Saturday, February 12, 2011

Kerusi Panas 93.9


Bersama Azlan Idris, ketua rancangan Radio24 Bernama yang jadi hos Kerusi Panas lewat Januari lalu, menjelang sepak mula Liga M. Azlan bekas pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 dan pernah bertugas di ntv7 dan Channel 9 (kini TV9) sebelum menyertai sebuah syarikat penerbitan dan pengurusan acara, Piperace.

Program Kerusi Panas biasanya satu jam bermula 6.30 petang tetapi hari itu disambung sehingga 7.45 malam disebabkan Azlan dan penerbit Marcus Han menerima banyak panggilan, antaranya daripada Haikal, Azam, Azman, Helmi, Badrul, Zakri, Abdullah, Nik, Zamri, Saiful, Azmi dan Mohammad.

Antara perkara yang ditimbulkan, sama ada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji cara La Liga dikendalikan, program pembangunan, kronisme dalam memilih pemain, FAM tidak boleh ditegur, kerabat diraja dan politikus dalam bola sepak dan masalah pentadbiran.

No comments: