Tidak macam segelintir penyokong ultras atau totok di kalangan Kenari Fan Club yang memberi ulasan tanpa hemah dan budi bahasa di facebook, aku "appreciate" good football tanpa mengira pasukan. Sebab itu dalam koleksi jersi aku ada Kedah, Negeri Sembilan, Malaysia, Trabzonspor, AS Monaco, Palestin, Bahrain dan sudah tentu Perancis...berapa kerat kat Malaysia yang ada woi! Satu lagi, kepada semua penyokong Kedah, aku nilah mastermind yang bikin pengalaman Akmal Rizal Ahmad Rakhli di Perancis satu realiti, siap ada kolum di Berita Minggu dan Sunday Mail...bukan nak masuk bakul tapi sesetengah budak yang kurang baca tu kena ajar sikit...yang setakat nak kutuk sesiapa yang tidak sealiran dengan hangpa, boleh belah la...
Final Piala FA edisi ke-21 kukira hebat lah juga. Penyokong dalam 50,000 (yang berbayar kira-kira 40,000) terhibur/kecewa dengan drama penentuan sepakan penalti, gol Kedah yang terukir indah dan kejayaan Negeri Sembilan hanya beberapa bulan merangkul Piala Malaysia.
Kalau ikut previu aku, ramalan kesebelasan kemungkinan aku hampir tepat. Cuma aku terlupa pemain tengah kanan Shahurain Abu Samah digantung satu perlawanan. Aku ramal Sabre Mat Abu bermula di jentera tengah dan bukan di bek kanan, serta kemungkinan Baddrol Bakhtiar muncul wira buat Kedah.
Analisis taktikal:
Negeri Sembilan bermula dengan formasi 4-3-3, Shaffik Rahman di tengah, diapit oleh K. Thanaraj di kiri dan Zaquan Adha Abdul Radzak di kanan, manakala S. Kunanlan di belakang Shaffik dan dibantu Rezal Zambery Yahya dan Idris Karim. Percaturan ini aku rasa bertujuan memaksa Azmi Muslim sibuk mengawal Zaquan sekali gus menafikannya ruang membantu Fadly Baharum di penjuru kiri Kedah. Thanaraj, pada usia 23 tahun, memiliki kaki kiri yang "sweet" orang putih kata, tapi dia kaget dan kerap hilang bola, jadi Wan Jamak Hassan bingkas membuat keputusan memasukkan Firdaus Azizul seawal minit ke-24. Zaquan memang rajin tapi tanpa seorang penyerang berbisa dan berpengalaman (musim lalu Negeri ada Hairuddin Omar) di sisinya, Zaquan kerap kali berseorangan melawan benteng Kenari.
Kedah pula menampilkan formasi 4-4-2, Fadly di penjuru kiri, Faizal Abu Bakar di sebelah kanan manakala Shafiq Jamal di hujung tombak dengan Baddrol bebas berlegar. Malang buat Ahmad Yusof apabila kecederaan Fadly pada minit ke-33 memaksa dia memasukkan Khyril Muhymeen Zambri terlalu awal. Ku kira perancangan asal tentunya Meen masuk babak kedua kerana dia kurang cergas berikutan rehat panjang dek pembedahan ACL. Bukan mudah Sabre, 23, dan kapten Shahrulnizam Mustapa, 28, bersaing dengan Rezal, 33 dan Idris, 34.
Jaringan:
Minit ke-27: Azmi kepada Fazliata Taib yang menghantar terus kepada Baddrol, flick kepada Shafiq untuk one-two sambil Shukor Adan, Aidil Zafuan dan Ching Hong Aik terpedaya, lalu Baddrol sekadar melambung bola melepasi Sani Anuar Kamsani. Empat hantaran dan gol yang pasti dikenang ramai. Dengan syarat Astro Arena kena selalu ulang.
Minit ke-39: Sorry Negeri - jaringan ini dicetak hasil kerjasama orang Johor. Idris kepada Rezal, yang mengumpan kepada Shaffik, menggelecek melepasi Khairul Helmi Johari. Belum sempat Fazliata hadang, Shaffik bijak menyepak dengan outstepnya. Masalah buat Kedah, ruang kawasan bahaya itu tidak ditutup oleh Sabre.
