Tuesday, April 20, 2010

Kasihan pengadil...




Lanskap dunia sudah berubah. Kalau dulu, ada perkara tertentu yang kita buat tidak dipantau atau diperhalusi. Teknologi mengubah itu semua. Kesilapan diperbesarkan dan lazimnya yang betul tidak pula dipuji. Itulah tabii dan tabiat manusia.

Jadi pengadil bola sepak tempatan, awas. Setiap keputusan anda - sama ada betul, wajar, salah atau tidak - diawasi setiap detik dan ketika.
Dua gambar ini aku cilok daripada group facebook hijaukuning.com. Sudah tentu kebanyakannya mengutuk penolong pengadil yang juga bekas penjaga gol Perlis, Zulfikar Abdullah, yang menghukum Faizal Abu Bakar sebagai ofsaid pada penghujung perlawanan final Piala FA yang dimenangi Negeri Sembilan menerusi sepakan penalti.
Kulihat Subkhiddin Salleh cuba memberi penjelasan serba sedikit. Harap dijadikan iktibar. Bagi peminat bola sepak tanpa mengira penyokong mana-mana pasukan, harap bersabar dan terima ini semua sebagai asam garam dunia sukan.

18 comments:

JALAN REBUNG said...

salam bro,

masalah ni akan jadi sangat sensitif bila gol yang dijaringkan pada saat paling kritikal dan penentu kejuaraan.

Saya faham perasaan penyokong yang terkena. Bagi yang fanatik mungkin sampai kena mintak MC 3-4 hari ...

It's about time untuk FIFA cuba tengok apa yang IRB buat untuk game ragbi menggunalan bantuan video untuk keputusan kritikal atau pun dalam tennis guna komputer untuk comfirmkan bola keluar atau masuk ..

RIZAL

rizal hashim said...

Rizal Jalan Rebung, bila nak pekena teh tarik di Kulim?

Ya benar, kononnya FIFA nak kekalkan the human element. pirah, kita lah kena tolong referee buat kerja depa.

kesian tengok referee dan assistant referees, tugas mereka dahlah berat, fifa pulak degil tak mau guna teknologi.

fans pulak tak kesian maki hamun...

Anonymous said...

salam bro,

tule kecian kat refree kan tapi elaun masyuk souvenir dpt tapi peminat pun kecian juga travel 992 km, bayar minyak, bayar tol,tiket RM20 bersamaan 5 kilo beras, makan lagi semata mata nak sokong team depa..tanpa peminat stadium kosong income tarak...mungkin refree boleh bincang dgn linesman sebelum wat keputusan yang lebih adil..

gagak hitam said...

Kengkadang nak gelak dan guling2 atas lantai bila sembang pasai penyokong sebuah pasukan ni. dalam pada tu, kesian pun ada juga pada penyokong fanatik mereka ni...

mana tak kesiannya... bila kalah jer mola la depa korek sampai lobang cacing nak cari apa sebab musabab depa kalah. Selalunya, pengadil la yg jadi mangsanya.

Kalau betul depa betul2 cintakan bolasepak dan tidak bias dalam memperkatakan tentang keburukan pengadil, mengapa hanya cerita dan gambar jaringan gol offside pasukan mereka saja yang digembar gemburkan? Mengapa gol jaringan asyraf yang turut dibatalkan tidak disentuh langsung?

Kita akui gol kedah yang dibatalkan itu tu memang sah dan tidak offside. Begitu juga hal nya dgn gol NS. Tapi mengapa pentokong fanatik itu tidak bising?
Tak adil la mcm tu bro...
Time kena pasukan kita, habis satu melaya kita bising. Time kena pasukan org, nak sorok kita sorok lagi supaya org tak tau...
Kesimpulannya, kira okey la tu bila masing-masing dah 'terkena' dgn kesilapan linesman Perlis tu...

Anonymous said...

