DIKEMAS KINI, 7.30 pagi, 24 Februari, 2009
Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan akan melancarkan satu expo di Bukit Jalil hari ini. Hairan, kerana core business YAKEB bukan menganjurkan expo, seminar, program latihan sebaliknya menziarah atlet sakit, menderma apa yang patut dan jaga kebajikan!YB Menteri Belia dan Sukan, tengok-tengokkan sebelum saya menulis lebih lanjut dalam blog dan forum-forum yang ada.
dear,
memandangkan saya dah lama meninggalkan bidang ini dan kini rizal lebih otai...saya ingin tahu pendapat sdr mengenai penubuhan Yayasan Kebajikan Atlet (YAKEB)yang dipengerusikan oleh Datuk Mumtaz Jaafar. Bukankah di MSN sudah ada Unit Kebajikan Atlet yang dipegang oleh Zaiton Othman. Apakah tujuan sebenar penubuhan YAKEB? Adakah dengan penubuhan ini menggambarkan ada usaha-usaha untuk menidakkan segala usaha Zaiton sebelum ini? Macam ada bau sabotaj aja. Boleh Rizal selidik?
February 17, 2009 12:43 AM
memandangkan saya dah lama meninggalkan bidang ini dan kini rizal lebih otai...saya ingin tahu pendapat sdr mengenai penubuhan Yayasan Kebajikan Atlet (YAKEB)yang dipengerusikan oleh Datuk Mumtaz Jaafar. Bukankah di MSN sudah ada Unit Kebajikan Atlet yang dipegang oleh Zaiton Othman. Apakah tujuan sebenar penubuhan YAKEB? Adakah dengan penubuhan ini menggambarkan ada usaha-usaha untuk menidakkan segala usaha Zaiton sebelum ini? Macam ada bau sabotaj aja. Boleh Rizal selidik?
February 17, 2009 12:43 AM
Terima kasih kepada Noor Hasilah Ismail, bekas wartawan sukan Berita Harian zaman arwah Zainuddin Bendahara, kerana meninggalkan komen ini di bawah posting saya bertajuk From FAM to BAM.
Yayasan ini diwujudkan pada dasarnya untuk menjadi wadah membantu bekas atlit kebangsaan yang berdepan masalah. Apabila kertas kerja mengenai Tabung Kebajikan Atlit dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak dengan kos awal RM10 juta, tujuan asalnya membantu bekas atlit dalam kesusahan.
Pada masa yang sama MSN ada unit kebajikan yang menjaga hal-ehwal kebajikan atlit yang masih aktif di bawah teraju Bionic Girl, Zaiton Othman.
Masalah timbul apabila YAKEB dilihat mahu "menyibuk" dalam urusan unit Zaiton ini. YAKEB hendak borong semua.
Dilihat dari segi sejarah, Pengerusi YAKEB Datuk Paduka Dr Mumtaz Begum Jaffar adalah bekas pakar pecut didikan Nashatar Singh, yang satu ketika cukup berkuasa selaku pengerusi kejurulatihan KOAM.
Dengan berlatarbelakangkan rekod cemerlang selaku perejam lembing, pengangkat bendera dan polis berpangkat besar, Nashatar cukup berpengaruh satu ketika dulu, dari zaman King Ghaz hingga ke Datuk Khalid Yunus.
Zaiton pula anak didik C. Ramanathan, yang bergelut dengan tuduhan cabul sejak kematian Rabia Abdul Salam pada Februari 1994. Hubungan Mumtaz dan Zaiton bukanlah boleh diibarat seperti anjing dengan kucing tetapi mereka tidak mesra, bahkan tidak berkongsi falsafah hidup yang sama. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan permusuhan zaman 80-an dahulu, apabila kedua-duanya saling berebut tempat dalam kuartet 4x400m. Ini bukan saja hasil risikan saya bahkan berasaskan perbualan saya dengan kedua-duanya sepanjang dua dekad ini.
Ketika Ramanathan turun naik mahkamah, ada desas-desus mengatakan ia komplot musuh-musuhnya menjatuhkan jurulatih Pulau Pinang itu tetapi ia sekadar desas-desus.
Dalam hal YAKEB ini, tidak harus timbul pertindihan. Unit Zaiton harus tumpu pada atlit yang aktif, manakala YAKEB pada atlit yang sudah bersara.
