Friday, February 4, 2011

Astro Awani dan Brendan Gan

Wartawan ada pelbagai kategori. Ada penulis upahan, ada wartawan yang bertanggungjawab dan beretika, ada yang jenis bodek pegawai kerana hendak sesuatu dan ada yang menjadi aktivis atas dasar minat. Aku ucap syabas kepada unit sukan Astro Awani kerana menjadi jambatan di antara Brendan Gan dan FAM. Sama ada Brendan terpilih atau tidak untuk menyarung jersi negara bukan soalnya. Isunya ialah membuka mata masyarakat. Bagilah peluang kepada pemain kelahiran Australia itu membuktikan kemampuan. Jika di kalangan pakar teknikal di FAM tidak berminat, takpalah. Tapi yang penting, buka minda, buka mata.







19 comments:

shahril said...

saya ada menonton sukan awani tentang brendan gan ini...feedback yg diperoleh dr Setiausaha Agng FAM,""FAM mengalu-alukan usaha pelbagai pihak tentang untuk mencadangkan kepada FAm mana2 pemain berbakat di luar negara yang layak mewakili negara""...diharap FAM bukan sahaja mengalu-alukan, tp perlu usaha yang konsisten dan bersungguh-sungguh untuk ""scout"" talent yang berada di luar negara..bukan semata-mata mengharapkan cadangan dari pihak ketiga sahaja....imho, saudara rizal hashim mampu jd mastermind untuk mendesak FAM supaya terus konsisten dlm menjalankan usaha ini...

HS KAMAL said...

Mana ada pakar kat FAM. Semuanya kaki ampu dan bodek. Kalau betul mereka menjalankan kerja dgn jujur, dah lama bolasepak kita maju. Jom kita ajak semua pakar2 kat FAM untuk berdebat. Astro Awani siarkan secara langsung. Biar rakyat malaysia nilaikan berok2 kat Fam.

Anonymous said...

kenapa kita kat luar ni perlu susah-susah, puak-puak kat FAM tu semuanya pandai dan bijak belaka.

biarkan FAM, mereka tahu segalanya untuk kemajuan bolasepak kita.

tahniah FAM, kerana anda kita diranking ke 144 dunia.

kudabesi said...

ape salahnya bagi peluang dekat dia?

nak suruh kita scout, tu payah sket tp kes brendan nih dia yg offer diri

ape kata FAM bagi peluang kat dia datang trial..at least support tiket kapal terbang dia ok la tu

harimau luka akan bangkit said...

kerja terbaik ASTRO.usaha yang sebegini yang peminat bolasepak nantikan,sentiasa beri perhatian kepada bola sepak Malaysia,( KERANA MEANG ISU BRENDAN GAN NI DAH BASI DI FORUM CYBER )
*SETAKAT PEMINAT NAK HANTAR EMAIL UNTUK fam sukar nak berjaya agar dikaji cadangan mereka,FAM ( PR ) mereka amat buruk sekali layanan,

*mungkin idea peminat tidak penting kepada FAM ( peminat memerlukan pihak MEDIA untuk meyampaikan idea KEPADA fam. ,SYABAS Semua WARTAWAN ASTRO berjaya dan MEMAKSA FAM AGAR tak senang duduk.(PAKSA MEREKA BUAT KERJA)

SELEPAS INI.
cadangan ASTRO buat pendedahan masalah bola sepak negeri( F.A & F.C ) yang tidak tahu mencari sumber kewangan sendiri,

* 2009/10/11 FAM Sekat pemain import untuk malaysia perdana league,tetapi FA,FC Masih tak reti nak jimat/takde duit,,apa cerita,
kalau 2012 nak perkenalkan pemain import,,pasti banyak fa& fc bankrup,,gulung tikar& tarik diri,

*TERsangat serius masalah kewangan FA & FC. apa pula IDEA FAM,

*mengapa fa&fc TIADA DUIT? struktur PENGURUSAN mereka masih 3rd class /atau katak bawah tempurung(sila ketepikan isu politik dalam isu ini) kelantan penjenamaan mereka amat berjaya sekali banyak penajaan yang mereka terima, negeri lain, mungkin KELANTAN fa perlu berkongsi idea mereka kepada fa & fc YANG LAIN.

Anonymous said...

Hi Rizal ,
What about this Malaysian kid playing in Japan Division 2 league. Hes Malaysian too. Check out this news
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/2/20/central/5693417&sec=central

Anonymous said...

Untuk pengetahuan semua, knp bola sepak kita makin teruk???

