Hardi Jaafar (kanan) bertegang urat dengan pengadil
Shukor Adan - seorang pemain yang bagi aku memiliki ciri-ciri kepemimpinan. Aku membuat liputan kerjayanya sejak dia tampil selaku penyerang di bawah kendalian Ron Smith pada lewat 90-an.
Anak kelahiran Melaka ini yang lazimnya tidak takut menyuarakan pendapat, menjadi tajuk bualan kedai kopi selepas tepisannya dalam kotak penalti ketika Negeri Sembilan menempah tempat ke final Piala FA minggu depan tidak disedari pengadil, Ibrahim Mohammad dan penolongnya, Kamal Tukimin.
Ibrahim adalah pengadil kebangsaan dari Melaka manakala Kamal seorang anggota polis di Alor Gajah. Entah bagaimana kedua-duanya terlepas pandang tindakan Shukor menepis bola dengan tangan yang menafikan Safee Sali daripada menyambut bola umpanan Amri Yahyah beberapa inci dari gawang Sani Anuar Kamsani, dua minit sesudah Alif Shamsuddin tertanduk bola ke jaringan sendiri.
Bayangkan senario ini - Shukor diperintah keluar padang kerana sengaja memegang bola, penalti diberikan kepada Selangor dan seterusnya disempurnakan untuk menjadikan kedudukan 2-0 dan 3-2 secara agregat berpihak kepada Merah Kuning.
Sebab itu K. Devan dan skuad Selangor tidak puas hati malam tadi!
Kesian Selangor.
Anak kelahiran Melaka ini yang lazimnya tidak takut menyuarakan pendapat, menjadi tajuk bualan kedai kopi selepas tepisannya dalam kotak penalti ketika Negeri Sembilan menempah tempat ke final Piala FA minggu depan tidak disedari pengadil, Ibrahim Mohammad dan penolongnya, Kamal Tukimin.
Ibrahim adalah pengadil kebangsaan dari Melaka manakala Kamal seorang anggota polis di Alor Gajah. Entah bagaimana kedua-duanya terlepas pandang tindakan Shukor menepis bola dengan tangan yang menafikan Safee Sali daripada menyambut bola umpanan Amri Yahyah beberapa inci dari gawang Sani Anuar Kamsani, dua minit sesudah Alif Shamsuddin tertanduk bola ke jaringan sendiri.
Bayangkan senario ini - Shukor diperintah keluar padang kerana sengaja memegang bola, penalti diberikan kepada Selangor dan seterusnya disempurnakan untuk menjadikan kedudukan 2-0 dan 3-2 secara agregat berpihak kepada Merah Kuning.
Sebab itu K. Devan dan skuad Selangor tidak puas hati malam tadi!
Kesian Selangor.
46 comments:
Nama Shukor Adan kini sebaris Maradonna dan Thierry Henry~! =)
world cup '86= "Hand of God" Maradona
Semi-final Piala FA 2010= "Hand of Adan"
NAK MELALAK BUAT APA, BUKAN ORANG FAM NAK BACA.
KAN ORANG FAM DAH BUAT ANOUNCEMENT, DIA ORANG TAK BACA BLOK.
JADI KEPADA PENULIS-PENULIS BLOK JANGAN LAH BUANG MASA
Gua rasala kan... kalau ref buang padang sukor, then kasi penalti pada Selangor, keadaan tak banyak berubah.
1.Bantahan keras dari players & officials tetap ada
2. Ref tetap kena escort
Cuma yang mungkin berbeza:
1. Pesta bunga api dan mercun ke dalam padang lebih banyak
2. Acara melontar botol air ke dalam padang mendapat sambutan hangat
Itu saja bezanya sebab ini adalah syle bola Malaysia.
GARA-gara 3 budak hitam dari Melaka, Selangor dinafikan hak untuk beraksi pada final Piala FA sabtu ini. Kita amat bersimpati dengan nasib Selangor tetapi pasukan itu sebenarnya harus menerima hakikat bahawa, insiden sedemikian merupakan asam garam dan rempah ratus dalam permainan bolasepak. Ibarat gulai lomak cili padi, jika tidak cukup garam, ianya kurang enak dan tawar meleser. Begitu juga hal nya dengan bolasepak, jika tiada insiden-insiden sebegini, tiada keseronokannya.
