Tuesday, February 15, 2011

RTM - Rais Tak Minat?

Salam Maulidur Rasul. Kebelakangan ini ramai yang meninggalkan komen dalam wall FB aku mengenai tiadanya siaran langsung bola sepak dalam RTM dan Astro Arena. Maaf kadang-kadang tidak terdaya nak jawab satu persatu.

Yang aku perasan, RTM sudah membunuh sukan dan laporan sukan waktu puncak (prime time).

Perasan atau tidak, tiada pembaca berita sukan sekitar jam 8.45 malam? Aku tak berapa pasti sejak bila. Itemnya pulak tinggal satu atau dua berita, macam melepas batuk di tangga. Kenapa agaknya bagi stesen yang melabelkan dirinya Sukan Terbaik Hanya di RTM? RTM Tetap Unggul? Info Sukan tengah hari pulak ditenggelami diva@1...

Dulu aku pernah tulis surat terbuka kepada Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Tiger. Baca di sini

Astro Arena pulak tidak menayangkan siaran langsung Liga Super pada Sabtu sekalipun Astro adalah penaja utama Liga M. Dasar Astro Arena cuba menonjolkan Arena Bola Jumaat, dengan harapan RTM menyiarkan perlawanan pada Sabtu.

Tapi aku dimaklumkan masalah timbul apabila Astro diisytihar penyiar rasmi dan pemegang hak komersil Liga M. Kalau dulu RTM bayar RM6 juta pada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sekarang kena bayar Astro dengan harga yang sama.

Masalahnya, Kementerian Penerangan tidak mahu bayar. Nak mintak diskaun pulak tu. Selagi rundingan tidak selesai dan KEMPEN tidak berganjak daripada keputusan itu, selagi itulah penonton seluruh negara yang tidak memiliki decoder berbayar Astro tidak dapat menonton bola sepak tempatan.

Jadi tiadalah Sekilas Liga, tiada Wisel Penamat dan Sebelum Wisel. Agaknya KEMPEN tidak mahu membayar Astro yang juga di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan). Jadi bos utama KEMPEN, Datuk Seri Utama Rais Yatim juga bos SKMM dan bos Astro la secara tidak langsung.

Rais ni seorang yang aku cukup respect. Terror dua bahasa, dan aku pun banyak beli bukunya yang mengangkat minda kita. Barangkali sebab itu dia tidak minat sangat sukan ni.

Susah jugak kalau budayawan nak faham sukan!

Aku pelik Perdana Menteri agaknya tahu atau tidak masalah ini...

Bukankah Datuk Seri Najib Tun Razak bersila tengok perlawanan skrin gergasi pada separuh akhir Piala Suzuki AFF yang akhirnya dimenangi Malaysia? Bukankah pemain kita diberi macam-macam hadiah oleh Najib? Rais tak tahu kot...

Jadi siaran bola ni tak penting...

Kepada Najib, tolonglah SMS dekat Rais...tak faham ke siaran langsung ini membantu membudayakan bola sepak tempatan?

Sia-sia aje budak-budak yang duduk atas padang kotorkan seluar, macam Ketua Editor YAKEB Aiman yang duduk sebelah menteri tengok game..betul Malaysia menang...tapi menang jangka pendek kerana pembuat dasar, Pak Menteri tidak rebut kesempatan daripada snowball effect yang kita harap daripada kemenangan anak buah K. Rajagobal.

Sekalipun siaran langsung dipancar menerusi ESPN Star Sports, sebenarnya tayangan di RTM yang membantu menaikkan semangat dan demam bola sepak!

Jadi barangkali tidak salah aku cakap RTM - Rais Tak Minat.

Kerajaan ni pun aku pelik lah, dah tahu tak mampu nak tolong sukan atau bola, nak sabo pulak Astro yang sanggup keluar duit macam Dunhill dulu...kalau ada chance duduk sebelah PM, aku akan bisik banyak benda...dan kalau dulu KEMPEN boleh bayar RM6 juta kepada FAM, kenapa sekarang tak mahu?

98 comments:

afendy said...

seperti biasa.. tulisan yang penuh kritikan dan sindiran... hopefully. mereka di luar sana faham betapa tidak semua rakyat malaysia melanggan astro dan tidak semua perlawana astro siarkan...

The Malaysian Imprezza said...

Actually, RTM need a lot of revolution in term of info of the materials. I noticed, some of the sport newcasters was lack of info especially pronounciation of the name of athletes. Not just that, some of the news came in after few days and this is not good for the viewers because the viewers demand is always the latest info.

Back to pronounciation of the name of athletes. Recently, i watched live telecast game between Selangor and Kelantan. Unfortunately, the commentators seems like didnt prepared for all of this. This is live. So, you need to prepare early and deliver best to viewers. In fact, they dont know the name of the players. This is Malaysian football. We are champions of ASEAN. Players deserved a lot of respect.

nizamhasan said...

aduh! bisanya...betullah tu..macam tak peka dengan minat anak muda yang menjadi majoriti penduduk negara..masa mengundi, cari anak muda tetapi keperluan dan minat anak muda tak mahu dipenuhi.

Anonymous said...

jeng2

pakmat said...

..careful, lc..you might not want your ferrari or equivalent ends up the way another blogget's ended up..but most politicians cannot see beyond the length of their noses when there is no apparent gain to their political career..pity..for in kelantan, football galvanized and unite the whole state, no matter the divide..and astro by any standard, is a luxury in bachok..

Anonymous said...

Bila peminat sokong EPL, kata tak patriotik. Habis tu, bila jadi macam nie, siapa yang harus dipersalahkan??

Anonymous said...

ASTRo n RTM..........n FAM...........mereka semua mempunyai niat tertentu demi individu tertentu dan EGO!!!!!..............hasilnya RAKYAT yang merana..............

SUDAH TIBA MASANYA KUASA RAKYAT DIDENGARI MEREKA!!!!!!!!!!
Ingat!!!! Rakyat bukan BODOH lagi..............

Anonymous said...

Mutu bolasepak negara mula disegani tetapi siaran bola tempatan masih ditakuk lama, di mana silapnya...???

Anonymous said...

ape lg yang sedap ditoton d rtm... kalau bolasepak pun sudah tidak disiarkan... takkan nak adap muka rosmah mansor tiap2 ari kat rtm.. rtm sudah tiada nilai di hati orang2 muda sekarang..jd yang semakin untungnya astro...

Anonymous said...

1. ooo...sebelum ni ada blogger tulis satira pasal 'kisah si buli..'aku dok teka2 juga sapa.. sah la tu sama dgn cerita hang..
2. pi la tanya media prima punya group pulak kot.. depa ada banyak channel..dulu pun depa yang siar lawan bola, sebelum 'si buli' take-over..silap2 boleh dapat lebih RM
3. PHD di mana2...mcmana nak maju..
(by:x-kaybee super)

Anonymous said...

patutlah beratus like dekat theredwarriors.com pasal isu ni. pandai dia orang dulu main isu ni... baru betul wakili anak2 kelate... baguslah bola kelate...aku respect sama web lu bro

ameen said...

kalau Rais Tak Minat, Rakyat Tak Minat jugak....

ameen said...

kalu Rais Tak Minat, Rakyat Tak Minat jugak...
Rais Tak Mau siar, Rakyat Tak Mau tengok...

Anonymous said...

6 juta RM? untuk bola.Bagaimana dengan sukan lain? kerja menaikan mutu bola sepak bukan kerja rtm, itu kerja FAM,KBS dan MSN.Kerja RTM hanya menyebar luas sukan bola dan lain lain sukan.Kalau budget besar kepada bola bagaimana dengan sukan lain. RTM jangan pinggirkan sukan lain hanya kerana bola.

Anonymous said...

kalau rtm tak sanggup beli 6 juta,astro boleh jual kepada stesen TV lain yang berminat.

Anonymous said...

Liga super Indonesia hak siaran sebanyak 9 milyar rupiah bersamaan 1 juta USD atau 3 juta RM. Hak siaran Liga M astro beli 10 juta usd @ 30 juta RM. Menarik.....

Anonymous said...

apa yang bising bising sangat,pandailah astro jual hak siaran. dia dah beli 30 juta.kalau rtm tak nak,media prima ada. kalau media prima juga tak nak, mesti ada sesuatu yang astro nak 'kemut'

Anonymous said...

terdesak sangatkah astro, hanya mengharapkan rtm?

@eYi@ said...

alaaa.... 6 juta jer pon.. tu pon jd isu ker??? biasa 6 juta nih lam poket diaorg jer.. apelaa..

kalo diaorg xnk astro bg je kt media prima..

ade stesen tb nk wat politik jer mampos r..

Encik Peluang said...

lantak p la apa yang RTM nak buat janji rakyat miskin mcm aku ni yang x mampu nak langgan ASTRO dapat tgk liga super.....WOI PAK MENTERI..KEMBALIKAN SEMULA PENYIARAN LIGA SUPER UNTUK RAKYAT-RAKYAT MISKIN YANG TIDAK MAMPU NAK LANGGAN ASTRO...

Anonymous said...

Iklan utk cerekarama dan Majalah 3 blh bg pulangan lebh lumayan. Buat apa tayang bola kalau iklan blh muncul masa halftime jer. Kalau taayng drama atau program tv, blh tayang iklan tiap 8 minit. Duit lbh masyuk....It's all about dollar and cents.

Bukan Nama Sebenar

Anonymous said...

tv3 lebih gemar siar cerekarama dan majalah 3 sebab ada income,rtm minta diskaun.hakikatnya astro dah panas sebab nak cover kos hak siaran pada fam

Berto said...

masalah skang ni ada ASTRO pon x boleh nak guna. Hari sabtu hari tu boleh tak tunjuk game, kalau EPL boleh tayang 3,4 game, ini satu game saje. Apa la salahnya bagi satu slot/game utk RTM, payah sgt bila bolasepak dimonopoli kapitalis

Anonymous said...

jawatankuasa media FAM yg diketuai Dato' Subahan mcm taiiiikk...cakap je banyak masa meeting. macam semuanya bagus.

sparrowking said...

since rtm is not the main broadcaster so the onus falls upon astro to show all the games..and most probably astro themselves do not want to share the exclusivity of the matches..so, why are you putting the blame on rtm?..is it because you're a regular on kafe sukan so it becomes your responsibility to defend astro?...astro supersport has 3 channels plus 1 on arena..and what are they showing..ice hockey, who the hell in Malaysia wants to watch ice hockey..maybe you should talk to those people at astro on the priority in malaysian sports..

firdaus.. said...

salam hormat,


Datuk Seri Utama Rais Yatim juga bos SKMM BUKAN BOS ASTRO SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG.

Astro adalah entiti swasta sepenuhnya, bkn satu syarikat yg diperbadankan Menteri Kewangan dan bkn juga berstatus GLC atau sub link Kem Penerangan atau SKMM atau mana2 agensi hatta media prima sekalipun..

SKMM hanya memantau salah laku penyiaran Astro dan bertindak atas laporan atau aduan dan itu pun hanya terhadap perkara2 yg bertentangan dgn boleh menjejaskan ketenteraman awam..SKMM tidak ada kuasa, hak atau locus utk mengarahkan Astro siarkan ini atau itu hatta melalui astro awani

jadi apa signifikannya Rais Yatim dipertuduh sbg tdk berminat dgn bolasepak tempatan dgn kegagalan kerjasama antara RTM dan Astro?

sparrowking said...

you shud have seen this coming when astro won the bid to the partner of malaysian football..takkan yg ni pn x nmpk..yg lain2 cekap benar terjahnya..

weir said...

LIKE. Betul tu bro, RTM: Rais Tak Minat.

helmi haron said...

astro bila nak wat hightlight liga malaysia sama seperti hightlight liga epl???setakat program masa tambahan tu cam x cukup aje..

Anonymous said...

minat dgn kenyataan saudara 'snowball effect'

Terus terang, aku tau @ tak minat pasal MSL 5 tahun kebelakang ni, sejak menang AFF aritu, aku benar2 mengikuti MSL. Mintak limpahkan lagi cerita pasal bola sepak Malaysia...!

Anonymous said...

melihat kepada fenomena ini,astro seperti tidak dapat memenuhi tuntutan kos hak siaran.Kalau rtm tak minat astro mesti ada plan b,nampak sekarang astro hanya bergantung kepada rtm saja.mana perancangan tip top 30 juta tu. MSL pun sama fikir soal wang saja,dalam soal ini kos hak siaran harus realistik

Anonymous said...

mana plan pemasaran astro yang power tu...bolehlah jual hak siaran liga M ke eropah,jepun atau korea. tak payah fikir soal tv percuma dalam negeri.

Anonymous said...

macam mana fam boleh pecaya dengan astro kalau masalah hak siaran dengan rtm pun tak boleh diselesaikan.

Anonymous said...

Rizal Hashim...

U telah kemukakan fakta2 dangkal berhubung perkara ni... kenapa libatkan DSU... mana fakta yg u katakan DSU tidak minat? seorang wartawan terbilang (kononnya) macam u ni sepatutnya ada fakta lengkap berkaitan sesuatu isu yg nak diketengahkan... jangan jadi wartawan yg pungut cerita2 sampah di tepi jalan...!

lagi satu... sejauh mana u tahu mengenai butir2 perbincangan antara astro & rtm mengenai hak siaran...? u ada ke fakta2nya...? 6 juta mungkin nothing bg rtm dan u perlu ingat... RM6 juta tu adalah wang rakyat... kalau dibayar RM6 juta pada astro... tapi astro masih tk boleh memenohi kehendak rakyat... maknanya ia satu pembaziran...

jangan bercakap sekadar hear say bro...

Soal x ada pembaca berita sukan dlm warta perdana... u x perlu masuk campur... sebab ianya adalah soal dasar dan pentadbiran rtm... ada sebab dan musababnya ianya ditiadakan... u jgn terpengaruh dengan kekecewaan sahabat2 u di meja sukan berita rtm... sebab isunya berpunca daripada mereka sendiri...

"Belajarlah untuk mengenang budi"

Anonymous said...

aku pun heran si rizal ni kata kerajaan/rtm nak sabo astro. kan kita mengamalkan dasar perniagaan terbuka,kalau rtm tak minat atau tak mahu beli atau mau harga murah,astro boleh jual kepada stesen lain.apa masalahnya,apakah rizal ni penulis 'upahan'?

Anonymous said...

Skrg dilihat FAM yang tersepit dan disepit oleh MSL yang bijak pandai menguruskan hal-hal hak penyiaran bolasepak ni. Kat Malaya ni kalau sesuatu hak tu dimiliki oleh 'A' Broadcaster tak kan 'B' Broadcaster nak mencelah. Gitulah keadaannya dgn masaelah penyiaran bola sepak di negara 1Malaysia ni. Ese stoju bonar Media Perimas lobih pontingkan Cerekarama atau Mentor dan yang sewaktu dengannya sobab lagi banyak MASYUKKKKK. RTM = RAIS TAK MINAT/RAIS TAK MAU/ROSMAH TAK MASYUK adalah hak mereka-mereka di atas bukit nun. Elok gak la Sukan Terbaik Hanya Di RTM tu digantung kek pintu gorbang Angkaspuri tu buek perhiasan kerana dah jadi sejarah dah. Ese nengok ASTRO sekadar buek Live Selasa / Jumat pas2 kira cukup dah tugasnyo. Ari Sabtu pandai-pandai eko la nak poie stadium atau dak. Pokok pangkalnya FAM untuk pusingan pertama ni Ese raso macam 'tipah ditipu'.

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

Aku heran kenapa Astro tak nak jual Hak siaran kat Media prima. Kalau dah susah sangat tak boleh jual kat RTM kenapa perlu kutuk2 RTM dan buat tuduhan serta fitnah kat RTM siap bermacam2 versi oleh org2 yg sdg makan gaji dgn Astro.

(Pssst...Agaknya katakanlah org2 yg sdg makan gaji kat Astro sekarang ni sdg bekerja dengan RTM, dah tentu diaorg pulak yang kutuk Astro kut).

Aku dulu pernah tengok diaorg ni RTM suka panggil utk rancangan2 sukan kat tv1. Baik jer komen diaorg kat blog @ penulisan kat paper diaorg keje dulu. tapi sekarang, bila dah keje kat tpt swasta, bule ludah kat tpt yg pernah diaorg cari rezeki suatu ketika dulu utk diaorg hidup...hai dunia... dunia...dah akhir zaman ek...kesian...kesian...

rizal hashim said...

Anon 11.55am,

RTM adalah TV nasional. Jadi antara tugas dan agenda RTM menyatukan rakyat. Satu cara menerusi sukan. Sukan terbaik bola sepak. Ini dibuktikan menerusi kejayaan Piala Suzuki AFF.

Dulu hak siaran terrestial Piala Dunia RTM bayar lebih RM20 juta kepada pemegang hak komersilnya Esprit untuk berapa perlawanan?

Sekarang tak boleh bantu agenda bola sepak negara?

Kenapa saya tulis pasal RTM dan bukan Media Prima?

Media Prima stesen swasta yang ada dasar sendiri. RTM pulak dah berapa tahun tunjuk liga tempatan, tiba-tiba tidak ada. Program sukan lain pun tidak ada atau semakin berkurangan.


Sekarang ini, kalaulah Esprit atau Anonymous TV Sdn Bhd pegang hak komersil Liga M, Kementerian penerangan nak bayar ke tidak?

RM6 juta tu, diberi kepada Astro, Astro beri balik kepada FAM yang beri balik kepada persatuan dan ahli gabungan.

Kalau Dunhill pemegang hak siaran, adakah RTM bayar?

Soalnya sekarang, Kementerian berminat atau tidak?

RM6 juta duit rakyat, RM20 juta hak siaran Piala Dunia duit siapa?

Menteri adalah individu paling berkuasa di satu-satu kementerian. Pelaksana dasarnya pula KSU.

Daripada bubuh komen anonymous dalam blog ini, baik tolong KSU jawab rintihan penonton yang menanti siaran langsung, program bual bicara mengenai bola sepak dan program sukan.

rizal hashim said...

Anonymous 12.59am,

Betul saya keluar di RTM. Masa keluar itu saya ada menulis dan memberi cadangan mengenai penambah baikan RTM. Di sini saya tidak kutuk RTM, saya bertanya apa sudah jadi kepada Kementerian Penerangan dalam rundingan dengan Astro?

Cuba baca balik arkib blog ini mengenai saya dan RTM. Inilah masalahnya, sekadar nak bantai tanpa tahu sejarah dan apa yang pernah saya tulis dahulu.

Kalau diberi kepada Media Prima tidak ada hal, tapi RTM TV nasional. Itu masalahnya.

rizal hashim said...

Sparrowking, kindly read my suggestions to improve TV coverage over Astro and RTM in the archive section. Whether or not I'm on TV is immaterial. I'm merely expressing people's dismay that there's no coverage of local football over the national TV.

Anonymous said...

ini masalah kat Malaysia - bila orang politik yang berkuasa, habis semua sukan jadi mangsa. kalau RTM pun tak kisah pasal bola, siapa lagi yang boleh bantu kejayaan bolasepak kita? eloklah tu dari pemimpin, persatuan dan RTM semuanya 2x5, majulah sukan untuk negara !

Anonymous said...

en. rizal bekas pemberita yang menulis berdasarkan fakta,sebagai seorang pemberita yang dihormati,tentu keutamaan kepada kebenaran.jangan kutip maklumat dari kumpulan SAMpah. Kebenarannya adalah hak siaran piala dunia 2010 hanya RM 12 juta bukan 20 juta. beginikah penulisan seorang pemberita yang kononnya berwibawa dan berugama islam tetapi memutar belit fakta. kalau tak pasti jangan tulis.

