Monday, February 7, 2011

Safee dan gol-golnya

Aku masih ingat kejohanan jemputan remaja empat penjuru anjuran ProEvents pada 2003. Membabitkan Malaysia, Brazil, Portugal dan Korea Selatan. Jurulatih pasukan Bawah 21 kebangsaan ketika itu K. Rajagobal. Bek kanan, K. Linggam (gambar). Penyerang - Fadzli Saari dan Safee Sali. Safee kulihat badannya tegap, lariannya deras. Usianya ketika itu 19 tahun. Kemudian dia diserapkan ke dalam skuad pra-Olimpik kendalian Allan Harris, seterusnya pasukan kebangsaan bimbingan Norizan Bakar, tonggak serangan B. Sathianathan sebelum kembali beraksi di bawah sayap Rajagobal ketika muncul penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF. Pelbagai aksi Safee dalam menyempurnakan peluang aku saksikan. Bicycle kick, rembatan sambil berlari, separuh volley, sepakan gunting jadi rencah Safee mewarnai bola sepak Malaysia. Sambil Selangor mengucapkan selamat berjaya kepada Safee dalam pengembaraannya ke Indonesia, kita tontoni aksi Safee menerusi youtube.





10 comments:

helmi haron said...

safee sdh dianggap legend tp kne teruskan usaha untuk mencapai yg terbaik!!

helmi haron said...

safee2 memang best player!!

TUAN SPEAKER ZAHIR said...

selamat maju jaya diucapkan kepada safee sali kerana menjadi antara segelintir pemain malaysia yang bermain di luar negara..

berlatih dengan kelab luar..atau menyertai pemilihan yang dibuat tidak dapat disamakan dengan DIBELI kelab luar..bermakna safee berada satu takuk atas daripada pemain2 lain..

kami rakyat malaysia tak tau apa perancangan FAM sebenarnya..dulu suruh main kat luar..bila dah dapat peluang macam taknak bagi..kununnya sebab indon je pun..suruh pergi jepun atau korea..masalahnya kelab mana yang nek beli tu? sekarang ni nak hantar 3 pemain pergi selection..kalau tak dapat mcm mana?

tolong bagi rancangan yang baik sikit boleh tak? plz jangan gantung komen saya 6 bulan ek..:)

Nadzry said...

Safee sememangnya mempunyai bakat yang berkualiti. Semoga dia terus maju di LSI. Namun, adakah Pelita Jaya kelab yang tepat utk beliau? Kenapa bukan Persib Bandung seperti khabar awal? Mungkinkah FAS ada 'main peranan' tentukan masa depan Safee dan bukannya Safee sendiri.......

www.yourmatch-mypoint.com

mdfaizal said...

Semoga berjaya Safee.. harap2 lawan HK & KL ko score hatrik!!! yeahh

Al-Ikwan said...

pemergian safee sali ke liga super indonesia satu tindakan bijak bg mengembangkan karier profesionalnya.Penghijrahan ini akn memberi impak yg positif kpd bola sepak negara.Ini krn mutu saingan liga super indonesia jauh lbh kompetitif dan berada pd ranking yg lbh tggi drpd liga malaysia yg diiktiraf sendiri AFC.Oleh itu,sesetengah pemimpin sukan tdk boleh memperkecilkan tindakan Safee Sali berhijrah ke Liga Super Indonesia dgn menyatakan mutu Liga Indonesia adalah sama dgn mutu Liga Malaysia

Anonymous said...

diharapkan safee akan menjadi player yang lebih matang selepas ni. jadilah pemain yang hebat utk pelita jaya & malaysia dgn sumbat goal banyak2.

yiggy yamani shah said...

Saya bangga Safee ke luar negara. Saya pernah tengok permainan LSI di tv dan terkejut dengan jaringan gol2 yang gempak. Esp dari set-peices yang cantik giler. Walaupun stadium mereka tak segah mana - standard Stadium Kajang jek.

Tentang Pelita Jaya lak saya tak nampak problem pasal Persib Bandung pun no. 3 dari bawah, takat beza 2 mata ngan PJ. Nampak sangat PJ perlukan Safee utk improvekan game dorang. Kalau Safee ok kat sana, lepas2 ni, sure dorang akan scout player lain dr Msia gak.

Ini pendapat saya.. Mungkin saya salah..

Muhammad Jefrizzal said...

semoga safee sali selamat disana..HIDOP MALAYSIA!!

Muhammad Jefrizzal said...

semoga safee sali selamat disana