Tuesday, July 7, 2009

Kecoh di Angkasapuri

Angkasapuri bergegar dengan berita panas meja sukannya ditutup semalam. Khabarnya atas arahan Ketua Pengarah penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya. Dalam facebook beberapa kakitangan RTM turut membincangkan isu ini.

Antara maklum balas yang diutarakan termasuk:
satu jalan langkah ke belakang..org muda suka sukan..kalau buat mcm tu, hbslah nantiRTM ni mmg pelik! Kalo kondem n kritik kan, panas plak! Hish.. Bilala nak maju setanding dgn yg lain.. Tapi ini pun akan jd FLIP FLOP gak la.. Pasti akan ditarik balik seperti Berita Waktu Perdana tu..sports RTM la yg selalu aku tgok..terpaksa la tgok sportscenter lepas ni..cara terbaik tidak menggalakkan rakyat bersukan..oh yeah!!pastu harap Malaysia masuk World Cup..hahahaTak munkin..Sport news RTM adalah yg terbaik n terdetail berbanding TV3..kalau sukan takder... takada slogan " Majulah Sukan Untuk Negara"... hehe.. kena tukar slogan "Takda Sukan Untuk Negara, dan Selamat Berhibur..." hahaha.

Kemudian dimaklumkan pula meja sukan berita RTM akan dikecilkan, mungkin untuk menjimat kos.

Bagi yang dewasa era 70-an dan 80-an, Dzulkarnain Hassan bukan nama asing.

Sudah tentu permata yang menyinari RTM ialah pengulas sukan tersohor Datuk Rahim Razali yang memulakan kerjayanya di radio

Loose cannon perasan menemu bual Dahlan Maamor. Dahlan yang kini Setiausaha Akhbar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, dulu mengajar loose cannon menulis laporan perlawanan bola sepak persahabatan membabitkan Public Bank untuk Harian Metro pada 1991. Selaku wartawan sukan dan pemain bola sepak yang boleh dikatakan hebat (topscorer Metro dulu), Dahlan sudah tentu terkejut jika meja sukan RTM ditutup. Dikecilkan, mungkin...

Jangan tengok gambar, baca apa yang tercatat di crawler. Jadi sukan adalah pelantar terbaik memenuhi konsep 1Malaysia...tapi kalau berita sukan dan program sukan di RTM dianak tirikan, Perdana Menteri mungkin harus mencari alat propaganda yang baru...oh lupa, kan ada blog...

Sudah tentu Ibrahim atau dikenali semua sebagai Tiger (kanan) ada sebab-musababnya, mungkin untuk menyuntik semula tenaga ke dalam satu unit yang lesu? Lagipun RTM ada misi nasional, macam Tiger cakap dalam blognya. Loose cannon (kiri) tidak boleh jawab daa...tapi yang loose cannon tahu, dia pernah beberapa kali kena scoop dengan bebudak RTM, terutama Hafizal Hamad dan Norismadi Abdul Manap...ada satu ketika loose cannon terpaksa memetik laporan RTM, aduh tension...

Mustahil bos Dahlan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (duduk, kanan) mengarahkannya. Biarpun Rais lebih dikenali sebagai budayawan, mustahil sukan dipinggirkan. Bahkan loose cannon terkejut RTM menyiarkan secara langsung kejohanan Bola Jaring Asia baru-baru ini. Berdiri kiri sekali ayah loose cannon. Kalau ayah loose cannon hidup lagi, barangkali boleh SMS saja dekat Rais.

18 comments:

Gua Musang said...

tutup pun tak hairan la....org kampung pun tak layan RTM lagi dah.....

Anonymous said...

encik rizal,

datuk menteri kena tegur tiger ni.

kalau datuk menteri tidak perasan, maka tanggungjawab dahalan beritahu bosnya tu.

rtm dan tiger(x bh, x tv3, x berita pub) kena dahulukan rakyat, apatah lagi golongan muda.

tak bolehlah cari jalan mudah tiadakan atau kecilkan laporan sukan kerana kononnya jimatkan kos, sukan tak berapa penting dan tak boleh lawan sukan astro.

bila orang muda tak tonton rtm dan sekaligus pengundi muda tak undi BN nanti baru padan muka.


MEGAT TAM

teachuhman said...

Rizal

This is disgusting and disappointing, I always maintained that our local sports scene do not get enough coverage by the mass media. Only mishaps and scandals seem to get priority. When I was young, our heroes were our national sportsmen (and women of course) We imagined and emulated them and dreamed of the day we might represent the nation.
Our interest was fueled by the images splashed on the black and white tv screens in our neihgbours' homes . The more fortunate among us of course had their own tv sets. How we envied them. Shops that had tv sets were filled to the brim during live telecasts whether it was boxing, badminton, football, hockey, athletics or namely any major sporting events. We never had pay tv or TV3, It was always RTM. Yes.... rtm had and still has better coverage of sports. I remember my classmates and I imitating the presenters during the 1975 hockey world cup in Kuala Lumpur. we didn't have Bukit Jalil or Shah Alam, We didn't have computers and the internet was unheard of. 'Blogs' only meant 'blocks'.... and yet sports enjoyed tremendous support from the citizenry and success seems to be ours.
we even sponsored our own live telecast- Siaran lansung "tajaan Rakyat". We had "velodrome Rakyat". All these happened due to the coverage and due publicity given by our printed press and of course the tremendous role of RTM. Today, our people are not even willing to buy tickets to watch a game . Why??.... This is how powerful the media is.