Selangor juga haru ingat, England pernah menerima nasib yang sama apabila Maradonna menjaringkan gol dengan menggunakan tangan pada saingan suku akhir Piala Dunia pada 22 Jun 1986. Ali Nasser dari Tunissia yang mengadili perlawanan tersebut turut gagal untuk mengesan perbuatan Maradonna. Siapalah Ibrahim Mohamad jika ingin dibandingkan dengan Ali Nasser?
18 Ogos 2009, dunia sekali lagi dikejutkan dengan sumbangan tangan ajaib untuk menjaringkan gol. Thiery Henry berjaya memperdayakan Martin Hansson dari Sweeden pada saingan play off Piala Dunia antara Perancis melawan Ireland. Gol tersebut mengakibatkan Ireland tersingkir dari saingan untuk ke Afrika Selatan.
Jika dua perlawanan bertaraf dunia seperti atas ingin dijadikan contoh, apalah sangat dengan insiden di Paroi itu. Selagi permainan itu dinamakan bolasepak, ianya tetap dan akan terus berlaku.
Mungkin timbul pertanyaan, apakah pengadil-pengadil Malaysia harus meniru atau mengulangi kesilapan besar yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka dari Tunissia dan Sweeden itu?
Bagi pihak FAM sendiri, apakah langkah dan tindakan mereka untuk mencegah supaya perkara ini tidak berulang lagi? Apakah Ibrahim dan Kamil Tukimin terlepas dari sebarang tindakan? Ahh.. persetankan.... Martin Hansson sendiri tidak dikenakan tindakan oleh FIFA. Malah namanya turut tersenarai ke Afrika Selatan Jun nanti.
Betul. Ref juga tak lari drp buat silap. ref taraf world pun buat silap. Tapi nak ikut ke org buat silap?
Gua rasalah kan... ref mlm tu memang below par la performance dia. Tak kan la satu Malaya nampak Sukor Adan tepis bola, tapi dia tak nampak? Penonton yang dok jauh nampak, pemain dan coach kat bangku simpan pon nampak. Ref yang dekat boleh tak nampak? Ni ada yg tak kena ni. Rabun kot....FAM kena check mata ni...
Yg pembantu pengadil pun satu hal mangkok hayon... hawau.. cinabeng..
Dah nampak kawan tu pegang bola, angkat la bendera. Nak takut apa kebendanya? Tugas lu bantu ref dan bukan takat jaga bola out je. Kalau takat angkat bendera bila bola out, anak sedara gua yg darjah nam pun boleh buat...Kalau saman mat rempek tadak lesen lu berani giler, yg ni lu mcm tadak kote pulak. Kamon la ref...
FAM kena amek action ni. Kalau laporan match commissioner kata dia pon tak nampak, FAM patutla panggil pakar mata dan check sorang2 sampai puas hati.
Rizal,
I reckon, this is a good exercise to keep highlighting the so-called fumbling of referees in matches from time to time in hope there's someone up in heavens tracking what's what.
of course .. with whatever effort, niat yang jujur dan jelas adalah permulaan yang baik.
CORAT CORET N9 LAWAN SELANGOR...
Banyak benda yang boleh diperkatakan tentang perlawanan N9 lwn Selangor tu...Bukan takat mutu ref je yang hampeh tapi ada 2-3 benda lagi yang tak kena.
FAM pun satu hal lemau. Astro mintak game tu dipercepatkan sehari kepada hari Jumaat supaya tak clash dengan game live RTM Kedah - Terengganu, dia tak bagi. Dia kata semi final musti main serentak. Ni apa cerita ni FAM? Apa penting dan perlunya sampai kena main serentak? Takde kesan apa2 pun la... Lain la cerita dia kalau keputusan Selangor - N9 ni (jika main Jumaat), boleh bagi keuntungan pada Kedah dan Terengganu yang akan main esoknya.
Apara lu FAM...
Yang N9 pon satu hal mangkok hayon. Cuba try tengok mcm mana kawalan tahap keselamatan sebaik habis perlawanan? Berlambak orang ramai berlari masuk padang. Siap bawak gendang besar lagi. Apa... ingat ni pesta PD ke apa nak main2 dram ni?
Mengapa pintu pagar dibuka? di mana kawalan pasukan keselamatan? Cakap lebih pon tak guna lah....
