Friday, February 18, 2011
Alahai Annuar Musa...
Tan Sri Annuar Musa...bekas Menteri Belia dan Sukan bertukar supremo bola sepak. Ini satu pencapaian yang unik. Seperti yang kutulis dalam EPLx Kosmo! pada November 2009 (walaupun ada penyokong Kelantan yang kutuk aku hanya memuji Kelantan selepas memenangi Piala Malaysia), Annuar penghulu kebangkitan the Red Warriors.
Masa aku hingusan di Berita Harian, Annuar Menteri Belia dan Sukan. Waspada...dia seorang yang lantang, cukup yakin, bahkan ada yang menganggapnya sombong, atau his confidence bordering on arrogance...tapi dia tidak takut menyuarakan pendapatnya. Masa tu dia YB Senator...
Masih aku ingat Sukom 98 Berhad ditubuhkan untuk menjadi penganjur Sukan Komanwel, ada sedikit pertikaian berlaku di antara Annuar dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ketika itu, Tan Sri Hamzah Abu Samah.
Annuar juga mengetuai delegasi Malaysia yang memenangi undian menjadi hos Sukan Komanwel 1998. Undian, lobi-melobi dan janji-janji diplomatik dilakukan saat akhir di Barcelona, sempena temasya Olimpik 1992.
Bagi aku, Annuar seorang strategist. Juga seorang visionary. Kebetulan mentor aku di BH, Rahime Yusoff, kemudian dilantik menjadi Setiausaha Akhbar Annuar.
"Pelan induk belia yang diilhamkan oleh Annuar diubah suai untuk menjadi Rakan Belia, Rakan Sukan," kata Rahime.
Seorang bekas pegawai tinggi kerajaan kata Annuar visionary, decisive dan strategist tapi sesetengah orang tidak suka caranya bekerja dan perangainya yang boleh ditafsirkan sebagai brash.
Lihat bagaimana Kelantan menjalani satu proses transformasi besar-besaran, bukan kecil...daripada pasukan yang bersaing dalam Liga FAM pada 2005 sehingga muncul juara Piala Malaysia buat kali pertama musim lalu. Bukan itu saja, banyak kali aku sebut strategi mesra media, penaja dan peminat mendapat pulangan setimpal. Tidak ada dalam sejarah sebuah pasukan bola sepak di Malaysia yang berbangga dengan radio onlinenya...
Sebab itu aku percaya Annuar boleh menterjemahkan taktiknya di peringkat negeri ke kebangsaan...
Dulu aku pernah tulis liga Malaysia harus dikendalikan oleh satu badan bebas daripada FAM...kemudian MSL Sdn Bhd pula diwujudkan selaku cabang pemasaran FAM...
Secara idealnya, MSL dijadikan sebuah separate entity, MSL yang mengendalikan Liga M, mengatur jadual, memegang hak komersil dan pemasaran. Siapa paling berwibawa untuk mengetuainya? Annuar lah...
Tapi kalau demikian kemungkinannya, wajarkah Annuar meletak jawatan di KAFA?
Bagi aku rugi kalau Annuar hanya jadi supremo di Kelantan...kena bagi dia executive powers, baru dia boleh jadi driving force di peringkat nasional...
Tapi macam mana, dia tidak ada pun dalam Jawatankuasa Kewangan FAM...macam mana selaku Pengerusi MSL dia tidak ada dalam proses buat dasar dan kewangan FAM?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
sultan bola takut bagi annuar musa duit kot..nti makan tuan..
Annuar musa hanya dilantik menjadi penjaga bola sepak wanita..sangat tidak wajar.
Slm..saya bersetuju dengan pendapat saudara...Anuar Musa lah yang mengerakan revolusi kebangkitan pasukan Kelantan..Anuar telah mengubah pasukan Kelantan sehingga mencetuskan fenomena baru dalam kancah bola sepak di Malaysia..dari pasukan yang sering dilabel dengan pelbagai masalah dan jolokan yang negatif kini menjadi kebanggaan seluruh peminat bola sepak di Kelantan dan menjadi salah satu gergasi baru dalam liga di Malaysia
kehadirannya adalah tepat pada masanya..disaat pasukan Kelantan terumbang ambing dengan pelbagai masalah dalaman.
