Monday, February 28, 2011

Thai kuasai tenis Universiti Asean



KEJOHANAN TENIS UNIVERSITI ASEAN 2011

SIARAN MEDIA
28 Feb 2011

THAILAND SERLAH PENGUASAAN

Kangar, Perlis: Setelah menempuh cabaran lima hari pertandingan, akhirnya Kejohanan Tenis Universiti Asean kali pertama melabuhkan tirainya semalam dengan menyaksikan kesemua kategori utama yang dipertandingkan dikuasai pemain-pemain Universiti Thailand.

Kejohanan julung kali yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis – UNIMAP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia serta Persatuan Tenis Negeri Perlis itu bermula dari 23 hingga 27 Februari, disertai 13 IPTA, 2 IPTS di samping turut menarik penyertaan tiga Universiti Asean, Universiti Sport Board Thailand, Meijo Universiti Chengmai dan Teneo Universiti De Manila.

Kejohanan yang dijalan mengikut format Knock Out itu berjaya menarik penyertaan lapan puluh pemain lelaki bertanding dalam acara perseorangan, 41 pemain beraksi dalam bahagian wanita.

Bagi acara Beregu pula sebanyak 36 Regu bertanding dalam ketegori Lelaki, 19 Regu Wanita dan 24 Regu berentap dalam kategori Beregu Campuran.

Nor Farhana Taufek mewakili UiTM Shah Alam muncul pemain terbaik IPTA ketegori wanita, sementara Syed Azahar Syed Naguib juga dari UiTM Shah Alam meungguli pemain IPTA terbaik bagi ketegori lelaki.

Kejohanan yang jelas menyerlahkan penguasaan para pemain Thailand itu menyaksikan Pongpich mewakili Universiti Sport Board Thailand menjuari acara persaorangan lelaki untuk meraih hadiah wang tunai RM 2,000, manakala juara persaorangan wanita menjadi milik Warat Nanakon dari Meijo Universiti Chengmai, juga dengan hadiah wang tunai RM 2,000.

Kesemua perlawanan berlangsung Komplek Sukan Tenis Negeri, Kangar.

Keputusan bagi ketegori lain adalah seperti berikut;

Juara Bergu Lelaki – Warat Nanakon/Tos Puanggrassamee ( Universiti Meijo Changmai)

Juara Bergu Wanita – Chutarat/Jisupang Samrej (Universiti Sport Of Thailand)

Juara Bergu Campuran – Richard Casangrande/Jitsupang Samrej (Universiti Sport Board Thailand )

5 comments:

Anonymous said...

semua negara kat dunia ni majukan sukan tapi yang pelik kat Malaysia je taknak maju, pegawai banyak berpolitik & sandiwara?

Anonymous said...

tahniah syed azahar sbb tjnukkan prestasi prmainan y baek ketika menentang thailand...smmgnyer pemain malaysia memerlukan lebih latihan lg..rsnya bkn pegamai y harus d persalahkn, kita cuma perlu lebih brusaha.

adenmadi said...

slm...nice report...single women sape menang??jitsupang ke???...i like her style =D...sgt confident.

Anonymous said...

kalo pembangunan dua sukan bereket - badminton dan tenis - thailand memeng world class. siap jadi world champion lagi. sikit hari lagi, skuash pun dia pukul kita.

dan persatuan sukan malaysia hanya tahu nak berpolitik dan rebut kuasa saja. camne nak maju?

tokman said...

Daripada tahun 60an bila saya mula berjinak dengan tenis Thailand telah jadi jaguh tenis diAsean ini.....dari umur 10 tahun hingga dewasa. Pemain2 Davis kita gah masa bermain antara mereka tapi terkecundang apabila bertemu dengan pemain2 Thailand daripada Haadyai saja....perkara ini terus berlaku hingga sekarang!