Bro LC,
Biaser le tu bila kalah...pak wasit la yg jadi kambeng hitam.
Tapi pak wasit ni pun satu hal lemau.. tak mao ambil pengajaran langsung. Lepas satu....satu dia org buat hal. Tak peka langsung. Jangan 'tak nampak' yg dijadikan alasan sebab FAM htr engkorang supaya 'pandang dan nampak'. Ada arti ka?

puyoh laut said...

Pembantu pengadil mlm tu tension sebab mai KL tapi elaun tak dpt kot. Hanya cenderamata ciput je yg dpt. Duit minyak, tol dan hotel dari perlis dah brp woi...

apek said...

AAAIKKK... BUKAN KE FAM KATA FINAL TU AKAN DIADILI OLEH REPRI TERBAIK? KALAU REPRI TERBAIK PUN BOLEH JADI MACAM NI, TAK TAU LE MCM MANA PULAK RAGAM REPRI2 YG KURANG BAIK TU...
ALAHAI FAM...

Zulfadli Jusoh said...

itulah masalahnya.. kalo nk tengok pasal offside terlalu teknikal, lebih jelas kita tgk tindakan beberapa org pendadil & pembantu pengadil ni sangat mengecewakan.. sy sgt menyokong kenyataan dan cadangan "Jalan Rebung".. kenapalah FIFA bersikap begitu..

http://zf-al-amr.blogspot.com/2010/03/sukan-mutu-pengadilan-sikap-pemain.html

kenari hijau said...

Agaknya depa saja buat cincai sebab tadak sapa yg akan amek tindakan kot. Buat salah pon terlepas....

Anonymous said...

KEMANA TUMPAH KUAH KALAU TIDAK KE NASI? HEHEHEHEHE....

JITRA: Kira-kira 40 pemain dan penyokong pasukan bola sepak Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) di sini, cemas apabila bas yang dinaiki dikepung serta direjam dengan batu dan kayu oleh penyokong pasukan yang kalah dalam pertandingan peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kubang Pasu, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, 40 remaja bermotosikal dikatakan mengekori bas berkenaan sebelum mengepung kenderaan itu ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di pekan Changlun.

Kejadian itu menyebabkan bahagian tepi bas berkenaan kemek dan tiga cermin tingkapnya pecah. Bagaimanapun, tiada pelajar atau guru yang mengiringi pasukan itu cedera.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawalludin Hamenudin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMSAH, Harrison Othman, berkata kejadian itu berlaku ketika pasukan itu dalam perjalanan pulang selepas menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun (SMKC).

Dalam pertandingan yang diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, Changlun, SMSAH menewaskan SMKC 1-0.

Harrison berkata, kumpulan remaja bermotosikal itu turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun pasukan SMSAH.
Beliau kesal kerana penyokong pasukan terbabit tidak dapat menerima kekalahan dengan semangat kesukanan

Anonymous said...

salam...

itula bro...sya dh ckp mlm tue pasai kualiti pengadil....

tp x pa apa pun keputusan dh muktamad...pengajaran buat kedah utk bangkit dalam saingan lain walaupun mlm tadi terkandas lg dgn K.L Plus...

'zainal'

arnab hijau said...

Pengadil la ni bulih buta apa yg depa suka sebab tadak sapa berani nak tegor. LAgu mana pon depa buat, depa tetap 'selamat' di dunia ni. (Akhirat belom tentu)

Anonymous said...

Standard of the Malaysian football is actually was ruined, at least 40%, by the standard of referees. FAM should looks into this as well if they committed want to invite fans to the stadium. Is not juz the performances by the players.

The pitch also need to improve. How the players demanded to play well with the poor condition of the pitch. Only few stadium with great quality of pitch such as Shah Alam, Alor Star, Darul Makmur. Even Bukit Jalil is also dissapointing.

-salehichenko@yahoo.co.uk-

tokman said...