Pasukan Kelantan yang satu ketika tercampak ke liga FAM telah berubah wajah dengan ideologinya yang disambut baik oleh seluruh peminat bola di kelantan.
Sekarang Anuar telah dinamakan sebagai Bapa Pemodenan Bola Sepak Kelantan...
Alangkah baiknya sekiranya idea dan wawasannya diterima di peringkat nasional sekaligus dapat mengembalikan kegemilangan bola sepak di Malaysia...
Sebagai generasi muda yang kurang mengenali siapa itu TSAM, saya cukup respect dgn TSAM. Yang peliknya kenapa pasukan lain tidak mahu mencontohi apa yang beliau lakukan buat pasukan Kelantan.? Biarlah orang kata meniru asalkan bola sepak M'sia boleh maju.
Kenapa yang kanan lebih banyak rambut dari yang kiri?
Razlan Hashim (mak lain bapak lain dengan loose canon)
nielah pemimpin bola sepak yg dicari2
berani membuat perubahan dlm pengurusan..
x perlu pegang lama dlm FAM tu..
pastu ada hati nk pegang AFF plok!!adoyai gila kuasa btoi pak haji nie..
tak dinafikan banyak sumbangan TSAM dalam pembangunan bola sepak kelantan kebelakangan ini.. namun ada saja tangan2 liar yang tak suka akan kejayaan itu..moga2 pihak FAM lebih terbuka dan memandang hasil kerja TSAM di kelantan untuk dimajukan ke peringkat FAM...
In my opinion, we cant deny the Tan Sri Annuar's contribution in Msian football. I agreed with Mr Rizal statement says Kelantan has experienced tremendous transformation in their performance and development. As well as our national team.
The way I see it, he is like a ministry of development to our Msian football. Starts with SEA games to Suzuki Cup, he involved all the aspect. He deserved to get the credit from me personally.
komen saya ini tiada kaitan dengan post ni.. tapi rizal hashim tolonglah baca. http://sokernet.blogspot.com/2011/02/khutbah-jumaat-bolasepak-malaysia.html
Dgr kabo Sultan tak happy sobab Anuar & geng (sapa? wallah hu alam) agak agresif pasal pemasaran Liga M. Susah gak. Bijak pandai salah Slow bodoh pun salah dalam FAM ni..
WATER CANNON
Salam bro...
Para terakhir komentar saudara menarik minat saya. Saya setuju dengan tulisan saudara, macamamana seseorang jaga Chairs MSL tidak ada nama dalam Jawatankuasa Kewangan...
tak silap saya, masa KJ (khairy Jamaluddin) dulu pun nama dia tak ada dalam committee tersebut. maybe dia frust then tarik diri daripada bersama FAM thn lalu.
Kita lihat daripada sudut positif, Tan Sri Annuar Musa (TSAM) adalah individu yang berusaha keras mendapatkan penajaan RM120 JUTA UNTUK TEMPOH EMPAT TAHUN.
tetapi amat malang bagi dia bila nama dia tercicir dalam committee tersebut...kesiankan. Sepatutnya dia perlu ada dalam barisan jawatankuasa tersebut untuk melihat perjalanan keluar masuk duit tersebut (RM30 juta setahun)..
Memang itu cara TSAM menjaga tadbir bola sepak di Kelantan. bagi org yg rapat dgn bola sepak Kelantan, mereka tahu style TSAM jaga bola. Tidak tercapai akal kita kadang2 pemikiran dia ttg pelbagai idea utk memajukan bola sepak di kelantan.
Betul, kadang2 kala telahan org kita kena bersetuju mengatakan TSAM selalu one man show....tapi itu lah cara dia...suka atau tidak ianya sudah memberi petanda kepada pembangunan bola sepak Kelantan.
Tu cerita psal TSAM. Cerita FAM pun kadang2 pelik jugak.FAM penuh dengan cerita pelik...tak pelik macamana, inilah satu-satunya PERSATUAN SUKAN DINEGARA INI yang mempunyai kakitangan BERGAJI paling ramai...(maaf, kalau tak silap ada kira 75 orang)...
persatuan sukan lain pun takde la seramai tu. Tu tak cerita lagi soal orang itu-ini bergaji 5 ANGKA, kenaikan gaji tahunan yang melampau2...
adakah semua orang tahu bahawa MSL adalah anak syarikat FAM dan mencari rezeki untuk FAM dan mereka hanya mendapat sebahagian dari kutipan tersebut.