Report card pemain Negeri:
1. Sani Anuar Kamsani - tenang dan mendakap beberapa percubaan, terutama sepakan percuma Baddrol. Tidak terdaya menafikan gol Baddrol. 7.5 mata
2. Rahman Zabul - melakukan tugas di bek kanan. 6 mata
3. Aidil Zafuan Abdul Radzak - menang perebutan bola di udara tetapi tertipu dek helah Baddrol dan Shafik ketika gawang Negeri dibocori. Persefahaman mantap dengan Shukor senjata Negeri. 6.5 mata
4. Shukor Adan - selain sibuk mengawal benteng, sempat buat dua percubaan - tandukan pada babak pertama yang tersasar dan rembatan half-chance pada minit ke-75 yang diselamatkan oleh Helmi Eliza Elias. 7 mata
5. Ching Hong Aik - berusia 37 tahun November ini, anak Melaka ini kaya pengalaman walaupun kurang kudrat. Disebabkan Faizal gagal menembusi byline untuk melakukan umpanan, Ching tak dicabar sangat. 6 mata
6. Idris Karim - dulu paling muda dalam barisan pra-Olimpik Claude Le Roy dan pernah berdepan dengan David Beckham dan Juninho Pernambucano di Kejohanan Toulon di Perancis pada 1995, Idris guna sepenuh pengalaman untuk rebut bola dan rosakkan pergerakan Kedah. 6 mata
7. Rezal Zambery Yahya - menstabilkan keadaan di tengah buat Negeri. Menyempurnakan sepakan penalti terakhir. 6.5 mata
8. S. Kunanlan - berusaha keras ikut arahan Wan Jamak untuk menyokong pertahanan dan serangan. 6 mata
9. K. Thanaraj - kasihan, dia nervous. 4.5 mata (Firdaus) 5 mata (Norizam Salaman) 5.5 mata
10. Shaffik Rahman - sudahpun berusia 25 tahun, berasal dari Johor dan pernah main untuk MyTeam, selain jaringan cantiknya, kurang efektif meringankan beban Zaquan. 5.5 mata
11. Zaquan Adha Abdul Radzak - laksanakan tugas bikin Azmi sibuk, selain mencuri ruang meledak rembatan ditepis oleh Helmi pada babak kedua masa tambahan. 7 mata
Jurulatih: Wan Jamak Hassan - sudah menang Piala Malaysia dan Piala FA. Tapi susah nak rangkul Liga Super. Negeri tak de striker.
Report card pemain Kedah:
1. Helmi Eliza Elias - menepis beberapa percubaan Negeri, menyelamatkan sepakan penalti Zaquan, malang sepakan dia pulak melambung. Patut selamatkan percubaan Shaffik. 7 mata
2. V. Thirumurugan - dengan pengalaman yang ada, pantas meringankan beban Fazliata dan Khairul, dengan last-ditch tackles terhadap Zaquan dan Kunanlan menafikan gol buat Negeri. 6.5 mata
3. Azmi Muslim - sibuk membuntuti Zaquan sepanjang babak pertama dan awal babak kedua. Lorongan kaki kirinya berbahaya tapi tidak diperguna sepenuhnya. 6 mata
4. Khairul Helmi Johari - banyak buat clearance tapi terpedaya dengan gelecekan Shaffik. 5 mata
5. Fazliata Taib - buat tackle kadangkala bagus dan kawal kubu dengan elok. 5 mata
6. Sabre Mat Abu - tidak menonjol sebagai defensive midfielder. Terhincut-hincut ketika penaltinya ditepis oleh Sani Anuar Kamsani. 5 mata
7. Shahrulnizam Mustapa - walaupun sesekali memperlahankan tempo Kedah, Arul menonjol, cuma percubaan dan hantaran ada kalanya liar. 6.5 mata
8. Fadly Baharum - pulang ke Alor Star dengan kepala berjahit. 5 mata (Khyril Muhymeen Zambri jelas tidak cergas walaupun sedaya-upaya mengucar-kacirkan benteng Negeri. 6 mata
9. Faizal Abu Bakar - kurang efektik menembusi penjuru kanan. Patutnya usaha pergi ke byline dan bikin Ching penat tapi tak jadi. 5 mata
10. Shafiq Jamal - tenggelam dan satu-satunya sumbangan bermakna adalah hantaran yang membawa kepada jaringan Baddrol. 5 mata
11. Baddrol Bakhtiar - memang setuju jadi Pemain Terbaik. Mengambil sepakan percuma, sepakan penjuru. Jaringan kelas pertama. Pada usia 22 tahun, Baddrol kena jaga sikap. Usah lupa rumput dipijak. 7.5 mata
Jurulatih: Ahmad Yusof - selepas dicaci, setidak-tidaknya Ahmad Yusof suluh laluan Kedah bangkit. Dalam Liga Super, kena beri motivasi anak buah agar tidak tertekan di kandang sendiri dan kena mula catat kemenangan bergaya di Stadium Darulaman.
Rumusan: Kesudahan mungkin berbeza jika Kedah dapat membariskan Ahmad Fauzi Saari di tengah, Victor Andrag di benteng dan Azlan Ismail sebagai penyudah.
Apapun, loose cannon ramal Negeri menang, sama ada di Nadi Arena, Sudut Pandang Awani dan blog ini. Sekian.
39 comments:
Alamak Sdr. LC apa marah-marah ni???? Lain macam je bunyi kali ni...Anda buka blog, anda buka topic org 'jump-in' bunyi mcm mana skalipun kena terima la..Final semlm biasa-biasa je. Tak ada apa yg menarikpun. Kalau nak ikutkan yang seronok kami bualkan kat serambi surau usang area rumah kami ialah pasal gol-keeper ambik gol-kick bukan tendang penalti. Tu la jadinya. Sory la saya x paham apa Sdr. tulis pasal report kat tu, tapi saya rasa mutu bola sepak kita masih jauh lagi. Harapan kami Wan Jamak ada perasaan nak balik Johor tolong team sendiri la pulak pas ni..Tahniah Cik Wan. Utk orang Kedah, rilek bro cari Piala M'sia lak pas ni. Setakat ni je dulu, nanti sapa2 balas atau bukak topik lain wa join laie.
XABI ALONSO
LARKIN
Chill bro..mcm marah jer..rsau nk bacer..huhu...anyway, pinjam reviu bro..nk letak kt HMC (again!)..thanks (again)!
3 info menarik yang patut anda tahu
1. Semua team negeri KECUALI MELAKA telah berjaya mencium Piala FA sejak mula dipertandingkan pada 1990. Melaka nak tunggu sampai bila lagi ni wei?
2. Sepakan penalti hanya berlaku dua tahun berturut-turut saja 1999-2000, 2006-2007 dan 2009-2010. Apakah musim depan, keputusan akan diperolehi dalam tempoh 90 minit permainan?
3. Buat pertama kali 2 stesyen penyiaran menyiarkan secara langsung perlawanan ini. Apakah tahun depan sebuah lagi stesyen tv akan turut sama?
salam bro,
wa pun nak bagi komen jugak.
1. game kemarin tak syok sebab takdak flow langsung.
2. refree pun tak konsisten,pemain ns tackle dr belakang takdak bagi kad, pemain kedah 2 kad. Fadzly kena lima jarum kena ape kalau tak siku...kalau fazly ada kedah menang awai..
3. kalau victor main munkin kedah kalah awai sebab dia dah tua tak larat nak ligan zaquan..n9 main through ball melalui rezal atau chin.
4. khairul wa rasa dia baguih sbb banyak cut bola tinggi memang itu gheje centre back buat clearence..dia cepat recover bila bola ilang..
5. yang aku tak paham pasai apa amad usop, radhi boleh biaq helmi amik penalti..dia punya excited sampai bola naik ataih..basic kicking pun tak berapa betui nak amik penalti..cuba hang tengok masa dia amik goal kick kaki dia keraih...tidak kedah dah menang awai
maap pasai komen ni..
salam bro,
wa pun nak bagi komen jugak.
1. game kemarin tak syok sebab takdak flow langsung.
2. refree pun tak konsisten,pemain ns tackle dr belakang takdak bagi kad, pemain kedah 2 kad. Fadzly kena lima jarum kena ape kalau tak siku...kalau fazly ada kedah menang awai..
3. kalau victor main munkin kedah kalah awai sebab dia dah tua tak larat nak ligan zaquan..n9 main through ball melalui rezal atau chin.
4. khairul wa rasa dia baguih sbb banyak cut bola tinggi memang itu gheje centre back buat clearence..dia cepat recover bila bola ilang..