Anonymous said...

tahukah anda apa yang rtm dapat ketika bayar 6 juta kepada fam dan apa yang rtm dapat bila bayar 6 juta kepada astro?
dapatkan maklumat dulu dari astro apa yang dia bagi kepada rtm.


' seronok jadi pencacai dan penulis upahan '

Anonymous said...

Aku setuju bebenor dgn komen Anonymous pada February 16, 2011 11:55 AM. Aku rasa cukup bernas dan ada logiknya di situ.

Aku mula terpikir, kalau RTM bayor 6juta tu, diaorg dpt ke apa yg diaorg dpt hak sepenuhnya mcm sebelum ni? Hem, menarik. Pastinya RTM hanya dpt hak siaran je, tak dpt hak2 lain kut. Kalau aku ada bisnes aku sure nak untung gak bro, mcm Astro, dah tak kira apapun sama ada duit rakyat ke tak. Tapi kalau dah guna duit rakyat mcm RTM siar World Cup dulu tu memang berbaloi sbb ia hanya 4 tahun sekali dan ia sebagai rujukan profesional kepada pemain dan sapa saja yg terlibat dlm bola tempatan ni utk belajar.

Sekarang ni, aku rasa yang patut dipersoalkan adalah PIHAK YANG MENJUAL HAK SIARAN BOLA TEMPATAN tu sebenarnya. Kenapa tak jual mcm musim2 sebelum ni? RTM dan Astro masing2 dpt hak siaran. Senang aku tgk TV yg takdak Astro ni. Nape nak buat untung cepat ke, pihak yg jual hak siaran liga tempatan ni yg kononnya nak naikkan mutu bola sepak tempatan selain drp nak galakkan rakyat punya semangat sukan?

Anonymous said...

Cube Astro jual kat Media prima instead of RTM. Walaupun media prima tu swasta tapi diaorg juga salurkan utk kepentingan rakyat dan bantu naikkan bola sepak tempatan mcm pernah berlaku tahun 80-an. TV3 ambik hak siaran dan Zainal Rawop jadi pengulas nyer kan? TV nasional banyak agenda nasional yg perlu ditangani, nk bwk pelajar bwk balik dr mesir ke m'sia la, nk pikir cari duit utk tambahkan ekonomi negara yg sekarang ni tgh merosot la. cuba saudara fikirkan ke arah tu. jgn jumud dengan hanya bola sepak jer satu agenda nasional yg serius kena pikir, byk benda lain yg sebenarnya kena pikir utk bangunkan negara kita ni. jadi swasta sepatutnya bantu kerajaan, jgn hanya kerajaan asyik nak bantu swasta jer.

Anonymous said...

kalau diberi kepada media prima pun rakyat juga dapat kerana siaran percuma. masalahnya mungkin media prima tak mahu kerana tak untung. astro juga syarikat mencari keuntungan, kalau rasa perit nak dapat untung atau nak cover kos jangan 'kemut' orang lain.

Anonymous said...

jadi jurucakap peminat bola atau jurucakap astro?

Anonymous said...

Rizal Hashim...

Kekangannya adalah daripada ASTRO... Betul... RTM bayar RM20 juta untuk piala dunia... tapi rakyat dapat haknya, meskipun untuk beberapa perlawanan (sekali lg kerana kekangan pemegang hak siaran)..

Liga M Astro pemegang hak siaran... ALL RIGHT... yg bermakna kesemua di bawah kuasanya... sekali lg ditegaskan... kalau RTM bayar RM6 juta sekali pun... tapi rakyat tak dapat hak sepenohnya... apa guna...?

"Media Prima stesen swasta yang ada dasar sendiri." (apa... u ingat RTM tak ada dasar?}

"Program sukan lain pun tidak ada atau semakin berkurangan." (bila u tengok rancangan sukan di RTM? Jangan buat fitnah, RTM ada perancangan tersendiri... tak kan nk beritahu u... tunggu & lihat saja...)

"Soalnya sekarang, Kementerian berminat atau tidak?"... (soalnya Astro nak bagi ke tidak...? siapa yang spoil the market...?)

Tak kan u tak faham... kalau perundingan demi perundingan diadakan, maknanya apa...? soalnya sekarang dlm perundingan ada terma & syaratnya... ada permintaan & penawaran... sekarang ni... Astro setuju ke dgn permintaan daripada RTM... sekali lg ditegaskan RM6 juta adalah duit rakyat yg akan dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk perkhidmatan... Betul... tugas dan agenda RTM kerajaan adalah menyatukan rakyat... dan inilah caranya RTM berkhidmat kepada rakyat... bukan ambil RM6 juta tu diberi balik kepada FAM... konsep RTM adalah dari Rakyat untuk Rakyat...! U sendiri kata RTM TV Nasional... jadi RTM ada agenda Nasionalnya...!

Jangan libatkan DSU & KSU dlm soal ni... BAHAYA!!!

Anonymous said...

sebagai seorang penulis blog pandangan anda amatlah diperlukan.
cuma fakta biar betul..

Anonymous said...

Kalau Astro bayar RM30 juta utk hak penyiaran, maknanya Astro ialah entiti perniagaan yg paling bodoh didunia. Ataupun ada org yg tak faham perbezaan diantara siaran langsung di Astro Arena, penajaan RM30 juta dengan Astro dan juga hak penyiaran. Saya rasa semua tu adalah arrangement yang berbeza.

Sy diberi penerangan oleh kengkawan bahawasanya utk melakukan siaran langsung, setiap stesen memerlukan team production yg besar dan yg paling penting ialah OB truck (umpama studio mudah alih). Di Malaysia cuma ada lebih kurang 6 buah OB truck dikalangan semua stesen tv. Astro ada 1 jer. Kalau semua buat bola, bila masa OB truck nak buat Raja Lawak, AF, Mentor, Jom Heboh utk makcik2, Citrawarna utk Rosmah, pilihanraya kecil utk Najib, Festival Filem Malaysia utk Fasha Sandha? Acara ni semua lbh penting drpd Liga Super. Kalau takde semua tu, rakyat Malaysia akan tak duduk rumah dan mewujudkan masalah sosial di luar rumah. Kita kalau blh nak anak bini duduk rumah leka tengok Raja Lawa Live kat tv supaya kita blh pergi stadium tengok bola dengan aman.