So mengapa pula skrg ini bila ujudnya Jawatankuasa MSL maka kita mesti bagi semua kuasa kepada mereka dan apa fungsi FAM? Kita juga kena ingat bahawa FAM adalah badan yang membantu persatuan negeri dan mendahulukan kewangan jika negeri ada kesulitan.
Adakah MSL bole bertanggungjawab ke atas negeri untuk segala kewangan mereka jika ada masalah contoh KWSP, Socso, denda dari AFC atau FIFA dan sebagainya..
Renungkanlah bersama .........
saya ingin tau macamana Encik Mazram tau ade kenaikan gaji tahunan yg melampau. setahu saya dah hampir berapa tahun kami staff tetap FAM tak naik gaji.
Jadi bole tak encik bagi tau ade kenaikan setiap tahun tu..
FAM staff
bagus pun ado pasal ts nuar musa ni.wak krja bagus,,tapi tangan2 ghaib pun ado...insaflah wuhai TSAM
Selagi di atas FAM ada bapa dan anak, selagi itulah individu yg ingin melakukan perubahan seperti TSAM, akan dicantas.
Di KAFA, TSAM berjaya kerana tiada individu yg lebih berkuasa dari dia.
Bolehkah Malaysia mempunyai dua persatuan bolasepak negara? rata-rata rakyat sudah tidak mempercayai lagi dengan FAM
adab resam manusia ....
apabila seorang manusia berjaya,
ada pula sesetengah yg mengenali manusia tersebut, ada sikap iri hati & hasad pd nya. Kejayaan yg dikecapi TSAM tu sudah tentu ada sesetengah pihak yg tidak suka. Sbb tu beliau susah nk naik.
Wang, jawatan, kuasa - sesuatu yg menjadi rebutan. fikir2kanlah.
Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata:” Nabi SAW berkata kepada ku:”Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.”
(Bukhari dan Muslim)
kita tunggu dan lihat siapa yang hebat vision FAM atau TSAM. kalau ada individu yang bagus/berwawasan, tolonglah puak-puak dalam FAM - dengar dan ambil manfaat dari idea mereka. yang untung kemudian hari bolasepak kita jugak!
MEMANG X DAK DAPAT DINAFIKAN SUDARA TSAM HEBAT DLM MENYUSUN STRATEGI (ALA-29 PEPERANGAN GITU) DAN MENJAYAKAN SESUATU PROGRAM DAN PROJEK.......TAPI bArang d ingat ada SEJARAH YG TERCATIT & MEMALITKAN TELAH SAUDRA TSAM CIPTA D'MSIA INI (masihkah SELURUH RAKYAT M'SIA INGAT) DAN SAYA RASA RAKYAT KELANTAN AMAT ARIF TENTANG SEJARAH ITU...HAHAHA dan ada BENARNYA rasa PRESIDEN FAM X BAGI TSAM PEGANG KARUNG DUIT KAT FAM...
(TEPUK DADA TANYA IMAN)
HELLO RAKYAT MALAYSIA...KITA PAKAT-PAKAT BUANG PRESIDEN FAM CAMNA????AH LAMA AH TUUUUU.BUKANYE ADA VISIONERY SGT.....MEMECAH BELAHKAN FAM ADALAH...
Tapi kalau demikian kemungkinannya, wajarkah Annuar meletak jawatan di KAFA?
Bagi aku rugi kalau Annuar hanya jadi supremo di Kelantan...kena bagi dia executive powers, baru dia boleh jadi driving force di peringkat nasional...
Tapi macam mana, dia tidak ada pun dalam Jawatankuasa Kewangan FAM...macam mana selaku Pengerusi MSL dia tidak ada dalam proses buat dasar dan kewangan FAM?
TSAM dapat executive power? Aku rasa baik dia buat di Kelantan. Sbb dia mmg ada total power...kot..Sekurang2 nya apa yg di buat oleh TSAM di bumi Kelantan sudah mula dpt perhatian Malaysia dan negeri2 lain. Kalau nk harapkan perubahan drastik di FAM??Aku x berani nk komen takut kena pancung. (**)~
Post a Comment