5. yang aku tak paham pasai apa amad usop, radhi boleh biaq helmi amik penalti..dia punya excited sampai bola naik ataih..basic kicking pun tak berapa betui nak amik penalti..cuba hang tengok masa dia amik goal kick kaki dia keraih...tidak kedah dah menang awai
maap pasai komen ni..
Haih, satu lagi reviu yg membosankan.
salam bro,
nampaknya betoi2 fed up dan naik angin dgn penyokong Kedah..
rileks laa.. sampaikan ada dedication khas..
mcmana kita memberi komen kepada orang lain, apa salahnya bila orang lain bagi komen pasai kita..
Peace !!
Thanks atas ulasan...
Sepatutnya semua harus belajar menerima pendapat orang lain walaupun pedas kerana ubat biasanya amat pahit.
Apa pun bagi saya penyokong Kedah, sudah tentu cukup gembira dengan peningkatan demi peningkatan yang terhasil kebelakangan ini dan yang pentingnya KONSISTENSI.
Tahniah Kedah Syabas NS!
dalam bola sepak, nasib juga memainkan peranan.
pada masa tambahan, percubaan zaquan sepatutnya sudah berjaya menjadikan kedudukan 2-1 tetapi helmi berjaya menyelamatkan percubaan wajib gol tersebut. pujian buat helmi.
penentuan sepakan penalti, dua kali kedah di ambang kemenangan.
pertama, setelah sepakan pertama n9 oleh zaquan diselamatkan helmi. tapi fazliata pulak sepak tak masuk untuk mengimbangi semula peluang.
kedua, setelah sepakan asyhraf pula tak masuk tetapi helmi sepak pun tak masuk gak, ke laut. di sini,helmi nampak seperti ghairah mahu menjadi hero, akhirnya memakan diri...
apa pun, menang nasib ke, tetap menang...kalah bermaruah ke, tetap kalah...
yg pasti, bola sepak memang kejam!
betul tu bro rizal..gol kedah mmg superb..one touch ada kelas..nampak mcm kedah mng dari semua aspek kecuali penalti
betul tu bro rizal..gol kedah mmg superb..one touch ada kelas..nampak mcm kedah mng dari semua aspek kecuali penalti
game malam tuh menarik dikala liga kat malaysia suram....terlalu panjang cutinya. Kredit kepada baddrol (player kedah) permainan dia ada level yang tersendiri, cuma luck tidak bersama kedah.
http://rizalhashim.blogspot.com/2008/05/malay-mail-without-the.html, cuba baca apa tepak bersulam tulis. saya tidak kisah dengan orang belasah saya, tapi nak belasah biar ada fakta dan buat cara berhemah, saya lihat anak muda bangsa Melayu ada segelintirnya kurang berhemah dalam alam siber, barangkali tidak dididik. tepak bersulam umpamanya menuduh saya macam-macam main golf, satu penipuan terang-terangan pun saya lepaskan. ini bukan masalah saya tidak terima kritikan. ini masalah komen melampau dalam alam siber.
Malang sekali kerana banyak bahan rujukan dan individu yang boleh dijadikan panduan tidak dicontohi. cuba baca komentar sejak saya buka blog ini April 2008, saya tidak pernah menolak komen yang bercanggah pendapat dengan saya, malah yang bersifat peribadi pun saya luluskan atas nama kebebasan bersuara. Saya harap ahli Group dalam FB tidak kira mana-mana group memberi didikan kepada anggota group agar belajar beri komen bernas, suruh depa ni banyak baca sikit, bukan surf net saja. nak jadi pengikut bola sepak, banyak lagi kena belajar. bukan buta tuli aje support team.
Dear Rizal,
The final was quite entertaining :) Thumbs up to both teams.
My highlights:
1) Badrol's goal. What a one two.
2) Zaquan's tireless running. If it was indeed part of Wan Jamak's game plan, then Zaquan showed great tactical discipline.
3) Azmi Muslim. I believe him to be Malaysia's best left back at the moment.
4) Badrol Bakhtiar. A useful player to have on the pitch.
5) Fazliata. Correct me if im wrong but Zainal Abidin in his commentary described him as a "Mat Rempuh". I'd say continue "rempuh-ing" then :)
Lowights:
1) How the pace of the game deteriorated after 30 minutes - Zainal Abidin's comments were spot on "biasala tu, pemain Malaysia, 10 minit pertama sahaja".
2) Shaffik Rahman. Inability to dove-tail with Zaquan shows. Explains N9s 4th position in the MSL.