Di eropah mereka mempunyai OB truck yg banyak. Walaupun kos tinggi utk setiap siaran langsung, hak siaran langsung blh dijual ke luar negara mcm ke Malaysia, Mongolia (tiada kena mengena dgn yg hidup mahupun yg mati), Zimbabwe, Singapura dll. Dgn penjualan hak penyiaran ni, dpt lah balik modal buat sewa OB truck dan buat untung sikit. Agaknya ada tak org kat Mongolia nak tengok Liga Super? Kalau ada, blh suruh Astro jual kat sana. Bila dpt untung, blh beli OB truck banyak2 dan blh buat Live kat semua venue. Bila ditanya berapa harga sebijik OB truck? Tak mahal....RM1,000 sekilo.

Dulu hingga kini Astro saya rasa konsisten buat live Super League 2 kali seminggu. Nak harapkan RTM??? Asyik siaran tertunda jer. Live Citrawarna lbh penting. Sebelum ada ada Arena lagi teruk. Belum tentu sebulan sekali ada Live. Apasal dulu kita tak komplen?

Kita pun tak guna dan hipokrit. Dulu masa takde siapa pun komplen pasal Live 2 bulan sekali. Bila dah menang SEA games dan AFF Cup tetiba ramai pulak yg mengaku true blue die hard fans. Mana kita pergi dulu? Kalau dulu mengutuk, sekarang mengampu.

Bukan Nama Sebenar

simple said...

Majulah Sukan Untuk Negara!

Semua pihak kena support hal-hal sukan ni!

Jangan sampai malaysian sport loose everything.

kami sayang sukan Malaysia

http://simple-mzs.blogspot.com/

Anonymous said...

kalau beri kepada media prima tak ada hal kata rizal,kenapa tak beri kpd media prima,tv3 kan pernah siar liga m 1987 hingga 1997.yang penting rakyat dapat tengok sama ada tv swasta atau state tv

Anonymous said...

ada tv berbayar dimalaysia bayar hak siaran liga m 30 juta setahun x 4 tahun = 120 juta

100 juta untuk promosi

semuanya 220 juta

Anonymous said...

orang tua cakap:
bodoh tidak boleh diajari:cerdik nggak boleh ditumpangi

Anonymous said...

pembelian hak siaran liga m oleh stesen berbayar di malaysia hanya untuk dijual kepada rtm sahaja?

TUAN SPEAKER ZAHIR said...

komen panjang2 pun tak guna..tembak pun tak kena..

soalnya kenapa sekarang tak ada?sampaikan berita sukan pun tak ada..berita sukan tu untuk semua jenis sukan..bukan untuk bola je..

kenapa RTM perlu bayar 6 juta untuk bola?cuba ubah perkataan bola tu kepada kabadi, pingpong, netball, boling padang..rasanya yang akan bantai RTM anon2 ni jugak..haha

apa yang bahayanya kritik Rais?adusssss!

Anonymous said...

bro rizal, credibility penulisan anda harus dipersoalkan. tidak ada fakta rasmi dikeluarkan oleh pihak RTM mahupun Astro sehingga setakat ini, dan kenyataan2 anda dalam artikel adalah bersifat spekulatif tidak disokong fakta2 tepat dalam rasmi oleh kedua dua pihak berunding.

well, blogger is a blogger. tapi jangan sampai melibat orang lain, ni ape hal pulak tetiba Rais Yatim dapat nama nih? ape kaitan dia secara langsung dengan perkara nih? tak paham. bukan kah lebih relevan kalau kita tanya shaberi chik? sekadar bertanya kan? so moral of the story, sediakan fakta2 rasmi dan tepat dulu sebelum kita condemn orang lain, baru orang lain tak boleh argue.

some more, ape hal pulak pasal takde live kat tv, semua nak pressure? bukan ke tiap2 negeri tuh ade stadium? tak reti2 beratur beli tiket, pastu tgk la live puas2,. bro rizal, seminggu berapa kali turun stadium tgk bola?

hehehe, just my 2 cent.

Anonymous said...

saya rasa rais yatim bukan orang sukan

lagipun masa sukan sea 2009 rtm tak tunjuk siaran langsung. alasan, kena bayar yuran penyairan sbanyak usd 1 juta

saya rasa management rtm kena buat sesuatu. tak perlulah ikut telunjuk KEMPEN semata-mata.

Anonymous said...

RTM = Rais Tak Minat/Rosmah Tak Masyuk..wahaha, aku peminat liga tempatan dari kecik lagi, dan aku masih tgk RTM sebab bola..lepas ni takde bola, takkan aku jejak siaran RTM..satu Malaysia tau Rais tak minat sukan..tapi sebagai menteri..ambik la tau sikit..

Anonymous said...

bro rizal,
terima kasih atas tulisan ini..sekurangnya ada wartawan sukan yang berani..tgk2 komen yang defend Rais tu, nampak memang sama ada orang RTM or orang UMNO..sedarla sikit, anak2 anda pun tak sanggup tgk RTM..hahaha

Anonymous said...

rizal kata....astro sanggup keluar duit macam dunhill dulu.....

kalau begitu apa sangatlah 6 juta tu,celah gigi jer...

Anonymous said...

bro. industri penyiaran kita kecil saja.patutnya badan penyiaran bersatu dan sekata dalam perbincangan hak siaran,jangan ada yang cuba merosakan pasaran dengan tawaran yang tidak realistik,lain lah kalau ada cita cita atau angan angan untuk menjual hak siaran ini keluar negara.

CHE BOB said...

Siapa dapat hak siaran bagi aku sama saja. Ada aku tengok,, tak der aku diam. Tak kira dari RTM Media or Astro. Kekadang ada live pun tak tengok pun,... sebab kekadang live team entah apa2 entah lawan...stadium pun tak penuh time live tue.....
Nama pun 'peniagaan' mestilah nak untung.sapa berniaga nak rugi.
Tengah panas dgn kemenangan Piala AFF, so ....isu2 sebegini pun timbul la. Ini lah penangan bolasepak....bak kata Nazmi Raja Lawak 5....DASYATTTTTTT.....

Anonymous said...

Kalau rtm tak minat,stesen mana yang minat? semua stesen tak minat liga m kot?

Anonymous said...

bro. rizal, ada stastik tak berapa ramai menonton live liga m sama ada di astro atau rtm, kalau sekadar tujuh ratus ribu atau lapan ratus ribu orang, tak berbaloi beli hak siaran puluh puluh juta dari fam.

Encik Peluang said...

ramai anonymous mempertikaikan tulisan yang dibuat oleh ahmad rizal...tp ramai plak anonymous yang mengetahui fakta tp menyembungikannya....

Anonymous said...

walau pun kita tahu RTM ( rizal tak mengampu) tapi kalau tembak kena ada fakta dan story betul. kita takut nanti dituduh RTM ( rizal tukang mengampu ) belah sana..... kan dia kerja sana. manalah tahu ada kepentingan.

