Ranau, satu kawasan pedalaman...mungkin sesuai untuk ahli sukan berlatih, beri fokus, jauh daripada sebarang gangguan...sebab itu Kesatuan Orang Amat Malang (KOAM) hendak hantar 72 atlit ke sana...kalau tak setuju, digugur daripada program...orang macam ini lah yang urus satu persatuan kebangsaan...
Aku dah puas menulis olahraga ni, dari zaman keemasan Zaki Sadri dan rakan-rakan, hingga KOAM digantung oleh Kerajaan...
Ada satu jalan penyelesaian - semua bekas jagoan dan atlit sertai peringkat daerah dan negeri, singkir pemimpin kayu di peringkat negeri dan kemudian masuk KOAM...satu revolusi diperlukan...ayuh bermula dari sekarang, oh sementara itu, bacalah
21 comments:
la, panas ke ranau tu, tengok gambar berkabus penuh macam sejuk je
Just one mangkuk hayun really spoils it all for MAAU. Problem is, other mangkuk hayuns keep him there. So, you gotta clean all the other mangkuk hayuns in order for the chief mangkuk hayun to be thrown away. It's a big ask. Hope it can happen..
sgt menarik..!! utk merombak suatu badan induk ..kita perlu bermula dari akarnya... kenapa perlu pergi ke sana hanya utk latihan...baik kita pergi kat south africa..kat sana dia punya kawasan lagi tinggi..kalau setakat minta 3 juta, utk masuk poket sendiri baik tak payah...kami yg wakil malaysia ni dah naik penat asyik keluar duit poket sendiri kalau nak pegi oversea...ada KOAM kisah..!!!
Ntah kenapa beria-ia benar KOAM nak sgt berlatih dengan RANAU tu ha..dengan kelengkapa nyg dikhabarkan belum siap sepenuhnya..tak paham betol..atau ada amoi2 cantk kat sana yg menunggu para2 pegawai..sesekali nak jugak merasa jadi bujang..oppsss...hahahaha..Lagi Satu Bro Rizal..Kesatuan orang amat malang memang tepat sekali.hahaha
Sekiranya ada logik, tolong ketengahkan sebab-sebab atlit perlu berlatih di Ranau. Rujuk dulu dengan pakar fisiologi sukan dan suaian fizikal dari ISN sebelum rancangan sebegini dilaksanakan.
Kelemahan badan sukan kebangsaan dan negeri sudah berakar sejak beberapa tahun sebelum kesatuan olahraga malaysia digantung oleh menteri belia dan sukan pada masa itu, iaitu YB Dato Hishammuddin Hussein.Pada masa itu saya telah memberi pendapat kpd penasihat khas kpd menteri (saya lupa namanya) bahawa tindakan menggantung kesatuan olahraga malaysia tidak akan memberikan kesan masa panjang.Saya menyatakan pegawai-pegawai sukan yg digantung pada masa itu akan kembali menerajui persatuan sukan berkenaan apabila tamat tempoh penggantungannya.Apa yg saya cadangkan ialah supaya struktur badan sukan kebangsaan termasuk negeri dan kelab di susun semula oleh menteri belia dan sukan melalui persuruhjaya sukan.Ahli-ahli individu yg mempunyai hak mengundi di peringkat negeri hendaklah dimansuhkan kerana didapati bahawa ada persatuan negeri yg mempunyai ahli individu sehingga seramai lebih drpd 30 orang yg tentunya tidak dpt dikalahkan oleh persatuan atau kelab diperingkat daerah.Selain drpd itu,kelab-kelab sukan diperingkat negeri yg hendak bergabung dgn pertubuhan sukan diperingkat negeri hendaklah mempunyai atlet masing-masing dan bertanding dlm kejohanan diperingkat negeri.Sementara itu persatuan-persatuan negeri yg tidak dpt mengadakan pertandingan diperingkat negeri samada peringkat senior atau remaja automatik digantung oleh pesuruhjaya sukan drpd bergabung dgn pertubuhan sukan kebangsaan yg berkaitan.Dgn cara inilah pd pendapat saya pertubuhan sukan di malaysia dpt disusun semula dan saya percaya ia akan membawa perubahan terutama sekali pertubuhan sukan diperingkat negeri yg akan dipimpin oleh pegawai-pegawai sukan yg benar-benar aktif dan berdaya maju.Hentikanlah di mana ada pegawai sukan menjadi pemimpin dalam pertubuhan sukan diperingkat negeri oleh kerana ia menjadi pegawai kpd sehingga 10 kelab yg berbeza iaitu sbg presiden pd satu kelab, kelab lain pula menjadi naib presiden, kelab lain pula menjadi setiausaha, kelab lain pula menjadi jawatankuasa dan lain-lain. Dan org ini tentunya membawa undi yg bnyk drpd kelab-kelab berkenaan.Sebenarnya bnyk lagi tapi cukuplah setakat ini dahulu.
