Tuesday, February 8, 2011

Pegawai media baru di FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ada pegawai media baru. Joe Marcose bukan asing buat arena bola sepak negara. Dia bekas pengarang sukan Utusan Malaysia, pernah bertugas selaku pegawai media Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan seorang blogger. Cabaran buat Joe pelbagai. Selain mengemas kini laman sesawang FAM, Joe kena layan kerenah wartawan, menjawab pada bos, berdepan isu-isu dalaman dan paling syok, kena buat pas media...ada sekali tu aku kena buat 1,000 pas media apabila Malaysia menentang Chelsea pada 2008...mujur ramai yang menolong...terima kasih RY, AM, JE, SW, FF dan KKL...

Tanyalah Ahmad Khawari Isa, Christopher Raj, Dahlan Maamor, Satwant Singh Dhaliwal, aku yang hanya bertahan dua bulan di Wisma FAM, disusuli Zaid Jamaludin dan Raja Azura Shamim Raja Zamani...bukan mudah jadi pegawai media FAM...so Joe, yang berasal dari Batu Pahat (sekampung Tan Sri Vincent Tan) all the best to you...


Joe masa di ibu pejabat UEFA di Berne (dari facebooknya, tanpa kebenaran)

16 comments:

Man Olimpik said...

congrats Joe! all the best... Fair Play!

Mazram Idzam Ridzal Mahmud said...

another a new one FAM media officer. Bro Joe Marcose, satu nama yang tidak asing lagi....mempunyai banyak pengalaman yang tersendiri bersama Utusan dll. Nampak gayanya Raja Azura Shamim pun tak lama bersama FAM...Zaid Kamarudin pun sekejap jer..

Anyway congratulate to bro Joe....Selamat Bertugas di Wisma FAM, Kelana Jaya..hopefull FAM - media lebih friendly sebab Bro tentu tahu ttg asam garam wartawan sebelum ini.

Satu perkara lagi...kita masih TERTUNGGU pembaharuan yang dijanjikan oleh FAM sejak November tahun lalu, mengenai laman sesawang mereka. Nampak gaya nya ianya sekadar tinggal janji dan masih ditakuk lama...Liga Malaysia pun dah mula, tapi senarai nama pemain masih tahun2 sudah...mungkin ini perkara kecik bagi FAM tetapi tidak bagi kalangan peminat bola sepak. So please take action. Last year pun dah launch satu Jawatankuasa Hubungan Luar dengan Media, Datuk Subahan yang chairs...so harap lebih efektif...it's not just a name only!!

Harap Bro Joe dapat alert perkara ini sebagai 'assignment pertama' bro di FAM ni..Good Luck Bro

Anonymous said...

yang di sebelah kiri ialah Sdr Ng Weng Tuck, Senior Sports Editor The Star.

rizal hashim said...

Mazram, maaf Raja Azura sertai MSL Sdn Bhd bawah Tan Sri Annuar Musa dan Stuart Ramalingam.

Anonymous said...

Ke hadapan Joe Marcose dan FAM,
Mula-mula tahniah kepada Encik Joe di atas pelantikan sebagai Pegawai Media FAM.

Tetapi, tolonglah tengok, yang dulu didulukan, yang patut dipatutkan apabila tiba hari perlawanan akhir Piala Malaysia mahupun Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Layanan (pass kerja) untuk media arus perdana nampaknya bukan main tegas dihadkan oleh FAM dengan pelbagai alasan walaupun media arus perdana seperti kami telah membuat liputan (sokongan bolasepak Msia) sejak tahun 80-an lagi.
Lebih malangnya, bila di kawasan media di stadium, maka ternampaklah muka kelompok yang tiba-tiba membuat liputan, nak tengok final je tuh. Maka di'propa' kan bahawa mereka tu media, blogger, web reporterlah, pengulas, pensyarah dan sebagainya. Jadi Joe, perhatikan isu berkenaan dengan teliti kerana media (wartawan) yang benar-benar ingin bertugas tidak diluluskan sedangkan berpusu-pusu pula "penumpang" di Press Box.
Lagi satu, sekarang ini terlalu ramai orang media di Press Box FAM pakai jersi pasukan negeri masing-masing...sungguh tidak kena gaya!
Kalau tak percaya, sama-sama kita tengok Cup final tahun ini.
ABA

Anonymous said...

Ke hadapan Joe Marcose dan FAM,
Tolonglah tengok, yang dulu didulukan, yang patut dipatutkan apabila tiba hari perlawanan akhir Piala Malaysia mahupun Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Layanan (pass kerja) untuk media arus perdana nampaknya bukan main tegas dihadkan oleh FAM dengan pelbagai alasan walaupun media arus perdana seperti kami telah membuat liputan (sokongan bolasepak Msia) sejak tahun 80-an lagi.
Lebih malangnya, bila di kawasan media di stadium, maka ternampaklah kelompok yang tiba-tiba membuat liputan, nak tengok final je tuh. Maka di'propa' kan bahawa mereka tu media, blogger, web reporterlah, pengulas, pensyarah dan sebagainya. Jadi Joe, perhatikan isu berkenaan dengan teliti kerana media (wartawan) yang benar-benar ingin bertugas tidak diluluskan sedangkan berpusu-pusu pula "penumpang" di Press Box.
Lagi satu, sekarang ini terlalu ramai orang media di Press Box FAM pakai jersi pasukan negeri masing-masing...sungguh tidak kena gaya!
Kalau tak percaya, sama-sama kita tengok Cup final tahun ini.
ABA

Tengku Firmino said...