1. Org atasan tak kira di fa / fc mengamalkan politik wang dari memajukan bola sepak sendiri..

2. Org politik masih memengang jawatan sama ade fa/fc. padahal mereka langsung tak reti pasal bola.

3. Rasuah masih melanda negara. Jgn terkejut klu saya mengatakan ade sesetengah fc yg snggp jual game...

4. FAM lebih rela DUIT mereka tu digunakan utk mereka sendiri daripada menghantar player2 keluar bermain diluar negara atau membuat perlawanan persahabatan sekurang2nye 2 bulan sekali. Jurulatih luar yg membimbing malaysia satu ketika dahulu merungut terhadap FAM atas kekurangan perlawanan persahabatan dan dia DIPECAT. FAM sungguh BERKUASA.

NoName said...

saya sangat hairan, kenapa tak panggil dia main untuk friendly lawan hong kong ni.

adakah perlu sain kontrak untuk mewakili pasukan kebangsaan??? setahu saya tak perlu. saya tak nak komen banyak2 sbb saya bukan pakar pun.

tapi apa yg saya tahu, saya lebih bijak dr org yg di FAM.
susah sangat ke nak panggil Gan ni dan bagi dia Cap antarabangsa (gred A) klu dia tak layak main. next time tak perlu la nak panggil lagi. Aussie pun tak boleh panggil dia sbb ada cap dengan Malaysia.

lain la klu perlu sain kontrak bertahun-tahun spt mewakili club, mmg FAM kena fikir panjang sbb takut sia-sia bayar gaji setiap bulan. hahaha

Anonymous said...

pasal brendan gan tue saya xda masalah kalau dia memang boleh menyumbang kenapa tidak. Tapi saya syorkan fam scout dulu yg dlm negara nie, ramai pemain berbakat kat msia nie yg tercicir atau terlepas pandang. Antara sebab dia ialah kelemahan sistem pemilihan pemain diperingkat akar umbi sekolah,daerah dll.satu contoh ialah sikap pilih kasih si pemilih yg memilih pemain atas dasar dia kenal pemain itu yg mungkin anak kawan dia,anak jiran & sebagainya.contoh kedua ialah kaedah pemilihan yg dijalankan tidak berkesan.Sbg contoh pemilihan pemain daerah dijalankan hanya dalam satu hari padahal calon2 yg datang begitu ramai dan pada penilaian saya tak mungkin coach dapat mengukur kebolehan setiap calon yang hadir dalam satu hari.Sebenarnya bukan satu ari,pemilihan tu mula 8pagi dan pukul 2ptg dah dpt result. pemilihannya mudah,bhagikan pemain kepada beberapa tim dan main bukan 5 sebelah tapi 11 sebelah. coach dok tepi padang tgk. tapi masalah dia pemain diberi tempoh masa yang singkat utk menunjukan kebolehan masing2 dan bermain dgn pemain2 yng mereka tidak pernah main bersama bukan mudah. ada pemain yang langsung tidak mendapat bola pada ari tu dan seperti dijangka dia gagal dalam selection tue.ada pemain yg dipilih hanya kerana entah macamana dia rembat bola tue terkena palang dan nombor bitnya terus dipanggil oleh coach untuk diambil namanya sayapun tergelak.banyak lagi contoh yg boleh saya berikan, tapi takut terbaca kot.apa yang saya harapkan pihak negeri,fam dll dapat menjalankan penilaian dan pemilihan terbuka secara berkala kepada semua yg berminat tanpa mengira dia tu pemain sekolah ke daerah ke bagi mengesan pemain yang berbakat tapi tercicir dalam pemilihan konvesional ari nie iaitu sekolah ke daerah ke negeri.lagi satu saya minta saudara RIZAL dapat mencadangkan kepada fam supaya mencadangkan pula kepada kerajaan mewajibkan pembinaan kawasan perumahan bagi sejumlah penduduk yang ramai dilengkapi padang bola. sekarang nak tengok kawasan perumahan dengan padang bola pun susah.utk msia pergi jauh, msia perlu pool pemain yg ramai supaya kompetitif dan utk itu memerlukan penglibatan ramai dalam sukan ini,jadi kemudahan asas di akar umbi seperti padang bola adalah penting. buat apa kemudahan serba canggih berjuta ringgit untuk sekelompok kecil saja yg mendapat manfaat walhal kemudahan asas seperti padang bola terhadap kelompok yang lebih besar (masyarakat) diabaikan.Pada hal kelompok besar nie penting dalam membekalkan pemain berpotensi utk dipilih baik diperingkat sekolah,daerah dll.Dari situ akan lahirnya pool pemain yg besar atau pilihan yg banyak kepada kita utk memilih pemain.dari situ juga datangnya kompetitf dan dari kompetitif akan lahirnya kualiti.

shahril said...

saudara RH, saya ada menonton Sukan Awani jam 11.30 mlm td..Dato' Azuddin kata Brendan Gan x memenuhi syarat perkara 18 FIFA kalo x silap saya untuk bermain dengan skuad Malaysia, sbb dia pemegang passport Australia...Beliau juga mendakwa, utuk menukar kerakyatan Brendan supaya blh mewakili Malaysia, Brendan pelu berumur kurang 21 tahun..tapi sekarang telah terlewat kerana Brendan telah berumur 22 tahun..Betul ke dakwaan dia tu?Boleh explain sikit pada rakyat jelata yang kurang tahu pasal undang2 FIFA ni...

