Thursday, February 26, 2009

Reduan kena gantung setahun

UPDATED 7.0am, February 27.

Please click here for a very sarcastic piece by Berita Harian and here for a direct report and here for the invitation for a former national skipper and a former FIFA referee to attend the disciplinary hearing the next time around.


DIKEMAS KINI, 8.0pm, 26 Februari.

Reduan Abdullah digantung setahun berkuatkuasa serta-merta dan dikenakan denda RM4,000 kerana didapati bersalah mengkritik FAM. Dia diberi ruang mengemukakan rayuan terhadap penggantungan itu (bukan denda) dalam tempoh 14 hari.

Yang jatuh hukum bekas bek tengah kebangsaan, Kamaruddin Abdullah, yang juga seorang peguam. Setiausaha Agung Datuk Azzuddin Ahmad diarah keluar ketika jawatankuasa bersidang membuat keputusan petang tadi.

Kemungkinan besar naib pengerusi jawatankuasa pengadil Datuk Soh Chin Aun dan ketua jabatan pengadil Kol Kamaruddin Sakhari dipanggil menghadap lembaga disiplin tidak lama lagi.

Kelakarnya, Chin Aun selaku pemangku pengerusi pun tidak boleh bercakap dengan media? Kena minta kebenaran Tuanku atau SMS urusetia dahulu? Nampaknya FAM sudah berlagak angkuh. Sedarlah wahai tetuan di FAM, bola sepak sukar dipasarkan sekarang. Ini bukan tindakan bijak.

FAM, FA Mengarut.

I was wrong. Instead of six months, Reduan Abdullah has been slapped with a one-year suspension with immediate effect. He has 14 days to lodge an appeal. I sense that this draconian act is a way of deterring stakeholders, particularly those connected to the league directly, from speaking to the Press. Perhaps I should lead a campaign for the Press to stop covering FAM! Another thing, acting chairman of the referee's committee, Datuk Soh Chin Aun, may also be summoned to face the disciplinary committee for his remarks made in Berita Harian. He was speaking in his capacity as the deputy chairman! If nobody is allowed to speak to the Press, let's boycott FAM!


Berhati-hati kalau menegur atau memberi buah fikiran membabitkan polisi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kalau anda jurulatih atau pegawai pasukan, penggantungan enam bulan hingga dua tahun secara automatik dikenakan jika didapati bersalah melanggar peraturan tatatertib FAM. Peraturan 18 melarang pemain atau pegawai membuat kenyataan akhbar sama ada melalui media massa atau elektronik tanpa kebenaran Persatuan.

Kesalahan 18.1 - Pemain digantung automatik tiga (3) bulan manakala Pegawai digantung automatik enam (6) bulan manakala Pasukan, Pegawai dan pemain (liga Super) dikenakan denda di antara RM1,000 dan RM8,000.

18.2 - Pemain atau Pegawai yang membuat kenyataan akhbar atau memberikan sumbangan kepada akhbar tanpa kebenaran Persatuan dan kenyataan tersebut adalah tidak tepat atau salah.

18.3 Pemain atau Pegawai yang membuat kenyataan akhbar atau memberikan sumbangan kepada akhbar mengenai pengurusan Persatuan tanpa kebenaran Persatuan atau kenyataan tersebut pada pendapat Jawatankuasa adalah mengaibkan, menghina, mengancam, menggugut atau mencemar imej Persatuan atau Pertandingan.

18.4 Pemain atau Pegawai yang membuat kenyataan akhbar atau memberikan sumbangan kepada akhbar tanpa kebenaran Persatuan atau kenyataan tersebut pada pendapat Jawatankuasa adalah untuk bermusuhan, mencemar atau memperlekehkan mana-mana Pegawai Persatuan.

Mangsa pertama peraturan yang kejam ini barangkali bekas pemain kebangsaan dan midfielder Selangor, Reduan Abdullah. Jurulatih Felda United itu dihadapkan ke Lembaga Disiplin FAM hari ini atas tuduhan membuat kenyataan akhbar

Kata-katanya terungkap dalam laporan Harian Metro pada 20 Februari lalu.

Dia dipetik sebagai berkata: "Mana dia pegawai FAM kerana badan induk kebangsaan itu sepatutnya memantau pelaksanaan ujian berkenaan. Apabila tiada pemantauan FAM, maka pemain yang gagal di dalam ujian itu tetap juga mendapat lesen untuk bermain."

"Semuanya diserah bulat-bulat kepada FA negeri atau kelab. Itulah sebabnya ada pasukan yang tetap meluluskan pemain mereka walaupun pada hakikatnya pemain itu gagal di dalam ujian. Perkara-perkara sebeginilah yang membuatkan imej bola sepak kita semakin lama semakin buruk."

Beliau yang juga bekas pemain kebangsaan itu berkata FAM juga tidak menetapkan tahap-tahap tertentu yang perlu dilepasi setiap pemain yang menjalani ujian yo-yo dan menyifatkan ia sebagai usaha yang sia-sia.

"Sepatutnya, FAM perlu menentukan apakah tahap yang perlu dilepasi setiap pemain yang menjalani ujian yo-yo dan bukannya mengarahkan FA negeri atau kelab mengadakan ujian itu tanpa sebarang pengawasan atau tahap tertentu.

"Kami di FA negeri atau kelab, tertanya-tanya perlukah kami mengadakan ujian ini jika ia tidak mendatangkan sebarang faedah kepada kami.

"Saya tidak menafikan ada pasukan negeri atau kelab yang sengaja meluluskan pemain kerana tetap mahu menggunakan khidmat pemain itu," katanya yang mewakili negara dari 1973 hingga 1978 itu.

Ini teguran yang membina, yang meminta FAM memantau ujian kecergasan sebelum mengeluarkan lesen pemain.

Keesokannya, Harian Metro mendapat ulasan setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Lt Jen (B) Datuk Azzuddin Ahmad.

BERANG apabila dianggap sebagai tidak bertanggungjawab, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad semalam bingkas mempertahankan tindakan badan induk kebangsaan itu berhubung isu ujian yo-yo.

"Takkan semua benda kami perlu pantau. Persatuan bola sepak (FA) negeri atau kelab perlu sama-sama memikul tanggungjawab memastikan pemain mereka lulus ujian berkenaan tanpa ada sebarang masalah membabitkan ketelusan.

"Saya kecewa dan kesal apabila FAM dituduh sebagai tidak bertanggungjawab dan bersikap seolah-olah lepas tangan dalam hal ini. Bagi saya, tuduhan itu langsung tidak berasas kerana apa gunanya pengurusan di FA negeri dan kelab jika perkara kecil sekalipun tidak dapat diuruskan dengan baik," katanya.

Badan induk kebangsaan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) menganjurkan kursus kepada semua jurulatih kecergasan untuk setiap pasukan Liga-M pada November 2006 dan dihadiri semua wakil pasukan yang bertanding.

Kursus yang digelar CPCS Tahap 1 memberikan maklumat yang tepat kepada semua jurulatih kecergasan mengenai tahap yang perlu dilepasi setiap pemain dan sekiranya ada pihak yang mendakwa FAM tidak menetapkan tahap itu, bermakna mereka tidak diberikan taklimat yang tepat oleh jurulatih kecergasan masing-masing.