Balik pasal ref melaka tadi... Agaknya memang dah nasib dia mlm tu bukan mlm dia. Maybe mlm jahanam bagi dia...
Dari awal lagi kita tengok dia lemau sikit. Takut bila kena sergah dgn players, exspecially dgn si botak head Selangor yang mulut mcm gampang tu.
Budak Razman Roslan tu pulak, patutnya dah patut kena terajang keluar awal-awal lagi dah. Ade ke patut dia buat macam adik2 dia jer urut muka linesman sebelah sana. Apa dia ingat linesman tu pangkat adik2 dia ke? Dah sama baya dengan bapak hang la Razman! Jangan kuang ajar. Apa perasaan hang kalau org buat lagu tu kat muka ayah hang? Akai ada ka Rosman?
Tapi tu la yang susahnya... si Ibrahim pendek ni hanya berani bagi kad kuning je. Kalau aku ref, aku terajang kuar dah budak kuang ajar tu. Budak2 ni kena ajar hormat org tua sikit....
Tak sampai seminit, budak ni buat hal lagi. Dia makan si Kunalan tu mcm nak bagi patah riok je. Lepas tu siap bagi penampar jepun pulak kat Sahahruain (betul ke ejaan ni?) Samseng kampung betul mamat sekor ni. Kalau aku jadi Shahruain, aku tibai balik punya. Abg2 aku tak penah bagi penampar jepun, dia suka2 hati dia jer nak tampar org...
Korang perasan tak? Ref hanya bagi second yellow card pada Razman?
Setahu aku, kes bagi penampar jepun ni dah masuk kes violent conduct dah. Hukuman dia direct red card bukan? Tapi entah le... maybe si Berahim pendek ni bagi second yellow card atas kesalahan makan kaki Kunalan dan bukan sebab bagi penangan pada pihak lawan. Tapi aku diberitahu, jika seseorang yang melakukan 2 kesalahan serentak, maka dia patutnya dihukum atas kesalahan yang lebih berat yakni menampar. Dan yang pasti juga, hukuman second yellow card dan direct red card sudah pasti berbeza. Tak gitu Hj Fuad?
Memang patut pun budak tu kena tampar.. Razman dah angkat tangan yg ko pegi tunjuk hero apsal.. pegi langgar die plak... kalau pasal ref ni no komen.. dari dulu lagi memang x berubah.. sama je la ngan linesman pun... xde class langsung... keputusan ikut suka hati.. x fokus pada game... ntah apa die wat atas padang pun x tau la..
OHHH ADA LAGI JEEBSION,
APA KOMEN ANDA REF TERENGANU LWN KEDAH DI KUALA TERENGGANU DAN KEDAH LWN TERENGGANU PADA PUSINGAN KEDUA DI ALOR SETAR :)
Keputusan perlawanan seperti dirancang....
Referee dgn Shukor Adan satu hal
Si Zaquan sengaja melambat2kan permainan pd penghujung perlawanan
buat2 jatuh lak....
semoga n9 kalah final nanti
salamz semua...
kenapa nak ngamuk tak tentu pasal?
pasai pa bila KEDAH komen pasal ref banyak yg kutuk KEDAH?
pasai pa cakap KEDAH tak leh terima kenyataan yg KEDAH kalah??
aku rasa KEDAH nih dah jadi ranking no.1 yang paling FAM atau ref meluat.
bila orang komplen korang suruh jadik ref, tapi bila kena batang hidung sendiri rasa macam mana?
macam nak terajang ref tu kan?
apa yang korang rasa tu sikit la berbanding dengan KEDAH. bila dah kalah.. wujud la tajuk "KISAH TIGA ANAK MELAKA". Apa akan jadi kalau menang? mesti tak timbul langsung kan? mesti tajuk dia "SELANGOR AKUR KEPUTUSAN PENGADIL" aku rasa.
So, kepada peminat selangor aku sarankan korang yang paling dekat dengan FAM tu apa kata korang jumpa diorang terus, dah nama pon Gergasi kan, bila korang komplen nanti ada la followers nya nanti. tapi kalau setakat bising dalam blog saja. sama ja dengan KEDAH atau negeri2 lain.