3) The lack of rhythm. Although I do feel that finals tend to peter as compared to semis.
All in all a compelling game.
Thank you Kedah and N9.
Here's another highlight for me:
Shukor Adan screaming at his team-mates... hahaha... the passion in that man. Kept N9 ticking.
Apa nak hangin2 ni bro... bukannya kita tak tao perangai penyokong kedah. Kalau kalah, dia hanya nak blame coach atau ref. Tu je yg depa tau. Kalau nak menang jer, ajak la team kokdiang atau tokai jer yg main lawan hangpa...
Game Kedah vs N9 mmg mengihurkan..Game amat menarik..paling best masa 1st half.kedah kontrol game, passing cantik..masuk 2nd half, game seimbang.gol kedah mmg boleh dianggap terbaik.Bagi saya helmi twlah bermain dgn cemerlang..penalti tu mmg nasib.yg penting kedah dah tunjukkan kebangkitan dgn permainan menghiburkan.
Wan: Bola sepak (Malaysia) memang kejam dan tiada plot menarik walaupun mempunyai durasi 120 minit.
Di permulaan cerita ada sedikit keghairahan, tapi selepas itu meleret-leret.
Paling teruk, pelakon yang diangkat sebagai terbaik bagi kategori penjaga gol cuba untuk menjadi penjaring terbaik. (keeper keja dia tangkap bola, bukan tendang bola)...
Akibatnya, ramai yang balik ke Utara malu nak singgah di R&R Tapah sebab jiwa kacau..
Bro Rizal,apa anda maksudkan keputusan reff "xde kontroversi sgt"??
Anda terlepas pandang ke gol Faizal Abu bakar yg dikira offside minit 85 tu??
Is it really offside??
salam bro....
Sebagai penyokong kedah jugak....sya mtk maaf untuk depa....bagi saya kritikan drpd bro blh dijadikan pembakar semangat untuk team kdh....bg depa yang buat komen melampau tu plak sebenaqnya hanya baru minat bola....x penah belajaq bab sejarah...& dan tak kenal org lain selain dlm team kedah
tp...
wa respeq lu bro....
yg bnr..
Budak Kampong (refer f.b)
Den orang Kodah bro. Biasanya fobia tengok bola Kedah main. Bermula dari tahun 80an lagi setiap kali pergi tengok Kedah main, tentu Kedah tewas. Tak tau pasal apa, tapi sokongan tetap fanatik kepada Kedah, negeri kelahiranlah.
Masa Kedah lawan Perlis, dapat tiket free, Kedah kalah dan gol itu dijaringkan oleh bekas atlet bolabaling aku, Andrian Jurad. Menyesal latih dia jadi pemain bola baling. Elok-elok jadi atlet olahraga, tukar sport pula.
Masa Kedah menewaskan Perak di final selepas itu, aku berada jauh di Kota Bharu, pasal tu menang dengan gol yang banyak.
Kali ni pun dapat tiket free juga. Masa melepasi get, Kedah menjaringkan gol 1 - 0. Tak lama lepas tu N9 balas 1-1.
Dah tak ada tempat gi duduk bersama penyokong N9. Terpaksa diam kerana orang Kedah dok dalam penyokong N9. Tapi orang di sekeliling hisap rokok, aku pun lari dari situ. Apalah, dalam stadium pun boleh hisap rokok.
Tulah, dah takdir, aku tak boleh pergi tengok Kedah main, sebab akan kalah.
Kalau koleksi jersi banyak tu, bro, bawa mai sini, nak tolong simpan. hehehehe......
www.mysukan.blogspot.com
tepak bersulam.. bila aku terbaca hang letak pasai nama ni buat aku tersenyum sendiri..
Hantu raya tidak bertuan ni yang cuba nak carik tuan baru ni yang hang bimbangkan?
Dan aku xnampak pulak kaitan hantu raya tak bertuan ni dengan special dedication utk penyokong Kedah, selain dari misainya mcm Datuk K..
Peace!!
Rizal,
Thank you for such an in-depth review. I've linked the entry from my blog.
Anonymous (haiyooh .. why anonymous laa)
tak payah laa nak generalize semua orang Kedah. Pasai referee, memang satu Malaysia pun dok hangin .. bukan setakat di Kedah. Hand of god version shukor adan pun bukannya lawan kedah ... bawak2 laa kita pikiaq sama2 noo :-)
Cerita bola ni kalau Kedah kalah jer mesti kecoh satu malaya punya. team lain kalu kalah tadak pulak bising-bising.
