Sunday, February 20, 2011

Harap ada "Ong"

Aku berharap pasukan pra-Olimpik kita ada "ong"...namanya jurulatihnya pun Ong Kim Swee.

Sejak Soh Chin Aun dan rakan-rakan di bawah bimbingan Karl Weigang mencatat sejarah menewaskan Korea Selatan pada final pra-Olimpik 1980, Malaysia menempuh tujuh pusingan kelayakan. Daripada generasi skuad Harimau, Barcelona Babes, anak buah Claude Le Roy, Hatem Souissi, Allan Harris hingga ke era B. Sathianathan - semuanya kecundang di peringkat awal. Lima daripada tujuh misi itu aku cover, termasuk era Le Roy, Hatem dan Harris dengan cukup intim.


Weigang (kiri) berjaya pada 1980 tetapi Harris (kanan) melihat anak buahnya tewas kepada Iran, China dan Korea Selatan pada pra-Olimpik 2004.

Undian biasanya tidak memihak kepada kita.

Format kali ini berbeza. Negara membangun dalam kategori bola sepak Asia bersaing sesama sendiri sebelum ke pusingan seterusnya.

Rasa-rasanya Kim Swee tidak berdepan masalah menewaskan Pakistan secara timbal balik. Seterusnya bergantung kepada undian. Kalau dapat elak Uzbekistan, Korea Selatan, Jepun, bagus...mana-mana pasukan Arab atau Timur Tengah, kita ada peluang....

Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan cedera, jadi buka ruang kepada Ahmad Fakri Saarani dan Faizal Abu Bakar untuk berganding bahu Rabu ini. Apa pula sudah jadi kepada Shakir Ali, bertubuh tegap seperti Izzaq tapi bergelut dengan prestasi tidak menentu?

Kepada Kim Swee yang menganggotai skuad Barcelona Babes 1989-91 di bawah teraju Chow Kwai Lam, kita harap team anda ada ong!

13 comments:

FF13 said...

harap sejarah tak berulang lagi,
tunjukkan kepada semua, projek ke Slovakia adalah projek yang berjaya

dolfinmalaya said...

skuad ong memang boleh mencatat sejarah sebab mentaliti pemain2 malaysia sekarang sedang berada di tahap yang paling baik untuk berhadapan dengan mana2 pasukan di asia. selaku juara Asia Tenggara, Malaysia pastinya tidak ada masalah bertemu skuad Pakistan yang sudah lama tidak mencatat kejayaan. Sedangkan skuad hoki pun mampu, apa lagi skuad bola sepak. insyaallah berjaya!

p/s: header bro punya blog dah nampak garang sket. haha. smart!

CHE BOB said...

Masa jurulatih Chow Kwai Lam pun ada 'Ong' tapi tak kemana pun.....Mungkin pasal ong dah chow...ekekeke
Apa pun hope kali ni ong tak hilang.
Semoga berjaya.....

pokde merapu said...

Skuad Harimau Muda(adik Harimau Malaya) confirm menang(ada ong punya) tpi permainan confirm tak cantik..biasa dan terus biasa..hantaran jauh(yg tersasar) dulu,kini,dan selamanya...jdikan aksi adik jack wilshere(arsenal) sbgai contoh,3 phlawan barcelona pdan kna tapau gn die jer.....

Abu Amzar's said...

rasa mcm boleh,
yakin boleh, Msia boleh!!!

Tengku Sidek said...

Pakistan adalah lawan wajib menang..then next opponent kita perlukan sedikit tuah untuk elakkan team2 besar macam jepun, korea dll..Even without Izzaq still kita ada fakhri sharani..faizal abu bakar dan 'apek'..Malaysia to win no matter what..mesti ada ONG punyer..sont worry!

Anonymous said...

ada ONG atau tidak, tunggu rabu ni lawan Pakistan, kalau main cantik/menang baru cerita selanjutnya.

Azmi said...

Kim Swee pemain yang bergaya, Astro Arena pun bergaya dengan tie kuningnya...

I have a soft spot for Kim Swee as he's a LEGEND in my homestate of Sarawak.

Let's hope for teh best. The Pre-Olympic Squad boasts players who have been together day in day out. More like a club side than an age group team.

We've seen how this system of grouping players together for long periods fail before. But I'm an optimist Rizal.

Against Pakistan, the first 11 has to dominate proceedings. Khairul Fahmi (I'm assuming that Kim Swee will start with him) has to have his wits about him.

Muslim, Gurusamy & Shakir have to play their parts as the more experienced players.

The loss of Izzaq is a huge blow. He to me has the potential to be an "English No. 9" but with better touch and all round play.

We know nothing much about the Pakistani's, so that in itself is a challenge (Unless our scouts have done their jobs that is).

From the highlights in Astro Arena, the Harimau Muda play a high pressing game (personal assessment here). Kim Swee needs to ensure that possession belongs to us. If not, desperation might set in. That's when we tend to lose our heads.

Hopefully we'll get the early goal to rid us of nerves.

A suggestion to Kim Swee. Apa kata dalam training u cuba formation 3-2-3-2...

Khairul Fahmi; Faizal, Mahali, Fadhli; Faizal, Irfan; Guru,Siva, Zack; Fakri & Shakir... (I believe we have the players to fit into this system... no disrespect tapi not condusive la main high pressing game bila 4-4-2 or 4-4-1-1... sebab against better oposition, our midfield habis kena lanyak... 3 central defenders allows better 1 on 1 marking sebab trend skarang main 1 striker or 1 striker and another playing off him.. so kalau striker opposition loses CB1, CB2 can cover... CB3 should be the passer of the three so we can play from the back...Mahali ke... ataupun Kim Swee nak try main sweeper macam under Vest dulu.. hahahah)

I know 3-5-2 has gone out of fashion. but mana tahu :)
Good luck boys...

rizal hashim said...

Azmi, lama tak komen...hehehehe

Azmi said...

hahahha... I kurang sihat... baru pulih ni... pergi stadium tgk Msia v Viet & Indo hari tu pun tgh sakit teruk...

Skarang dah sihat i boleh mengomen n start balik blog i yg dah lama tersadai....

Cikgu Baha said...

Salam 1 Malaysia.. sebenarnya generasi bola sepak kini lebih berkualiti berbanding sepuluh tahun yang lalu. Harap,coach ong bijak lah atur strategi untuk atasi Pakistan..

Anonymous said...

malaysia boleh menang punya..

Triplei said...

jom pegi stadium mlm ni.