Cuma aku harapakan mutu pengadilan akan di perbaiki lagi.
to Jeebsion: weh, baru depa rasa macam mana kita rasa. betoi dak?
heheheheheh
KHAS UNTUK PEMINAT KEDAH HIJAU KUNING, JOM PAKAT RAMAI2 BUAT LAUTAN HIJAU KUNING KAT BUKIT JALIL. PULUN! KEDAH! PULUN!
PEACE
WEI MATROCK LU LALOK KA BRO? GUA ADA PAROI ITU MALAM... TARAK PUN ORG BAWAK MASUK DRUM MASUK PADANG. LU SUDA HIGH KA?
Syabas kpd pegawai dan pemain Selangor kerana anda semua tak macam org gila pi perambat nak tutoh repri mlm tu. Tahniah juga kpd P Maniam dan Azram Aziz coach keeper yang banyak membantu meredakan keadaan.
Kalau la mender ni jadi kat satu negeri lain tu, ermmm penyek la ref mlm tu kena pijak kan...kan...
Selangor kalah takpe... tapi jangan belasah ref. Macam jakun nanti.
Gua sokong sangat kedah menang dan masuk final beb.... selamat sket repri. heheheheh
Ibrahim pendek dan kamil tukimin bernasib baik kerana ianya berlaku di Paroi. kalau jadi kat alor star, tak tao la untung nasib lu orang. Silap haribulan rebeh telinga lu orang berdua kena pulun.
wei Rizal. Lu sama jeebsion sudah kasi yellow card pada ref dlm posting 27 Mac 2010. Amacam skrg takmo kasi red kad ka?
gua tabek spring la kat sngor ni. walopon kalah, tapi fans club dia tadak la sampai bwk sepanduk pi suruh sack coach dia.
Lagi satu kan... coach keeper dia cool giler. Tadak hati langsung nak bagi pelempang kat repri...
Itulah juara namanya. Bukan tunjuk samseng bila kalah.
itu dah jadi jawapan yang biasa ' human mistake - PENGADIL JUGA MANUSIA BIASA' oleh pegawai bolasepak.
tapi adakah tindakan sewajarnya telah diambil terhadap pegawai polis yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada warga asing menyumbang khidmat dan tenaga kepada negara 'kau tak septutnya tinggal di malayisa' ........
dia seolah-olah tidak bersalah langsung........ macam bekas askar bersara yang memaki hamun malik awab semasa awal semi pro...
PEMINAT RIZAL HASHIM
Kelaku fans team tu dah mmg mcm tu. tak bertamaddun langsung. Dia org terbawak bawak peristiwa kejar burung kat bendang kot....
ULASAN YANG DAH NAIK MUAK UNTUK KITA DENGAR:-
1. Ref manusia biasa.
2. Kami kalah sebab ref
jika sikap mcm ni berterusan, jgn mimpi bola kita nak maju. pihak ref mmg tak pernah mau ngaku kesalahan dia org. pihak team pulak menjadikan ref sebagai kambing hitam. Abes camno?
AHHH... pergi jahanam dengan ref Malaysia.
NASIB BAIK SNGOR TAK MASUK FINAL. KALAU MASUK FINAL LAWAN KEDAH, ALAMAT MAKAN ASAP LA KEDAH. HEHEHEH
betul tu... sngor gagal sebab ref lahabau. NS masuk final atas ikhsan ref... kedah masuk final sebab ref mlm tu bagus.
(tak tao la apa depa kata kalu kedah tak masuk final kan?) Heheheheh
HAHAHAHAHAH (1)
Referees are human too and they are not immune to making mistakes.
That is the Football Association of Malaysia's (FAM) answer to critics of the quality of football refereeing in the country.
FAM secretary-general Datuk Azzuddin Ahmad said those who were dissatisfied with the referees should also lodge official report.
The FAM would not be able to take action so long as teams were not forthcoming in making official report and only voicing out their dissatisfaction through the media, he said.
He added that issues over a drop in the quality of refereeing happened everywhere including in the English Premier League.
"Until today, the FAM only received one official objection from Selangor on Friday against the way the match against Negeri Sembilan in Shah Alam on Tuesday was handled.
"We will investigate the complaint but after the FA Cup final on Saturday," he told Bernama Monday.
He also said that the FAM had no power to stop the FA Cup final between Kedah and Negeri Sembilan even if Selangor lodge a second complaint following claims that the referee and linesmen had failed to detect a handball by a Negeri Sembilan defender during their FA Cup second leg semi-final match last Saturday.