Kpd 'penyokong tegar' Kedah, nak cabar hang ni.... coba nafikan yg penonton Kedah tidak pernah bawak sepanduk suruh mat yusop dipecat.
kalu hang tak jwb, bek hang tukaq nama hang kpd jebon. heheheheh
Anonymous said...
Bro Rizal,apa anda maksudkan keputusan reff "xde kontroversi sgt"??
Anda terlepas pandang ke gol Faizal Abu bakar yg dikira offside minit 85 tu??
Is it really offside??
Anonymous said...
Bro Rizal,apa anda maksudkan keputusan reff "xde kontroversi sgt"??
Anda terlepas pandang ke gol Faizal Abu bakar yg dikira offside minit 85 tu??
Is it really offside??
Anonymous said...
Bro Rizal,apa anda maksudkan keputusan reff "xde kontroversi sgt"??
Anda terlepas pandang ke gol Faizal Abu bakar yg dikira offside minit 85 tu??
Is it really offside??
Anonymous said...
Bro Rizal,apa anda maksudkan keputusan reff "xde kontroversi sgt"??
Anda terlepas pandang ke gol Faizal Abu bakar yg dikira offside minit 85 tu??
Is it really offside??
klau ikut hati nk buat 1 lg tp malaih haih sebab kami paham kualiti ref kt malaysia ni macam mana..haha2
"Adakah N9 menang penalti dikatakan nasib?"
Sila rujuk ke Kamus DBP berkenaan maksud "NASIB"..
N9 mng selapas penentuan melalui sepakan penalti bukan main "Lat talilat La Li Tamplom" atau "One Two Jus" mahupun lontar duit syiling...
Jadi di mana dimaksudkan menang kerana "NASIB"..
Sila kaji dgn teliti seblm menggunakan sesuatu perkataan.. Jgn jadi KURANG CERDIK di dalam menggunakan bahasa ibunda sendiri..
Sepakan penalti menuntut kebolehan pemain utk menjaringkan gol dan keupayaan penjaga gol menafikan jaringan pihak lawan.. INI ADALAH KEMENAGAN MELALUI "USAHA" BKN "NASIB"..
Persoalan yg aku utarakan sebenarnya lebih kpd penggunaan BAHASA YANG BETUL.. Lebih berhati2 ketika menggunakan sesuatu perkataan.. Jadi lebih sesuai digantikan perkataan "MENANG KERANA NASIB" kepada "MENANG KERANA KEBOLEHAN PEMAIN"..
Mmg betul menang kalah adat pertandingan.. Bermain cantik sekalipun tetapi jika kalah tetap dinobat kalah.. Hakikat di dalam bola sepak kemenangan ditentukan melalui perbandingan melalui jumlah jaringan bukan "game-play" yg cantik..
Kalau Kedah berhak menang kerana bermain "CANTIK" sepatutnya kedah boleh menang melaui permainan 120 min.. atau ADAKAH KERANA N9 BERMAIN TERLALU BERTAHAN..?? Kalau n9 bermain bertahan sepatutnya HELMI ELIZA tak layak diberi anugerah "PENJAGA GOL TERBAIK PERLAWANAN".. Cuba fikirkan...
"Adakah HELMI ELIZA layak dianugerahkan "PENJAGA GOL TERBAIK PERLAWANAN FA 2010"..?
Ada beberapa comment mengatakan Kedah bermain lebih cantik, teamwork dan lebih byk menyerang.. Persoalan aku kalo kedah lebih byk menyerang ini bermakna SANI ANUAR KAMSANI lebih sibuk di gawang gol.. Jadi rating markah perlu diberi lbh kpd S.A.K kerana menafikan peluang gol Kedah..
Persoalan kedua S.A.K menyelamatkan 3 sepakan penalti & H.E menyelamatkan 2 sepakan penalti.. Jadi lagi sekali rating lebih perlu diberi kepada S.A.K berbanding H.E..
Kesimpulan "ATAS KELAYAKAN APA HELMI ELIZA DIBERI ANUGERAH PENJAGA GOL TERBAIK"
SIAPA PANEL PEMILIH ANUGERAH PEMAIN TERBAIK PIALA FA 2010???
