Aku (ah tu zaman pinggang 29 inci dan berat 59kg) dengan kawan-kawan bahagian production New Straits Times (dari kiri) Mortaba, Mazlan, Razhe, Rashid dan Meor..syukur aku sempatlah tengok tampal bromide sebelum era digital...
Aku masih maintain selera makan...Akbar Sahari pun bagi cap jari bagus punya...yang tengah tu Aswad, pensyarah masakan di Kolej Komuniti di Selayang.
Entri ini bertujuan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Zafarul Aswad, seorang peminat badminton dan sepak takraw yang kerap meninggalkan komen dalam blog tidak seberapa ini. Sambil kami merakamkan Kafe Sukan di Wisma Ali Bawal baru-baru ini, Aswad dengan kawannya Bob meredah hujan semata-mata melunaskan janjinya kepada aku. Kami bertemu di Stadium Putra pada final Terbuka Malaysia dan dia janji nak bawak sandwich ayam untuk menjamu staf Astro Arena keesokannya.
Aswad ni seorang chef dan blogger. Klik di sini. Dia barangkali ada resipi terbaik untuk menaikkan martabat sukan badminton negara...kerana selepas memastikan kami kenyang, Aswad dikhabarkan bakal menggantikan Akbar sebagai hos Kafe Sukan...
Aswad menggugat kedudukan Akbar sebagai pengulas tersohor
Beatrice Krishnan antara yang menjamah sandwich ayam Aswad
2 comments:
Sandwich ayam macam ni memang menaikkan selera.
sodap sandwich tu
Post a Comment