Negeri Sembilan beat Selangor on aggregate to set a clash with Kedah in the final.
-- BERNAMA
.
HAHAHAHHAH...(2)
Football Association of Malaysia (FAM) president Sultan Ahmad Shah is set to helm the football governing body in the country for another term, from 2010 to 2014.
FAM secretary-general Datuk Azzuddin Ahmad said he had met Sultan Ahmad Shah recently and that the president who took over in 1984, had expressed his readiness to helm the FAM for another term and stated his wish to contest the post during the FAM Congress in June.
"The president is ready to defend his post and lead the FAM for another term," he told Bernama here today.
Azzuddin said Sultan Ahmad Shah's immense contributions over the past 26 years that he had helmed the association, had been instrumental in the development of the sport in the country.
"Since being appointed as the secretary-general two years ago, I have had a very pleasant working relationship with the president and amazed with his love and interest in the sport," he said.
Meanwhile, Azzuddin said if his services as secretary-general were needed, he was ready to take the challenge to continue developing football in the country. - Bernama
Kita selalu dgr pemain menjaringkan gol dgn m'gunakan tgn dan memberi impak yg besar pada pasukan pihak lawan..Kita lihat situasinya seakan-akan sama namun pernahkah kita dgr pemain(selain GK)menafikan gol dgn tangan??jrg sekali bkn??ini d'sbbkan (pd pendapat sy,xtau la pndapat anda semua) sudut pandangan pengadil utk situasi pasukan menyerang dan bertahan adalah b'lainan.kebiasaannya sudut pandangan kepada pasukan yg bertahan adalah lbh jelas..jika dilihat semula rakaman video t'sebut, kita dpt melihat kelibat pengadil tersebut hampir meniupkan wisel namun membiarkan shj..mgkn die ingin m'berikan advantage disebabkan bola itu tertampan ke kaki pasukan lawan namun dalam situasi begitu,penggunaan istilah advantage amatlah tidak relevan..
HAHAHAHA (3)
....NAK PECAH PEROT TAK TAHAN GELAK HARI NI....
Don't Blame FAM For Poor Turnout - Azzuddin
KUALA LUMPUR, April 6 (Bernama) -- Do not blame Football Association of Malaysia (FAM) for the poor turnout at Malaysian leagues as it is not its responsibility to woo the crowd.
FAM secretary-general Datuk Azzuddin Ahmad said FAM was tasked with the responsibility of ensuring the smooth running of the tournament and selecting accomplished players for the national squad.
"We also ensure that the national football development programme attained a commendable level. FAM is not responsible in drawing the crowd," he told Bernama.
The Malaysian league audience between March 2009 and March this year dropped to 305,000 from 379,000 between March 2007 and March 2008, according to FAM statistics.
Azzuddin said blaming FAM for the depleting audience was the easy way out as critics did not know who should be held responsible.
He said Malaysians were crazy over the English Premier League (EPL) than the Malaysian leagues as they were fascinated with its quality of football.
"We are not blaming them for loving EPL stars better than local footballers," he said, adding that this should be a challenge to local squads to raise their standard.
"I believe Malaysians will support local teams if they improve their standard and performance," he added.
He said huge funds were needed to enhance the standard of local football but FAM itself was bogged down with financial constraints to aide all teams.
"They have to source their own funds to get out of the doldrums. If they have enough money, they football development will thrive," he added.
-- BERNAMA
HAHAHHHAAH (4)
FAM MEMANG RAMAI BAKAT RAJA LAWAK...
... PASAIPA MAT JUSOH KALUT JAGA TEPI KAIN ORG? BIAR RAJA AHMAD YG BUAT STATEMENT LA...HANG TU PI JAGA JADUAL SUDAH LA...
FAM To Assure Quality Refereeing For FA Cup Final
KUALA LUMPUR, April 6 (Bernama) -- The Football Association of Malaysia (FAM) will ensure quality refereeing during the FA Cup final between Kedah and Negeri Sembilan by picking only the best for the assignment.
FAM Competitions Committee Chairman Datuk Che Mat Jusoh said FAM wants to use the final as a platform to show that Malaysia was not short of quality referees.
