Wednesday, February 2, 2011

Padang oh padang

Kalau ada peluang ke luar negara, khususnya ke negara yang bola sepaknya maju, cuba tinjau keadaan padang dan kemudahan stadium di sana.

Di sini, Stadium Kuala Lumpur di Cheras macam batas ubi. Masalah utama kita - stadium bukan dikendalikan persatuan bola sepak. Di England, groundsman macam tuan tanah. Kita pijak sikit habis kena hamun. Hanya diizin memijak atau pegang jika ada kebenaran pengurusan.

Dulukan, bekas jurulatih kebangsaan Allan Harris selalu ngomel dengan aku..."I don't understand, you look at the condition of the pitch...rubbish," katanya. Aku sekadar angkat bahu tak tahu nak jawab...Harris pulak tahu sajalah, pernah bertugas di Barcelona, Espanyol, Crystal Palace...padang first class la..


Tengok gambar Hisham yob4ever.com...Shahrulnizam Mustapa macam terpijak lopak tu. Padang macam ini nak hos Hong Kong? 

24 comments:

Anonymous said...

betul tu .. mmg tak dinafikan padang di Stadium PBKL hari tu teruk yang amat sgt... saya ade shot game ni terkejut tgk padang yang mcm ''bendang kering'' lak...

mengikut info yg saya dpt, 2 hari sebelum tu padang telah digunakan dan keesokkannya telah diselenggara semula dan kalo ikutkan selepas itu kena tunggu sekurang2 seminggu baru bole digunakan semula...

Hisham said...

Memang teruk pdng stdm cheras mlm tu. Yg saya nmpk tapak kasut player penuh dgn tanah.

Dengar game dgn Hong Kong main kt Shah Alam

Anonymous said...

Saudara Rizal

Sekiranya kita hendak menyediakan peluang perkerjaan kepada belia belia kita yang minat dalam sukan No 1 negara, maka pendekatan menyeluruh merangkumi semua aspek pertandingan perlu dititik beratkan. Mengapa tidaknya kita mempunyai seseorang yang pakar dalam bidang penjagaan padang muncul daripada contohnya university pertanian (universtiy Putra) ataupun mengapa pihak FAM tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada MARDI walaupun ia merupakan badan berhubung rapat dengan industri pertanian. Saya pasti para cendikiawan kita di negara ini mampu mencari penyelesaian masalah yang saya lihat sejak tahun 70an lagi di mana gawang gol seringkali berlecak, tanpa sehelai rumputpun. Selepas kita dapat menyelesaikan masalah di negara kita, maka pasarkan tenaga mahir kita kenegara negara yang mempunyai sistem iklim yang sama dengan Malaysia. Hanya perlu berikthiar, insya Allah kita akan berjaya menjadi pelopor dalam bidang ini.

Anonymous said...

teringat kata² steve darby semasa menjadi coach perak.. "padang yg cantik menghasilkan permainan yang cantik.." so kalau padang dah rupa sawah bendang apa jadinya ? ehehe

mad redo1 said...

jangan datang ke SSiNS bro, tak tahan telinga aku dengar nkao punya 'komen'... HAHA!

shahril said...

salam....imho, padang di stadium cheras ni perlu diganti dengan padang yang baru....tak silap saya..padang ini telah digunakan sejak 5 atau 6 tahun yang lepas...pada masa itu, padang di stadium ini adalah antara yang terbaik di negara ini...terbaik dan menggunakan teknologi tempatan..tanahnya menggunakan bahan2 campuran unsur kelapa sawit...
selain padang di stadium cheras, kita perlu mengambil berat tentang keadaan padang di stadium shah alam yang mana saya rasa keadaannya perlu dibaiki...jika kita menonton siaran langsung game pila sumbangsih tempoh hari, keadaan padang di stadium shah alam telah sedikit sebnyak mengganggu kerancakan permainan...

Unknown said...