Jangan begitu en. Rizal... ranau ni tempat bagos... mcm2 ada...ada pokok ada trek... yg xade jalan raye je.. alah. apa lah sangat.. atlet boleh je jogging...baru boleh meningkatkan daya tahan kardiovaskular..(pemikiran org tak berpendidikan sukan)
kenapa mesti ke ranau? jangan bagi jawapan menurut logik akal ttp mengikut sains sukan... apa advantage? adakah 700m dari paras laut menyumbang kepada peningkatan prestasi atlet? in term of whut? jauh dari hiruk pikuk bandar, ranau shj ke?atlet takmau pergi, ape guna paksa? paksaan menyumbang kepada apa? mereka belagak mereka tau merancang, sejauh mana perancangan mereka berjaya memacu KOAM kehadapan?atau mungkinkah ada agenda2 politik segelintir individu tertentu dan mungkin juga mrk benar2 ingin membantu atlet ihklas kerana tuhan yg satu...
soal atlet atau bekas atlet mengambil alih tampok kepimpinan persatuan negeri? ape mereka dapat? sebuah organisasi yang korup dengan rasuah dan berpegang pada prinsip kroni, sejauh mana mereka boleh masuk berbekalkan tiket bekas atlet kebangsaan?anda lebih arif..
mentaliti atlet sekarang bersukan kerana duit.. saya pernah mengikuti salah satu meeting rahsia antara atlet kebangsaan, kami bersepakat ingin menandatangani surat yg akan di hantar kpd pihak tertentu ttg penggulingan seseorg... semasa mesyuarat berkobar2... ble time nak mintak kepastian, masing2 keberatan... alasan yg tidak akan saya lupa sampai saya mati ialah dari seorang atlet yg memberi alasan dia enggan turut serta bimbang akan digugurkan dari skuad kebangsaan dan elaun latihan akan ditarik balik.. jangan jadi hamba duit petikan dari sebuah lagu..dia bukan tuhan yg memberi kamu rezeki... ingat baik2...
sukan bukan satu industri yg sebesar industri yang sama spt d USA untuk anda mencari duit.. mereka mempunyai bajet utk SUKAN SAHAJA yg nilainya 3x ganda dari bajet yang dibelanjakan utk mengurus SATU MALAYSIA...dan anda berada dalam sukan yg mempunyai reputasi terburuk d Malaysia maka pkay sendiri lah yer atlet2 bermata duitan.. sponsor mana yg nak masok... iyer ader masok 5 juta baru2 ni... tapi ada nampak ke perubahannya? dulu2 pon ade kot tak silap RMjuta2 penajaan d terima tapi mcm tuuuuuuuuuuu jugakkkkkkk...ader ke KOAM bagi anda elaun tambahan semasa mengikuti pertandingan d luar negara? VISA pon kene pakai duit poket sendiri lagi mau pkay elaun... hahaha
take over KOAM tidak akan menyumbang kpd apa2, penggulingan KOAM tidak akan menyumbang kpd apa2,
kerana apa? kerana KOAM itu sendiri yg membawa maksud (Kari* Ok Atlet Mati) sudah terlalu kotor dan usang...
rase2 lah kan kalau xde atlet blhkah pesatuan sukan berfungsi dan jika tanpa persatuan sukan bolehkah atlet berfungsi? btl atlet tidak boleh bertanding tnpa persatuan sukan yg berdaftar tetapi kenapa pendaftaran perlu menjadi hak milik KOAM.. rehatkan KOAM... musiumkan KOAM... tubuhkan persatuan baru, persatuan yang menjalankan tugas dan fungsi sebenar dalam membantu atlet mara...