Anonymous said...

sedara, bagus jugak buat topik panas ni sbb ada rakyat diluar sana tak tahu perkara sebenar. Dan sekarang dah nampak RTM tak bersalah dan statement makan duit haram tu adalah satu fitnah dari segi islam. harap sedara berhati2 kalau nak lontarkan sesuatu kenyataan tanpa fakta rasmi oleh RTM mahupun Astro. Anda kena jalankan tanggungjawab dgn amanah bukan laga2kan org. Cuma pihak yg jual hak siaran tu yg kena hentam sepatutnya. Jgn berat sebelah kalau sedara nak komen sesuatu isu tu, selidik dahulu. Dan adakah sedara salah sorang committee dlm jual beli hak siaran Astro dgn stesen TV? Kalau tidak anda sememangnya tidak tahu apa perkara sebenarnya yg berlaku.

Dan aku baru nak syok bangga pasukan kebangsaan mula menampakkan prestasi dan soal siaran langsung di stesen tv nasional siar atau tidak tak timbul satu masalah besar sbb aku terbaca kat paper Astro katanya ada plan pemasaran strategik hebat giler dan boleh bantu kayakan FAM. Jadi, Astro patut fikir plan lain kalau RTM tak mahu nak beli sbb hak siarannya kalau dapat pun takkan sama seperti dulu. Bodoh2 aku pun, aku faham hal jual beli ni sbb aku seorg businessman. Wlpun aku tak tgk sgt liga tempatan ni sbb busy dgn business.Tapi aku sokong utk kita semua pihak patut fikirkan alternatif lain yg boleh bantu naikkan mutu sukan bola sepak kebangsaan. bukan hentam menghentam. mcm budak2. bersikap rasional la sikit.

'majulah sukan untuk negara'

Anonymous said...

bangga dengan komitmen rtm terhadap bolasepak tempatan dan antarabangsa
selama ini dengan penyiaran AFF dan AFC, malah saya lihat bro.rizal salah seorang tetamu live piala afc dulu.saya rasa tentu ada yang tak kena dalam perundingan hak siaran antara astro/rtm,bukan soal sapa nak sabo siapa,itu hanya andaian bro..
Boleh tolong siasat...dengan fakta tau.

Anonymous said...

"Di sini saya tidak kutuk RTM, saya bertanya apa sudah jadi kepada Kementerian Penerangan dalam rundingan dengan Astro?"

Rizal Hashim,

U persoalkan rundingan Kementerian Penerangan dalam rundingan dengan Astro... dgn secara tak langsung u kutuk RTM... RTM adalah agensi di bawah KPKK.

Mana u tahu Kementerian yang buat rundingan...? siapa yang beritahu u soal2 dalaman RTM dan Kementerian...? Oh... lupa... ramai kawan2 baik U di RTM...!

Anonymous said...

ak baca komen dr ats smp bwh. hanya org2 yg slalu tonton/ikuti MSL dari dulu akan terasa sgt kesan hak penyiaran oleh astro. kami sokong MSL dari epl dan MSL meriah dengan adanya penyokong yang ramai. sebab tu RTM sudah sebati dengan diri kami kecuali mereka2 yang "hangat2 tahi ayam" sokong bola sepak malaysia. menang sokong, kalah xsokong.

Sepatutnya ketika aura kemenangan malaysia ms AFF suzuki masih ada, pihak media harus memainkan peranan dengan lebih aktif, bukannya "mematikan" kemeriahan bola sepak kita.

NO EPL, YES MSL
ULTRAS MALAYA & TRW

mdfaizal said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Fuhh cayo lah, RAIS TAK MINAT / ROSMAH TAK MASYUK ada beribu-ribu komens..tapi Pok Cik heran kat budak ANON FEB16 10:02PM sobut nama Shaberi Chik..tak de kena mengena langsung sobab, KEMPEN tu ofis lama dio dan kini dipogang geng lamo dio (masa SEGAMAT 46 dolu) dan diapun bih kurang samo sobab ingat tak masa jadi monteri penerangan dolu ada ka saluran 1 tu nak jadi macam CNN berita-talk show-news-bual bicara. Hampir-hampir gak sukan kat RTM tu berkubor. Dia sure tak komen kalau Presiden FAM atau Timbalan Presiden bersuara baru dia akan sambung. Ni kito....masyarakat marhaien yang tak do kepontingan untuk dio.

Anonymous1245 said...

ASTRO lebih minat tunjuk hoki ais NHL, WWE (The Rock dah balik), American Football...

Anonymous said...

saya rasa rtm kena bantu agenda sukan negara,bukan agenda bola negara,sukan lain pun mahu coverage juga.sukan wahana perpaduan,bukan bola saja.heran kenapa rizal tak bising malah tak peduli sukan lain.kalau bola tak ada live dia kutuk maksimun.

Anonymous said...

bro...rizal, rtm tidak membunuh sukan sebagaimana yang bro dakwa untuk peringatan bro,awal tahun ini saja rtm telah menyiarkan piala afc yang bro sendiri menjadi salah seorang tetamu,badminton terbuka malaysia yang mana chong wei jadi juara,rtm juga siar lumba basikal bertaraf hors le tour de langkawi.mungkin bro tak menonton tv1 atau bro sendiri sarat dengan prasangka.


junjung etika kewartawanan,tulis berdasarkan fakta bukan auta.

Anonymous said...

dulu tv3 pun macam ni jugak...merajuk sampai 1 berita bola tempatan pun tak ada

Anonymous said...

lanskap bolasepak negara berubah sejak menjuarai piala aff.sebelum ni kutuk bagai nak rak,termasuk si rizal ni sendiri,sekarang semua nak tumpang semangkuk.
baru nak cakap agenda bolalah,agenda nasionallah.

mdfaizal said...

Sebut psl siaran bola ni, aku harap2 Astro Arena, buat la siaran mcm Liga Hoki Malaysia.

Utk MHL, lepas siaran live, ada perlawanan lain secara tertunda. Liga Super takde pun cmni?

BolasepakHakRTM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Liga Super Indonesia, ada live di TV ke,tak ada live di TV ke, stadium tetap penuh. Liga Malaysia penuh dengan kerusi kosong.

Anonymous said...

Agenda bola nasional harus diisi dengan budaya datang menyokong dan menonton liga tempatan di stadium.budaya ini harus dimulai dengan rizal sendiri datang ke stadium dan jangan harapkan 'tiket free'saja.