1.suatu ketika dahulu, padang di stadium klfa ini adalah antara yang terbaik di malaysia..kalau tak silap, k.rasalingam yang bertanggungjawab menjaganya. tetapi, kenapa boleh jadi begini?
2.FAM cukup tegas dengan kualiti lampu tidak kurang 800 lux tetapi tidak pernah ambil peduli dan bertegas soal kualiti padang.
3.selagi stadium utama berada di bawah seliaan PBT dan bukannya FA negeri, masalah padang ini tidak akan pernah selesai, kerana PBT juga menyewakan stadium/padang berkenaan kepada pihak lain.

daLyaanoon said...

Sebab ini juga, Akmal Rizal gagal jaringkan sepakan penalti?

I'm the Mancurian said...

salam,
rasanya salah satu sebab jadi macamtu ialah kononnya penjimatan kos..... Stadiaum Batu Kawan contohnya, sebelum ini padang diselenggara oleh syarikat yang mmg pakar dlm bidang penyelenggaraan padang dan rumput, syarikat yang yang mempunyai kontrak menyelenggara beberapa lapangan golf di Malaysia....tapi atas sebab2 kos, syarikat yang dok mesin rumput tepi jalan pun leh dpt kerja jaga padang....so....paham2 aja lah...

Anonymous said...

tak guna, kalau stadium besar, facilities hebat, lampu terang tapi padang macam bendang kering.

harimau luka akan bangkit said...

seronok baca..isu ini penting sepatutunya dari awal lagi dah di bincangkan oleh Fam.

kita tengok berapa lama FAM akan jawap isu KECIL INI.

Silap-silap tak jawap,,,
FAM kalau terus macam ni APALAH nasib bola sepak Malaysia,


*setuju dengan pendapat
Anonymous said...
February 2, 2011 1:28 PM

*FAM perlu buka peluang KOLABORASI kerjasama dengan IPTA&IPTS,MARDI,..ISN,,(UNTUK MENAIKTARAF bola sepak malaysia.)
kita berdoalah dibukakan hati PEJUANG FAM...

*idea RAKYAT MALAYSIA melimpah ruah,,tapi FAM,,NI BIJAK DAN TEGAS SANGAT....konon mereka lebih pandai..PEJUANG sejatilah sangat.


*Teruskan usaha RHLC..kAMI SOKONG anda,,teruskan KRITIK FAM,,,.Kearah tranformasi FAM...

kalau boleh tipa mingku kiritk FAM PUN TAkpa..cari isu lain pulak,,,


lagi satu ISU PENTING. fa*fc BOLA SEPAK MALAYSIA tak reti nak cari duit sendiri.tengok jersi takda penaja,,kecuali KELANTAN Penaja berlambak,

*WEBSITE fam LAGI SATU TAK INFORMATIF LANGSUNG..tolonglah BRO RIZAL-LC ,,kita fikirkan untuk menegur fam.KAMI PEMinaT MEMERLUKAN satu usumber informasi bola sepak yang tepat padat..jika website fam..mamcam ni aja...apa cerita....
apa cerita HMA-HMB ,LIGA fam,liga simpanan,laga u17....ETC....

Unknown said...

The poor pitch has been issued many many years ago. If we realized or not, we have world class infrastructur among the ASEAN countries but I still dont understand why our pitch did not transfer to what we have. Even our pride National Stadium still cant consider as good pitch.

Dont blame the weather why we cant have great pitch. If the Qatar ot Singapore or even Vietnam can have smooth surface, why we cant? If the stadium need to be privatize, why not?

If we dream to host the World Cup in 2026 or onwards, pls dream to have flat and smooth pitch first.

mamak putih said...

yes saudara rizal, padang klfa, bandar tun razak. sangat teruk .... buat malu sahaja kalau kita nak host hong kong in the friendly match and the olympic qualifier against pakistan (juga di klfa stadium. for everyone infor).... its time fa of malaysia (FAM) reconsider the decision to play both the matches there..... kalau bukit jalil di tutup, move to shah alam... the pitch condiditon anytime better than klfa... and from inside information, facilities di dalam stadium klfa pun teruk maximum especially the toilet ....sayang sekali semasa k. rasalingam was the secretary, the stadium was well taken care... and it used to be one of the best pitch in the country... but sekarang hanya tinggal kenangan... kesian pemain2 saya lihat the recording of the match this afternoon.... as i missed the live as i was at shah alam stadium - to watch an impressive ong kim swee's boys overcome pahang 3-1....