Referi dan linesmen semua sam dimerata dunia...ini jelas bila kita ikuti pertandingan2 luar negeri melalui Astro. Ini kelemahan manusia....tapi yang mustahaknya teknologi dah ada kenapa tak guna. Tenis, hoki dan American football telah gunakan kemudahan TV (hawk eyes) untuk membuat keputusan muktamad, kenapa tidak gunakan untuk bola sepak. Jelas sekali Peranchis masuk Piala Dunia diAfrika ini kerana gol yang telah kena sentuhan tangan Thierry Henry(perlawanan dengan Turkey)dan kekalahan Manchester United kepada Chelsea melalui gol jaringan Didier Dogbar yang telah offside. Jadi gunalah teknologi yang ada....

Anonymous said...

Dah jadi lumrah la mana-2 team kalah akan cari punca-2 kalahnya pasukan. Fokus utama pada pengadilan la. Mai pi team mana pon. Kedah ka.. Selangoq ka.. Kelantan ka.. mokata kena batang idung pakat hingaq jugak. Macam la kes bola tangan shukor Adan.. Penyokong Selangoq dok diam saja ka? Hingaq jugak. Nak maghah depa? Maghah watpa? Dah memang lumrah macam tu. Cuba tgk team yang menang? Agaknya depa nak hingaq ka? Tadak sapa nak hingaq aih. Yang kita amik serius pasai apa? Bila dah sejuk pakat lupa habih la. Masa baghu-2 tu besa la. Gol Maradona pon dikira gol.. Pengadil pon manusia gak. Kekadang buat silap. Patutnya zaman teknologi ni pengadil dah dibantu ngan kelengkapan moden. Slalunya akan ada rakaman. Siap boleh wat ulangtayang gerak perlahan lagi. Guna la kemudahan yg ada untuk bantu pengadil sama. Zaman maradona kot la susah x dah telepon mudah alih (henpon la tu) Lantik petugas utk. checking dari ulangtayang perlawanan. Then salur maklumat pada urusetia. Buleh gak pengadil pi rujuk. Jalan mau ke depan. Bukan dok kebelakang tak mau ke depan.

tenggiling bujang said...

Apakata FIFA mansuhkan saja peraturan offside?
Ini lebih berkesan drp menggunakan teknologi selain drp manusia untuk menentukan offside tak offside sesuatu insiden itu.
Kalau guna teknologi lain, ianya bukan saja mengharu-birukan sukan bolsepak itu malah akan lebih menyusahkan pengadil kerana ianya lebih bersifat subjektif.

Cuba peratikan dikedai2 mamak apabila ada siaran langsung EPL. separuh setuju dgn tindakan pengadil dan separuh lagi tak setuju. Selagi dinamakan bolasepak, maka selagi itulah pendapat yang berbeza ini akan wujud. Begitu juga halnya jika ada 'alat' lain yang digunakan untuk membantu pengadil. Apa kesudahannya jika 'pengawal' alat tersebut bercanggah pendapat dan brp lama pengadil di tengah padang harus menunggu 'keputusan' yang dipersetujui oleh 'pengawal' tersebut. 5 minit? 30 minit? 1 jam? atau 2 jam?

selipar jepun said...

Referees Board FAM khabarnya tahun ni tak pernah duduk semeja walupun sekali untuk membincangkan masalah pengadil. depa buat bodo jer dgn apa yg terjadi akhir2 ni. Awat jadi lagu tu?

Sireh Junjung said...

Kesilapan pengadil memang tak dpt dihapuskan seratus persen. Cuma tinggal lagi, mereka dinasihatkan supaya cuba sedaya upaya untuk meminimakan kesilapan dengan cara bersedia dari segi mental dan fizikal.
Kalau dah tak bersedia tu, susah le nak cakap...

Di pihgak pentadbir yg bertanggung jawab terhadap hal ehwal pengadil pula, haruslah mencari jalan supaya perkara ini dapat diperbetulkan sedikit demi sedikit. Kita bukan nak minta supaya pengadil perfect 100%, tapi cukup sekadar pihak berwajib bertanggung jawab dan tidak menyalahkan pihak lain apabila berlaku kesilapan pengadil.