Friday, February 25, 2011

Velodrom Rakyat Ipoh berbahaya

Artikel Arnaz M. Khairul ini ditulis pada 2006. Baca intronya di sini

Selepas lima tahun, wartawan New Straits Times ini masih giat menulis isu yang sama. Klik di sini

Kecederaan yang melanda Azizulhasni Awang di Manchester harus membuka mata semua pihak mengenai bahaya yang menunggu di Velodrom Rakyat, Ipoh. Kena cepat bertindak, takut ada tragedi menanti.

11 comments:

Anonymous said...

seperti biasa, mentaliti pengurusan kompleks sukan di malaysia - "peduli apa aku, bukan anak aku yg nak guna"

MZZ said...

Untuk plan jangkamasa panjang valodrom rakyat perlu di bina bumbung bagi keseluruhan bangunan, memandangkan binaan awal adalah hasil derma dari orang awam, maka binaan bumbung ini juga di cadangkan mengunakan kaedah yang sama (Memandangkan kita sudah ada pelumba trek bertaraf dunia, proses kutipan derma akan mendapat sokongan baik, Insyallah). Kemudian baru lah, kawasan trek boleh di ganti atau di selenggara dengan lebih baik. Jika tidak, maka derma rakyat Malaysia dahulu akan lebur begitu sahaja.

CHE BOB said...

Sokong sesangat...dah lama tak ke velodrom rakyat tue.....jarang velodrom itu digunakan....bila jarang digunakan pasti penyelenggaraan tak mengikut jadual...bertindak sebelum terlambat.

Anonymous said...

biasalah BRO, kat Malaysia bila ada event besar buatlah macam2 termasuk Stadium-lepas tu duit entah kat mana, condition trek,padang ke semua tak jaga.

kadang pelik juga kat EPL, stadium kecik dari Bukit Jalil & Shah Alam tapi padang World Class, padang kita?

nstman said...

Ipoh ada velodrome kah? Saya ta tahu lah. I thought Ipoh only has Ipoh chicken and pomeloes.

Anonymous said...

kena tanya Darshan la..sebab dia kata veledrom tu persatuan punya...hurmmm

JALAN REBUNG said...

Tahniah pada individu yang bangkitkan isu ini. Tak banyak velodrom di negara kita ini dan sepatutnye bila tak banyak, isu penyelenggaraan patut tak timbul. Mungkin kena banyakkan lagi kejohanan bertaraf besar (bukan yg sekadar melepas batuk ditangga) untuk dapat perhatian mereka-mereka yang patut 'menjaga' velodrom2 yang ada.

JALAN REBUNG said...

Tahniah pada yang membuka isu ini. Tak banyak velodrom yang ada di negara kita ni, still kita boleh melahirkan pelumba trek bertaraf dunia. Sepatutnya dengan bilangan velodrom yg kecil isu penyelenggaraan tak timbul. Setuju dengan pendapat CHE BOB ...mungkin kena banyakkan event bertaraf bintang utk dapat perhatian pihak yg sepatutnya ...

RIZAL

Anonymous said...

Ya, barang tentu banyak kondem dan kritik mengenai penyelenggaraan kemudahan sukan di negara ini, velodrom di Ipoh dan permukaan padang di stadium besar Bukit Jalil dan Shah Alam misalnya.
Memang sedap untuk kondem dan rasa lebih pandai daripada pegawai/pengendali sukan tempatan. Kebanyakan pandangan memang ada benarnya.
TETAPI, Loose Canon dan rakan-rakan media lain sepatutnya berasa malu kerana tiada satu pun media Malaysia yang berani dan rasa perlu untuk kritik, kondem, siasat apa sebenarnya berlaku pada trek di Manchester, Home of British Cycling. Macam mana boleh pecah, entah-entah kayu serpih kayu memang bersepah. Kondem la Mat Salleh dan trek Manchester tuh!!!
Lebih malu apabila media Malaysia lebih banyak lapor, "Kecederaan Azizul tidak serius.."".. Kayu tembus masuk betis tak serius lagi??? Adakah???

ABA.

Anonymous said...

2006 - Pendedahan Valedrom Ipoh bahaya oleh
2007 - Dapat Bajet selengara
2008 - Siap selenggara
2011 - Pendedahan Valedrom Ipoh bahaya oleh
2011/12 - Dapat bajet selenggara?

Mungkin secara kebetulan....mungkin...


Kejor Yeop

MZZ said...

Isu penyelenggaraan dah lama basi kat mana-mana bangunan di malaysia ni, Bro rizal juga ada pengalaman menulis tentang dasar asset degara dulu. Semua sama sedangkan perlimen pun bocor inikan pula velodrom rakyat.