Hisham said...

Masalah padang bola kita kebanyakan diuruskan oleh pbt bukan persatuan.Masa steve bwk Perak dulu dia x nak gunakan padang stadium utk latihan kerana x nak padang jd rosak kalau kerap digunakan.

Sekarang segala aktivity guna pdg yg sama. Kekadang screw, lidi satey pun ada kt situ.

Lambat lg kalau nk tngk persatuan ada stdm sendiri. Nk bayo gaji pemain pun cukup2 jer budget. Tu pun ada yg miss

Anonymous said...

Salam bro, memang sudah tiba masanya kita memberi penekanan pasal padang ni. memang betul, klu padang tak baik mcm mana nak dapat game yg baik. Smlm masa wa tgk game Ns vs T-Team, player asik terjatuh jer...bukan sebab boot yg digunakan tak sesuai tetapi faktor padang. Kekadang kelihatan pemain miss que..terlepas sepak sbb padang.Sebenarnya(correct me if i am wrong bro)keadaan padang yg kurang baik boleh bukan hanya boleh menjejaskan permainan tetapi ia juga boleh menyebabkan pemain tercedera. Di Msia ini, padang yg ada itulah digunakan utk pelbagai acara, sukan sekolah,sukan antara jabatan dan pelbagai lagi....manakan tidak keadaannya menjadi teruk.... Tapi bro wa pelik, bila ada acara besar seperti final game or ada fendly dgn team ternama pandai pulak mereka ni cari padang yg baik, perbaiki mana yg kurang tapi bila game liga super or liga perdana, padang yg disediakan asal boleh... mana pergi gate collection.... klu tak cukup carilah penaja... kat setiap negeri di msia ni ada byk syarikat multi nasional beroperasi atau buat satu collection untuk memperbaiki keadaan padang semasa. Bro! Apa kata didalam siaran akan datang lu bincangkan isu padang ini, panggil mereka2 yg bijak pandai ini utk berkonsi pendapat...Buka minda mereka ni semua, klu asik berangan nak pergi jauh tapi perkara-perkara asas ini tak diambil kira..... tak yahlah...sampai bila kita nak jadi mcm ini, bila ada kejohanan besar jer...barulah nak baut itu dan ini...... fikir-fikirkanlah.... oh satu lagi pasal lampu limpah dan kemudahan asas stadium.... seperti tandas...bayar tgk bola rm8 utk open seat dan rm15 utk granstand tapi tandas...... lu pun tau bro.... plzzzz look into tis matter..klu nak kena bayar masuk tandas pun takpe janji bersih.... adiso... msg frm DZ Abidin...

Anonymous said...

perbadanan stadium terpaksa memberikan acara lain untuk menampung perbelanjaan stadium
persatuan bola sepak tak mampu nk bayar sewa stadium..

Abdullah said...

Salah satu padang terbaik di Kuala Lumpur sehingga hari ini yang pernah saya bermain adalah padang UKRC di Hulu Kelang. Memang cekap kelab UKRC menjaga padang. Satu kelab kecil yang harus dipuji.

saiful said...

Pihak Stadium kena kawal penggunaan padang. Macam Stadium PBKL ni, saya lihat hampir setiap hari digunakan oleh pihak sekolah untuk aktiviti mereka. Kekerapan penggunaan menjadikan kualiti padang amat mendukacitakan walaupun ia merupakan padang terbaik sebelum ini...

Anonymous said...

Kedua2 perlawanan pasukan kebangsaan yg dijadualkan dlm bulan February telah dipindahkan ke Std Shah Alam.

