Sunday, February 20, 2011

Tahniah, tahniah, tahniah

"OK, abang bangun, pegang ni (muffler), kita nyanyi Negaraku....," kata Hafizal Hamad kepadaku.

"Tak pernah dibuat dek orang ni," balas aku.

"Apa yang orang tak pernah buat, kita buat," balas Hafizal, atau Gaban di kalangan rakan-rakannya.

Lepas itu kami sambung duduk dan bercerita mengenai kemenangan pasukan negara ke atas Vietnam pada final Sukan SEA di Laos pada Disember 2009.



Ulasan Hafizal pada malam bersejarah itu apabila anak buah K. Rajagobal mengutip pingat emas pertama dalam bola sepak sejak 1989 diangkat sebagai calon kategori Pengulas Sukan Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010. Hafizal menang, menewaskan pencabarnya Akbar Sahari, hos Kafe Sukan di Astro Arena, yang dicalonkan menerusi ulasan Piala Dunia 2010.

Jadi aku pun nak tumpang tui lah...kepada Hafizal yang terkenal dengan trademarknya Terima Kasih, Terima Kasih, Terima Kasih, tahniah, tahniah dan tahniah. Juga tidak dilupakan krew penerbitan di sebalik tabir.

Tahniah kepada penerbit Rozihan Raji yang memenangi kategori rancangan dan liputan sukan terbaik menerusi Menggapai Harapan (Piala Thomas). Dia sanggup datang interviu aku dekat rumah pasal nak bercerita mengenai peluang skuad negara bagi edisi 2010 selain pengalaman terperangkap dalam Istora Senayan di Jakarta pada 1994 selain detik kejayaan 1992.

Juga kepada team Astro Awani, khususnya Ashwad Ismail, yang memenangi kategori Liputan Berita TV terbaik dan Anugerah Khas Juri.

Tahniah kepada semua pemenang.

13 comments:

Zulaikha Sidek said...

Abang tak menang apa-apa ke?

Unknown said...

Hafizal dan Akbar. 2 hos sukan yg sgt bagus.

"Tahniah, tahniah, tahniah."-hafizal

"Jgn lupa pakai stokin yer rizal."-akbar.

Unknown said...

tahniah buat HH dan seluruh pengulas sukan yang mengulas bukan sekadar sebagai satu pekerjaan, tetapi mengulas demi kemajuan sukan negara. ini termasuklah yang mengulas sebagai blogger.

Anonymous said...

tahniah saudara Hafizal.........sayang krn bakat beliau dlm sukan bola sepak terpendam pd musim sekarang akibat masalah dalaman Astro, RTM dan FAM.........

Anonymous said...

Tahniah dan sememangnya anda boleh pergi jauh dalam bidang ini.

ZAR

Anonymous said...

tahniah buat rozihan raji,anda tetap yang terbaik buat rtm.sayang kalau anda meninggalkan rtm kerana anda berkualiti,kalau intan jatuh kelumpur menjadi pulau. Buat hafizal anda satu satu nya pengulas kelahiran rtm yang belajar dari bawah dari menarik kabel,budak suruhan hinggalah menjadi mc acara pm.anda juga setia kepada rtm walau pun mendapat tawaran 'bulan dan bintang ' tahniah buat hafizal dan yan.

Anonymous said...

yang terbaik hafizal, akhbar juga pernah menjadi pengulas di rtm.

Anonymous said...

tahniah juga kepada rizal kerana terus menyemarakkan dunia sukan tanah air. rizal mempunyai saham dalam kemenangan ini dengan menjadi tetamu dalam kedua dua rancangan tersebut.

Anonymous said...

Tahniah Hafizal Hamad...! Tapi... cuba lihat perbezaan antara Penyampai & Pengulas...

Penyampai adalah perantara di studio... Pengulas adalah yang membawakan secara langsung dari venue pertandingan atau dgn kata lain... Ulasan Selari (Running Commentary).

Kepada penganjur... untuk yg akan datang... minta diambil kira "Perbezaan" ini...

Bagimanapun... tahniah sekali lagi Hafizal Hamad... anda tetap terbaik...!!!

Mohd Fauzi Mohd Marzauki said...

Encik Rizal, saya pun datang rumah Encik Rizal juga masa Rozihan Raji interview tu...

Anonymous said...

Encik Rizal, saya pun datang rumah Encik Rizal jugak masa Rozihan Raji interview tu..hihihi

Anonymous said...

Tanam lenggun tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati,
Budi tuan saya tak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.

en rizal hashim, thanx atas ucapan dan ingatan pihak tuan...

kejayaan tersebut bukan milik saya seorang, namun kerja sepasukan dan balik tabir yg selalu memberikan sokongan dan kepercayaan kpd saya...

apa pun, anda juga adalah sebahagian penyumbang kepada kejayaan tersebut kerana kesudian anda berkongsi reaksi dan pengalaman anda dalam program tersebut...

'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'
Rozihan Raji
Menggapai Harapan
Sukan TV RTM

Anonymous said...

sikit lagi hafizal dapat dato' ler