MALAYSIA BOLEH!!!!
sekian,
ahmad najwan aqra bin hassaim.
(tak payah rahsia2 nama niiii)
I hope they will do more investigation on behalf of this matter. Athletes have to be the main priority not those who generate the proposal for their own benefit.
Athletes first
memang malang,kasihan kat athlit olahraga Malaysia - dulu 80-90an, boleh tahan jugak, tapi sekarang Sukan SEA pun hambar.
apa yang ada kat Ranau tu lebih hebat dari Bukit Jalil?
ranaplah sukan olahraga kat Malaysia, angkara geng-geng malang kat KOAM !
Pihak msn, isn, persatuan dan lain2pihak perlu berkerjasama untuk meningkatkan mutu sukan olahraga. Its not a one man job. Kita perlu ketepikan keegoan masing masing dan memikirkan tentang bagaimana untuk meningkatkan dan membaiki prestasi sukan olahraga. Kenapa kita masih lagi memikirkan tahap paling rendah Sea Games, kenapa tidak focus ke tahap Asian dan juga Olympik. Sekiranya tahap prestasi atlet negara tidak bagus, bermakna mereka perlu lebih banyak pertandingan antarabangsa atau juga jurulatih yang berkalibar dan bermutu. Pihak persatuan perlu bijak dalam menjalankan program latihan dan pertandingan. KOAM merupakan persatuan yang paling lama ditubuhkan tetapi hingga kini masih banyak masalah dalaman dan luaran. Persatuan perlu dirombak dan libatkan lebih banyak individu yang bermotifkan kecemerlangan atlet ke tahap tertinggi dan mempunyai ilmu yang mendalam tentang bidang sukan ini.
Kenapa perlu baiki track di bukit jalil..... berbelanja beratus ribu ringgit, tapi masih mahu ke Ranau yang masih tidak siap dengan peralatan sukan dan lain lain keperluan.
Salam, pada pendapat saya latihan yg baik lagi sistematik adalah di bukit jalil. Jika saya tidak silap, ramai atlet luar bertandang ke bkt jalil utk berlatih. Persoalannya jika hendak ke ranau, pasti ia melibatkan kos yg tinggi. Apa yg salah nya bkt jalil? Dunia olahraga sekarang bukan seperti dahulu, ia memerlukan sokongan dari sains sukan khususnya tetapi jika di ranau, mana kelengkapannya. Adakah ranau ini merupakan tempat yg sememangnya terbukti pernah menghasilkan manusia seperti carl lewis di Malaysia, maafkan saya jika saya tersilap....kita perlu kemudahan yg baik serta canggih seiring dengan kaedah latihan yg maju sekarang. Sebagai contoh, dahulunya ramai sprinter seluruh dunia akan ke santa monica bagi mencapai cita2 menjadi seorang jaguh sprinter. Sekali lagi pengurusan harus memainkan peranannya bukan hanya bergaduh di media masa dan elektronik. Ruginya atlet bukan orang atas...mungkin itu satu keseronokan bagi mereka atau itu yang dikatakan suatu perubahan drastik dalam kem olahraga negara yg mana hasilnya hancusss setakat ini. Olahraga sentiasa memberi jumlah pingat yg banyak utk kem negara, sekarang?
