Friday, April 23, 2010

Penyokong atau pembunuh?

Al-Fatihah buat Pak Omar yang berasal dari Palong. Arwah menyokong hingga ke hujung nyawa. Meninggal dunia akibat serangan jantung dek mercun ketika perlawanan Liga Super di antara Negeri Sembilan dan Kelantan. Takziah kepada keluarganya. Bagi semua penyokong bola sepak Malaysia, usahlah bawa mercun ke stadium. Hormatilah orang lain yang mahu menikmati dan menonton bola sepak. Bagus juga jika anda tidak merokok. Hormatilah orang sebelah anda yang bawa keluarga dan anak kecil. Dalam pada itu, kelab penyokong NS9 menyediakan tabung derma buat keluarga Arwah.

Memetik kata orang kuat RTM, Wan Alimi Mahmood, dalam dinding facebook penerbit Sukan@1, Effa Dian Ali: "Pembakar/pembaling mercun tu... dgn siapa dia nak minta maaf... akibat perbuatannya, satu nyawa melayang... meskipun ajal maut perkiraan Allah... tapi kita yg hiduplah penyebabnya... mereka yg terlibat dgn pembakaran mercun ni... tidak keterlaluan kita anggap sebagai "PEMBUNUH" dlm kes ini... Takziah untuk keluarga Allahyarham"

20 comments:

darthvadai said...

Sad but true, we over step boundaries in the name of celebration, in the name of supporting the team that we lose focus what the actual goal is, A life that lost cannot be replaced. Sad to see it happen.

We have allowed our-self too much freedom without check and balances, even to the extent of the kind of language used by supporters at any sport, that we have to close our children's ears.

Hope we can all change together

Anonymous said...

ADA FACEBOOK YANG DIBUAT KHUSUS UNTUK MAKI HAMUN REF MALAYSIA. LAYARI KAMI ANTI PENGADIL MALAYSIA
http://www.facebook.com/pages/Kami-Anti-Pengadil-Malaysia/114555238555846

Faris Kajang said...

Penonton di Malaysia perlu berubah. Budaya membakar mercun atau bunga api bukan budaya kita.
Sebagai penonton yang berdisiplin kita harus:
a. Mengawal emosi
b. Semangat kesukanan
c. Adab sopan
d. Sedia menerima apa juga keputusan
e. Meluahkan perasaan dengan cara yang betul

Anonymous said...

Takziah. Insya allah ucapan ini akan dirakamkan semasa Live Astro Arena di Paroi pada 23 Apr ini nanti. Al Fathihah

ZAR

Anonymous said...

sepatutnya pihak FAM mengenakan syarat kepada setiap venue perlawanan untuk menempatkan pegawai polis yang berpakaian preman di kalangan penonton agar mudah dibendung gejala melontar mercun..jangan sampai ada yang melontar molokov cocktail pulak nanti..sesal pun tak guna dah..

-mergong pirate-

Emmet Muhamad said...

Assalamualaikum.

Saya pasti yang membaling mercun ini bukanlah penyokong setia N9 yang asal. Ini adalah penyokong yang 'bila orang pergi stadium, kita pun ikut pergi stadium'. Lagi-lagi Negeri Sembilan baru saje menanh Piala FA. Dan satu lagi perlawanan tersebut, menentang kelantan, satu musuh yang ada sejarahnya tersendiri sejak dua tahun kebelakangan ini.

Apa yang saya ingin sampaikan ialah, perkara ini juga yang menimpa Kelantan tahun lepas. Kedatangan penonton 'bila orang pergi stadium, kita pun ikut pergi stadium' ini lah yang telah mencetuskan huru-hara.

Ya, memang mereka pun penyokong, tapi sokongan yang mereka beri kurang bijak. Penyokong jenis ini berbeza dengan 'penyokong setia/penyokong tegar', yang mana lebih sayangkan team, dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang akan memberikan kesan terhadap pasukan.

Tidak salah mereka ke stadium, tapi bersamalah kita menegur golongan segelintir ini.

Al-Fatihah kepada keluarga Arwah Pakcik Omar

MomTom said...

innalillah.... haihh..

Ahmad Qayyum Tabrani said...

Tahap disiplin pengunjung stadium semakin merosot sejak akhir-akhir ini. Apakah gejala ini berpunca drp tahap kawalan keselamatan yang longgar atau penonton itu sendiri yang bijak menciluk masuk bahan terlarang?

Jangan jadikan stadium seperti Gaza Malaysia. Kepada yang masih bercita-cita untuk mengekalkan tabiat buruk ini, adalah lebih baik anda menyertai anak-anak Palestin di bumi Gaza sana .

MatRock said...

Apakah tragedi kehilangan nyawa seperti ini masih tidak menginsafkan tangan-tangan nakal seperti itu?

Apakah masih mahu menunggu darah daging sendiri yang maut barulah sedar dan bertaubat? Ketika itu, keluar air mata darah sekalipun sudah tiada gunanya lagi.

Fikir-fikirlah dan selamat beramah

Anonymous said...

Mungkin penyokong / peminat di Stadium Paroi dah mula naik tocang bila team baru menang cikit. Semalam masa live kat saluran 801, Pengulas Haji Zainal cakap ada yang tak hormat lagu negaraku, ada yang buat dunno', duduk dan jalan. Walau tak nampak kat TV tapi rasanya mereka-mereka tu perlu diajar sikit kot..

XABI ALONSO
LARKIN

apizISMAIL said...

al fatihah
perkara ini terjadi akibt kurang nya displin pnyokong..........jika kita fikirkn kalau la penyokong pun x da displin....bagaimana liga kita nk maju...kpd kwarga arwah...takziah di ucapkn..