Bagi saya, YAKEB juga tidak harus campur tangan dalam urusan sesuatu sukan itu sebagaimana ia dijadikan platform menjemput bekas pemain bola sepak kebangsaan tempoh hari. Kalau hendak jemput semua, jemputlah semua, malangnya Datuk Dell Akbar Khan, bekas pemain kebangsaan pertama yang menjawat tugas Setiausaha Agung FAM, tidak dipanggil untuk bermesyuarat dengan YB Menteri Belia dan Sukan. Kalau ikhlas, kita tidak harus takut dengan semburan-semburan Dell yang dikenali dengan mulut lasernya!
Akhir kalam, saya setuju dengan Noor Hasilah, YAKEB dijadikan "political vehicle". Memandangkan Noor Hasilah baik dengan YB Menteri, nasihatkanlah beliau agar berhati-hati agar YAKEB lebih menjurus ke arah kebaikan dan elemen-elemen yang positif.
13 comments:
Seperti yang pernah dilaporkan oleh sdr dalam "Perjalanan terakhir
Nazri Abdullah", Datuk Dell juga sanggup turun padang menguruskan jenazah arwah walaupun beliau 'sudah tiada apa-apa ikatan' dengan FAM lagi.
Itulah kelebihan yang ada pada Datuk Dell kerana "tidak muda lupa" kepada sumbangan yang pernah diberikan oleh arwah semasa beliau (Dell) menjadi SU Agung FAM dulu.
Terima kasih Datuk!
Wan, tepat sekali.
Saya pun binggung sekarang, terlalu banyak "orang" yang nak jaga kebajikan atlet@bekas atlet tetapi realitinya tak juga. kalaua da wartawan, ada tv semua macam nak tolong. tapi lepas tu senyap sahaja. ini lah masalah malaysia. penubuhan YAAKEB bagus tapi kalau ada personal interest then itu yang susah...sepatutnya semua kena profesional jangan campur hal-hal sukan. concentrate dengan menjaga kebajikan bekas-bakas atlet macam saya ni yang memerlukan bantuan kewangan untuk perubatan
tak salah nak menjaga kebajikan atlet tapi mcm yang umum semua tahu, masing masing nak tonjol diri masing masing. saya sangsi dengan kepimpinan banyak badan kebajikan yang jelas mempunyai agenda tersendiri
Berita Harian - 23 Februari 2009
Perak kena jawab isu RM600,000
Oleh Mohd Fadzrie Hazis
fadzrie@bharian.com.my
FAM tidak mahu kompromi lagi, gelora politik bukan alasan lengah hutang
MESYUARAT Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), esok bakal menjadi hari penentu buat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) mencari ilham segera melunaskan gaji tertunggak pemain dan jurulatih dianggarkan sekitar RM600,000.
Walau apa sekali pun alasan dibangkitkan Pafa, apa yang pasti FAM akan tetap memberi amaran keras kepada ahli gabungannya untuk membereskan kepincangan itu sekali pun badan induk memahami 'senario politik yang bergelora' di negeri berkenaan.
Soal majikan gagal membayar gaji difahamkan bukan hanya bergolak di Perak, malah pengurusan di Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak juga kini dalam perhatian rapi FAM.
Jumlah anggaran RM600,000 ditanggung Pafa dikatakan tunggakan gaji empat bulan dari Julai sehingga Oktober tahun lalu, termasuk tiga bekas pemain import yang berjumlah RM186,000, gaji bekas jurulatih, Steve Darby sekitar RM120,000 dan baki RM300,000 adalah jumlah gaji pemain tempatan.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengulangi ketegasan badan induk itu selepas Mesyuarat Exco, 1 Februari lalu iaitu untuk mendesak Pafa melunaskan bayaran gaji pemain yang tertunggak, walau pun mengerti Pafa kini di bawah pentadbiran baru.
"Apa yang pasti gaji tertunggak itu harus dilunaskan dan bukan terus membisu walau pun di bawah pentadbiran baru. Ia mungkin berlaku dalam era pentadbiran sebelum ini. Tetapi gaji tetap gaji dan FAM tidak boleh kompromi dalam soal aduan pemain tidak menerima gaji mereka.