Anonymous said...

semua pandangan nampaknya menjurus kearah bolasepak saja,seolah olah kalau tiada live bolasepak diTV,maka tiadalah agenda bola,agenda sukan. Bukankah ada banyak sukan lain yang boleh mengangkat citra negara seperti hoki yang ranking dunia negara jauh lebih tinggi berbanding bolasepak malah pernah main di piala dunia,olimpik dan yang terbaru final sukan asia. Squash dan bowling kita power house. Takraw juga boleh diketengahkan kerana acara sukan asia dan khalayak ingin tahu perubahan baru sukan tersebut.Badminton jangan cerita lah itu memang sukan blue chip. Rizal harus berdiri dan membela sukan ini agar sentiasa segar di TV nasional.

Anonymous said...

sapa tgk RTM? apa nilai RTM tanpa bola? hahaha..kalau berita tu, aku tgk berita sukan je..sebab berite lain memang takleh caya..haha..

Emoon Zulhilmi said...

komen hebat,tapi anon!
kah kah kah..
lu orang tak berani nak hadapi kebenaran ke beb?
Gua perhati ayat lu orang semua baik beb..Tapi sayang,keyboard warrior je!
Bukan tak boleh guna anon,tapi sebab ayat-ayat lu orang dah mengalahkan pak menteri..Hendak juga kenali lu orang ni atau tengok2 blog lu orang..Mana tahu dapat info yang lu orang sangkut paut kapitalis atau kaum kerabat sesiapa ke..

Yang meluahkan perasaan sebab tak mampu langgan astro @ tengok bola ni ramai dari rakyat marhaen beb!!

Hairan juga ada unsur backup-membackup dalam isu ni.

PEACE!

Anonymous said...

bro rizal,

ramai anonymous yang tulis dalam posting ni sebenarnya 'pencacai' raid.

diorang suruh rizal bagi fakta, konon rizal tak tahu apa yang berlaku dalam meeting. diorang pun sama, dua kali lima. diorang pun ikut dan dengar cakap bos diorang yang dalam meeting penakut, luar pukul canang kononnya berjuang. piirah!

rtm ini, dan orang-orang dia, sebenarnya marah sebab kalau dioarang buat live, diorang masyuk banyak. betul tak Mr K? kuih engkau yang asyik beli lepas satu-satu assignment tu, bukan nak tutup mulut orang sebab kau dah masyyuk?

orang rtm ini berlagak konon diorang lah yang betul, cerita nak jaga hak rakyat.

kalau betul nak jaga duit rakyat, apasal gi assignment naik business class? kalau menteri besar pulau pinang boleh naib kelas ekonomi, apasal penerbit dan tukang cacai dia mesti naik business class? itu bukan buang duit rakyat ke?

sebenarnya, aku duduk dalam rtm ini, aku tau la. diorang marah sangat sebab dulu, diorang ada kuasa, boleh pilih mana perlawanan yang nak disiarkan. la ni, sebab beli dari astro, astro pilih dulu, diorang pilih kemudian. itu aje puncanya.

kononnya nak memperjuangkan bola, padahal asyik nak perjuangkan duit masyuk jer. kalau tak, takkanlah aku tengok, orang OB astro boleh masuk stadium hari perlawanan, dalam tiga empat jam dan siap pasang kabel semua.

orang rtm? game hari sabtu, masuk stadium hari khamis. buat keje petang khamis, sambung jumaat satu hari sampai petang. sebab apa? overtime la bro!!!

jangan mengata dulang paku serpih! aku sedar. sebab kita duduk dalam bangunan kaca, tak boleh kita nak baling batu....wake up brothers!

Anonymous1245 said...

tapi aku as a product of the 80's and 90's, aku dah meluat nak pi stadium..dulu sanggup bergolok bergadai nak pergi stadium..pukul 2 ptg dh start naik motor nak pergi stadium nak tgk pemain pujaan hatiku bermain..last2 hampeh, semua kena angkut sebab amek rasuah..luluh hati ni bila tau yg aku kena tipu dgn pemain2 yg tak dok maruah ni...terus rasa penat dan jauh sgt nak pergi ke stadium..aku amek keputusan utk tidak akan ke stadium lagi dan Alhamdulillah setakat ini aku dah tak ke stadium...begitu juga dengan beberapa rakan2 hardcore bola dulu...

Cuba tgk golongan mana yg pergi ke stadium sekarang..semua generasi yg selepas zaman rasuah..yg hardcore dulu mungkin ada lagi yg pergi stadium tapi bilangannya mungkin dh banyak kurang..geng otai dh malas nak layan bola, semua dh arranged by tokey2 rasuah..

well rizal hashim..actually tak ramai pun yg pergi ke stadium..tak ada pun snowball effect dari kemenangan AFF cup itu hari..it's just a one-off moment saja..tengok saja game kelantan vs t-team..sepatutnya boleh full-house, apa jadi, nobody cares about malaysian football lah..

α.φ.a.k. said...

aku personally ada love and hate feeling dgn astro dan jugak rtm ni.

aku sendiri rasa dosa kesalahan terbesar jatuh pd bahu kita sbg fan bola tempatan, kau, aku, kita semua. kalau kita dah tegar dan mmg jadi makanan setiap game pegi tgk bola kt stadium, FAM, pasukan2 kesayangan kita masing2 tak terkejar2 sgt dgn sponsorship kapitalis macam yg astro bagi.

kalau untung jual tiket mencanak, merchandise ori terjual sampai sold out, ada pulak loyal fan yg insist nak beli tiket satu season (kalau ada) dan bila susah senang, capek dan kolotnya bola kita, kita pegi jugak stadium, aku rasa tak terliur sgt dgn kabur mata dek RM yg astro bagi.

kita ni byk jugak yg poser fana kt bola Malaysia ni sejak rimau2 kita mng sukan sea dgn aff je, sebelum ni bola melingkup, haram tak amik port, kaler jersi team local masing2 pun ada yg tak tau, inikan pulak nak concern letak bintang atas logo pasukan tanda mng tournament. gasak la ye tak?

tapi kita boleh pulak menggelupur pegi tgk BPL kt mamak kot tak pun bersengkang mata terkangkang dpn tv kt rumah ngadap astro utk setiap game UCL bila timenya, sanggup rabak mata tgk bola, amik mc, lambat dtg keje, sedangkan kita tak ramai pun yg nak ke stadium sokong team tempatan masing2 bila game dia main kt belakang rumah sendiri.

pd aku tak layak jugak aku rasa nak salahkan astro sesedap rasa, pasal dasar kapitalis mmg macam ni. tapi kapitalis astro adalah kapitalis unggul dan lansung tak tercabar dalam kelasnya hingga hari ni. manakan tidak, selain pandai cari lubang peluang dan ruang, tawaran astro mmg tak terkalah dgn wang picisan rtm. kalau rm 6 juta vs rm 220 juta, agaknya kita pilih mana ye?

