Thursday, February 3, 2011

Ke Liga J?

Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali dalam perancangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menjalani ujian pemilihan bersama kelab di Jepun, menurut Sukan Awani sebentar tadi.

Ini satu perkembangan menarik. Moga-moga mereka dapat memikat perhatian Divisyen Dua pun tidak apa...Safee pula turut dilapor sedang menunggu pengumuman rasmi Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk menyertai Persib Bandung.

Juga Awani mendedahkan kehadiran Brendan Gan disambut baik Aidil Zafuan Abdul Radzak.

23 comments:

CHE BOB said...

Sekiranya ada ruang rebut lah peluang seadanya. Kalau benar ini merupakan satu petanda yang bagus dalam usaha mempertingkatkan mutu bolasepak negara amnya terutamanya pada pemain yang berkenaan.

harimau luka akan bangkit said...

wow..semoga berjaya..doakan yang terbaik untuk mereka..

usaha yang bagus.,,terpuji.

LEPAS NI FAM & KBS buat lah ROAD MAP yang betul..untuk bola sepak Malaysia.


1.2011-12 mantapkan lagi Malaysia PERDANA league(biar ada 5 tier league kita).liga tempatan adalah kilang/medan untuk mantapkan pemain kebangsaan.


2.2012 target menang AFC CUP+DAH menamg mcm-mcm baru orang intai player Malaysia,pemain import pun nak masuk liga kita,ada publisiti ada kualiti.2013 pastu layak AFC-CL target every year mesti masuk round 0f 16.q final.

3.harimau muda u21-HM 17-mesti masuk asian CUP,dapat medal ASIAD..ETC...*(Anjurkan u17 perdana league yang mantap,ada publisiti)

4.FAM..& KBS kita perlu road map yang betul..


5.FAM Perlu transformasi...BARU BETUL PEJUANG.

Anonymous said...

Not bad Astro Awani,.walaupun dengan team empat orang saja termasuk editor..well done.

Anonymous said...

syabas jgn pergi 2 bulan aje
pas2 blik..
try sebaik mengkin ok!!
good luck all!!

Kaki Gentel said...

Kena berani mencuba di tempat org, apatahlagi ia merupakan negara kuasa besar bolasepak Asia. Ini akan mempertingkatkan lagi mutu permainan di negara kita. Jangan buat kesilapan seperti pemain2 lampau yg takut berhijrah. Moga negara kita mampu melahirkan ramai lagi pemain2 yg berbakat dan mampu mengangkat martabat bolasepak negara.

MatRock said...

Pemain perlu berani mencuba nasib di rantau orang. Tiada maknanya jika hanya gah di kampung sendiri...
Pihak FA negeri jangan mementingkan diri sendiri enggan melepaskan pemain mereka kononnya masih ada baki kontrak lagi.... Juga jangan la minta pampasan yang bukan-bukan kerana kelab luar boleh hilang minat nak pancing pemain kita nanti. Tuntutlah ala kadar saja...

Cikgu Yusri Muharam said...

Diluar dugaan jika Safee, Khairul dan Nor Shahrul dapat bermain di liga J, suatu usaha yang menarik dari FAM.Masyarakat sukan Malaysia pasti akan berbangga. Inilah impak besar yang kita dapat daripada mengecap Kejuaraan Piala Suzuki AFF selain dari limpahan kurniaan kepada pemain dan gelaran Datuk kepada Rajagobal..pada saya kesan positif yang ketara ialah 3 peningkatan 1. Kemahiran pemain 2. Keyakinan pemain dan ke 3. Promosi pemain lain ke liga antarabangsa..yang pasti prestasi Skuad Bola Sepak akan meningkat...Tahniah FAM.

galileo said...

mintak2 salah seorang dari mereka dapat mengikat kontrak dgn kelab jepun...

p/s:liga jepun lagi bagus dari liga indonesia...

HS KAMAL said...

inilah masalah fam. nak publiciti.
baru kejayaan perinkat aff dah berangan. aku lihat yang mampu pergi hanya striker kelantan sahaja. yg lain forget it,tak layak langsung. hantarlah kualiti-ni nak hantar kuantiti. malu dan seganlah sikit, ranking dahlah ketinggalan zaman-nak syok sendiri buat apa. inilah mentality pentadbir sukan bolasepak malaysia, foundation belum kukuh kaliber belum menyerlah tapi sudah bermimpi.Richard scully pulak umpama berok kat circus. bagi pisang, dia boleh buat apa saja tuan dia suroh.
tolonglah sikit... cakaplah yg benar... jgnlaH ampu sangat.
malulah sikit,... ada org bijak pandai mendengar dan menonton-kena fahamlah. jgn fikir dia org aje yg pakar-ada juga org2 lagi pakar diluar sana. meluat kadang2 dengar penjelasan dan komen yg di beri oleh berok2 circus ni... kalau tak berani, duduk rumah buat kerja2 masak tlg bini.