Kemunculan K. Nadarajan selaku match commisioner pada final tersebut mengingatkan aku kembali kepada kes rasuah bolasepak yang melanda negara pada awal 90an. Di samping puluhan pemain dan seorang jurulatih disyaki terlibat, K Nadarajan juga menggemparkan negara. Beliau telah mengaku telah didatangi oleh bookies supaya mengatur keputusan perlawanan semasa mengadili perlawanan di singapura. Perkara ini dilaporkan kepada FAM setelah 'beberapa' hari kemudian
apa pun pendapat yang lain , sekurang-kurangnya saya menganggap tulisan Rizal ada sumbangannya dari helaian muka belakang di kebanyakan akhbar di Malaysia - apa jua berita sukan dunia - sumber AP , kalau setakat terjemah tak perlu lah letak di akhbar baik pembaca baca terus di Internet ..
tentang perlawanan Kedah vs. N9 , penjaga gol Kedah terburu-buru mahu menjadi "wira" , lihat sahaja gelagatnya ketika mahu mengambil sepakan , setiap pasukan juga seharusnya lebih kemas perancangan untuk berdepan segala situasi sebelum wisel penamat ditiup.
apapun saya gembira melihat suasana stadium / liputan terhadap bola sepak Malaysia yang akan seketika bergempita dengan hadirnya sesuatu perlawanan akhir , namun tetap berterusan sepi di perlawanan Liga di Malaysia ,
FAM - buat kerja sikit la... tak pun guna sumber dari APCO tu nak buat "branding" Liga Malaysia ke.. :)-
buat LC ,
sekarang kerap nampak kat Arena ..:),
saya cadangkan bro bagitau Arena buat review Liga Malaysia macam EPL ,langkah pertama memandangkan tak ramai pun tahu tentang setiap pasukan/ senarai pemain pasukan dalam Liga M ( walaupun sudah di tengah musim- belum terlewat lagi) , review setiap pasukan , kalau ke http://www.malaysiansuperleague.com/ maklumat ini pun tak ada bro ,
website http://www.stadiumastro.com/Football/MalaysianFootball/tabid/316/Default.aspx pun info ni tak ada ,
beritahu pengurusan Arena mereka boleh melakukan lebih baik dari FAM untuk menyemarakkan Liga M seterusnya menaikkan mutu bola di Malaysia.
Mungkin ada yang mengatakan segala info EPL mudah didapati kerana mereka punya sejarah yang lama, teknologi lebih baik , sokongan Media yang kuat , penyokong yang fanatik , punya ramai wartawan yang tidak bergaji yang tetap menulis walaupun tidak bergaji..:)
Lagipun Arena punya banyak waktu siaran yang boleh dieksploitasi ..:) , di peringkat permulaan ini , kalau peminat klik ke nama pasukan di kedudukan liga di stadiumarena.com , peminat sudah boleh mendapat info pengurus/nama pemain/ jadual perlawanan - senang cerita buat je macam http://www.premierleague.com - webmaster Astro mesti boleh buat punya - kalau nak review pasukan dari Johor , contact bro , foc je bro , minat punya pasal..:)
- Azman Mohammad -
Wan Fakhrul, terima kasih. tapi hari tu tak sempat la. Overrun.
Lelaki Sabah, bagaimana kehidupan di Terengganu?
Lilitserbanataspala, terima kasih. Maklum balas saudara dihargai.
Azmi, i always look forward to your comments. they reflect your personality, haha
Cikgu, lah tak sangka adrien tu anak murid u...dia pakar lontar ke dalam, megat amir faisal gagal tangkap bola tu, saya di stadium...masa tu kita pun mau kedah menang...
Max, saya rasa pemilihan helmi dibuat sebelum sepakan penalti oleh wartawan yang hadir. apapun, sani juga layak.
Langkah damai, terima kasih bro! sentiasa menanti teguran dalam blog dan FB.
Kenapa ya helmi dapat anugerah penjaga gol terbaik?
Pasai FAM desak media sebelum habis 90 minit pun untuk menamakan pemain terbaik.
"Tak kisah la masuk masa tambahan ke, penalti ke, lantak kau.. bagi tau sekarang gak," kata pegawai FAM sambil mengacu pistol pada para media.
So... media pun bagi la apa dia nak.
"Badrul & Helmi la.. " habis cerita.