rtm jugak macam luci kata lansung takde hak dan daya upaya, jelasnya tak kompeten utk bid hak penyiaran, kalau mampu pun, rasanya kena bid dgn rege lebih rm6 juta, dan resmi Malaysia ni yg politiknya dalam segala benda dan bernafas dgn udara politik sepanjang tahun, karang ada pulak kutu mengaruk kata membazir pakai duit rakyat nk bid siaran eksklusif. tok menteri kita pun bukan kaki bola, itu sudah pasti.

kesimpulannya, sampai masanya kita sbg fan usahakan diri ke stadium ramai2, sampai satu tahap, kita mampu dabik dada depan astro dgn rtm, bola kita mampu meriah, fan kita meriah, dan scene bola tempatan meriah walaupun usaha astro menongkat FAM dgn rm220 juta dan rtm tak mampu bid dgn duit yg sama. hal org berniaga ni kalau kita yg membeli, mmg kena pakai law supply and demand jugak, baru diorg bukak mata.

astro perlu terus kena ada, pasal diorg sekarang ni diorg je lah nadi sukan Malaysia, yang pam balik darah roh bola malaysia dgn rm220 juta, tapi rtm Tetap Unggul pasal diorg lah yg tiupkan roh bola tu masuk dalam badan Malaysia. dua2 sama penting, walaupun satu free, satu berbayar, walaupun satu business oriented, satu lagi community service oriented. pelik jugak walaupun admin sokernet bekerja xde gaji dan community service oriented, tapi boleh deliver entry yg pawe2. ini satu yg rtm kena belajar. ;)

bab rizal hashim, itu opinion dia, dan kita ada hak utk bagitau hak kita masing. terbaik luci, angle view kau bab ni mmg berbaloi di salute.

aku setuju sgt bab ni "kalau RTM tidak mahu kenapa tidak kurangkan sedikit harga itu kalau betul Astro dan Rizal Hashim serius mahu majukan bolasepak Malaysia? Atau kenapa tidak cuba jual kepada Media Prima?"

tapi kalau nak kira kapitalis, Media Prima ni mmg kaki sapu dan makan semua channel yg ada, menghapuskan pesaing secara sistematik dan lick. bertahun2 pun astro tak buleh beat rating channel media prima. bapak segala kapitalis sebenarnya diorg ni, heheh..

Anonymous1245 said...

Yg marah anonymous dkt anonymous 6.03pm pn anonymous jga...hahahaha..rageeeeeeeeeeeeee...tp dia pn anonymous

Anonymous said...

Anonymous adalah nama sebenar saya.

Anonymous

Anonymous said...

orang rtm tak payah fikir soal ot,tak buat coverage pun tak apa. Boleh join astro,6 bulan pun tak apa. Itu pun kalau astro nak..... lepas tu balik rtm.... ha ha ha

Anonymous said...

product rtm memang tak ada kualiti,fikir ot,terbang business class,kerja nampak pagi jab..lepas tu hilang.Kalau kerja tempat lain memang tak lama,paling lama enam bulan kot.lepas tu out you go lah.sebab tak boleh perform.

Anonymous said...

ala biar la..apa nak kecoh?. banyak kecoh btul la!!!..

Anonymous said...

Ramai pelanggan yakin ASTRO akan membawa nafas baru nak tayangkan perlawanan liga super secara langsung lebih banyak/berserta ulasan hujung minggu..(SEPERTI MANA BERSUNGGUH-SUNGGUHNYA MEREKA TAYANGKAN BOLA SEPAK INGGERIS)..rupanya ASTRO pun harapkan RTM..

OK..Rais Tak Minat....kami pelanggan siaran berbayar ASTRO..nak tgk pula ASTRO minat ke x?..

Wartawan/pengulas sukan di Astro jangan jadi 'Dungu'..andala sepatutnya menaikkan sukan bola sepak tempatan..ni anda pulak hendak tunding jari..

cadang la kepada Bos-bos anda..apala!!..

Kami tidak peduli astro taja liga super ke tidak..

Malaysia juara piala AFF pun bukan atas bantuan Astro..

KAMI SEBAGAI PEMBAYAR / PELANGGAN..kami hendak siaran langsung liga super..dari ASTRO!!..

maka..hendak tuduh RTM..penghasut harus fikir dua kali..

Anonymous said...

kalau rtm tak minat dan media prima belum pasti, astro boleh jual ke Thailand 6 juta so orang utara boleh tonton,astro juga boleh jual 6 juta pada brunei,orang sabah sarawak boleh tengok dan 6 juta dijual pada singapura jadi orang johor dan selatan boleh tumpang sekaki,mungkin juga astro boleh bincang dengan filipina untuk jual sebanyak 6 juta lagi. keseluruhannya astro boleh collect 24 juta.....

Anonymous said...

salam...aku rs astro patut siarkan lah tiap2 mgu ari sabtu dan juga ari2 yg LAIN....sebabnya kami pelanggan astro berhak menonton semua tu sebab kami byr tiap2 bulan....RTM dan seangkatanya ppun patut supportlah utk siaran lansung x kira lah berbayar atau tidak sebab kalau berbayar pun kerajaan akan guna duit rakyat juga,,,jadi rakyat berhak utk menonton secara LIVE...bagi aku kalau ada siar live liga M @ piala FA malaysia waktu sama dgn EPL aku tetap pilih liga tempatan....lagipun x perlulah nk di anak tirikan siaran LIVE sebabnya dimanakah slogan yg selalu di canang2kan kita 1 bangsa 1 negara 1 malaysia, negara yang berintergriti di mana semua tu pergi jgn cakap x supa bikin kesianlah rakyat2 yg tgl di pendalaman kg yg hdp ssh mana drg nk dapat nk langgan astro fikir2 kan lah tu sama...

Anonymous said...

FAM tidak harus menjual all rights kepada stesen berbayar,kerana kepentingan rakyat untuk mendapat kemudahan siaran TV percuma perlu dijaga,lainlah kalau stesen itu mempunyai 2 khidmat iaitu berbayar dan percuma ( free to air ).perkara ini pernah berlaku di india apabila persatuan kriket memberi hak siaran kepada stesen berbayar sahaja dan persatuan itu disaman oleh rakyat dan kesudahannya rakyat menang kes tersebut atas alasan kepentingan rakyat yang perlu kepada siaran TV percuma.

Triplei said...

bro anonymous:
kenapa x letak nama ko sndri, takut ke? or login pki google account ko?
kenapa bro rizal x leh tegur menteri?ko umno kan? patut la....