Salam Bro Rizal, 2 bulan tuh rasa macam 2 tahun ker?..huhuhu..apa pun kehangatan Liga Malaysia masih belum benar2 terasa..preview sebelum game ada perubahan..ala2 EPL..program bual bicara bola pun dah makin nampak batang hidung..Tahniah utk Astro..CUMA, kekadang permainan atas padang cukup 'potong stim'..huuu

Anonymous said...

tengok berapa lama boleh tahan telinga dan jantungnya

Anonymous said...

kita tengok lepas ni berubah tak mentality geng-geng FAM atau makin jauh ketinggalan bolasepak kita?

MatRock said...

Pegawai Media baru FAM? Malas nak komen... hanya sekadar teringat komen gua pasal Raja Azura pada 26 julai 2010 10.02 pm seperti di bawah:-

https://www.blogger.com/comment.g?blogID=4299409138346225287&postID=2579528715593290853

Bro Rizal,
Gua dah lama tak ambek pot pasal FAM ni. Gua udah ketinggalan keretapi la bro...Rupa-rupanya Saniah dah angkat kaki ye?

Dalam pada tu, FAM dah ada pegawai media yg cun melecun ye? Bukan ke dia ni dulu yang attach dgn TM tu bro? Agak-agaknya brp lama le minah ni boleh tahan dgn FAM kan?

Kalau x jadi keberatan, boleh ke bro tolong rekomen gua dgn minah ni? Nak harapkan si ZAR tu rekomen gua dgn Edleen, entah bila la bro...dah letih gua tunggu. Hehehehehe

July 26, 2010 10:02 PM

sukasukan said...

Salam Bro.
First of all, tahniah kpd Sdr Joe Marcose on his appointment as the media manager for FAM. Hope he will make things better di tempat keje barunya.

Cuma saya tertarik dgn crita2 pasal web site dan blogger krn Sdr Joe juga mempunyai blognya sdiri.

Cuma nk komen satu blogger ni, yg memang perasan dia bagus sangat lah, komen web site sports yg padanya tak updated la, budak kecik pun bole buat la, dll (of websites and PR companies). Lps tu byk tulisannya hentam org saja. Sstgh tu mmg ada kebenarannya tp ingatan saya ialah, tgk la dulu diri sdiri sblm nk komen hak org lain.

Buat blog dan tulis sesuka hati, tp blogger ni TAKUT krn Blog Malaysian Sports, tidak memberi peluang pelayar memberikan pandangan atau maklum balas. Dia pandai bercakap mengenai ethics, tp dia sendiri tak ikut ethics sbg seorang blogger yg telus, terbuka dan wibawa. Dia jenis one way trafic je, nasib baik tak ikut jalan belakang.

Sori la Singh, you badan saja besar, tapi hati kecik.

P/s: Sapa yg pandai2 letak atau mengaku menjadi blogger tersohor sukan, ya Encik Rizal????

Anonymous said...

Abg Mat Rock baik saya handle Ed*** utk diri sendiri..

ZAR

FF13 said...

betul saudara mazram.

laman sesawang FAM tidak berubah dan nampak tidak menarik.

info-info tentang pasukan kebangsaan dan latest news FAM juga gayanya macam "acuh tak acuh" sahaja.

sportsmalaysia said...

terima kasih kepada Raja Azura atas segala pertolongan anda, semoga berjaya di MSL.

selamat datang and good luck kepada JM.

Anonymous said...

Sdr ABA, saya pernah mengalami pengalaman seperti anda tetapi selepas itu saya belajar drp kesilapan sendiri. Tempat Media atau di dalam bahasa anda Press Box di Std. Bkt Jalil memang sukar diuruskan 150% oleh FAM hatta Pegawai Media Baru FAM atau sesiapa saja. Siapa yang menjaganya terutama di pintu masuk kawasan itu?? Bagi saya selagi tiada penjagaan selagi itulah kawasan 'Press Box' itu menjadi 'first come first serve' atau dalam bahasa Bugis Siapa Cepat Dia Dapat Tempat. Bahasa mudah, jangan lambat la..Unless kalau mengikut perobahan di FAM mereka nak buat transformasi jadi tempat media pun sepatutnya di dalam radar mereka la. Pakai JC bukanlah isu kerana kalau sepanjang tahun reporter Terengganu dah follow team dan Terengganu masuk final dah tentu diapun nak menyibuk. Segamat kenegerian la katakan. Sama jugalah reporter NS (negeri anda..) pasti nak pas dan tempat. Pokoknya Jab. Media FAM kena strict dari mula, pembahagian pas, tempat duduk, sticker dsb. Ese pasti kalau sepanjang tahun kita dah cover bola Jab. Media dah kenal muka kita maka senanglah berurusan dan bukan hanya muncul di game-game besar aje. Kalau tak percaya kita tengokla nanti masa cup final.

WATER CANNON

Anonymous said...

Harap saudara JM dapat memantau pemberian pas media untuk perlawanan final/friendly (terutama MAS/Chelsea July ini) kepada organisasi yang telah memberi liputan untuk liga tempatan. pastikan borang permohonan dikepilkan dengan bukti liputan tersebut.

Semasa MAS/MU pd 2009, nama organisasi media yang tidak pernah didengar pun dapat pas dan jurugambar yang guna 'compact camera' pun lepas ke tepi padang! siap guna flash lagi!