"We have not selected the match officials for the final but we will make sure they are the best in the country and recognised by the FIFA, the World governing body for football," he told reporters after visiting the Bukit Jalil National stadium here Tuesday
-BERNAMA
hhehehehehehe memang lawak giler la bro. Belom apa apa dah pasang badan jual ubat. Bukan kah jawatan tu kuasa Presiden baru nanti?
Cito banyak takdo, bagi den selangor malam tu `out` SA mmg licik,firasat den kok yo la lopeh bola tu..Safi conform tanduk melambung. Gol sebijik pun sodokah dari kami- kato Tok Mat...Pueh ati den...jobo bonar..sombong..merujuk pado KDv-mai bahau.
Utk team NS berjuang utk menjuarai Fa Cup 2010 sabtu ni..persetan kato2 busuk dari team yg kalah.
Harap ref bagus pado final.
Hoben jang Hoben Vs Pulun kdh Pulun
"""Bayangkan senario ini - Shukor diperintah keluar padang kerana sengaja memegang bola, penalti diberikan kepada Selangor dan seterusnya disempurnakan untuk menjadikan kedudukan 2-0 dan 3-2 secara agregat berpihak kepada Merah Kuning.
Sebab itu K. Devan dan skuad Selangor tidak puas hati malam tadi!"""
Ello rizal, gua bru tgk rancangan kafe sukan td, korg bertiga (berempat termasuk pengacara gak) bukan main lg sebut pasal isu yg di atas,
abih korg igt, kalu dpat penalti pun, gol ke? belum taw lg kan? ko taw ke bola tu akan masuk? gua pun tak taw bola tu dapat save ataw tak...ikut luck la bro..
kalu gol sekalipun, da n9 main dgn sepuluh org je... kompem ke n9 takleh lawan balik? ko pasti ke takde gol2 lain lepas tu? sila jawab En Rizal...
tapi membaca tulisan anda di atas, dan mendengar statement korg dalam rancangan KS, seolah2 mmg selangor tu hanya kalah sebab tak dapat penalti la ek... kalu betol bagus, awat tak leh gol cr lain ke?
pesan sy kepada anda En Rizal dan ahli panel (pengulas sukan sekalipun) yg lain, bila buat ulasan, pastikan la jgn bias/condong memihak kat mane2 team... kalu malaysia lawan german ke, boleh la nak lebey kat malaysia..
ini tidak, due2 team pun malaysia gak ape..bunyi ayat korg macam pasukan yg diberi jolokan Gergasi Merah ni hebat sgt la ye..
***tp tak taw la kalu korg sume td ni sebenarnye asal selangor ke, penah sekolah kat selangor ke, opis kat selangor ke... renung2kan dan selamat beramal!***
-sekadar pendapat, maaf kalu terasa...
Pigidah Mat Jusoh...sibuk ckp pasai ref pasaipa? Hang pi jaga competition dah le...
Kalo hangpa nk tao, ref yg Ahmad Sobri pi perambat tu ref Terengganu la. So nak tanya Mat Jusoh... apa hang buat kat ganu nak bagi mai ref hang baguih?
MAT JUSOH ARAH FAM SUPAYA LANTIK REF TERBAIK PADA FINAL PIALA FA. NI DAH KIRA KES MASUK CAMPUR URUSAN YBM RAJA AHMAD ZAINUDDIN NI....
Che Mat yang juga Naib Presiden FAM turut memberi jaminan bahawa pengadil yang akan dipilih untuk final tersebut merupakan yang terbaik bagi memastikan kredibiliti pengadil tidak terus dipertikaikan.
"Saya telah memaklumkan kepada Kamaruddin Sakhari (Ketua Jabatan Pengadil FAM) supaya pengadil yang dipilih nanti adalah yang terbaik.
"Ia bagi membuktikan bahawa mutu pengadilan di negara ini masih pada tahap yang terbaik. Tentang siapa yang akan jadi pengadil final ini, itu rahsia," ujar Che Mat selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Final Piala FA serta lawatan padang di Stadium Nasional semalam - kosmo.
harap2 bior le Kedah menang final nanti. kalo kedah bungkus, dah sah ref jadi mangsa. heheheheh
1) selangor gak silap, apesal xmenang awal2 masa 1st leg,so pressure mase main kat paroi nak cari 2 gol...tu yg masing2 emo tu...
2) kalau shukor kena kad merah ke dpt penalti ke, xkompem lagi penalti tu masuk, ye dak?