Kita sudah sampai masa...kita kena lantang dan terus terang dlm komen kita. gunalah terma2 teknikal bila nak komen-barulah pemain akan memahaminya.sentuhlah perkara2 yg terkandung dalam PRINSIP2 MENYERANG DAN BERTAHAN. barulah betul.

muhammad firdaus said...

salam 1 malaysia...
ini satu perkembangan yang baik..
apa salahnya tonjolkan bakat yg terpendam di luar, mungkin rezeki mereka diluar. pengikut bola sepak apA lagi.. ayuhlah beri sokongan kepada hero-hero tempatan kita

Anonymous said...

bukn sng nk dpt offer mcm tu.. tak sume org bertuah mcm korang. bile da dpt gunakan peluang tu sebaik mgkin.. korg akan jd lebih bagus dan mantap (mungkin) kalau korg terus berusaha and mantap kan lagi persembahan korang !

MZZ said...

Lepas ni FAM boleh hantar pemain ke Liga Korea pula, banyak pemain berbakat lagi keluaran Coach Rajagopal seperti Muslim dan Syafiq Rahim

wan said...

harap2 semuanya akan jd kenyataan...kami sbg penyokong dan rakyat msia begitu bangga andai ada pmain2 kita terpilih ke liga2 kelas dunia...jgn mcm sblm2 ni yg hnya hntar pmain utk train 3,4 bulan pastu balik....msa yg pndek tak ckup utk plyer....hnya skadar train xkn mmbuahkn hasil yg lumayan...biar player ikut sesi pmilihan pemain wlaupun utk klab div 2...hrap akan trpilih dan dpt menyertai psukan utl prlawanan yg kompetitif....arios...

mdfaizal said...

Langkah terpuji jika benar2 dapat direalisasikan. Diharap bolasepak Malaysia makin menyinar tahun ini.

Anonymous said...

di sini ade kesilapan.bukan saya x setuju tetapi fam jugak perlu juga menghantar pemain bwah 20 thun ke liga j.ia akan memberikan pendedahan kepada pemain muda kita permainana di jepun.player sprti norshahrul dan fahmi boleh pgi ke liga j tapi fam tdak boleh mengabaikan pemain muda.fam perlu hntr lebih bnyak pemain muda ke liga j.

Anonymous said...

di sini ade kesilapan.bukan saya x setuju tetapi fam jugak perlu juga menghantar pemain bwah 20 thun ke liga j.ia akan memberikan pendedahan kepada pemain muda kita permainana di jepun.player sprti norshahrul dan fahmi boleh pgi ke liga j tapi fam tdak boleh mengabaikan pemain muda.fam perlu hntr lebih bnyak pemain muda ke liga j.

Ridhwan Breakaz said...

betol dapat main dekat Divisyen Dua pon tak apa..Timba pengalaman sebaik baik nya kat tempat orang, bawak balik m'sia tunjukan permainan yang bermutu untuk rakyat msia...

tokman said...

Bermain dalam liga J olih beberapa pemain terpilih adalah perkembangan yang terbsik daripada satu pasukan bermain dalam satu liga luar negara. Mereka2 yang terpilih akan dapat memajukan skill mereka untuk kepentingan negara. Bermain dalam liga Indonesia adalah pilihan yang kurang bijak olih pemain kita kerana liganya tidaklah sebegitu tinggi mutupermainannya. FAM patut teruskan usaha ini kenegara2 yang maju bola sepaknya!shah43

Anonymous said...

harapkan ia menjadi realiti,bukannya omong kosong. FAM jangan abaikan mutu bola kita lagi. Dah berpuluh tahun kita jauh ketinggalan,hanya kerana mereka2 yang tak berwawasan di FAM. Kat Afrika yang mundurpun,bola dah maju.

! Sam Posmen ! said...

bagusla kalau dapat main dekat liga luar. at least dapat mempelajari skills baru selain dari liga malaysia.

cuma harap FAM jangan asyik mengongkong pemain untuk berhijrah

Anonymous said...

Hi Rizal ,
What about this kid playing in Japan Division 2 league. Hes Malaysian too. Check out this news
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/2/20/central/5693417&sec=central

Lagenda Buaya said...

elok sgt la pergi ke liga J yg jauh bermutu dari indon 2,,,sbg peminat red warrior saya sokomg 100% pemergian apex dan mat yo..2 pun kalau jadi...harap2 jadi laa

FF13 said...

yang penting semua pihak kena main peranan.

dari kerajaan hingga ke penyokong.

penyokong2 ni jangan tau nak kritik je, sedangkan takda apa apa sumbangan langsung.

kerajaan pula jangan hanya harapkan pihak swasta.