Tepuk dada tanya selera? Atau tanya Karim?
salam..
bg saya x perlu berlatih kat ranau..sbb kemudahan blm mencukupi lg berbanding di MSN bukit jalil.. kemudahan dah ada di MSN bukit jalil..jgn disbbkan kepentingan peribadi nak juga bwk atlit berlatih di ranau. KOAM perlu sedar..kebanyakan atlit masih belajar. masa dpn atlit perlu diberi keutamaan sama. apa yg KOAM bg kpd atlit olahraga..elaun MSN yg byr,segala perbelanjaan ke kejohanan luar MSN yg keluarkan. KOAM tiada dana khas.harapkan bantuan dari MSN..jd x perlu nak tunjuk lagak..just follow the rule..jgn sampai mematahkan semangat atlit dan menyekat minat generasi baru pelapis olahraga.
sekian : -the flying turtle-
maau's reason: more focus and less distraction, training period 'attentively 3months?'
matters that influence feasibility of this program/training camp:
1. training equiptment for every event ? hammer throw and pole vault are more technical events compared to other track and field events, is there proper equiptment invovled and supplied for this two events? still, this two events provided at least a gold medal each event last seagames 2009. eg proper gym equiptment for all events, and hammer throwers train in gym at least 5 sessions per week, Pole vault requires at least gyfmnastic bars ,pit and runway etc.
2. maau mentioned high altitude,
reasoning: - altitude of level of track is does not make a difference
- even if maau claims so,
explosive events do not take full advantage of haemoglobin changes , only long distance runners.
- and even if so again, the haemoglobin changes only lasts the most three weeks after consistant training at high altitudes, eg if a marathon athlete trains a few months bfore the major competition , the positive effects of the previous altitude training will have died out by then anyways.
maau claims that athletes are less distracted at ranau:
counterquestion? so what has the past years of training count as?
reasoning to stay and train in KL:
most national athletes are students, and even for that, are students which are studyin as minimal as possible and way behind schedule so they can make time to train. with a couple of months off to ranau just for training, does not seem to be wise in terms of extending another semester or postponing it.
maau will claim to say that students cum athletes can do that for overseas tournaments, but why not now? only valid reason to that question, is? is it worth it?
its a question of quality tournaments vs 'unefficient' training camp. simple as that
other reasons, msn has spend so much $ on resurfacing the track (2010) , and it is in very good condition to train on, following that, gym and equipments are ever ready. other international athletes from various countries fly over to KL to train on this same track (middle eastern elite athletes, ex-soviet union elite athletes, neighbour country elite track and field athletes, and have commented on the convinience of our services (athlete cafe, hostel , gym , track and medical treatments) . so why not stay put rather than spending more and unecesary $ to be in ranau .. again pops the question "is it worth it, costing time, and money?"
apart from that, if athlets require maintance of physical injury/ jus treatment such as massage, physioteraphy etc. there is easy access in the centre. why ranau?
salam olahraga...ranau oh ranau dah macam bangau oh bangau...bila ditanya kenapa bangau kurus..jawapnye sebab ular nak makan katak puncanye....dalam cerita ranau ni yang jadi mangsa adalah atlet... kita mesti lihat dari sudut positif...baik atlet, jurulatih, koam ataupun msn masing2 ada tanggungjawab terhadap negara...bawalah berbincang...yang mempunyai autoriti baik msn atau koam... buanglah ego masing2...jadikan meja bulat tempat berbincang, jangan jadikan masalah satu bahan sensasi di media, impaknya imej olahraga sendiri yang tercemar....