3) setuju ngan hishammudin, ref nak bagi advantage, ingatkan amirul leh score, tengok xgol...so nak tiup, dah lambat...
4) mmg patutnya tambahan masa lebih lama, game sengit,n9 byk buang masa...
5)free kick last surendran tu pun kena tangan benteng gak, tapi terus tiup abis game, xnak bagi penalti...ontahlah...
MACAM MANA REF NAK PERFORM KALU KEBAJIKAN TIDAK DIJAGA? FAM TOLONG CHECK SAMA ADA REF DAN LINESMAN N9 LWN SELANGOR TU DISEDIAKAN TEMPAT PENGINAPAN? APAKAH KEDUA2 NYA MEMPUNYAI MASA REHAT YANG CUKUP?
bola sepak malaysia..
fam kene tuka pengurusan..tukar dari ketua sampai anak2 buah ketua..buat pembaharuan kt fam..
alaaa masa 1st round pun ref cam siot jer. Amri kena takek tapi tadak bagi penalti pun.
selangor tetap red giant yg menjadi penghulu carta liga super skrg. Bukan macam kedah yg corot...
Salam dari perantauan,
Izinkan saya memberi sedikit pandangan dan mengulas tulisan sdr Hishammudin dan juga Red Giant mengenai insiden yang membabitkan Shukor Adan yang hangat diperdebatkan dalam blog uncle Rizal ini.
Untuk makluman, saya pelajar Malaysia yang mengambil satu kursus kokurikulum mengenai bolasepak dan undang-undang bolasepak adalah diwajibkan dalam kursus ini. Pensyarah2 saya terdiri drp kalangan instructor pengadil yang didatangkan khas dari Persatuan Bolasepak Jerman atau Deutscher Fussball-Bund (DFB) dalam Bahasa Jermannya.
Saya telah mencadangkan kepada rakan2 sekuliah untuk membuat kajian kes mengenai insiden di atas dan pensyarah kami bersetuju menjadi fasilitatornya. Baru kami tahu bahawa, Undang-undang bolasepak ini terlalu unik di mana walaupun klip video itu dimainkan berbelas-belas kali, separuh daripada kami yang seramai 32 orang itu berpendapat, ianya patut dan sah penalti tetapi separuh lagi berkata sebaliknya.
Menurutnya pensyarah saya, itu adalah antara penyebab mengapa FIFA tidak membenarkan penggunaan teknologi video bagi membantu pengadil kerana walaupun dimainkan beberapa kali, jawapan secara majoriti dan tepat masih sukar diperolehi. Cuba bayangkan, bagaimana susah dan lamanya tempoh masa yang diperlukan bagi seseorang pengadil itu mahu membuat keputusan jika teknologi seumpama ini dibenarkan. Ianya bukan saja tidak dapat menyelesaikan masalah, malah akan merumitkan lagi tugas seorang pengadil itu.
Berbalik kepada persoalan Sukor Adan tadi, setelah perbincangan panjang lebar dengan dibantu oleh pensyarah, kami berpendapat bahawa:-
(bersambung)
(sambungan)
1. Dakwaan bahawa pengadil ingin memberi advantage (seperti tulisan sdr Hishammudin dan Red Giant) sebenarnya tidak tepai kerana elemen2 yang membolehkan advantage itu diberi tidak wujud sama sekali. Secara logiknya, pengadil akan hanya memberi advantage JIKA bola itu berjaya ditanduk oleh pemain no 10 Safie Sali tetapi apa yang berlaku disebaliknya. Malah ketika itu terdapat 3 pemain pihak bertahan (no. 12, 15 dan keeper). Kebiasaannya, pengadil yang bijak tidak akan mengambil risiko sebegini. Ini kerana, kebarangkalian pihak penyerang untuk menjaringkan gol amat tipis sekali. Oleh yang demikian, kami berpendapat, pengadil memang tiada niat langsung untuk memberi advantage. Malah tiada sebarang ‘body language’ yang ditunjukkan oleh beliau untuk menyokong dakwaan tersebut.