RTM DO THE RIGHT THING!!!!
DO NOT FALL PREY TO BIGOTS AND IDIOTS DISGUISED AS PATRIOTS.

VANAVIL SAMY said...

Bro

Tutup bagus la, nak tengok pun bukan bagus sangat. Semua nak tunjuk terer tak kena tempat
Bahasa sendiri tak betuk nak ajar orang berbahasa
ASTRO boleh kaya orang kaya boleh senang.
Orang miskin memang tak layak hidup.Hanya layak time pilihan raya bila nak buat road show dan majlis penyampaian sedekah.
Bila nak publisiti cari orang miskin. Dunia hanya untuk orang kaya.RTM ada syer ka kat ASTRO?
POOOOOORAAAAAAAH

Vanavil Samy
KOLUMPO

Anonymous said...

hanya jauhari yang mengenal manikam..tak kenal maka tak cinta..bak kata pak belalang...orang yang tak nampak imej dalam balang makna nya org tu...opsss..mak doakan sukan rtm terus kekal ... anggap apa yang sedang di lalui sebagai dugaan yang perlu di tempuhi dalam usaha untuk memantapkan lagi mutu berita sukan di rtm ... sukan tak berapa penting ?? are u nut ?? n gua musang ...melayu mudah lupa kan??

Anonymous said...

La kata nak membudayakan sukan kepada rakyat?? macam mana nak bagi rakyat main sukan kalau RTM sebagai agen kerajaan gagal melaksanakan tangungjawab sosialnya menyebarkan berita tentang sukan. apa la si Tiger ne

RTM DiHatiku said...

akum bro...

melalui sumber dr angkasapuri....meja sukan kekal cuma saiz dikecilkan....rancangan sukan yang lain seperti biasa.maintain.

alhamdulilah la kp penyiaran tu dia paham sikit....tapi yng jadi persolan saya....kalau tak ada angin tak kan pokok tak bergoyang....walaupun kesahihan dia kita tak tau.

apa pun "Sukan Terbaik Hanya di RTM"

otai sukan said...

akum bro....

apa pun kita kena semua akui,yang sukan di rtm adalah yang terbaik wpun adayang kurang bersetuju.....kita tgk badminton,kita tgk sukan olimpik,sukan asia di stesen mana? tentu rtm.

terima kasih pada bos2 rtm yang paham masalah akar umbi

Pak Teh said...

rtm masih relevan bro....rtm hak rakyat,hak semua kita rakyat malaysia.....

Anonymous said...

akum bro....kepada dato kp,terima kasih banyk2

Anonymous said...

terima kasih kerana menulis mengenai meja sukan rtm...sua untuk di maklumkan setelah pertemuan dan perbicangan dengan datuk kp penyiaran lewat semalam, meja sukan rtm hanya di kecilkan sahaja, bukannya di tutup. datuk kp telah menerangkan sebab2 ianya terpaksa di lakukan dan tak perlu saya hebahkan disini. setakat ini masa siaran terutamanya infosukan akan terus kekal....sekali lagi terima kasih kepada semua yang perihatin.........ismadi abdul manap(sports editor rtm)

Anonymous said...

Seingat saya Menteri yg betul2 suka Sukan ialah spt Tok Mat & sedikit minat dr Gabenor Melaka skrg. Pas2 Kadiaq, Zam & Shabery ada agenda lain. Agenda yang tah apa-apa. Hangpa semua kena tengok sapa KSU atau KP kat RTM jugak. Jenis yg kecut t***r jawabnya Yes Sir je le..Sukan tempatan kat TV skrg mana ada kelas? Mana ada investor besar2. Kira alhamdulillah sbb RTM dpt sponsor Budak Kuning (Digi) masa Olimpik Beijing. Nak dapat dr TM ke Celcom ke dsb jgn harapla. Tp itu semua tak masyuk kat depa, so nampak tak brapa ghairah la depa dgn deal tu..Tu sb hangpa jgn marah kalau Astro naik harga ckit sb bnyak choice dah..Pendigitalan RTM tu hanya retorik aje. By the time 2012org tak pakai DG wahai ahli bijak pandai RTM. Skrg org dah menuju HD!! World Cup, Olimpik, EPL semua dah jauh nak tinggalkan DG, hangpa atas bukit tu masih dok sebok nak ke Pendigitalan...betul2 ketinggalan zaman! Mungkin meja sukan kurang dan tidak menyengat lagi tetapi apa motivasi mereka skrg? Sekurang2nya RTM ganti baliklah dgn slot lain sebagai 'back-up' pd Info Sukan so at least org boleh dpt some info pasal sukan. Tak kan itupun org luar mcm kami nak kena habaq!! Dinasihatkan sesapa yg buat keputusan semacam ini kena banyak muhasabah la..

hcfoo said...

