Monday, January 31, 2011

Dua rakan sejak kecil dapat anugerah Datuk

RALAT! Aku memohon maaf kepada pembaca blog ini dan juga K. Rajagobal atas posting terdahulu yang menyebut dia dianugerah gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan. Sumber aku hanya betul separuh - Santokh Singh saja dapat Datuk. Dengan ini penulis memohon maaf kepada Rajagobal dan isteri serta keluarga atas sebarang kekeliruan atau timbulnya situasi yang kurang menyenangkan akibat kesilapan laporan blog ini. Sekian, terima kasih.


K. Rajagobal bergelar Datuk secara rasmi esok sempena Hari Wilayah Persekutuan. Juga menerima pengiktirafan itu jirannya ketika kecil di Air Panas, Setapak, Santokh Singh.


Datuk Rajagobal dan isteri tercinta, Datin Chantra

Anugerah Datuk kepada Rajagobal bukan saja atas kejayaan membimbing anak buahnya mengutip pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam sejarah, bahkan mendorong masyarakat bersatu menyokong pasukan negara tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama.

"I never expected this kind of response, la Rizal," katanya ketika membawa Rajagobal dengan kereta Hondanya ke Wisma Ali Bawal awal bulan ini. Rajagobal terkejut kerana begitu ramai yang mengucapkan tahniah, mahu berjabat tangan dan bergambar dengannya susulan kejayaan Piala AFF.

Aku bertanya kepada Datin Chantra, bagaimana Rajagobal di rumah?

"Kalau dia pegang remote control TV nak tengok bola, jangan kacau. Dia ada rutin dia sendiri, cukup disiplin.

"Kalau dia balik rumah, mesti sentiasa kemas, kita tidak mahu dia stress. Kalau dia ada tugasan besar di luar negara, anak-anak pun tidak boleh ada perselisihan faham dan bergaduh kerana kita tidak mahu tumpuan dia terjejas.

"Saya juga tidak lupa bersembahyang dan berdoa kejayaan dia setiap kali ada tugasan," kata Datin Chantra yang berasal dari Pahang.

Rajagobal juga mendedahkan perkara yang sama ketika pasukan negara bertemu peminat dalam sesi yang dianjurkan Nike.

"I wish to thank my wife for her constant prayers and support, likewise to the wives and families of coach Faozi Mukhlas and Tan Cheng Hoe who also provided the support and the pillars of our strengths," said Rajagobal.

Tahniah kepada Datuk Raja...kalau berjaya di peringkat Asia, Maha Raja...

15 comments:

Unknown said...

tahniah kepada datuk - datuk sukan ini. bakti yang boleh dilihat, di nilai dan dicontohi selayaknya mendapat anugerah. tk

Unknown said...

....a man of substance and a gentleman will always have that air of humility, lc..congraters to him and wife..and to you..a wish that you will have a joyous cny..you and family..no, I wont be in KL..Terengganu, maybe..but everyone needs a break, lc..even you..:)..cheers

ps..thought u handled that rogue tigers episode rather well..:)

Anonymous said...

Congrats Datuk Raja...

HAJEEZAR

Tengku Firmino said...

K.Rajagobal is the best..harap dengan pencapaian ini, dia dapat menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi jurulatih tempatan yang berkemampuan tinggi..so tak payah kita memerlukan jurulatih import..pemain import yes (saya setuju) tapi katakan tidak kepada jurulatih import!!!..

Anonymous said...

Ini baru adil dan patut, bagi datuk kepada mereka yang berjasa kepada negara dalam lapangan sukan.

Taniah Datuk Rajagobal & Santokh Singh !

Anonymous said...

Malaysia soccer needs a normal coach who speaks to his players without having to overdo any sort of motivation and pep talk.... just talk 'bola' to our players like Raja do. Syabas Datuk Raja bola... now to take on Japan.

Anonymous said...

tahniah dato rajagopal ..sudah tiba masanyer

tapi perjalanan masih jauh lagi .....Piala Asia 2015 dan Piala Dunia 2018

Anonymous said...

tahbiah datok rajagopal& datok santokh singh!!kedua-dua memg legeng..
en rizal bila ag nk dapt datok??

Man Olimpik said...

Tahniah Coach Raja... & SOCCER legend Santokh Singh!

MatRock said...

Bro.... sepatutnya benda ni perlu dirahsiakan sehingga tarikh penganugerahan - 1 Feb 2011 (Seperti yang tercatat dlm surat pemakluman kpd semua penerima bintang dan darjah kebesaran)

wan said...

betul ke ni bro rizal....yg ralat tu mcmna lak...Datuk Shantokh sje ke...

worldsportszone said...

tahniah!!!

worldsportszone said...

tahniah!!!

Anonymous said...

Kita ni adalah masyarakat pemberi tanpa mengira kecil besarnya sumbangan. Pada den Santokh layak terima selepas sekian lama mcm diketepikan sumbangannya. Boleh tak si Rajagopal ni eko (pemberi pingat) tunggu dulu hingga dia berenti??? Kan susah jadinya kalo dia terus menerus mendapat anugerah Datuk, Datuk Seri dsb. Tunggu la tolonglah tunggu. Bagi la pingat yang at least 1 level di bawah Datukship. Bonar sumbangan Raja kembalikan semangat bolasepak negara tapi eko pikirkan lah betapa Alf Ramsey nak dapat gelaran Sir pun bukan mudah. Eko pikir la mcm mana bebudak Rajagopal nak panggil dia kek padang..'coach err Datuk Coach...' Pada den Datukship skrg dah tak de harga...

XABI ALONSO
LARKIN

Tokki said...

Hari ini dalam harian metro (4/6/2011) ada berita tulis Rajagobal dapat anugerah Datuk sempena Hari Agong. So ni pingat Datuk kali ke 2 ke apa?