JPY said...

tapi saya terlihat di facebuk dan link ke laman web yg menyatakan bahawa FIFA sudah pun membatalkan peraturan tersebut bermakna kita boleh paggilnya bermain x kira umur!

ni link2nya. Tolong cek Bro Rizal:

http://www.imscouting.com/global-news-article/fifa-removes-age-limits-on-players-switching-natio/2205/

http://fourfourtwo.com/news/restoftheworld/32035/default.aspx

http://www.goal.com/en/news/1863/world-cup-2010/2010/03/17/1837073/blame-ghana-fa-for-delays-in-kevin-prince-boatengs

Abu Amzar's said...

semua nya terpulang pd FAM, kuasa di tgn mereka.
kalu depa nak, depa boleh usaha kan (petik jari saja sbb kuasa di tgn mereka) ....
kalau depa taknak tu, confirm dh laa alasan2 tu.

tp skrg banyak dalih drpd 1000 daya.

Anonymous said...

aq tngok brita ni lama dah...
so..
apa prkembangan trkini tntang hal ni??
bila dya akan men tuk mlaysia??

Anonymous said...

sorry off topic skit..
saya bukan nak menyebelahi fam. tapi kita nie selalu nak salahkan fam dalam segala hal.Kita kena ingat FAM merupakan antara persatuan sukan paling berjaya di msia. kita ada peranan masing2 dalam menyumbang sesuatu pada kemajuan bola sepak tanah air dan kita sebagai peminat peranan kita ialah hadir ke stadium di waktu KALAH DAN MENANG.Skit sebanyak dapat membantu klub atau negeri dari aspek kewangan. berkait soal kewngan klub dan negeri,sponsor takkan menaja klub atau negeri yg x mendapat dukungan kuat dari penyokongnya.So kalau kata negeri A ada masalah kewangan ,biasanya disebabkan prestasi negeri A tu tak memberangsangkan ditambah lagi SIKAP PEMINAT DI MALAYSIA NIE YANG HANYA MENYOKONG BAGAI NAK GILA BILA PASUKANYA SENTIASA MENANG.TUELA HAKIKAT PAHIT YG TERPAKSA KITA TERIMA.Soal kelantan berjaya dalam pemasaran dan penajanya adalah kerana dukungan kuat penyokongnya.ADA SOKONGAN KUAT ADALAH PENAJA SIMPLE JE.MAKNA dia bukannya kelantan fa dok goyang kaki dan sponsor datang berpusu2 letak duit selambak kat office kelantan fa tue. Ia memerlukan usaha dan inisiatif dari kelantan fa utk cari sponsor pasukan mereka,tapi usaha itu jadi mudah kerana sokongan itu tadi.Kalau ngeri ngan klub xda duit tu bukan salah fam, fam dah bagi geran tahunan sekadar yg mampu, yg len cari sendirila takan nak fam tanggung 100% kot.Pasal prlwnn persahabatan kelas A tu, bukannya senang nak cari lawan yg berkualiti dgn keadaan ranking kita sekarang nie. xda yg sudi nak main ngan kita. kalau soal RASUAH di FAM tue jgn main serkap jarang je main tuduh tanpa asas dan lebih bersifat andaian je tanpa bukti.untuk KRITIKAN PULAK aku rasa FAM nie perlulah dianggotai oleh mereka yang tahu pasal bolasepak mcm explayer kebangsaan ke coach ke dan bukannya ahli2 politik yang tak tahu langsung pasal bolasepak.diorang nie bukanlah sume tapi kebanyakan bodoh sombong dan rasa dia tahu segalanya tentang bolasepak. FAM perlulah bersikap terbuka dan menyediakan saluran buat peminat dalam menyumbangkan idea mereka.Kalau BRAIN STORMING dengan coach2,wartawan2 sukan dan ahli FAM selama ini x memberikan hasil yg memuaskan. Apakata Brain storming ngan peminat plak?Buangkan sikap ego dan bodoh sombong tu,taknak turun padang dok memerap kat office je. Dengarla pandangn peminat dari pelbagai lapisan masyarakat nie. Mana tahu idea2 yg bernas nie datang dari pakcik2 teksi atau pengawal keselamatan yg x berpelajaran tinggi mcm org2 di FAM tu,MARILA BERLAPANG DADA menerima pandangan org len kalau bernas la...