salam olahraga...selaku aktivis olahraga di peringkat akar umbi, saya secara peribadi berharap pihak maau dan msn berbincang. banyak faedah jika pusat latihan di ranau dapat di siapkan dan digunakan sebaik mungkin. banyak peluang baru yang boleh diwujudkan disana, yang penting kita mestilah berfikiran positif. jika terus berfikiran negatif... perkara yang baik pn nampak tak elok...jika datuk zul dan en karim boleh berbincang banyak yang boleh diselesaikan... yang penting atlet di dahulukan, pencapaian diutamakan. msn dan koam bertanggungjawab memulihkan prestasi dan imej olahraga negara. ini adalah kepentingan negara, bukannya kepentingan peribadi. hati kecil memang sedih melihat nasib atlet negara, tapi saya selaku rakyat malaysia yang minat terhadap olahraga akan teruskan usaha, kerana saya sebahagian daripada malaysia...tingkatkan prestasi..jauhi kontroversi...pakcik arelee.jb
i think this ranau centralised training program is utter nonsense. There is no proper and basic facilities like water, electricity, gym etc. only a running track and a staying hostel that is hardly completed. All the reports MAAU are claiming to say that everything is in place is purely a big lie and ridiculous. Why can all the athletes train here, where all the facilities are available and accessible to
everyone? I am myself an athlete who trains at MSN with a coach and frustrated with the whole organisation system that is in place currently at MAAU. A major overhaul is needed to revive the athletic scene and save it from the doldrums of destruction.
"i think this ranau centralised training program is utter nonsense. There is no proper and basic facilities like water, electricity, gym etc. only a running track and a staying hostel that is hardly completed. All the reports MAAU are claiming to say that everything is in place and ready is purely a big lie and ridiculous. Why can all the athletes train here, where all the facilities are available and accessible to everyone? I am myself an athlete who trains at MSN with a coach and frustrated with the whole organisation system that is in place currently at MAAU. A major overhaul is needed to revive the athletic scene and save it from the doldrums of destruction."
MAAU should instead consider sending the athletes to CAMeron highlands, where there are proper and basic facilities already in place like water, electricity, gym, staying hostels/hotels for which the accommodating money MAAU can easily fork out for the athletes since they are so into wanting to have a centralised training outside of KL. The main drawback is that there is no running track and i'm sure MAAU can again invest in this issue to build one for the sake and welfare of athletes. I myself, a middle distance runner, have been to cameron's for conditioning training a few times, normally during the year end with my coach and other athletes of various events for about a month or so as part of our conditioning phase training and we all benefited when we returned and resumed for pre-comp phase training. All the athletes trained together as a team with their respective coaches and the camaraderie was fantastic. I seriously think that MAAU should consider this option instead of ranau.
mana2 tempat nak berlatih pun kalau tuhan tak izinkan menanag tak akan menang, masalah tempat nak berlatih tu bukannya masalah besar pun, biar peralatan sukan utk tujuan latihan ni penuh satu negara pn kalau asyik nak membantah sahaja apa yang dia dapat? baik berlatih bawah kulung rumah lagi bijak.. wakakakakaka... atlit oh atlit! pengurus oh pengurus..! bawak mampos ler korng punya sombong tu...ikut sedap mulut jer nak cakap... ha ni komen org Ranau untuk orang2 yang bersangka buruk terhadap Daerah Ranau, KAMI TAK JEMPUT PUN KORANG DATANG RANAU NAK BERLATIH!!! hem berlagak sombong kera.. MINTA MAAF DARI HUJUNG RAMBUT KE HUJUNG KAKI...
mana2 tempat nak berlatih pun kalau tuhan tak izinkan menanag tak akan menang, masalah tempat nak berlatih tu bukannya masalah besar pun, biar peralatan sukan utk tujuan latihan ni penuh satu negara pn kalau asyik nak membantah sahaja apa yang dia dapat? baik berlatih bawah kulung rumah lagi bijak.. wakakakakaka... atlit oh atlit! pengurus oh pengurus..! bawak mampos ler korng punya sombong tu...ikut sedap mulut jer nak cakap... ha ni komen org Ranau untuk orang2 yang bersangka buruk terhadap Daerah Ranau, KAMI TAK JEMPUT PUN KORANG DATANG RANAU NAK BERLATIH!!! hem berlagak sombong kera.. MINTA MAAF DARI HUJUNG RAMBUT KE HUJUNG KAKI...
ADAKAH IA SATU KELEBIHAN UNTUK BERLATIH DI RANAU????
http://www.adriansprints.com/2011/02/facts-of-altitude-training-in-ranau.html
Post a Comment