Mana la media nak tau helmi nak ambik goal kick masa tendangan penalti.
BRO....KAT MANA LOGIKNYA zakuan DAPAT 7POINT DAN azmi musim DAPAT 6POINT SEDANGKAN zakuan TAK DPT LEPAS azmi muslim SEPANJANG 120MINS GAME! "PENGKRITIK SUKAN" YANG femes MACAM BRO KENA ALERT MENDA2 NI. DAN KENA TENGOK ULANG TAYANG DALAM ASTRO AREANA 801 banyak-banyak SEBELUM BUAT ULASAN. saya BUKAN NAK ganggu PENDAPAT peribadi BRO....TAPI bagai la logik sikitttt.... SAYA YANG BARU MINAT BOLA PON BOLEH MENILAI (walau pon tak pro macam bro), NI KAN BRO YANG "PRO" DALAM MENGKRITIK. harap bro DAPAT MENINGKATKAN LAGI MUTU PENGULASAN BRO DIMASA DEPAN. SAYA PEMINAT SETIA BRO SETIAP KALI ADA INTERVIEW SUKAN!
ahmadaki,
terima kasih.
kenapa zaquan bermain di sebelah kanan pada separuh masa pertama dan juga sedikit pada babak kedua?
supaya azmi tidak dapat membantu fadly/meen/baddrol di jentera serangan. seperti yang ramai maklum, azmi muslim cukup berbahaya jika diberi ruang.
saya masih ingat umpanannya menghasilkan gol kemenangan pasukan Malaysia di Sukan SEA Laos.
jadi tugas zaquan sebenarnya mengucar-kacirkan penjuru kiri kedah dan dia berjaya melakukannya dengan sempurna. tugas utama azmi pula memang bertahan. cabarannya sama ada sambil sibuk bertahan, dia dapat bantu serangan. dalam hal ini dia kurang efektif.
lihat serangan negeri yang terlalu bergantung kepada zaquan yang sekejap di kanan, sekejap di kiri. kunanlan dan shaffik agak tenggelam, kecuali ketika shaffik menyumbat gol penyamaan.
bagi saya, azmi senjata utama kedah. tapi dia tidak dapat melaksanakan tugasnya kerana dihalang oleh zaquan.
ini percaturan taktikal NS yang menjadi.
wassalam.
hehe..
tak kesah la nak bergaduh pasal menang nasib ke, sapo goalkeeper terbaik ke, ref berat sebelah ke, ape ke...ponek da den dongar ni.
yg ponting:
nogori den masuk final dan monang laie!
hip2 horay... =)
tapi berasa malu dan bengang sebab fan n9 bawak mercun mlm tu.. sampai ade yg cedera.. (dulu time lawan kelantan, marahkan fan kelantan bwk mercun.. huh, kali ni, fan sendirik bawk.. apadaa!)
btw, gol faizal abu bakar minit 85tu memmg offsaid la bro.. den duk topi tu nampak clear offside.. ikhlas ni.
bro..
tugas sebenar azmi muslim pd malam tu adalah PERTAHANAN KIRI.
tugas tersebut sebenarnya telah diketahui umum.kalau berdasarkan aspek menyerang kedah,azmi ditugaskan untuk membantu fadly baharum sebelum fadly terpaksa dikeluarkan.
jadi,azmi terpaksa naik sedikit untuk membantu penyerang kerana pemain yang sepatutnya telah dikeluarkan.
azmi melakukan tugas untuk menghalang penyerang n9.bukan untuk menyubat gol.tidak adil rasanya beliau di beri 6mata sedangkan tugas beliau amat2 berjaya dilaksanakan kerana pertahanan kiri kedah tidak dibolosi.
taktikal kedah telah menjadi kucar kacir akibat dari kecederaan yg dialami oleh fadly..
fadly adalah seorang pemain sayap kiri yang sukar dikawal dan selalu bergerak di belakang pertahanan n9.jadi,apabila pertahanan n9 ada peluang untuk mncederakan beliau,peluang itu dimanfaatkan oleh mereka..
saya seorang pelajar di Australia dan saya berasal dari kelantan.
damn, u have the Palestin shirt bro! thats like a very much sought after shirt, by many collectors..like me! hehehe..
anyway, great collection u have.. aku masih jersey Strasbourg engkau etc...
display la teh collection kat blog bro ... wud be nice to see
Post a Comment