts up the field out of frustration. They kept to the game plan of winning the ball back as soon as possession was lost and trying to get some leverage from the wings.
However, if there is one criticism I can give is that Kim Swee was unwilling to change tactics mid-game. Either that or our players currently lack the ability to do so (the same goes to the senior team really).
But on a positive note, the boys did show a distinct tactical discipline borne out of being together for so long.
Good luck...
bila liga super start, takde orang yang pergi stadium, bila bukak internet, beratus ratus ribu orang duk komen, kritik dan kutuk. kalau mcm ni bila bolasepak nak maju? kalau dah rakyat sendiri tak ambil peduli. tipisnya budaya menyokong kerana cintakan negara. jatuh bagun negara sendiri jugak, pasukan kebanggaan sendiri jugak. bagi peluang pada player2 ni untuk develop, jgn tau asyik nak condemn je, bagilah kata2 semangat, walaupon passsing bersepah sekalipun, kata kat player2 nih, takpe, boleh buat lagi, cuba lagi. nah, tu baru budaya nak menyokong, bukan duk hentam pom pam pon pom alih2 kaki sendiri yang bangku!
Fakri bukan natural goal poacher. Ong punyai masalah besar di bahagian serangan. Saya tidak pasti potensi sebenar Izzaq Faris
MAhaLi main paling bagus mlm tu ...
layak dpt player terbaik.
Striker sedikit hancur ... tamak nk score, tp tak tajam. penyudah tumpul.
perlukan finishing yang lagi sempurna!!
Post a Comment