"Saya ada bukti bertulis mengatakan kursus sedemikian pernah diadakan dan ia bertahan hingga hujung musim 2009. Hujung tahun ini, kami bercadang untuk mengadakan satu lagi kursus lanjutan.

"Untuk musim pertama pelaksanaan ujian yo-yo, beberapa wakil diketuai Pengarah Teknik ketika itu, Robert Alberts pergi melihat sendiri ujian yang dilakukan di negeri-negeri. Selepas itu, FAM menyerahkan kepada FA negeri dan kelab untuk meneruskannya.

"Sekiranya ada FA negeri atau kelab yang tidak telus ketika menjalankan ujian itu, bermakna mereka menipu pasukan dan FAM sendiri. Mereka perlu menanggung akibatnya," tegasnya
.

Baik jeneral, tapi bagaimana pula dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menegur FAM tempoh hari, atau Kol Kamaruddin Sakhari yang mengecam AJK pengadil FAM sendiri? Harap-harap tiada unsur double standard dalam hal ini.

79 comments:

Anonymous said...

bro rizal kau je lah yg betulnya.... orang lain semuanya tak betul..... kalau macam tu kau aja 'take over' FAM tu tengok la pulak blogg apa yang keluar lepas ni... mana laa tau bila kau duduk di situ bukannya pengadil je yang boleh jadi wakil ke World Cup tapi team malaysia boleh ke World Cup.....

Cuba laa lu punya kroni rampas kuasa manalah tau kan dengan NASIB kau n kroni2.....

norahulfa said...

rizal, betul ke riduan felda united kena gantung 6 bulan? wah..kes berat ni..

Anonymous said...

loose cannon

kalau seorang setiausaha negeri buat kenyataan akhbar (buat comment) keatas FAM, kita boleh andaikan bahawa kenyataan itu adalah daripada persatuan negeri berkenaan yang mana ianya merangkumi semua jawatankuasa yang di lantik iaitu termasuk presidentnya sekali.

so maknanya state FA tak boleh bagi apa apa comment walaupun FAM salah dalam mengendalikan apa-apa keadaan.

Bagi riduan abdullah saya setuju dengan apa yang belia nyatakan yang mana Jawatankuasa teknikal jurulatih kena memantau dan memastikan persatuan negeri atau klab mengikuti garis panduan yang telah di tetapkan. Sekiranya tak di pantau ini lah yang di hadapi yang mana hanya 3 orang pemain sahaja yang lulus ujain kecergasan.
Sepatutnya penguatkuasaan ini perlu di lakukan dengan ketat kerana ianya akan menyusahkan ketua urulatih kebangsaan untuk menjalankan tugasnya.

Cuba FAM perhatikan corak latihan negeri-negeri adakah ianya betul-betul dijalankan dengan cara yang sistematik. Kita perlukan satu sistem yang benar-benar berkesan kerana FA negerikah yang menyumbangkan pemain bagi mewakili negara dan bukan datangnya daripada FAM.

Bagi pandangan peribadi saya setiap pasukan negeri perlu ada pasarana dan anggota yang mahir dan pakar akan bidang tugas masing-masing, contohnya:

1) Jurulatih kecergasan
2) Jurulatih untuk pemulihan
3) jurulatih bagi kekuatan (bebanan)

dan yang paling penting perlu ada GYM sendiri bagi kegunaan latihan bebanan sebelum musim dan semasa musim liga serta bagi tujuan pemulihan.

Kalau kita perhatikan kebanyakkan pasukan negeri atau kelab hanya ada ketua jurulatih dan di bantu oleh 2 atau 3 penolong.

Kebanyakkan pemain yang bermain di liga kita tak mempunyai strangh (kekuatan otot) bagi kegunaan 90 minit permainan, semuanya hanya ada skill yang sedikit tanpa kekuatan.

daripada ini kita perhatikan kebanyakkan pemain muda kita mengalami kecederaan lutut pada peringkat umur yang muda.

Bagi saya FAM sepatutnya perlu memastikan setiap pasukan negeri ada mempunyai kakitangan yang telah di sebut tadi. dan juga FAM perlu mengadakan satu tahap kursu atau seminar yang perlu di hadiri oleh semua pemain2 bagi mengajar mereka akan maksud dan kelebihan mengenai pemakanan, latihan bebanan semasa pra musim dan juga mengenai penjagaan tahap kecergasan. Kehadiran mereka ke seminar ini merupakan salah satu daripada kelayakkan mereka untuk mendapat lesen pemain profesional.

Apa yang Riduan Abdullah nyatakan bagi saya ada kebenarannya kerana cara pengelolaan FAM dalam latihan yoyo ini nampaknya tak di jalankan dengan betul. Biarkan FAM letakkan satu garis panduan yang minima yang perlu di miliki oleh semua pemain.

Perlu kita ingat bukan sahaja pemain yang tak disiplin diri, jurulatih dan FAM pun tak mempunyai disiplin diri yang tegas.


Sekian terima kasih
Pandangan saya

Anonymous said...

Isunya di sini, mengapa Ridu kena mengadap kerana 'mengumpat' tetapi orang yang terang-terang 'memfitnah' dilepaskan begitu sahaja?

p/s Pada pemahaman saya yang cetek ini, 'mengumpat' bermakna menwar-warkan 'cerita benar' kesalahan orang lain kepada pihak lain manakala 'menfitnah' membawa maksud, 'mereka-reka cerita tidak benar' tentang seseorang dan menghebohkannya kepada orang lain.

Kroni Baru,
Kelana Jaya

@eYi@ said...

ko betul Bro Rizal... hentam lagi FAM nih.. mmg patut pun dihentam persatuan yg hina dina nih... dia ajer yg betul...

buat si askar pencen tuh..bawak2 la letak jawatan... org kt luar ramai lg ngangur tuh...

Anonymous said...

Penyokong Felda United tanak buat demo kat depan gate FAM ke?

Koman koman pun pi la hantar nota bantahan ke FAM tu.

Anonymous said...

salam,,
untuk pengatahuan saudara-saudara sekalian...
disini saya ingin memberi cadangan berkenaan dengan penyelarasan jurulatih kecergasan daripada tenaga tenaga muda ataupun yang berpengalaman dalam sains sukan...disini saya ingin menjelaskan bahawa bolasepak dinegara kita tiada ada penyelarasan training program dari aspek kecergasan ataupun bebanan berat(strength training)..
di malaysia, kita mempunyai 28 pasukan yang bertanding di peringkat liga..samada liga super atau pun liga premier.
FAM perlu melantik 28 orang jurulatih kecergasan atau trainer yang mempunyai kelayakan basic sains sukan...disini saya ingin nyatakan bahawa ramai calon yang layak.calon2 dari UITM, UM dan UPM.pelajar2 yang baru menamatkan ijazah mempunyai pengatahuan yang cukup untuk memahami aspek2 sains sukan.
FAM perlu mewujudkan satu jabatan yang berkaitan dengan penyelarasan latihan kecergasan,dimana JABATAN tersebut perlu membuat satu program latihan tahunan.(program latihan tahunan yang dipanggil training periodization untuk satu tahun)contohnya latihan pada hari isnin,apa objektif yang ingin dicapai..adakah latihan cardiovascular endurance atau pun latihan bebanan berat..objekktif harian?objektif bulanan?objektif tahunan?...training periodization ini HENDAKLAH diberi kepada 28 jurulatih ini untuk dilaksanankan pada setiap pasukan atau negeri......tatacara latihan ini adalah bertujuan untuk menyelaras latihan yang sama untuk setiap negeri dan kelab.program ini tertumpu pada tahap kecergasan pemain...dari segi taktikal ataupun teknikal kita serahkan kepada ketua jurulatih...penyelarasan ini mungkin jalan terbaik bagi meningkatkan tahap kecergasan pemain malaysia disamping, jurulatih2 ini dapat memantau tahap kecergasan pemain disetiap negeri dan kelab.jurulatih2 ini akan membuat laporan setiap bulan untuk melaporkan tahap kecergasanan pemain2.laporan yang dibuat akan memudahkan jurulatih malaysia sekiranya ingin membuat pemilihan pemain untuk skuad kebangsaan. Alasan bekas jurulatih B.Sathianathan TIDAK boleh diterima kerana hanya mempunyai 3 pemain yang lulus ujian kecergasan bagi menghadapi U.A.E.Tetapi,sekiranya kita mempunyai hanya 3 pemain sahaja yang lulus ujian kecergasan.bukan ke patut kita mengubah corak taktikal ataupun formasi untuk game tersebut...kenapa kita mesti menggunakkan sistem 4-4-2 ataupun 4-5-1...saya tidak pasti sistem apa yang digunakan oleh malaysia dalam perlawanan menentang U.A.E.Kenapa tidak menggunakkan formasi yang negetif seperti 6-3-1 atau semua pemain bertahan..dan hanya menyerang bila ada peluang...kenapa?hanya 3 pemain yang lulus ujian dan bertahan adalah senjata terbaik untuk menutup kelemahan 8 pemain yang tidak cergas.sekiranya taktikal itu digunakan, mungkin kita akan seri ataupun kalah dengan jaringan kecil....kadang kita terlupa satu pepAtah yang mengatakan UKURLAH BAJU DIBADAN SENDIRI..BETUL KE NI..HEHEHEHE.sekiranya bagus, bagus la,sekiranya teruk, teruk la.....

THANK YOU....
RIMAU CNN

Anonymous said...

Redu memang 'out-spoken'. Tapi dia cakap yang betul. Sekarang sistem nak main Liga M 'caca-marba'. Buat 'brain-storm' pasal Liga M dah berpuluh kali tapi apa benda yang terhasil pun tak tau. Pengerusi J/Kuasa Pertandingan pun kayu, sebab LULUSKAN game T-Team dan Terengganu serentak setempat untuk Piala FA aritu. Macam la seluruh orang Ganu nak gi tengok bola. J/kuasa Teknikal lagi la, tak yah cerita. Kalau betul Redu kena gantung, ayuh Penyokong Team Felda kita buat demo aman hantar memo macam geng2 Kelantan buat tempoh hari. Ini revolusi baru bola sepak negara. Kepada FAM jangan terlepas pandang atau melepaskan aje Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis tu. Tak kan FAM takut sebab di ada pangkat Datuk' atau bekas MB. Salah tetap salah..

rizal hashim said...

norahulfa, terima kasih kerana melayari blog saya. Saya hanya mahu pentadbiran FAM bertindak secara berhemah dan tidak perlu terburu-buru jatuh hukum. Lembaga Disiplin FAM akan bersidang jam 2.30 petang ini dan harapnya pengerusinya Kamaruddin Abdullah yang juga anggota pasukan Olimpik 1980 mengambil sikap terbuka. Lebih serius bagi saya adalah kenyataan daripada seorang kakitangan bergaji di FAM yang mengutuk ahli jawatankuasa yang dilantik Presiden! Saya mahu lihat FAM telus. Konsisten dengan tulisan-tulisan saya sepanjang kerjaya saya dalam dunia kewartawanan sukan.

Anonymous 9.26am, saya bernama, tulis secara terang dan tidak bersembunyi macam saudara. Sesiapa saja yang duduk di FAM akan menerima teguran saya, tidak kira dia kroni saudara atau tidak. Saudara jelas sekali tidak tahu sejarah pelantikan beberapa general secretary. Saudara macam kebanyakan orang kita, buta sejarah.

rizal hashim said...

Peace, tidak boleh hentam keromo. Biar bertempat.

Anon 10.40am, benar, saya setuju dengan tuan.

Anon 12.55pm, sebab itu di FAM nadinya ialah kakitangan bergaji. Merekalah menentukan hidup matinya FAM. Siapa di sebalik jawatankuasa pertandingan? Sudah tentu jabatan pertandingan kendalian Ahmad Fuad Daud. Siapa di belakang jawatankuasa pengadil? Jabatan pengadil. Siapa di sebalik Majlis FAM? Urusetia FAM yang dianggotai kakitangan bergaji. Mereka bukan saja mendapat gaji bulanan bahkan mendapat elaun jika bertugas di luar. Tanggungjawab menasihati jawatankuasa dan majlis terletak di bahu urusetia, ketua urusetia dan ketua-ketua jabatan. Kalau salah nasihat, salahlah keputusan. Kita tidak boleh bergantung kepada sukarelawan seperti Khairy Jamaluddin atau Datuk Gulzar untuk melihat gambaran sebenar, namapun volunteer. Kalau urusetia tidak memahami konsep ini, sila keluar. Mereka harus ingat, bola sepak kepunyaan rakyat. Bukan untuk politikus, polis, tentera, cikgu tetapi masyarakat amnya!

Anonymous said...

Relax la rizal... marah nampak...

Saya setuju dengan isu yang anda bangkitkan bukanlah pasal anda dan kroni(?) nak rampas kuasa ke... nak pi world cup ke.. apa ke...

Soal rizal nak rampas kuasa tak timbul langsung. Itu pandangan orang yang sempit fikiran.

Taim kita dok menung sorang sorang tu, cuba fikirkan masak masak... apahal budak si rizal dan si khawari dua org ni kecoh tak tentu ujung pangkal dan menyibuk pasal referee ni kan? Dia orang bukannya referee pun.... Suruh tiup wiselpun, kot-kot keluar macam bunyi angsa lapar jer kot? Apa lagi kalau ajak celen lumba lari. Makan asap la jawapnya...

Bagi akulah yang boleh pikir sikit-sikit ni, aku rasakan mamat dua orang ni bukannya ada niat lain pun. Dia orang ni just nak tengok pentadbiran FAM tu ditadbirkan dengan telus, cekap dan adil - tujuan lain agaknya takde kot. Betul rizal & khawari?

Iye lah... cuba imagine si redhuan tu bagi komen nak pebaik cara FAM handle test yoyo tu. Tup tup kena saman panggil mengadap. Apa sangat la salah si ridhu tu...

Yang peliknya pulak, Ketua Unit pengadil yang terang terang dok tibai AJK Pengadil tu langsung tak dibagi kad. Kalau kita nak tengok kad merah, kirim salam jer la.... memang jauh panggang dari api.

Kad kuning? hughhhhh usahkan kad kuning, amaran lisan pun tadak. Just imagine la macam mana ni?

Paling takpun, pihak sekretariat kena la pi pebetul statement si kamaruddin tu. Ni main diam jer...

Seolah olah apa yang kamaruddin tibai dalam paper itu betul. Orang luar yang tak kenai sapadia kamaruddin ni, kalau baca sekali imbas je, mesti percaya habis punya.

So adil ke kita pada AJK tu? Dah le mulut depa dikunci rapat, lepas tu tadak sapa yang backing depa.

Kita kena ingat, depa dilantik oleh Tuanku Presiden dan bekerja secara sukarela.

Jangan bila kena batang hidung sendiri, kita sibuk cakap pasal maruah.... kepoh cerita satu kampung cakap pasal dosa pahala..... Alim kunun!

Habis AJK Pengadil tu tadak maruah ke? Tadak perasaan ke? Hangpa je ada maruah? Orang lain tadak?

Apa anak bini depa rasa bila Kamaruddin tibai semacam jer dalam paper?

Sampai aku dengar ada anak salah sorang AJK tu suruh pak dia berenti jer la senang, kalau dah hura hara macam ni...

Dah la hujung minggu tadak masa nak jenjalan dgn anak bini, pas tu kena fitnah pulak....

Aku nak suggest kat AJK tu macam ni la lebih kurang...

Kalau sesusah sangat, hangpa pakat berenti ramai-ramai jer. Buat PC kat memana kedai kopi ke... kedai mamak ke....no hal memana pun....janji buat PC

Then announce kat situ hangpa nak resign reramai.... Biar satu Malaya tau dan yang lebih penting, biar Tuanku Presiden sendiri bukak mata.

Rizal, khawari, hafizal, burn, Raj boleh arrange ke kalu depa betoi-betoi nak buat PC?

Skuad Anti Pendakwaan Terpilih
Taman Maluri

Anonymous said...

petikan dari comment
Buat 'brain-storm' pasal Liga M dah berpuluh kali tapi apa benda yang terhasil pun tak tau. Pengerusi J/Kuasa Pertandingan pun kayu, sebab LULUSKAN game T-Team dan Terengganu serentak setempat untuk Piala FA aritu

KENAPA IA TERJADI MACAM INI, TIDAKKAH FAM PERIHATIN KEPADA PASUKAN BERKENAAN, SEKURANG-KURANGNYA PENONTON YANG INGIN MELIHAT PERLAWANAN BERKENAAN TIDAK AKAN TERBAHAGI KEPADA DUA KUMPULAN DAN JUGA MUNGKIN JUMLAH KEDATANGAN PENONTON DAPAT MEMBANTU UNTUK MEMBAYAR KOS PENGANJURAN.

Petikan ayat ini

sebab itu di FAM nadinya ialah kakitangan bergaji. Merekalah menentukan hidup matinya FAM.

SAYA SETUJU DENGAN SAUDARA RIZAL TAPI APA KAN DAYA KERANA YNAG MENGENDALIKANNYA SAMA SEPERTI MEREKA YANG OKU ( KERANA MEMBUTAKAN MATA, DAN MEMEKAKKAN TELINGA)

Petikan ayat ini

Siapa di sebalik Majlis FAM? Urusetia FAM yang dianggotai kakitangan bergaji. Mereka bukan saja mendapat gaji bulanan bahkan mendapat elaun jika bertugas di luar.


SAYA RASA SAUDARA PERTU TAMBAHKAN AYATNYA SUPAYA BERBUNYI BEGINI:
SIAPAKAH DISEBALIK MAJLIS FAM, MEREKA-MEREKA YANG BERADA DI SEBALIK MAJLIS FAM ADALAH MEREKA-MEREKA YANG MENDAPAT GAJI BULANAN (YANG AGAK TINGGI JUGA) DAN JUGA BONUS DAN JUGA ELAUN JIKA BERTUGAS DI LUAR.

Petikan akhir

Mereka harus ingat, bola sepak kepunyaan rakyat. Bukan untuk politikus, polis, tentera, cikgu tetapi masyarakat amnya!
BUAT MASA KINI DALAM FAM TAK ADA POLIS YANG LAIN TU ADA LA

Anonymous said...

Reduan's statement was a coach's honest view on how to improve the fitness levels for Malaysian footballers.

FAM MUST monitor the fitness testing of players in the
M-League...which the Malaysian fans have to pay to watch.

Therefore since the League is a form of revenue for FAM it would be wise to only issue licences to players who clear the fitness test.

The monitoring of State fitness testing and standards is the duty of The Technical Director.

So DB...please dont punish an honest coach with an honest view.



For the Game. For the World.

Anonymous said...

Kalau dah 70 orang ref dah sign petisyen, seorang ref FIFA dah buka mulut (rujuk NST 26 Feb.2009), maka adalah jelas kumpulan pengadil ini sesungguhnya memang sudah dak tahan lagi dengan kemelut yang melanda Unit Pengadil FAM.

Untuk menguatkan lagi hujah itu, 73orang daripada 98 pengundi (74%) dalam pilihanraya kecil yang dikendalikan oleh Loose cannon, turut mahukan supaya ketuanya dipecat.

Hehehehehe Hangpa suma ni ngigau kot? Tu la... lain kali tidoq basuh kaki na...

Satgi bukan hangpa 70 orang tu jer yang kena semelih, dengan-dengan Chin Aun & geng-geng dia sekali kena masuk dalam goni.

Anonymous said...

Klause 18.4 ini boleh digunapakai untuk mendakwa orang yang memperlekeh-lekehkan Ahli Jawatankuasa Pengadil

Harap maklum.

Tetuan Siva, Badrul & Co,
Ampang

Anonymous said...

Kepada semua AJK Pengadil,

Jika Timbalan Pengerusi anda dipanggil mengadap JK Disiplin, disyorkan anda semua letak jawatan
saja. Anda semua harus berdiri teguh di belakang Chin Ann.

Anonymous said...

Apo? Budak duan tu kono setaun campur dondo ompek ribu?
hahahahahhahaha tegolak bosa den donga eh.

Gilo apo FAM ni? Ishhhh nyayok Ko?Tak masuk akei langsung kono camtu punyo dondo.

Maleh den nulis eh. Kang den carut carut FAM tu lak kang...

Bye...

Waghih
Gemoncheh

Anonymous said...

Nampak sangat dah sewel peringkat tinggi.

Kes Mana dulu ? Kolonel Kamarudin atau Reduan bagi press statement dulu?

Biarlah nampak adil, Datuk?

Mengapa ada pilih kasih dan double standard?

Kalau Reduan kena satu tahun dan RM4k, kamarudin tu mesti lebih dari itu, sekurang-kurangnya gantung seumur hidup atau hidup-hidup.

Mat Pelik
Tampoi

Anonymous said...

FAM ni patut tukar nama kpd FA MANGKOK la kalau macam ni.

Sesapa yang yang terlibat dengan bola, INGAT: kalau anda cuba bagi cadangan penambahbaikan kepada FAM, anda akan menerima nasib yang sama seperti dengan Riduan.

NAMUN BEGITU, Jika anda berhasrat untuk mempelekeh-lekehkan ahli-ahli jawatankuasa FAM, ayuh silakan! Kutokan anda amat dialu-alukan.

Anda dijamin tidak akan dikenakan apa-apa tindakan.

Anti Undang2 Rimba
georgetown

Anonymous said...

jangan amalkan pemerintahan kuku besi ala hitler atau regim Vietkong yang main potong kepala jer!!

Anonymous said...

FAM kejam dan tadak hati perut. Buat kerja macam orang tadak akai.
Ayuh, mulakan kempen boikot FAM!

Anonymous said...

FAM bukan FA Mengarut rizal, tapi FA Mangkok Hayun.

Kepada Setiausaha Sulit Kanan Sultan Pahang, kalau Dato' terbaca dalam sehari dua ni dalam paper pasai FAM ni, tolong habaq sat kat tuanku. Nampaknya hanya tuanku saja yang dapat settle kan.

Jangan nanti negara jiran dok gelak mengilai tengok kerenah FAM yang semakin tak semenggah ni.

Anonymous said...

Kalau nak dakwa, dakwa semua la FAM. Azraai Khor dah dua kali tibai pengadil dalam paper tapi tadak tindakan.

Irfan pun pernah belasah. Tu belum masuk manager T team lagi. Suma Tibai pengadil.

Aku agaklah, kalau hangpa nak tibai pengadil atau commitee FAM hangpa tibai la. Dia tak kisah. Tapi hangpa tibai dia kalu, siap hangpa...

Anonymous said...

Nasihat kpd Reduan...
Anda tak payah merayu-rayu. Kalau anda merayu bermakna anda memang mengaku salah.

Yang ni rasanya anda tak salah kerana anda hanya bagi pandangan apabila diminta oleh wartawan berkenaan. Lagipun, anda hanya mencadangkan point-point penambahbaikan. Tak kan itu pun salah Din?

Pelik betul FAM ni

Anonymous said...

Mengapa FAM buat keputusan begitu kejam kepada riduan? Jika beliau bersalah sekali pun, tak boleh ke bagi amaran je?

Perangai tutup periuk nasi orang ni dah jadi mainan FAM

Anonymous said...

Bangunlah rakyat Malaysia.

Kita lihat betapa sombong dan angkuhnya mereka yang makan gaji.

Sesiapa yang maklum akan peraturan mana (perlembagaan baru atau lama - mungkin mereka yang bekerja dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan boleh membantu) yang digunakan oleh mereka sekarang ini supaya tindakan sewajarnya boleh diambil bagi menyelamatkan maruah bola sepak Malaysia dan martabat KDYMM Tuanku Presiden.

Mereka-mereka yang lupa diri ini harus di NYAH kan dari Wisma FAM dengan seberapa cepat mungkin bagi mengelak bola sepak negara terus dihina dan dicemuh.

Joned
Tanjung Bunga

Anonymous said...

Sokong Chin Ann & kamarudin dipanggil bagi keterangan pada JK Disiplin.

Juga sokong supaya JK Pengadil juga dipanggil mengadap sama kerana 'tidak beri kerjasama kepada kamarudin'.

Alang-alang dakwa, baik dakwa suma FAM. biar org tambah gelak nanti
:)

Anonymous said...

Rimau CNN,

Anda terlupa sebut graduan-graduan dari UPNM = Universiti Pertahanan nasional malaysia di sg. Besi tu.
Heheheheh

Anonymous said...

Kita bandingkan dua kenyataan berikut:

Ini tersiar dalam Berita Harian hari ini, 17 Februari, 2009.

Oleh Ahmad Khawari Isa


Ia dilakukan Ketua Jabatan Pengadil FAM, Lt Kolonel (B) Kamaruddin Sakhari, yang sebaliknya mendakwa bahawa tindakan itu diambil gara-gara 'tidak mendapat kerjasama daripada ahli jawatankuasa lainnya.'

"Memang saya yang aturkan jadual tugas pegawai perlawanan. Ada kalanya saya terpaksa berjaga hingga pagi kerana tempoh singkat untuk menyiapkannya. Saya pernah panggil ahli jawatankuasa membantu, tetapi tiada yang datang. Saya sentiasa alu-alukan bantuan mereka, tetapi tiada," katanya ketika menghubungi Berita Harian, tiga hari lalu.

Ini pula tersiar dalam Harian Metro 20 Februari, 2009.

Kata-katanya terungkap dalam laporan Harian Metro pada 20 Februari lalu.

Dia dipetik sebagai berkata: "Mana dia pegawai FAM kerana badan induk kebangsaan itu sepatutnya memantau pelaksanaan ujian berkenaan. Apabila tiada pemantauan FAM, maka pemain yang gagal di dalam ujian itu tetap juga mendapat lesen untuk bermain."

"Semuanya diserah bulat-bulat kepada FA negeri atau kelab. Itulah sebabnya ada pasukan yang tetap meluluskan pemain mereka walaupun pada hakikatnya pemain itu gagal di dalam ujian. Perkara-perkara sebeginilah yang membuatkan imej bola sepak kita semakin lama semakin buruk."

Beliau yang juga bekas pemain kebangsaan itu berkata FAM juga tidak menetapkan tahap-tahap tertentu yang perlu dilepasi setiap pemain yang menjalani ujian yo-yo dan menyifatkan ia sebagai usaha yang sia-sia.

Untuk renungan

1. Kenyataan di berita harian pada 17 Februari 2009 adalah kenyataan media yang dinyatakan oleh pegawai bergaji fam yang benar-benar menghina jawatankuasa pengadil.

2. Kenyataan pada 20 Februari 2009 yang berterus terang untuk kebaikan bola sepak Malaysia.

Kenyatan 20 Februari telah di ambil tindakan segera. Manakala kenyataan yang dikeluarkan lebih awal, iaitu pada 17 Februari 2009 dibiarkan begitu sahaja.

Tetapi kerana nak ambil hati, sebab dah terambil tindakan yang 20 Feb. Maka terpaksalah umumkan tindakan untuk yang 17 Februari akan dibuat pada masa akan datang.

Memang benar kata saudara rizal, ada DOUBLE STANDARD.

Kita tengok apa nak jadi seterusnya.

Mat Arif
Oxford Universiti

Anonymous said...

RIZAL

HAHA N HAHA, is this really happening or what. The guys at the mamak were shocked. Poor Ridhu. People have said worst things and got away scot free. Voicing your opinion here means smacking egos. Careful, yuo might srep on a toe or two.

Anonymous said...

Hallo Bro

Geli hati tengok circus .Takyah belanja tengok wayang. Kali ini parlimen and adun pun kalah. Malysia oh Malaysia

Geli Man
Gemas

Anonymous said...

Tuanku oh tuanku apo kono ne macam org gilo punyo keputusanm aden nak tanyo kek tuanku aden maleh nak tanyo org lain kek fam sobab dia pokak dongan bisu kenapo tak buek tindajkan kek kamarudin satia azrai kenapo si riduan sorang yang kono
Kang takut jadi macam kek perak ado org baring dopan kereta

Apo lah ancuk amak semuonya kek fam

Anonymous said...

Buat dato yusuf noor felda baik tarik balik la penajaan dan tutup team lagi bagus
Biar felda buat league antara gugusan felda lagi baik

Duit habis je join fam sebab mereka semua org kurang upaya tak sama sempurna dgn kita semua

Anonymous said...

Loose Cannon must lead the revolution to overthrow the corrupt FAM. Charge FAM with crimes against football. Appoint Loose Cannon as the FAM head, charged with putting football back on the right track. Clean up FAM by sacking the goons who have mugged, destroyed, raped and buggered the beautiful game.

Anonymous said...

Jawatankuasa Tatatertib jangan lupa hadapkan semua staff fam yang tidak berdispilin - pakaian yang seksi, timbul dan terdedah sana sini, yang datang lambat, yang tak 'punch kad', yang ponteng kerja, yang ejaan nama orang dan lain-lain lagi.

Jangan lupa juga, kalau laporan malaun tu tak cukup JK boleh arahkan jabatan buatkan laporan tuduhan sendiri supaya sesuai dengan denda yang dikenakan.

Jaga Alam Flora
Bukit Jelutong

Anonymous said...

Senarai yang akan menghadap JK Tatatertib:

Richard Scully - keluar TV1, Ismail Ibrahim - keluar tv1, Sathinanthan - kenyataan media, Towkey - kenyatan media, Hamidin - kenyataan media, Che Mat - kenyataan media, Gulzar - kenyataan media, Kamarudin - kenyataan media, Azudin - salah laku, Fuad - salah laku,ahli-ahli JK Pengadil - tali barut, rodzali - tali barut, zaid jamaludin - ini sah kerana tak buat kerja, subra - salah laku.

Pendakwaraya Terpilih
Istana Kinrara

Anonymous said...

Baca petikan berita harian ni....

"Buktinya, jawatankuasa sama, semalam, sekadar mendenda RM3,000 kepada penolong jurulatih Polis, Roslan Ismail atas kesalahan ‘meludah dan memaki pengadil’ pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia menentang Selangor, 9 Ogos lalu.

Seorang lagi penolong jurulatih pasukan sama, Anuar Udin, pula hanya digantung dua perlawanan dan denda RM1,000 atas kesalahan ‘bertindak ganas terhadap pengadil’ pada perlawanan sama.

Ia menjelmakan tafsiran bahawa buat FAM, ‘suara-suara’ ditujukan kepada badan induk itu dianggap lebih berbahaya, ketika keselamatan pegawai-pegawai perlawanan tidak begitu penting nilainya"


CONCLUSION NYA, ANDA BOLEH HINA JAWATANKUASA PENGADIL, BOLEH LUDAH KAT PENGADIL, NAK CAMPUR DENGAN KAHAK HIJAU PUN OK....., BOLEH SERANG PENGADIL, BOLEH HAMBAT PENGADIL.

CUMA YANG ANDA KENA FIKIR DUA KALI IALAH, KALAU NAK BAGI PENDAPAT ATAU PANDANGAN KE FAM, AWAS!!! KEMUNGKINAN ANDA AKAN MERENGKOK DIPENJARA FAM SELAMA SETAHUN.



Tukang Gantung
Sg. Petani

Anonymous said...

Chin Aun pun nak kena panggil mengadap JK Disiplin? Hughhhh apa benda FAM ni? Cuba baca balik apa yang Chin Aun sebut seperti dalam Berita Harian 25 Feb. 2009:

"Jawatankuasa putuskan untuk tidak terus dibelenggu masalah lalu. Apa yang kami mahukan ialah supaya segalanya lebih teratur pada masa hadapan, terutama jadual tugas untuk Liga Malaysia," kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa, Datuk Soh Chin Aun, ketika dihubungi selepas mesyuarat, semalam.


Apek tu cuma berharap supaya Unit Pengadil dapat jalankan tugas mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. itu saja... Tu pun salah ke?

Hughhhhh FAM ni dah nyanyuk ke? *&^^%#$&^%#!!
’சிà®™்தான் கிà®™்’ FAM (சிà®™்தான் à®°ாஜா) என தம்à®®ைப் பறைசாà®±்à®±ிக் கொண்ட மறுநாளான இன்à®±ு.



Mohaideen Kutty
Prai Selatan

Anonymous said...

soccer fans

m all for the reshuffle, The only fault of the Sultan is being too kind. His advisers failed in their duty to provide proper and appropriate consultation.it is a mockery of administration and abuse of power.
Are we all unaccountable?
How is 'giving press statements' defined?
Do we make decisions purely on the letter of the law?
Do we draw meaning only literally discarding the spirit and underlying meaning?
I believe the learned officer in charge is better than what the results show.
Some soul searching is definitely needed here. Meanwhile my heart goes out to Riduan Abdullah.

LAPLATA
Port Dickson

Anonymous said...

Buat Riduan

Sebagai kawan lama aku simpati atas apa yang telah di kurniakan ke atas saudara cuma aku tak setuju atas penggantungan ini, tak patut.

Kenapa orang lain yang banyak buat kritikan tak di kenakan dengan balasan yang setimpal kenapa lah kau kena ridu.

Kita hanya merancang di dunia ini segala-galanya tuhan yang maha esa yang menentukannya. Ridu, kita kena berusaha untuk memperbaiki keatas apa yang tuhan kurniakan kerana tuhan tak akan mengubah apa yang telah termaktub tapi golongan yang bernama manusia itu perlu berusaha untuk berhijrah daripada satu ruang ke ruangan yang lebih besar.

Ridu

kita berdoa sahaja buat masa kini sebab usaha telah kita lakukan, semuga tuhan menunjukkan kepada GOLONGAN-GOLONGAN PENINDAS INI JALAN YANG BENAR-BENAR DAN DI TUNJUKKAN JUGA BALASAN, KERANA DOA ORANG YANG TELAH DI TINDAS DI MAKHBULKAN TUHAN. INSHAALLAH. SAMA-SAMA KITA DOA

BUAT GOLONGAN PENINDAS JANGAN JADIKAN DI ARAH KELUAR SEBELUM KEPUTUSAN DI BUAT SEBAGAI SATU JALAN PENGECUALIAN DARIPADA DI TUDUH BERSEKONGKOL UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN, TUHAN ITU MAHA ADIL.

INSHA ALLAH

Anonymous said...

betul juga kata riduan abdullah itu pun sebab kebanyakkan pasukan negeri boleh kow tim dengan Unit pertandingan

Ini tak masuk kalau nak ITC daftar hari ni 1/2 jam dah dapat ITC

Tahniah FAM

Anonymous said...

Bab macam ni, dia pandai kata ada dokumen skongan dan macam2 lagi.

Kata-kata SUA dipetik dr The Star:

“We have documented evidence on having briefed the coaches on the tests and Reduan was there,” he said.


Tapi surat-surat dan dokumen yang dihantar ke FA Negeri yang menjanjikan itu dan ini tidak pula diterjemahkan.

Kalau janji duit yang didulukan oleh negeri kena bayar, bayar le balik.

Jangan la bagi macam-macam alasan.

Tapi engkau memang muka tak malu. Apa nak buat.

Anonymous said...

FAm ni mengamalkan undang-undang rimba. Jangan bertindak kejam menutup periuk nasi orang. Tuhan
itu maha adil.... Jangan menganiaya orang kerana doa orang orang yang teraniaya selalunya dimakbulkan.

Amin.

Tok Siak Pencen

Anonymous said...

Esok kalau pegi tengok game, pastikan lesen yang dipakai pemain dan pegawai tu lesen ori atau ciplak.

Tandatangan dia tu betul ke tidak, entah sign bagi pihak ke atau entah-entah main scan je. Teknologi moden katakan.

Pastikan esok para jurugambar media ambil kesempatan ini.

rakamkan yang terbaik untuk bola sepak malaysia

kita hancurka rejim yang ada untuk perubahan segera. marilah kita bersama-sama membantu bola sepak malaysia

untuk rejim yang kejam, berundurlah dengan cara terhormat.

jangan sehingga ada yang buat petisyen tehadap SUA & PSUA.

Anonymous said...

Penyokong dah buat demo dan nota bantahan, Pengadil kabarnya dah sign petisyen nak hantar ke tuanku.

Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia atau Kelab Penyokong Malaysia yang diterajui oleh sdr Azman tak nak ikut sama ke?

Pihak media pun tanak joint ke? Disebalik penggantungan reduan, seolah olah macam nak gertak supaya jangan bagi apa apa komen pada media jer. Dengan lain perkataan macam nak boikot media jer?

Anonymous said...

Gua ni tukang jaga pintu stadium jer. Selalu gak borak borak dengan orang media.

Ishh lepas ni tak berani la nak borak borak dah. Silap haribulan gua pun kena gantung tak bertali.


Man Jaga

Anonymous said...

Police's Roslan Ismail was fined RM3,000 for spitting at the referee?
Perhaps Reduan should have done that instead

Fowler is God

Anonymous said...

and another fined RM1,000 for attacking referee?
violence better than speaking out against FAM

Fowler is God

Anonymous said...

sorry aku nak lepaskan geram sikit ni


FAM IS REALLY STUPID

Anonymous said...

tak pa hantam pengadil ka takpa, mereka memang kayu. Dibayar elaun untuk kena hantam.Orang bayar tiket untuk hantam pengadil. Itu sebahagian dari keseronokan tengok game.
hukuman pun ringan-ringan aje. cuba ingat balik si Amri yahya kena denda banyak mana bila meludah? Tengok-tengok, jangan tak tengok.
Meludah sangat hina.teruk dari pukul.
Ridhu pula buat ape? teruk sangat ke dia cakap? hina siapa-siapa ke? Tegur ke kutuk ke hina. Fikirlah, malas nak cakap.
Cermin-cerminlah.Banding-bandinglah
Gerenti boleh pikir sendiri kan

LAUYA BURUK
uLU YAM

Anonymous said...

Ayo ridhuan

Y u so like that. u want to talk, talk properly, reporter not coffee shop, What u talk sure come out in paper one.
FAM say got channel what. Y u do want to talk there. I think maybe nobody listen lah.
Next time people want give idea or what must think first, Your idea correct or what not important, u must wait your turn to talk. Don't talk like coffee shop there.
But maybe other people can talk lah but all the coach no place to talk.
Y the test so important ah. Last time the kedah player oso problem to pass the fitness all the coach angry with FAM. Then the fitness test change oso angry some more.
I oso confuse. Who correct who wrong? Who teach the player play and who teach the coach play.
The denda and ban oso not same.I dono lah

FEI SEE FAT
Imbi road

Anonymous said...

Rizal
Aku ada tanya cikgu kita masa sekolah dulu (Mrs Kang, Mr Denis Doss,Brother lawrence dan Brother Cassian Pappu)........dia kata, LU FIKIRLAH SENDIRI...........!!!!

Nice to know u are still kicking Bro

Best Wishes to u

Anonymous said...

loose cannon, don't think that you are so GREAT tau! don't think that you are immortal..
peluru tak mengenal erti itu semua tau...
anda diperhatikan...awasi keluarga anda dan diri anda tau...bila-bila masa nyawa anda boleh menlayang tau!! ingat tu...

Anonymous said...

Reduan Abdullah must appeal to Tuanku for a Royal Pardon. The DB is cruel for removing his family's
income.


Ampun Tuanku, Daulat Tuanku.


For the Game. For the World.

Anonymous said...

Amboiiii dah main-main ugut dengan peluru pulak dah. Kang report kapal singh kang baru tau...
Mesti singh tu kata kat anon 3.50pm Cela**.


CID Pencen

Anonymous said...

Dengan rizal ni tak payah main peluru. Kesian dia nanti. Tak baik main tembak tembak orangni...

Saya ada kepakaran untuk sekat blog dia ni. nanti saya buat.. tunggu je nanti laptop dia berasap kena virus. Tembak dari jauh jer.

Anonymous said...

Aku yang jahil undang undang jenayah ni nak tanya sikit?

Mana berat kesalahan ludah orang... cuba serang orang... atau maki orang dengan kesalahan kritik orang dalam surat khabar?

Kalau bawak pi court, agak-agak sapa yang kena penjara di antara 4 tertuduh di atas?

Sila Jawab!

Anonymous said...

Yes, Rizal..u take over lah FAM tu.Who knows FAM akan jadi mantap.U kan terrer giler...

Anonymous said...

Yo Bro

Ma man Ridhu, you bad man, like you bad man, don't see no reason for em people to take you down the way did man. Like I know you man, you're phat man. I know you man.
You dig your stuff man,you know what you talk man, and you walk tha talk man.
Ma man ridhu, ma people feel for you. We know you feel it too. Ma man we love what ya do. Yo stay cool

MC TooKool
Bangsar

Anonymous said...

hoi, fam. macam mana kes pengadil melaka kena pukul dalam liga akademi, piala presiden - pengadil kena kejar, piala fa antara Melaka lwn Kedah di mana pengadil telah didatangi secara fizikal oleh pengarah kejurulatihan melaka.

apa dah jadi kes tu? SUA tak buat kerja ke? atau ada orang lain yang tak buat kerja? atau pegawai-pegawai yang dilantik tak buat laporan.

dengar cite, pengarah kejurulatuhan tu bekas soljer?

adakah nak tutup kes?

Pengadil Tua
Melaka

Anonymous said...

Orang pergi Majlis Tahlil nak mendoakan sesiapa yang telah meninggalkan kita tetapi jadi medan pegawai fam yang dibayar gaji untuk menyampaikan amanatnya kononnya kepada kroni-kroninya yang sememangnya ramai askar dan mencanangkan mesyuarat JK Pengadil akan diadakan pada sekian haribulan.

Kroni-kroni pegawai yang berkenaan, sila buat penafian jika apa yang dinyatakan ini tidak benar.

Ini lah standard yang fam ada. Semoga undi-undi kroni-kroni itu akan mengekalkan pegawai yang berkenaan hingga dia ke lubang kuburnya yang tak tahu entah di mana.

Ya Allah Ya Tuhan Ku Ampunkan Dosa-dosa ku dan selamatkan mereka yang telah terjerumus ke alam yang menyesatkan.

Askar Pencen
Lumut

Anonymous said...

Berita Hot. Terbaru. KJ akan dihadapkan ke JK Tatatertib kerana gagal menjalankan tugas sebagai Pengurus Pasukan semasa Kejohanan Piala Suzuki yang lalu dan tidak hadir mesyuarat exco yang lalu.


Kah kah kah, lawak lawak lawak giler

Utusan FAM
Kelana Jaya

Anonymous said...

Askar pencen,

Mana kau tau pegawai FAm tu umum tarikh mesyuarat JK pengadil sekian sekian hari? kau ada situ ke?

kau ni tak habis habis buat fitnah.
kau memang cel**a


Prebet Pencen

Anonymous said...

kepada semua pengadil FAM,

kalau pengerusi anda digantung macam kes redhuan, apakah perasaan
anda?

Apa tindakan anda seterusnya? Tak rasa apa-apa dan terus macam hari-hari sebelum ini?

Atau anda semua berani memboikot liga Malaysia?

Anonymous said...

Kemelut JK pengadil FAM berakhir apabila selepas mereka bermesyuarat dan berjaya menyelesaikan masalah dalaman parti mereka.

Senyap isu pengadil, timbul pula cerita jurulatih digantung....

Baru dua bulan tahun 2009 menemui kita, bermacam-macam cerita yang tidak enak didengar tentang FAM ini.

Agak-agaknya, KKBS harus menganugerahkan FAM selaku pemenang kategori persatuan paling kontroversi 2009.

Anonymous said...

Askar pencen,'

kalau betulpun ada org announced meeting pengadil sekian sekian hari ngko apa peduli?

Yg engko sibuk macam org gila talak apahal?

Anonymous said...

hEY rIZAL

bETTER TAKE COVER, THE BOMBARDING IS GETTING HEAVIER. You might just get caught in the crossfire. the bullets don't know who they are hitting coz they can't choose the targets.
Well, in a battle, we have to strategize and study our enemy. While we spy on them they might be looking at us too. HIHIHI.
Careful where you sleep or take your bath. Many photographers around and cctv is really cheap. Even the walls also can talk.
But you reporters love these things right. You live for controversies.
So is the boycott happening or all these is a big talk show?

COL SANDERS
Combat land

coretan_khalayak said...

Salam,

Muak ,jemu apa lagi nak kata - FAM
bolasepak Malaysia ni memang hancur berderai tahun ni - confirmed!! FAM tau game Malaysia lepas ni 14 Nov 2009 ,UZBEKISTAN - MALAYSIA lambat lagi selagi belum sampai tarikh tu FAM akan buat pekak je apa yg diorg dengar , tunggu 13 Nov 2009 ada gambar beruk yang jaga FAM @ Kelana Jaya!!
saiz masih dalam perancangan ..

decision FAM mesti pelik - untouchable - amaran for thus yg dekat luar , yg dlm FAM ni semua bijak pandai tgk kepala dia sapa?
budak Oxford - kepala CELAKA* .

bro story kat blog ni camana Allahyarham Datuk Basri Akil kena gantung kali kedua , DBA vs. SK .
biar diorg faham skit apa maksud
double standard.

* dengan izin - tiada larangan penggunaan "celaka" di Parlimen Malaysia , diharap komen ini dapat disiar di blog ini.

terima kasih.

izinni said...

harap takde unsur double standard? hmmmm rasanya dah terserlah pun memang double standard. ;)

Anonymous said...

hello bro rizal sebelum pentadbiran ni pun ada banyak juga kontroversi .. tapi masa tu semua buta it ... x da blogg macam ni lagi..... so khalayak x tau laa masalah2 dan kontroversi yang ada di FAM....

oleh itu pada pendapat saya kita buat secara profesional puak2 yang bertelagah duduk semeja dan bincangkan apa yang tak kena....

jangan kita terus saling kutuk mengutuk di sini tak de maknanya semuanya......

Anonymous said...

bro rizal....

jangan kita terlalu mengata orang

kita harus lihat juga kemampuan kita

siapakah kita... layakkah kita....

kerana mengata itu lebih mudah dari menjalankan tugass....

hidup ini bagai putaran roda.... ada kala kita di atas.. ada kala kita di bawah.... mungkin kita pernah menindas orang suatu waktu dulu..... sekarang orang yg kita tindas dulu berada di atas pula....

so fikir-fikir kanlah wahai saudara2 semua

Anonymous said...

kekadang kita lupaaaaa....... masa inilah peranan kawan-kawan sejati mengingatkan....

dan musuh,, mula nak menghancurkan....

Anonymous said...

bro rizal......


jangan pula nasihat dan teguran ini di salah ertikan....


saya sebagai orang luar tak tau apa2

ikhlas dari saya

Anonymous said...

Eh tak lama dulu ada satu Presiden Persatuan bolasepak negeri nun utara sana ada kutuk pengadil. Takdaka kena tindakan apa-apa.Kroni kot,Ka dia calon SUA, kah kot0kot nak tanding presiden terus. Hangpa takut kot. Dia habaq lebih kurang agu ni:

"Macam ni, pengadil kampung saya pun boleh"

Awat takda tindkan, kami ni dok tunggu, hangpa buat apa. takkan dok usha aja. Takkan jentik jari aje kot. tak patut betul.
Lagu ni nenek aku lagi bagui.
Sapa pun da tak respek keputusan hangpa. buat lawak, tapi kalu masuk raja lawak, gerenti kalah. Tak consistent,tak focus, tak memukau audien,
Tema ada kot: Jaga EGO masing-masing

Mydin Kutty
Kokdiang

Anonymous said...

Kepada saudara Riduan, saya turut bersimpati dengan apa yang dialami oleh saudara ketika ini.
Saudara seorang jurulatih yang hebat dan kehebatan itu telah dijelmakan melalui pencapaian pasukan saudara dalam kancah bolasepak negara kita. Secara peribadi saya sangat mengkagumi pencapaian saudara dalam membentuk pasukan yang kekurangan 'bintang' kepada pasukan sepeti yang sedia ada sekarang. Tahniah.
Kepada isu yang dihadapi oleh saudara sekarang..gunakanlah saluran terbaik yang dibolehkan untuk saudara melakukan segala bentuk rayuan dan sebagainya.
Bolasepak negara kita memerlukan seseorang seperti anda sangat merugikan jika negara kehilangan seseorang yang sangat berbakat dan hebat seperti saudara.
Banyak bersabar dan mohon petunjuk dariNya insyaALLAH saudara akan mampu mengharunginya. Percayalah saudara tidak keseorangan, kebanyakan rakan pengadil juga sangat kagum dengan sifat jujur anda, tetapi kita cuma merancang!
InsyaALLAH..

subkhiddin MOHD SALLEH

Anonymous said...

Hahahahahaha CNN PJ tak berani tarok nickname CNN PJ lagi...

Anon February 28, 2009 11:01 AM,
February 28, 2009 11:40 AM,February 28, 2009 12:35 PM semua tulisan ngko.
Sudah la lanun!!!!

teachuhman said...

Coach Ridhu

I remember very clearly when I officiated games where your team was involved. You were definitely a very dedicated and highly spirited coach.
Way back when you were in charge of the Selangor boys, I remember a particular MSS S'NGOR final in Sepang that I refereed. You were there to watch the game. The colourful "Badut" was at his antics again and far back from the terraces, I heard your voice saying, "Give him a card Ref".
This told me something about you. You are a no nonsense man.You do not tolerate indiscipline.You take your job very seriously.

Another incident was when an official told me how he officiated a fitness test involving a team you coached in the past. The particular officer was shocked when you pointed out the players who cheated in the test and insisted they failed. This shows what an honest man you are.
Ridhu, I hope you will be patient and believe that this storm will be over. There must be some "hikmah" in all these.
Stick to your principles and be a gentleman as you always were. Also use the proper channels as required . All the best.

FAIR PLAY

Anonymous said...

Datuk Azzuddin,

Sila dakwa si naim nair segera kerana menyokong reduan. Kita jangan bagi muka orang yang menyokong reduan dan menentang penggantungan ini.

Anonymous said...

Laporan www.kelate.net melaporkan bahawa pengurus Selangor cuba menyerang pengadil semasa pengadil masuk ke bilik persalinan masa half time.

Kepada FAM sila siasat dakwaan ini. Jika benar, sila panggil pengurus berkenaan bicara JK Displin.

Kes-kes salahlaku dan tidak bersemangat kesukanan seperti ini sepatutnya yang menjadi agenda utama FAM dan bukannya menghukum mereka yang membuat teguran membina diakhbar sahaja.


Penyokong Felda United