Ramli Ghouse said...

FAM selaku penganjur perlu duduk semeja dgn polis dan pihak berkuasa stadium bagi mencari satu kaedah bagaimana perbuatan seperti ini boleh dihalang daripada berlaku pada masa akan datang. Apakah insiden kerosakan teruk Stadium Nasional Bkt Jalil tahun lepas sudah dilupakan oleh FAM?

Ros Jingga said...

TERBUKTI sekarang stadium bolasepak di Malaysia bukan lagi tempat yang sesuai dan selamat untuk bersantai bersama anak cucu di hujung minggu.
Benar, ajal maut ditentukan oleh Tuhan. Tetapi haruskah kita membiarkan isteri dan ibu yang menunggu kepulangan anak atau suami di rumah berada dalam suasana penuh kebimbangan?

Manakan tidak, sesungguhnya wanita-wanita ini belum pasti sama ada menerima kepulangan suami atau anak tercinta dengan selamat atau hanya sekadar jasad yang telah terbujur kaku.

JALAN REBUNG said...

salam bro,

ini satu lagi masalah yg dah melekat cam kanser ...saya ni penyokong selangor (walaupun org kulim ..hehehehe) dan tiap kali ke stadium shah alam mesti akan ada sessi membaling mercun ke dalam padang ..cuma sebagai penonton pun susah untuk kami detect sape yg baling ...

banyak kali mercun yg nak di camapak ke padang jatuh ke tempat penonton ...kalau kena org tak nahas ke ...

so , what's the solution ...kalau nak harap pihak stadium ..rasanye susah sebab ..cam mana la nak check sorang-sorang ..mercun kecik leh masuk dlm stokin ...

mungkin ...kita leh buat satu kempen ...dengan kerjasama pihak stadium untuk mintak penyokong alert ..kita boleh buat macam iklan dengan video kejadian yg dah lepas seperti di negeri sembilan ..lepas tu kita announce yang untuk game ni kalau ada sapa-sapa yg nampak org baling mercun tolong tegur atau tangkap bawak ke pihak berkuasa ...ini sekadar cadangan saya aje ...tapi kita kena serius ...

RIZAl ....org kulim tapi support RED GIANT ...

nazlyrahim said...

segala yg berlaku ambillah sebagai pengajaran../

takziah buat family arwah pak omar.

dari anak palong

ibun_jogho said...

Al fatihah buat arwah Pak Omar..

Nampaknya acara lempar mercun ni dh jadu acara sampingan yg wajib di stadium. Kesedaran sivik yg berada tahap bawak tapak kaki membawa malapetaka.

Kalau dulu penyokong Kelantan sering dilabel sbg holigen lah, samseng la & macam-macam lg. Sbg anak Kelate aku terasa jg apabila ada yg berkata macam tu. Tp itu semua (lempar mercun) hanya dilakukan oleh segelintir penyokong yg memang tiada kesedaran sivik langsung!

Di S.Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, sejak akhir-akhir ni sering dilakukan kawalan di pintu masuk utk melarang barangan yg x blh dibawa masuk. Beberapa perlawanan lalu penyokong bersorak tanpa henti dan tanpa minum sbb larangan membawa botol / bekas minuman ke dalam stadium..

Anonymous said...

Al Fatihah dan salam takziah utk keluarga beliau..

Mohd Razwan said...

salam takziah buat keluarga mangsa..

Jika dahulu, hanya ada yang cedera dek lontaran mercun, kini ada yang sudah meninggal dunia akibat perbuatan yang saya sifatkan sebagai kurang bertamadun..

Semoga perkara sebegini menjadi iktibar buat semua pengurusan stadium di malaysia..bimbang masa akan datang ada ahli keluarga yang menuntut ganti rugi berjuta dari pihak stadium akibat kecuaian pengurusan stadium dalam menjaga keselamatan penonton.

sudah la kutipan tiket tak seberapa, kena pula bayar ganti rugi kematian..bukankah masalah besar itu..

sediakan payung sebelum hujan..
-MERGONG PIRATE-

Mohd Razwan said...

salam takziah buat keluarga mangsa..

Jika dahulu, hanya ada yang cedera dek lontaran mercun, kini ada yang sudah meninggal dunia akibat perbuatan yang saya sifatkan sebagai kurang bertamadun..

Semoga perkara sebegini menjadi iktibar buat semua pengurusan stadium di malaysia..bimbang masa akan datang ada ahli keluarga yang menuntut ganti rugi berjuta dari pihak stadium akibat kecuaian pengurusan stadium dalam menjaga keselamatan penonton.

sudah la kutipan tiket tak seberapa, kena pula bayar ganti rugi kematian..bukankah masalah besar itu..

sediakan payung sebelum hujan..
-MERGONG PIRATE-

Mohd Razwan said...

salam takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa..

Jika dahulu hanya ada yang cedera dek lontaran mercun,kini ada yang sudah meninggal dunia akibat dari perbuatan yang saya sifatkan perbuatan dari masyarakat yang tidak bertamadun.

Semoga perkara sebegini dapat dijadikan iktibar oleh semua pihak pengurusan stadium di malaysia..
Bimbang masa hadapan ada yang akan menggunakan kuasa mahkamah menuntut bayaran ganti rugi berjuta akibat kecuaian pengurusan stadium dalam menjamin keselamatan penonton..

Sudahlah kutipan tiket pun tak seberapa, kena pula bayar ganti rugi, bukankah masalah besar itu..

Sediakan payung sebelum hujan..
-MERGONG PIRATE-