Thursday, April 8, 2010

Previu final Piala FA

Insiden tangan Shukor Adan masih jadi bualan namun fokus harus diberi kepada final yang mempertemukan dua pasukan yang tidak pernah tewas dalam perlawanan akhir Piala FA.

Bagi aku, kedua-dua Wan Jamak Hassan dan Ahmad Yusof kukenali rapat.

Ketika bertugas di Berita Harian, aku selalu dikirim ke Kuantan meliput perlawanan Pahang yang dibintangi Fandi Ahmad, Ahmad Yusof, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh. Sahabat-sahabat sebaya seperti Azaruddin Aziz dan Zulhamizan Zakaria membawa watak sokongan ketika itu. Pernah sekali kami membuat temu janji mengambil gambar Khairul Azman Mohamed memancing menjelang final Piala Malaysia.

Jika ke Kuantan, aku juga selalu bertemu jaguh pecut, Azmi Ibrahim.

Ketika Wan Jamak ditugaskan mengendalikan pasukan kebangsaan, aku sudah bersama The Malay Mail. Pernah sekali aku menghantarnya ke Lapangan Terbang Subang dengan Suzuki Switfku.

Namun aku tidak memilih bulu dalam meramal Negeri Sembilan sebagai bakal juara Sabtu ini.

Ahmad Yusof dicerca, dimaki penyokong Kedah pada awal musim. Musim sulungnya mencabar kerana dia terpaksa membawa "style"nya selepas lima tahun Hijau Kuning dikendalikan penuh jaya oleh Azraai Khor Abdullah. Mujur dia ada Radhi Mat Din di sisinya. Kedua-duanya anggota skuad kebangsaan yang memenangi emas Sukan SEA 1989, Radhi selaku arkitek dengan sentuhan kreatif, Ahmad sebagai pemain yang mententeramkan keadaan dan penjana enjin tengah.


kedahlanie.blogspot.com


Kedah

Kekuatan: Kalau kena pada gayanya, Baddrol Bakhtiar mampu muncul wira. Boleh sempurnakan sepakan percuma, tandukan dan serba pantas. Matang musim ini.. Purata usia muda, kunci kekuatan Kedah terletak kepada daya serba boleh Sabre Mat Abu yang boleh bermain sama ada sebagai bek kanan, kiri atau enjin tengah, larian pantas dari penjuru oleh Faizal Abu Bakar dan Fadly Baharum.

Kelemahan: Kecederaan jangka panjang Victor Andrag, Ahmad Fauzi Shaari dan Samransak Kram mengecilkan pilihan Ahmad Yusof. Bek kiri utama, Shafizan Hashim digantung. Ketiadaan Azlan Ismail, pemain berasal dari Kelantan yang panas baran tetapi bijak menyudahkan peluang, meragut kekuatan Kedah. Khyril Muhymeen Zambri belum cergas sepenuhnya selepas berehat tujuh bulan akibat kecederaan ACL.

Barisan kemungkinan: Helmi Eliza Elias, V. Thirumurugan, Khairul Helmi Johari, Fazliata Talib, Azmi Muslim, Sabre Mat Abu, Shahrulnizam Mustapa, Faizal Abu Bakar, Fadly Baharum, Baddrol Bakhtiar, Shafiq Jamal.


galerihijaukuning.com

Negeri Sembilan

Kekuatan: Formula Wan Jamak mengadunkan sentuhan veteran dengan tenaga muda. Benteng kental dan kaya pengalaman dikepalai oleh Shukor, diapit oleh Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Ching Hong Aik. Berbahaya dari penjuru menerusi kepantasan Shahurain Abu Samah di kanan dan S. Kunanlan di kiri selain faktor kestabilan jentera tengah pimpinan Rezal Zambery Yahya dan Idris Karim, dua rakan senegeri Wan Jamak. Muka baru Shaffik Abdul Rahman dan Zaquan Adha Abdul Radzak pula boleh membuat percubaan dari pelbagai sudut. Penjaga gol Sani Anuar Kamsani tiba-tiba cemerlang selepas dibayangi Farizal Harun.

Kelemahan: Kesilapan kecil boleh membawa padah.

Barisan kemungkinan: Sani Anuar Kamsani, Aliff Shamsuddin, Shukor Adan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Ching Hong Aik, Idris Karim, Rezal Zambery Yahya, Shahurain Abu Samah, S. Kunanlan, Shaffik Abdul Rahman, Zaquan Adha Abdul Radzak.

Keputusan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hasan mengumumkan insentif menjelang final biasanya menyuntik semangat kepada pemainnya. Maaf Kedah, Negeri Sembilan kuasa baru bola sepak tempatan.

Oh lupa, harap pengadil cergas dan cerdas la ya! Keputusan pengadil boleh mempengaruhi keputusan...

19 comments:

aFiQ said...

Pinjam previu bro..nk letak kt HMC..thanks!

Anonymous said...

Di mana langit dijunjung, tempat sendiri tetap disanjung. Kedah pasti menjadi pasukan pilihan saya. Walau rebah, jatuh dan bangun, hijau kuning tetap pasukan sanjungan.

Dah 15 tahun tinggalkan negeri, namun semangat,gema dan irima lagu Hijau Kuning tetap bersemadi di hati. www.mysukan.blogspot.com

Anonymous said...

gua pun sokong dan harap sangat kedah boleh menang sebab nak elakkan kejadian perambat ref berlaku lagi. :)

Jejaka 1994 said...

