Wednesday, April 28, 2010

Kafe Sukan Ep 5

Banished into a corner...


Akbar listens intently to NSC director-general Datuk Zolkples' explanation on Guangzhou Asian Games and the New Delhi Commonwealth Games

Akbar discussing indiscipline, Commonwealth Games and Asian Games with national hockey coach, Stephen Van Huizen and two stalwarts, Amin Rahim and Tengku Tajuddin Abdul Jalil



5 comments:

sukasukan said...

salam bro,
surprisingly i'm the first one to post comment on this topic. i hope it doesnt indicate that astro arena is getting more and more unpopular and rating down now.

but like i said earlier and fr wat i gathered on the streets, people are not tuning in to 801 based on their first impression. malah ada yg kata astro arena gempaq je mula-mula dgn pelancaran, tp slowly dying cos xde benda special pun.

to astro arena, i think they better do something urgently to pull in audience. tp i heard, the ex bh guy doesnt hv much say on the running of the channel, smua mat salleh tu control. jgn dia jadi scapegoat mat salleh tu cukuplah. kalau rating x naik, bukan salah mat salleh tu, tp salah presiden sam, itu yg dibgtau pd astro mgmnt. mat salleh tu lg dua tahun pun bla lps kaut smua duit kontrak.

p/s: jgn sampai org ckp, astro arena syok sendiri je. ada buat market survey ke, apa yg penonton mau???? u r suppose to be the so called - nadi sukan malaysia.

JALAN REBUNG said...

salam bro,

saya setuju dengan sukasukan , tapi untuk kita kata yg channel ni kurang popular mungkin tak adil sebab baru sangat. Mungkin org-org kuat channle kena la buat check and balance selepas sebluan contohnya just to ensure that the message manage to reach the audience and audience dapat apa yg depa nak...

RIZAL

Anonymous said...

SUKA SUKAN BETUL BETUL BETUL...

Anonymous said...

Satu pandangan yang bernas dari sukasukan,..pasti anda juga orang media.
Arena ni sepatutnya ikut jejak channel abangnya,..Astro Awani,.berani dedahkan muka-muka baru macam Ashwad Ismail yg kini ikon di Awani.
Mungkin market reseach yg lemah seperti kata sukasukan,..bagi gua,..pietro felix tu dosen't have it in him to be a sports anchor lah,..come on lah...(nothing personal but profesional point of view).
Gua juga rasa, sukar untuk promote sukan negara,..jika story2 isu langsung tidak dimainkan,.Nadi Arena nampak macam carbon copy ESPN,..sebab kepala mat salleh sana dr espn.
Memang betul komen sukasukan,..mamat bh tu takde control sgt,..semua mat salleh tu yg have a say beb.
Lagi menarik,..gua dengar,.budak-budak sport dari Astro Awani akan ditukarkan ke Arena,. untuk kuatkan team news Arena.
Tapi,..sedihnya, ia bukan kemahuan Awani dlm perkara ini,.mereka juga difahamkan tak mau kehilangan team sport mereka yang setakat ini kelihatan lebih berfungsi dari tema Nadi Arena.
Dengarnya,..arahan atasan Astro yang mahu gabungkan mereka...
Apa2 pun,...budak2 Sukan Awani tu nampak ok,.Zulhelmi,Ian Johan apa entah namanya lupa,..syamil dan bos mereka yang muka jawa sikit tu...Fazrie ke namanya.
Program Sukan Awani ekstra pun nampak sudah semakin improve,malah lebih menarik dari kafe sukan.
So kepada Astro Arena,..gunakanlah keempat-empat musketeers Awani tu dengan bijak,..dan jangan lah nak tonjolkan org yg tak patut tonjol,..serta ketepikan yang berkebolehan..!!
Saya pasti saudara rizal setuju dengan saya...

Ex Johannian football captain

Ramli Ghouse said...

JURULATIH TEMPATAN TAKUT MENIKUS?

SIKAP jurulatih bola sepak tempatan yang cepat menyerah kalah ketika membimbing pasukan mereka bersaing di peringkat antarabangsa nyata tidak disenangi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad.

“Apa yang saya lihat jurulatih cepat mengaku kalah sebelum bertanding kerana lawan mereka mempunyai pemain import. Sepatutnya kita mencari jalan dan membuat persiapan terbaik dan lebih bersemangat untuk berdepan dengan pasukan dibarisi pemain import.


“Ada pasukan yang mendapat tempat bermain di kejohanan itu tapi awal-awal lagi menolak untuk menyertainya. Ini tidak bagus untuk bola sepak negara.

“Anda boleh nilai sendiri mentaliti jurulatih, bagi saya ini adalah sikap yang tidak elok,” katanya ketika mengulas kegagalan wakil tunggal negara, Selangor melepasi pusingan awal Piala AFC.

Langkah Selangor yang dikendalikan jurulatih, K Devan tersekat selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pasukan Vietnam, Becamex Binh Duong, 4-0, Rabu lalu - Hmetro online


Selepas perlawanan itu, Devan meluahkan kekecewaan jurang pasukannya dengan pasukan lawan dipisahkan dengan kehebatan pemain import sedangkan skuadnya hanya mengharapkan kudrat pemain tempatan untuk bersaing di peringkat Asia itu.


Malah, rakan sejawatnya yang membimbing Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan belum memutuskan untuk menyertai kejohanan itu, musim depan meskipun layak beraksi atas tiket juara Piala FA tahun ini kerana kurang yakin dengan kekuatan pasukannya bersaing di peringkat lebih tinggi.


Mengenai perkembangan skuad kebangsaan, Azzuddin berkata FAM dalam usaha menyediakan persiapan terbaik untuk anak buah K Rajagobal itu bagi menghadapi misi besar iaitu Sukan Asia di Guangzhou dan Piala AFF, hujung tahun ini.


Antara persiapan yang kini berada dalam pertimbangan FAM adalah menempatkan skuad kebangsaan di Antalya, Turki pada Jun ini.


Malah, Rajagobal juga boleh menguji sejauh mana peningkatan pemain apabila FAM juga sedang berbincang mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab Liga Perdana Inggeris di Kuala Lumpur.


“Skuad kebangsaan kita akan menjalani latihan 15 hari di Turki. Selain menjalani latihan, kami juga cuba mengatur perlawanan dengan kelab dan pasukan kebangsaan negara itu,” katanya pada sidang media Piala Perdana Manchester United- Nike-FAM, semalam.


Selain itu, skuad negara juga dijanjikan dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf A menentang pasukan kebangsaan Afrika Selatan dan dari Asia Barat serta pasukan Bawah 23 tahun dari Asia Timur, Julai depan.