I wonder who wants to watch RTM news these days...

Personally I prefer to watch local sports news on Bernama TV.

RIZAL said...

Bro Rizal,

Rizal Sarbini here...

byk komen yg saya baca, at least, ramai yg ambil berat dan menonton kami di rtm ( tv1 )...

apapun, ramai igt tiger yg buat keputusan, tp sebenarnya Minister yg arahkan...I'm there when Minister 1st visit dkt newsroom, he said, kurangkan bahan sukan dlm berita..terutama kul 8 mlm...

then siap keluarkan arahan supaya berita sukan dipendekkan...what d hack..Nk jd cerita, tup tup kami diberitahu akan ditutup..

nasib ada dua bos yg hebat which I respect, MADI n Hafizal...Anyway, kudos to us, we will not fall....god bless all of u...

Anonymous said...

nak kecil kan mungkin kerana tak ada duit

macam fam juga,

dengar cite budak-budak askar kat situ dah mula jual cd or dvd

betul ke cite ni??????????

sukasukan said...

Terkejut jugak tapi mana mungkin, saluran tv nasional yang didokong oleh govt tiada bahan berita mengenai sukan, baik local or internasionale.

Cuma agak terkilan, dalam keghairahan org bercerita mengenai sukan sana sini, unit berita sukan RTM dikecilkan, sekaligus akan mengurangkan paparan bahan berita sports.

Menteri tak tau ke, kebanyakan org tengok berita rtm, on tv timingnya bila slot sukan. Tajuk utama berita sebelumnya tak nengok pun, boring crita pasal parlimen la, pasal manik urai la, pasal anwar liwat, pasal mentri bukak peti besi, blah blah blah...boring.

RTM sepatutnya besarkan unit berita sukannya, sbg menyahut cabaran stesen lain yang kian ghairah menarik penonton dgn slot-slot sukan menarik. Skrg most of the electronic media dah ada sports unit (Radio Era pun ada reporter sports), ini RTM nak ke belakang, malu la, padan la org tak bukak channel 1 dan 2.

p/s: Rizal takut kot, Mady dgn Gaban tak berdebat dgn dia lg kat RTM, lepas ni. hehehe. I still say, u're big now, wpun tv i lcd 42in.

patrioteak said...

rtm ni kalau kesian pun tak guna. depa ingat semua orang yang bukan orang dia bodoh. semua orang dia tak percaya

depa tu masih berpemikiran kuno. out of touch with reality. mentality "pegawai kerajaan high and mighty". you all orang kebanyakan. "u listen to us, we don't listen to you" punya attitude

pm ada gak turun padang. depa ada nak turun padang? sori ler. camna nak maju

ingat rating tak penting ke? kalau rating tak penting, sapa nak tengok kau orang punya program? berita? camna nak sampai mesej kerajaan?

baik tutup stesyen terus. buat apa tutup meja sukan je.

sapa bos-bos situ yang ayik ada personal agenda tu berenti je lar. jangan menyusahkan orang yang betul-betul nak menaikkan taraf rtm

the real RTM! Please stand up!!!!!!

patrioteak said...

IRTM IS GOING DOWNHILL!!!

Takde peningkatan 1 hingga 2 tahun ni. Going backwards. Coverage sukan pun tak bermaya. Sukan SEA, Olimpiks? Eleh... Baik tengok Astro. Kesian pada tak berkemampuan tu. Nak tengok English premier league, euro dan world cup kat Astro la. Dah la rate tabung haji dah naik, ramai tak mampu gi haji. Nak tengok rancanagan baik-baik negara swndiri pun kena bayar lagi

Bukan rancangan sukan je tak bagus. Depa punya penerbitan tempatan pun tak bagus. Why don't RTM hantar orang top-top depa buat attachment kat tv3 atau astro a few months. Baru boleh improve. Dok kat sana je macam syok sendiri je la

Hantar dg ke ksu tu. Lead by example. Kalau boss tak bagus macamana machai nak bagus?

Promosi depa pun kurang menyengat. Macam nak tak nak je. Just becoz u dah lancar logo 1malaysia u dah bagus. Ha .. Ha..!! Itu lah namanya syok sendiri

Rtm ni macam bundesliga la. Dulu top sekarang, orang nak sokong pun geli-geleman. Tak fashionable. Ketinggalan zaman. Mana ada star player nak main sana (pengiklan2 besar macam maxis, celcom). Power root pun dah lari tv3. Memanag dah tak berbaloi iklan kat rtm. Tak pulang modal


Pendigitilan? Ada ke orang nak pakai rtm punya nanti?

The top people don't have enough heart to run rtm. Just quit and GIVE RTM A CHANCE TO COMPeTE!!!