MENJELANG FINAL FA CUP NI, APA KATA STESYEN HAMIZAL AHMAD SIARKAN SEMULA FINAL2 EDISI LAMPAU TERMASUK YANG FIRST-FIRST TU (SELANGOR LWN PERAK). KITA MASIH INGAT PERAK LEAD 2-0, PASTU SELANGOR BALON 4 GOL. EDISI PERTAMA INI JUGA MENJADI IGAUAN BURUK BUAT PENGURUS PERAK YANG MENGHENTAM REPRI DAN DIGANTUNG 4 TAHUN. SKRG MANAGER NI DAH BAIK DAH. DIA SIAP JADI CHAIRMAN REFRI LAGI YOU...

NAK HARAPKAN STESYEN SATU LAGI, LAGI BAIK DIA SIARKAN HARIMAU MUDA LWN PKNS DAN GANU LWN KEDAH DUA TIGA KALI. HEHEHEHEH JGN MARE

Anonymous said...

Sayapun nak pinjam utk Formasi...boleh??? Nt kita bg kredit je kat LC..

ZAR

Anonymous said...

bro,,

lu kena sokong kedah sbb bini org kulim kalau tidak tidoq luaq malam sabtu ni...hahahaha

Messi..ahhh!! said...

Mana pergi pemain Tionghua skarang. Teong Kim, Kau Foo, Choon Wah and off course Alor Gajah's favourite son Chin Aun. Pemain India pun sama. Mereka berbadan tegap amat sesuai utk sukan ini. Adakah bola begitu "Melayu" hingga bangsa asing kurang perhatian?

Rata-rata pemain Melayu kurang dari segi saiz. Ketangkasan memang ada tetapi semua pasukan gah dunia rata-rata bersaiz besar (Messi is Messi is Messi, jgn bandingkan dian dengan kita - dia di suntik dari kecil utk dibesarkan oleh Barcelona hingga, satu kejayaan sains sukan..yg ada seorang pemain badminton Msia kurang yakin).

So pemain bola Cina dan India, go kick a ball..!!

vanguard said...

saya sebagai penyokong tegar negeri sembilan akan sentiasa menyokong skuad rusa.. semoga permainan cantik daripada kedua-dua pihak dapat ditunjukkan pada sabtu ini. Elakkan diri dikuasai emosi dan bermainlah dengan penuh semangat kesukanan demi kemajuan bola sepak tempatan. =)

kalu perform, pasti S.Kunalan dapat man of the match!

hoben jang hoben...kita pulun kenari! sosah jang sosah...

Anonymous said...

Lepri bukan je kita nak yg adil tapi juga yang bukan dari jenis suka maki mak bapak kita punya perangai. Linesman lak yang bukan jenis suka berlagak mcm pegawai imigresen yang memandai2 kata org tu dan org ni tak layak dok kat Mesia ni.

Anonymous said...

Isu tangan Shukur.. Shukor patut "bersyukur" kerana dialah wira pd malam menentang Selangor Sabtu lepas. Kalaulah pengadil dan penjaga garisan celik mata pada malam tersebut ia cukup mengecewakan N9. Sudah pasti Selangor memperoleh 2-0 pada malam itu, dan ia akan membawa keputusan yang sukar dijangkakan. Apa-apa pun pengadil yg berkuasa di atas padang; wisil di mulut, bendera di tangan.

Tetapi bolehkah N9 berbangga dengan kemenangan kotor itu...

deus X machina said...

shukor adan jangan tahan bola pakai tangan udah le...hek hek

Dunia Aku said...

Dalam final bola sepak, 'tuah' adalah segala-galanya. Siapa sangka Kelantan yang dibarisi bintang tempatan boleh tunduk kepada N9 di final Malaysia Cup musim lalu.

Siapa juga sangka Selangor, sebuah pasukan paling sempurna musim ini boleh menangis kerana 'sentuhan tangan' bekas kaptennya.

Pasukan kerdil seperti Sabah pun pernah muncul juara FA Cup (1995). Semuanya kerna 'tuah' semata-mata.

Hidup Rhinos.....

Anonymous said...

Jejaka 1994,

Perak yang menjulang Piala FA pertama pada tahun 1990 apabila menjaringkan empat gol dalam separuh masa kedua setelah ketinggalan 2-0 pada separuh masa.

Yg kene balun to selangor la... buat ape manager perak nak hantam repri bila team dia menang. ingatan ko dah kabur la...

Anonymous said...

di mana kah letaknya maruah pasukan dan pemain yang menipu ...... untuk memenangi sesuatu perlawanan


Man Kulim

daLyaanoon said...

Teruja mahu lihat Shukor Adan jadi goal keeper lagi malam ini!

jeebsion said...

Rizal,

Though you took the photos from kedahlanie/galerihijaukuning ... the source of the images is actually from jeebsion :-)

rizal hashim said...

jeebsion, sorry. sometimes its difficult to get the real source of the pictures. Anyway jeebsion's blog is a point of reference for many. My apologies.

Anonymous said...

Eleh... baru pinjam gambaq pon dah kecoh. apara lu jebon

jeebsion said...

Anonymous,

We practice good blogging ethics. Tidak mengapa kalau anda tidak suka saya tegur dengan sedemikian rupa. Anda boleh terus salakkan bukit kalau anda suka. Tetapi tidak ternafi adalah hak saya untuk membetulkan punca asal gambar tersebut.