"Sesiapa yang mentadbir Pafa kini harus bertanggungjawab menyelesaikan hutang ini dan bukan mengambil sikap lepas tangan sahaja. Ini soal kebajikan pemain dan juga jurulatih," kata Azzuddin.
Sementara itu, seorang bekas pemain senior Perak turut mendakwa Pafa turut gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), musim lalu.
Pemain itu turut menyuarakan rasa kesal terhadap sikap sesetengah pegawai Pafa kini yang sentiasa mengelak apabila ditanya mengenai bayaran tertunggak pemain musim lalu.
"Saya amat berharap FAM dapat mengambil tindakan membantu pemain kerana kami hanya menuntut hak kami dan tiada tempat lagi untuk kami tuju memandangkan Pafa kini tidak memberi kerjasama, " katanya.
Persoalannya:
Beranikah fam?
Ada Pasukan yang pemainnya tanpa dilindungi insuran pun masih boleh bermain?
Ada pemain yang belum membuat ujian yoyo pun sudah boleh bermain?
Mereka hanya bijak mengertak dengan alasan titah dari istana?
Agen FBI
Kota Sarang Semut
Wan, nama lain yang disebut sdr rizal Saifudin PSU. Yang lain entah!
Ejen FBI,
FAM hanya berani mengugut. Pasal ugut-mengugut ni bagi kat dia la.
Lepas tu gunakan nama presiden. Konon konon atas titah tuanku. Tu la modal FAM. Cari la modal lain supaya nampak real sikit.
Ni kes rayuan kelantan apa cerita?
dr sumber2 yg sahih...
pg td semasa pelancaran expo oleh YAKEB di Bkt.Jalil, ade MoU yg ditandatangi oleh Dato' Mumtaz dengan penganjur Expo disaksikan Dato' Sabri...
tp kenapa MoU nie dibuat senyap2?
wartawan kat luar x dipanggil pon?
ada ape2 ke Dato'?
tau le projek nie juta2..
dapat 10% pon dah kaya raya tu..
agen perisik tolong usha2 skit..
hahahaha...tu la kalau taruk orang politik jaga kebajikan bekas atlet..kita orang yang bekas-bekas ini tingal bekas je la.tah bila bekas tu nak penuh. harap YAKEB jadi market la jawapnya
bro rizal,
YAKEB sepatutnya bukan utk atlet saja pegawai sukan terutamanya jurulatih patut termasuk sekali, mereka juga berjasa ...
masa di HKL tunggu jenazah arwah Rosli Ismail jurulatih sepak takraw wanita dituntut ada kawan yg talipon YAKEB tanya ada sumbangan ke tapi dimaklumkan tiada utk jurulatih hanya atlet saja...
nasib baik ada pegawai MSN dan PSM yg bantu menguruskan...
ne la susah kalau badan kebajikan ada penunggu nye yang lapor nak membaham binatang yang lalu
ni la org malaysia dan org melayu begitu sombong dan angkuh... bapa saya seorang bekas ahli sukan.. nak harapkan msn sampai biler pun mcm tu juga.. tunggu mati baru nak ambil tahu. yakeb dtubukan utk menjaga kebajikan atlit bekas atlit amat terbela dan terjaga.. rizal hashim awak ni ahli sukan ke? kalau awak blogger malaysia support la sukan negara bukan nya menindas..
Msn jaga kebajikan .......podahlah....jaga kebajikan pegawai msn adalah. Anggota sokongan untuk pralimpik yang status tukang kebun pun dapat t shirt dapat cuti sebulan makan gaji buta..dapat macam macam . Bila atlit minta dapat hampas!!!!!! Barang untuk atlit dan jurulTih bagi kat staff depa. Officer msn pergi luar negara duduk hotel single room coach yang penat lelah duduk kat lantai bilik atlit.boleh blah msn jaga kebajikan atlit and jurulatih. Staff msn ada bonus kalau coach dan atlit dapat buat terbaik coach dan atlit kena kutuk caci dan herdik dek orang msn. Sorry la msn dah berubah jadi tempat capai kpi gaji buta....coach dpat kpi gaji tak naik, bonus pun tak bagi...cuti pun tak bagi......msn tak jaga kebajikan!!!!!!!! Boleh blah msn!!!!!!!
Post a Comment