Thursday, April 1, 2010

Selamat hari jadi, RTM!

Ulang tahun ke-64...Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebaya bapa mertuaku, Cikgu Jalil, rupa-rupanya.

Jasa RTM tidak terhingga dan tidak berpenghujung bagi aku yang beruntung membesar ketika TV3 belum lahir, ketika dasar langit terbuka belum terlaksana, ketika siaran hitam putih sedikitpun tidak menjejaskan minat aku terhadap siri Combat! yang mendedahkan aku kepada apa itu Achtung!

Aku tidak jemu-jemu menjejakkan kaki sama ada di Wisma TV atau Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) sejak kali pertama dipelawa ke studio RTM untuk membincangkan bola sepak tempatan dan Piala Dunia 2006 oleh pengacara masyhur Hafizal Hamad.

Wisel Penamat, Sebelum Wisel, Fokus Bola, Blog dan Isu antara rancangan yang pernah aku sertai. Sejak mewujudkan blog ini pada April 2008, acapkali juga aku menyentuh RTM dalam tulisanku.

Bacalah Surat Terbuka Buat Tiger, kecoh-di-angkasapuri, aku-di-kaca-tv, different-kind-of-performance, aiming-loose-cannon-on-tv1, bye-bye-datuk-seri dan i-almost-did-not-make-it-live-on-blog.

Terkini, aku dijemput penerbit program sukan, Kamal Roslim, menyertai kuiz Sokker Koors, rancangan yang akan disiarkan bermula bulan ini, dikendalikan oleh penyampai berita yang juga peminat Itali, Fathil Hidayat Ghazali dan Sharifah Shahira, sempena Piala Dunia Afrika 2010.

Biarpun RTM bergelut dengan persepsi negatif (gol tidak disiarkan dalam berita, program kurang kreatif, pemberita sambilan tidak bekalkan visual), program sukannya mempunyai pengikut setia.
Sebelum TV3 wujud pada 1984 dan seterusnya Astro pada 1996, personaliti RTM menjadi ikutan, ikon dan idola ramai. Ini tidak dapat dinafikan.
Kepada semua kakitangan RTM, selamat menyambut ulang tahun...RTM, dikau tetap di hati...


Segmen mingguan aku di Wisel Penamat TV1, cetusan idea Kamal Roslim, penerbit program sukan


Usah lupa 23 April nanti...TV1, jam 9.0 malam

14 comments:

Anonymous said...

RTM masih releven. Terima kasih RTM kerana membuka peluang kepada saya menjadi seperti sekarang ini. Saya doakan RTM dan seluruh kaki tangannya tak kira di mana mereka berada, akan terus utuh dan berjaya meneruskan arus peredaran zaman penyiaran moden.

ZAINAL ABIDIN RAWOP

Anonymous said...

RTM masyuuuk... Astro pun masyuuk ka bro? Sapu kiri kanan ka?

Itu yang dinamakan rezeki dan rezeki itu jangan ditolak :)

deus X machina said...

Ingat RTM mesti ingat Hasbullah Awang
ehehe

Anonymous said...

Sdr Anon 4.48PM, apakah persoalan itu ditujukan kepada saya? Mungkin....Terus terang saya tak 'sapu' kiri kanan bagi menjaga maruah diri dan menghormati perjanjian. Saya telah bersama Astro sejak tanggal 23hb Mac lalu secara kontrak. Namun RTM terutama mereka di Unit Sukan dan Jab. Berita tetap di hati dan sekali lagi saya amat berterima kasih kepada RTM yang membuka peluang kepada saya sebaik meninggalkan STMB dulu. Saya masih menghormati semua petugas di RTM tak kira di ceruk mana mereka bertugas samada di Angkasapuri, Iptar, IBC dan juga stesen regional. Wassalam

ZAINAL ABIDIN RAWOP

Anonymous said...

Terima kasih RTM kerana memberi peluang untuk saya 'mengatur langkah mula' dalam membiasakan diri di bidang penyiaran.

Tahniah kepada pendokong-pendokongnya.

Terima kasih juga rakan-rakan seperti Ismadi, Hafizal, Effa, Dilla, Rizal, Akhtar, Ku dan ramai lagi yang membantu.

RTM sentiasa di hati dan saya hormati. terima kasih.

AHMAD KHAWARI ISA

nstman said...

Congrats to RTM for 65 years of shit and propaganda. The biggest surprise is that Umno's mouthpiece is still dishing out the same shit 64 years on. Well done.

Anonymous said...