2.Untuk menguatkan hujah kami, jika masih benar pengadil mahu memberi advantage, mengapa beliau tidak menarik semula advantage itu dan memberi sepakan penalti apabila percubaan Amirul Hadi selaps itu gagal? Kami yakin, semua pengadil memahami dan sedar bahawa memang terdapat peruntukan yang membenarkan pengadil menarik semula advantage yang diberi jika ianya tidak berjaya dimanfaatkan sepenuhnya. Dalam kes ini, pengadil tidak berbuat demikian dan oleh itu, confirm lah tanggapan sdr Hishammudin dani Red Giant itu kurang tepat.
3. Mungkinkah pengadil berpendapat bola itu ‘pergi’ ke tangan Sukor Adan dan ia bukan dipegang secara sengaja? Untuk menjawab persoalan ini, kami secara kolektif (setelah melihat kembali puluhan kali video itu) bahawa, pemain berkenaan memang sengaja melakukan kesalahan itu. Beliau sebenarnya telah ‘terbabas’ agak ke hadapan dan kepalanya ‘tidak tercapai’ bola itu. Jadi, beliau hanya mempunyai satu pilihan saja iaitu ‘mengaut’ bola dengan menggunakan tangan.
4. Kalau begitu, mengapa ref tidak meniup wiselnya? Pada ketika inilah seseorang ref itu memerlukan persediaan dan kekuatan dari segi mental dan fizikal serta keberanian pada tahap yang maksimum supaya boleh dan dapat membuat keputusan yang tepat lebih-lebih lagi dalam situasi yang teramat genting dan sukar.
5. Mengapa pula linesman tidak membantu beliau? Apakah ada sesuatu objek melindungi penglihatan beliau? Mungkin tidak…. Ini kerana Sukor Adan melibaskan tangannya di udara dan sukar untuk mempercayai beliau terlindung. Jadi mengapa tak angkat bendera? Ermmm… jawapannya pun mudah. Hati punya dalam mesti berani…. Tetapi harus ingat, tidak semua linesman berani dalam situasi sedemikian kerana dibimbangi akan di “overule’ oleh pengadil (yang takut) kelak.
Ahmad Qayyum Tabrani
b.p Pelajar Faculty of Education Science
Goethe-Universitat Frankfurt
Senckenberganlarge 3,
60325 Frankfurt am Main
Germany
Wah caya la lu Ahmad QAyyum. Balik Mesia nanti lu joint FAM dan lakukan transformasi. Bersihkan mana yang patut...
AWAT Anonymous BANYAK SANGAT NIE???
DARI ALAM BUNIAN KER?
KEPADA SEMUA BLOGGER...
SATU KESIMPULAN YANG SAYA DAPAT BUAT IALAH, MORAL DIKALAGAN PENGADIL NI DAH MENURUN PADA TAHUN 2010 NI DISEBABKAN TERLALU BANYAK ELAUN DIKALANGAN PENGADIL INI TIDAK DIBAYAR SEPERTI YANG DIJANJIKAN OELH FAM...PERKARA INI SAYA MENDAPAT TAHU DARI RAKAN SAYA YANG MERUPAKAN SALAH SEORANG PENGADIL..MANA JANJI FAM YANG SEBELUM INI MENYATAKAN INGIN MENJELASKAN BAYARAN PENGADIL SETIAP BULAN..TAPI YANG SAYA TAHU BARU SETAKAT INI HANYA BAYARAN TUGASAN BULAN JANUARI SAJA YANG BARU DISELESAIKAN...SETELAH HAMPIR 4 BULAN BERKERJA.CUBA ANDA DILUAR SANA BERKERJA MENDAPAT GAJI 4 BULAN SEKALI...MACAM MANA NAK HIDUP.DI PIHAK FAM BOLEHLAH...MEREKA DAPAT GAJI MACAM BIASA SETIAP BULAN...MANA NAK RASA MASALAH ORANG LAIN. BETUL TAK...
BOLA ITU BULAT said:
Ref manusia biasa~kadang2 terlepas pandang...biasela tu~
huhuuhu
salam sumer..
macamana bola sepak m'sia nk maju kalu ref. pon mcm sial..time n9 vs s'gor tu ari..bola terang2 kene tangan si shukor tu..tp ref buat per? tido kot..elok yer bg video clip bola y kene tangan tu ke ref. y btugas time tu..bg die tgk puas2..sakit ati btl aku..kecik je aku tgk ref. mlm tu..
hope lps nie xde kejadian mcm tu berlaku lg..
maju la sukan untuk negara!
Post a Comment