Anonymous said...

saudara RH, setelah dipikir2 mencari pemain2 yg main kat luar negara utk mewakili pasukan kebangsaan bukanlah kaedah yg sustainable bg kelangsungan kejayaan pasukan kita.Ini banyak atas FAKTOR "LUCK" semata2.MCM biskut CHIPSMORE "KEJAP ADE KEJAP TAKDE".Ada berapa kerat sangatla yang layak main utk msia,kalau tahun nie adapun tahun seterusnya belum tentu ada.Kalau ada pun sudi ke diorang nak main utk msia?Kalau nak suruh FAM scout bakat kat luar negara secara serius,baik x payah sebab FAM mempunyai banyak kekangan seperti kewangan,manpower dsb. Buat apa usahakan sesuatu yg x past hasilnya.Jgn bazirkan FAM punya RESOURCES yg terhad tue,baik scout sungguh2 bakat dlm msia nie.Walau macam mana pun FAM kena sediakan saluran atau ruang pada mereka2 yg main luar negara utk mencuba nasib utk mewakili negara melalui sesi pemilihan yg dibuka secara berkala dan maklumatnya di letakan dlm website FAM.Konsepnya bukan FAM yg cari mereka tapi mereka yg cari FAM.kalau mereka ada semangat patriotik yg tinggi dan punya kemahuan yg kuat mereka pasti akan cari FAM.Brenda gan nie tak payahla, saya sangsi dengan niat dia.Dia ada kata dia berminat wakili msia setelah lihat kejayaan msia di piala aff.Penilaian saya disitu ialah dia ingin GUNAKAN MSIA yg tengah meningkat prestasi nie sebagai BATU LONCATAN UNTUK KARIER PERIBADI BOLASEPAK DIA. THAT'S IT.Jika Msia tak juara aff ari tue,jgn harap dia nak tawarkan diri main utk MSIA.What's for there is no benefits I could gain from it.Saya cuba memberi gambaran jika saya Brendan Gan.I try to see from His point of view.Jika dia terpilih main AUSTralia,lagi jgn harapla dia nak main utk MSIA.Pendek kata dia nak main ngan MSIA bukan kerana cintanya pada negara nie,tapi manfaat peribadi yg bakal dia perolehi nant.Kalau saya brendan gan dan punya semangat cintakan negara yg tinggi past saya akan lakukan apa saja utk mewakili negara saya hatta melepaskan kerakyatan negara AUSsie sekalipun.Itula pandangan saya yg tak seberapa nie...

Anonymous said...

brendan gan patut diberi peluang untuk bermain dalam pasukan kebangsaan kita.

ed said...

tlgla FAM...ape tggu lg...tk phm la...kenapa msh tk nampak pn btol2 usaha tuk dptkan player yg berbakat kt luar ngara tu tuk main kt Malaysia?? KENAPA?????

Anonymous said...

nak komen pasal '3 awang import'. cadangan untuk ini pada dasarnya ok. cuma persoalannya, sejauhmana kita boleh dapat 3 pemain import yang bagus dan melebihi kemampuan pemain tempatan sekarang. kita perlu mengakui, kita tidak akan dapat memiliki pemain2 bintang dunia, kalau adapun yg berada di penghujung karieer (maknanya kalau mengambil mereka ini, bukan kita berusaha untuk maju tetapi lebih kpd keperluan jangka pendek), pemain2 yg mungkin boleh diperolehi dari rantau afrika dan amerika latin (mgnkin pada tahap gred B atau C sahaja). maknanya, daripada membayar pemain import (gred B) ini dengan bayaran yang agak mahal, lebih elok wang tersebut digunakan untuk terus menghantar pemain kebangsaan ke luar negara berlatih/ikut erta dlm pertandingan/ digunakan utk pembangunan akar umbi yg membawa pulangan jangka panjang. jepun bila bermula liga bolasepak, mampu menarik pemain handalan seperti gary lineker, zico dll. kita bagimana? satu lagi 'disadvatnage' memiliki pemain import ialah kita akan ketandusan pemain berkaliber dlm 3 posisi penting, central back, midfield dan striker? maknanya, peluang pemain tempatan akan lebih terhad dgn demikian, apabila menyertai pertandingan, 3 psoisi ini akan ketara kelemahannya...

flanker said...

Kenapa tidak diberi peluang utk brendan gan bermain utk malaysia,setahu saya beliau player yg hebat,beliau yg offer dirinya main tuk malaysia,pelik la