Ohhhh... Masya Allah Hj. Zainal..
Ana tidak mengenen kpd anta. Niat ana hanya untuk berkongsi kesyukuran atas kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh pihak RTM dan Astro bukan saja kpd anta tetapi kpd rakan-rakan blogger yang lain.
Cuma ana terkhilaf menggunakan perkataan 'sapu'. Sepatutnya ianya hendaklah disebut 'rezeki'.

Maafkan ana & semoga anta dan rakan2 blogger akan terus mendapat kepercayaan dan kejayaan dunia dan akhirat. Insya Allah.

Anonymous said...

LAIN macam bunyi Hafizal membuka bicara dan juga semasa menutup tirai siaran langsung Kedah - Terengganu semalam.
Aku juga tertanya-sama sama ada RTM menjualkan hak siaran kepada astro atau FAM sign kontrak baru dgn astro, atau FAM langgar kontrak dgn RTM atau juga ikatan kontrak yang longgar antara RTM dan FAM yang membolehkan FAM boleh pada bila2 masa sign kontrak lain dgn sapa yang dia suka.....

Anonymous said...

Sdr Anon Apr 3 8.06pm. Maaf anda diterima. Tak menjadi masalah kepada saya. Wassalam

ZAR

Hafizal Hamad said...

salam saudara abg rizal saya....
64 tahun terlalu lama...saya baru 8 tahun bersama RTM..tapi saudara rizal telah banyak megajar saya dunia ini sebenarnya..tuan antara tempat saya menagdu hal dan berkongsi pendapat...terima aksih rizal hashim....

Kesetiaan saya pada RTM masih kuat..Saya bangga di lahirkn di Hospital Angkasapuri...RTM Terima kasih...

Pembukaan saya tempoh hari ketika siaran langsung tak ada kena mengena dengan sesiapa..sekadar espresi keangungan RTM yang bertahan lama..

Rizal hashim..Terima Kasih

Hafizal Hamad said...

Kepada Rakan2 abg long saya yang dah berhijrah...terutamanya Zainal Abidin Rawoop,Shaukie Kahar terima kasih atas segala tunjuk ajar....kalian membentuk saya sepanjang 8 tahun...Kala susah kala senang.....

Lain stesen hubungan keakraban akan terus dipertahan

Anonymous said...

Hafizal Hamad, anda baru 8 tahun tp dah mcm 18 thn 'beraksi' dengan cemerlang dari Angkasapuri. Teruskan....ada ilmu elok kita kongsi sebab nanti masa mati ditanya 'ilmu diguna untuk apa?' Nabi SAW juga pernah bersabda untuk senang dunia dan akhirat kena berilmu. Saya seronok dan gumbira kerana ramai sahabat-sahabat dah mampu bergerak sendiri spt Izwan, Azlan Mubin, Rasdi Friday, Akhbar Sahari & maybe kalau ada rezeki dan diberi banyak peluang Ismady Manap akan join anda. Tak lupa pada sahabat-sahabat 'komentator' lama seperti Hj. Hasbul, Hj. Dollah Hashim, Hj Alimi, dll di RTM anda juga adalah 'lagend' yang sukar ditandingi. Wassalam

ZAR

tok dukun said...

DALAM HATI HAFIZAL AHMAD MCM ADA NADA TERKILAN YANG AMAT SANGAT. NAPER YA? ALAAA HAFIZAL, JGN LA CAMTU... DARI SEGI SIARAN LANGSUNG, RTM MASIH MENGATASI ASTRO SEBAB DAH LAMA. ASTRO PUN OK, CUMA MASIH DLM PROSES PEMBELAJARAN.
DIHARAP RTM DAN ASTRO ATAU TV3 DPT MENYUMBANG KE ARAH PENINGKATAN BOLASEPAK MESIA.

Anonymous said...

RTM tetap unggul... Terima ksih krn memberi ruang dan peluang kpd saya untuk menjinakkan diri dlm bidang penyiaran... Bermula dari merangkak kini saya sudah boleh berjalan atas bimbingan semua abang-abang yg banyak membanti saya.. Kepada Hj Hasbul, Hj shauei, Hj ZAR, Abg Harmi, Abg Hafizal, Abg Rizal, Abg Khawari, Abg Rasdi, Brader Cris dan semua kakitangan RTM diharapkan agar dpt terus memberi tunjuk ajr kpd saya untuk saya dapat berlari satu hari nanti.. Jasa kalian semua akan terpahat di ingatan saya......

Mohd Izwan Mohd Nor