Not My Real Name

Anonymous said...

ini lah salah satu faktor ligam x maju.padang pon x reti nk urus.jika kita lihat mengapa di eropah permainan mereka cantek.sbb pdg mereka world class.semasa chelsea dtg ke msia 3 thun lpas.bekas jurulatih chelsea pon ckap pdang di malaysia ni x sesuai utk chelsea.saya x kisah klau stadium itu buruk ke janji pdg kene world class.klau pdg mcm stadium cheras tu elok utk perlwanan skolah je..

HS KAMAL said...

A'KUM
masalah b.sepak malaysia, bukan hanya padang sahaja. malah support group untuk menyediakan pasukan pun segala kekurangan. cuba kita lihat, kita bergelar pro, tapi conditioning dan fitness di kendalikan oleh jurulatih. Dimana fitness trainer?

Kembalilah ke semi-pro, barulah betul. jgn jadi bahan ketawa negara2 luar.

Jurulatih2 dari england, pandai cakap tapi cuba lihat quality permainan kelab2 dan pasukan england. main mcm lembu tak ada kualiti langsung. harapkan kekuatan fizikal dan kepantasan- ini ke bolasepak-no way.

Kita pulak suka sanjung mat saleh.
Dia org ni penipu nombor satu. cuba kita lihat mcm permainan england di piala dunia yg lepas.
memanglah kualiti padang penting, itu semua faham. Di malaysia attiude kita belum cukup lagi. sebab tu kita kena kembali ke semi-pro. Kita kena belajar banyak perkara2 penting seperti pengurusan,pentadbiran,keselamatan,kebersihan,sain sukan dll. Bila dah cukup ilmu ini barulah kita boleh melibatkan diri dlm kerja2 bolasepak.
tapi kat sini pandai ampu dan guna politik boleh dapat tempat.

Semuanya palsu dan pura2. Pentadbir sukan setengah masak... mana tahu tentang perkara2 asas yg aku sebut diatas. Tambah pulak, bila mat saleh cakap apa aje kita ikut.
Mat saleh2 ni tahu mereka boleh tipu org2 mcm ini, bingai dan bodoh di samping tu mereka juga tahu org2 yg duduk di tempat tersebut sebenarnya tidak tahu apa2 dan tak layak-senanglah mereka buat jualan borong dgn idea mereka(kena wholesale)

Kepada semua saudara2 di blog ini, sila baca blog saya SPORTS 1MALAYSIA MAKE OR BREAK. sila beri komen anda supaya saya dapat meningkatkan tulisan dan pendekatan saya tentang b.sepak malaysia dlm b.melayu atau pun b.inggris

Saudara rizal, saya amat memerlukan komen anda untuk memperbetulkan apa yang tak betul dlm tulisan saya. salam.

Anonymous said...

Malaysia Super League - padang kat negara Afrika lagi ok.FAM,apa cerita ini kata Liga Pro, padang pun tak betul.

Padang kat Bukit Jalil & Shah Alam ok ke?

sportsmalaysia said...

menanti KAFA, melalui usaha TSAM, memiliki stadium khusus utk bolasepak.

banyak isu menarik pasal stadium ini tetapi isu paling penting - pengosongan stadium (omputih kata stadium evacuation) - tidak pernah diutarakan. tanya mana-mana pengurusan stadium di Malaysia soalan ini - "pernahkan anda mengadakan simulasi atau latihan pengosongan stadium jika berlaku sesuatu insiden?" pasti anda terkejut dengan jawapan mereka.

ya betul.. stadium kita jarang yg penuh dengan penonton (kecuali di SSM4 atau semasa final) tapi jangan terkejut satu hari nanti akan terjadi penonton/penyokong yang mati kena pijak.

Anonymous said...

padang2 yang ada dimalaysia sememangnya cukup mengecewakan..bilalah masalah ini akan selesai..semua pihak harus mengambil berat tentang masalah ini..saya selalu berlatih bermain bola sepak dipadang astaka,petaling jaya..saya cukup kecewa dengan kualiti padang itu..semua pihak yang terbabit dalam masalah ini harus mula memikirkan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini.