Saturday, February 28, 2009

Garis Tepi dalam Kosmo! hari ini

Jangan marah apabila membaca kolumku di Kosmo! Aku berusaha agar tidak "kurang ajar". Klik di sini. Juga baca sama ada FAM boleh pilih siapa yang kritik secara peribadi atau tidak di sini dan siapakah wartawan dalam bilik pada hari pertama Azzuddin Ahmad melapor diri di Wisma FAM di sini. New Straits Times too has a stinging comment piece here

45 comments:

Anonymous said...

Khawari,

Perangai menabur pasir dalam rice cooker ni dah lama berlaku. Bukan di FAM jer, kat memana pun ada. itu biasa.

FAM sendiri kalau sdr nak tau, dah lama buat kerja tu. Cuba sdr selidik rice cooker sapa yang dahnpenuh pasir? Ada 5-6 orang...

Kalau takdak pasir pun, at least sdr akan nampak penuh habuk-habuk, & segala macam serangga.

Sekarang ni pun, ada rice cooker yang fuse & wayar dia yang dah barai. Sengaja dijahanamkan.

Rice cooker cap putera raja Britain tu dah layak dijual kat macha besi buruk.

Anonymous said...

Sebut pasal ujian yo-yo ni, saya bersetuju dengan kenyataan Reduan Abdullah bahawa tiada pemantauan dilakukan oleh badan induk itu.

Jika FAM dakwa ada pemantauan, sila kemukakan dokumen bertulis nama wakil atau pegawai FAM yang hadir pada ujian tersebut?

Sebelum ujian yo-yo, Ujian cooper test digunakan sebagai mekanisme & syarat sebelum lesen boleh dikeluarkan kepada pemain.

Saya nak dedahkan semasa saya pernah menyaksikan seorang wakil FAM yang mengendalikan ujian cooper di zaman Dato Dell atau Ibrahim saad (lupa tahun sebenar).

Benar, FAM memang ada hantar wakil.Tapi dia sorang saja. Huru hara mamat tu sorang-sorang nak jaga test tu...

Dia pi belakang gol sini, kat belakang gol sana pemain ciluk lari masuk dalam.

pi blkg gol sana pulak, kat sini pulak depa ciluk.

Pendek kata, kebanyakan pemain yang lulus tu menipu. Tapi bukan semua la.... Ada juga yang betul betul kuat lari. Contohnya Marzuki Yusuf. Mencanak macam kapcai 150cc mamat tu pesit.

Yang paling teruk, ada jurulatih yang sanggup berkata macam ni kpd wakil FAM tu:
" Tolong la boss, kita Melayu sama Melayu apa nak kira. Bagi pas semua la boss!"

Tetapi nasib baiklah wakil FAM tu tak makan pujuk punya orang. Dia report suma kat FAM...

Tapi dgr kabarnya, pemain yang disahkan gagal pun diberi lesen.
Tu cerita dulu la rizal. Sekarang dah lama tak involve pasal bola ni....


Ganu Kite

Anonymous said...

Isunya di sini berlaku penyalaghunaan kuasa dan pendakwaan terpilih serta tidak boleh ditegur walaupun teguran itu untuk kebaikan bersama.

Anonymous said...

Bro, Tahniah kerana berani menyuarakan suara hati anda dan suara hati rakyat Malaysia

Semoga Tuhan membuka pintu hati mereka yang kejam itu.

Penjaga Kubur
Bukit Kiara

Anonymous said...

Saudara Fadzrie, Tahniah kerana berani menunjukkan kerakusan saudara mengutuk FAM walaupun sebelum ini nampak saudara macam bermuka-muka.

Tulisan dan peribadi saudara sentiasa dinilai mereka prihatin.

Teruskan menulis demi kebenaran dalan usaha bersama untuk mempertingkatkan bola sepak negara.

Nescaya saudara akan dihormati dan disegani.

Mereka yang sombong, egoistik dan bongkak tidak layak untuk menerajui urusetia bola sepak Malaysia.

Suratkhabar Lama
Jalan Riong

Anonymous said...

Petikan Berita Harian 28 Feb 2009

Azzuddin – ketika bertemu dua wartawan di biliknya pada hari pertama memulakan tugas di FAM – ada menuturkan nasihat; 'tiada manusia seperti sebuah pulau' – membawa maksud, tiada sesiapapun boleh hidup bersendirian.

Mungkin sudah tiba masa nasihat itu dipraktikkan.


kah! Kah ! Kah ! Lawaw ! Lawak Lawak! Lawak giler !

Gua sudah cakap, lu cakap tak serupa bikin.

Calon Raja Lawak
Bukit Jalil

Anonymous said...

Kalau nak kira peribadi ke... apa ke... tu 2x5 kritik la jugak. Ada pulak camtu...

Coach Sathia tak kena panggil ke?
Nak kira berat, kira berat juga sebab mempersendakan liga anjuran FAM.

Nasib kau la FAM. La ni suma dok tunggu nak tembak jer.



fuad
kuantan

Anonymous said...

Berita Hot!

Presiden KAFA akan dihadapkan ke JK Tatatertib FAM kerana memberi kenyataan media mengenai penjualan tiket palsu.

Beliau dilaporkan belum mengisi borang permohonan untuk memberi kenyataan media dan jikapun beliau mengisinya pihak sekretariat tidak akan membenarkannya kerana dia tidak pernah berkhidmat mempertahankan negara.

Arab
Melaka

Anonymous said...

Ikut buku, Chin Ann memang ada asas untuk didakwa. Kamaruddin pula bukan saja perlu didakwa, tapi patut kena pecat dan arahkan keluar dari FAM 24 jam. kalau lah unit prngadil tu ibarat bangunan, dia dah jadi padang jarak padang terkukur dah. hancur lebur menjadi debu.


Mat bagak
Lumut

KakiBola said...

tindakan yang diambil semata mata atas dasar emosi tanpa kewarasan mempertimbangkan kebenaran kenyataan yang dinyatakan oleh saudara Redhuan. apapun kakibola amat bersimpati dengan beliau dan semoga tabah dalam menghadapi situasi getir seumpama ini.

Anonymous said...

Timbalan Presiden ni pandai-pandai je bagi statement kepada media mengenai kekurangan pengadil. Siapa lah sumber dia tu?

Macam mana boleh kurang?

Pertandingan piala belia tak ada lagi kerana tak ada duit?

Pengadil yang bersara tiada?

Pertandingan Liga Kementerian Pelajaran B17 dan B14 Negeri lantik?

Jangan-jangan ini langkah Sekretariat FAM nak lepaskan diri, YB dijadikan mangsa sama.

Saifudin
Cheras

Anonymous said...

Sathia sah akan kena tindakan tatatertib kerana memberi kenyataan media mengenai dirinya yang masih kakitangan FAM.

Untuk makluman Coach Sathia, FAM sekarang dah tak pakai surat untuk memaklumkan sesuatu. Sebagaimana saudara terima sms berkaitan penamatan kontrak saudara sebagai jurulatih kebangsaan, itu dah kira rasmi.


Gunalan
Petaling Jaya

Anonymous said...

Dalam FAM, ibarat suatu keluarga. Bapa mengharapkan anak bersikap baik dan melakukan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna. Jari manusia tak kan sama panjangnya, begitu juga perangai anak-anak dalam suatu keluarga. Kalau anak tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik, adakah bapa harus dipersalahkan? Kita harap pisang tidak berbuah dua kali. Dato' Dell dahulunya terpaksa meletakkan jawatan kerana berasa bertanggungjawab ke atas kesilapan yang dilakukan oleh jabatan tertentu dalam FAM, walaupun bukan berpunca dari kesilapan dirinya.

Anonymous said...

Rupanya FAM nak cari duit nak bayar denda AFC nanti.

Jangan hairan lepas ni ada lagi yang kena denda.

Anonymous said...

Baca Utusan Malaysia 28 Februari 2009

Belajar dari Korea yang sedia terima perubahan

DULU orang sering memperkatakan tentang betapa hebatnya peningkatan bola sepak di Korea Selatan, negara yang pernah dianggap sebagai sama taraf dengan Malaysia dalam sukan di masa lalu.

Dan, sementara mereka masih bercakap-cakap mengenai hal itu, Korea terus maju dan muncul sebagai kuasa baru Asia dan dunia dalam hoki dan badminton di samping terus melahirkan jaguh-jaguh olahraga, gimnastik, taekwondo, boling dan lumba basikal.

Sekarang mereka sedang menunggu untuk mengambil alih sebagai kuasa baru dalam skuasy, sukan yang hingga saat ini dikatakan dikuasai oleh barisan pemain Malaysia, yang diketuai oleh pemain No.1 dunia, Datuk Nicol Ann David dan Mesir.

Korea yang dianggap pendatang baru dalam skuasy dengan hanya menggunakan khidmat jurulatih-jurulatih tempatan sahaja, kini mulai mencapai kejayaan luar dugaan di peringkat antarabangsa.

Pada Kejohanan Belia Asia di Chennai, India, 16-13 Januari tahun ini, buat pertama kalinya Korea mara ke perlawanan akhir tetapi tewas kepada Malaysia.

Pada perlawanan akhir itu, Malaysia menewaskan Korea 2-0. Low Wee Wern menewaskan Sun-Misong 11-8, 11-2, 11-2 dan Low Wee Nee mengalahkan Ji-Hyung Le 11-4, 11-4, 11-7. Mungkinkah Sun-Misong dan Ji-Hyung Lee bakal menjadi bintang-bintang skuasy baru Asia?

Malaysia yang lebih lama dalam skuasy, sampai sekarang bergantung kepada jurulatih luar negara. Hakikat ini sahaja cukup sebagai bukti bahawa sistem sukan di negara itu berkesan dan sekarang ini hasilnya mulai kelihatan di peringkat antarabangsa.

Dalam bola sepak, Korea terus meninggalkan Malaysia dan kebanyakan negara Asia jauh di belakang. Pada 1983, ia menjadi negara Asia yang pertama untuk memperkenalkan liga profesional yang kemudiannya diberi nama sebagai Liga Korea dalam tahun 1994.

Pada tahun yang sama Korea layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Los Angeles. Tahun lalu Korea memperkenalkan Liga-U untuk Universiti dan Pusat-pusat pengajian tinggi. Perlawanan Liga-U diadakan setiap Khamis dan setakat ini ia disertai oleh 10 pasukan.

Hujung tahun lalu, bola sepak di Korea mencatat satu kemajuan besar apabila Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) dan Kementerian Pendidikan negara itu menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menyelaraskan pertandingan-pertandingan peringkat umur.

Tanpa MoU itu, sama seperti di kebanyakan negara, kedua-dua pihak akan mempunyai pertandingan bawah umur yang berlainan.

Contohnya persatuan bola sepak akan menganjur bawah umur 13, 15 dan 17 manakala sekolah-sekolah pula bawah 12, 18 dan 21.

KFA dan pihak sekolah-sekolah sedar bahawa ini adalah suatu pembaziran masa, tenaga dan wang.

Dengan sistem baru yang dilaksanakan tahun ini, KFA akan memasukkan pertandingan sekolah dalam kalendarnya dan menyediakan kepakaran teknikal.

Ini sudah tentu akan membawa Korea mempunyai asas yang mantap dan seterusnya semakin maju dan hebat pada masa akan datang.

Sukan di Korea boleh maju sedemikian kerana komitmen dan passion mereka yang terlibat untuk belajar dari orang lain, dengar daripada pakar-pakar dan berusaha bersungguh-sungguh selain mempunyai mentaliti sedia menerima perubahan.

******************************
Liga Universiti Malaysia yang sedang berlangsung pun FAM tak dapat membantu kerana mungkin sibuk menepis dan menangkis serangan musuh-musuhnya.

Bagaimana bola sepak Malaysia nak maju jika ada pegawai yang cetek tentang pentadbiran bola sepak?


Ipin
UPM

Anonymous said...

Tahniah fadzli tulis kutuk FAM

Tapi adakah kutukkan ini utk musim ini sahaja atau pun azuddin tak jumpa u lagi

But I don't trust u

Anonymous said...

Yang 2 orang wartawan jumpa azuddin kalau tak silap aku mesti antara khawari , rizal hashim atau christoper raj

Kalau tak silap aku la

coretan_khalayak said...

Beruk FAM sedang menghalau musuh-musuhnya , misi akan berjalan sehingga November -

suruh turun - tak nak turun , duk kat atas ngabis buah je..

kalau bergayut lelama kat atas tu ada hasil takpe jugak , ni asyik buah tak cukup , bila terserlah kebebalan beruk ni - mula nak jatuh hukuman salah orang lain pulak .

Beruk nan satu ni kalau sedar diri tu perosak ja FAM hukum diri sendiri dulu kan bagus, jgn sbb nak pertahan diri habis satu kebun nak di amuk.

Bolasepak Malaysia sekarang ni memang boleh jadi terbilang kat dunia ni tapi bukan sudut mutu la, politik nye je la , decision tiada pemain asing - kita tunggu Liga M berakhir apa mutu pasukan kebangsaan lebih baik ? - tunggu & lihat.

bukan ke semua hukum hakam kat Malaysia termasuk bolasepak ni ambil copy paste dari britain , pesal kat britain wenger , benitez , ferguson tak pulak pernah kena ban sampai setahun dua - sebabnya mudah saja managemet yang jaga bola kat sana buat dgn integriti , dia tau decision yg bodoh org luar akan judge - maruah diri bawa masa hidup sampai lepas mati ,

result - Premier League buat duit lagi banyak dari Liga M , kasi pemain luar main - masih juga England walaupun tak layak last Euro , ada cukup player berkualiti kalau nak compete dgn top 10 dunia,

malaysia , professionalism? setiakat"Wang" nampak la - hala tuju nya pun tak tau kemana nak dibawanya - jgn salahkan org luar bagi pendapat kalau kita sendiri empunya diri buat tindakan yang mengundang kritikan. Fikir banyak sebelum buat sebarang keputusan ni waktu jasad dikandung badan mungkin kita rasa megah dgn kedudukan bila mati - ingatan keluarga , rakan taulan je ada , kalau berbalut dgn kain kapan , kain kapan je la bey , kalau kena letup dgn c4 kain kapan pun takde bey,

wassalam,

coretan_khalayak said...

Beruk FAM sedang menghalau musuh-musuhnya , misi akan berjalan sehingga November -

suruh turun - tak nak turun , duk kat atas ngabis buah je..

kalau bergayut lelama kat atas tu ada hasil takpe jugak , ni asyik buah tak cukup , bila terserlah kebebalan beruk ni - mula nak jatuh hukuman salah orang lain pulak .

Beruk nan satu ni kalau sedar diri tu perosak ja FAM hukum diri sendiri dulu kan bagus, jgn sbb nak pertahan diri habis satu kebun nak di amuk.

Bolasepak Malaysia sekarang ni memang boleh jadi terbilang kat dunia ni tapi bukan sudut mutu la, politik nye je la , decision tiada pemain asing - kita tunggu Liga M berakhir apa mutu pasukan kebangsaan lebih baik ? - tunggu & lihat.

bukan ke semua hukum hakam kat Malaysia termasuk bolasepak ni ambil copy paste dari britain , pesal kat britain wenger , benitez , ferguson tak pulak pernah kena ban sampai setahun dua - sebabnya mudah saja managemet yang jaga bola kat sana buat dgn integriti , dia tau decision yg bodoh org luar akan judge - maruah diri bawa masa hidup sampai lepas mati ,

result - Premier League buat duit lagi banyak dari Liga M , kasi pemain luar main - masih juga England walaupun tak layak last Euro , ada cukup player berkualiti kalau nak compete dgn top 10 dunia,

malaysia , professionalism? setiakat"Wang" nampak la - hala tuju nya pun tak tau kemana nak dibawanya - jgn salahkan org luar bagi pendapat kalau kita sendiri empunya diri buat tindakan yang mengundang kritikan. Fikir banyak sebelum buat sebarang keputusan ni waktu jasad dikandung badan mungkin kita rasa megah dgn kedudukan bila mati - ingatan keluarga , rakan taulan je ada , kalau berbalut dgn kain kapan , kain kapan je la bey , kalau kena letup dgn c4 kain kapan pun takde bey,

wassalam,

coretan_khalayak said...

just to share ,
ni la surat yang Legend - Allahyarham Datuk Basri Akil hantar kat FAM sampai kena gantung kali ke2,pernah dgr org kedah complain pasal beliau ? - tak pernah sbb masa hidup beliau bekerja dgn penuh integriti :)


DARIPADA:
DATO' PADUKA HAJI AHMAD BASRI MOHAMAD AKIL
DHMS.,DSDK.,JMN.,BCK.,JP. (DATO' LELA PAHLAWAN)

KEPADA:
Yang Berbahagia Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Saad,

Setiausaha Agung

PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)

Wisma FAM (Tingkat 3)

Jalan SS 5A/9, Kelana Jaya,

47301 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.


Yang Berbahagia Dato' Seri,

KETIDAK ADILAN DAN "DOUBLE STANDARD" DALAM FAM.

Apabila Presiden Persatuan Bolasepak Perlis Dato' Seri Shahidan Kassim mengkritik Pengadil pertandingan yang menyentuh caraurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ekoran pertandingan bolasepak Piala Malaysia diantara Perlis dan Kuala Lumpur pada 5 May 2007, yang berksudahan Perlis ditewaskan oleh Kuala Lumpur 1-2 dalam tempoh 2 minit terakhir pertandingan, Dato' Seri selaku Setiausaha Agung FAM lantas memberi kenyataan akan mengambil tindakan disiplin terhadapnya.

2. Adalah amat mengeciwakan yang sahingga kehari ini tidak sebarang tindakan diambil berhubung dengan isu mengkritik pengadil pertandingan yang turut menyentuh imej dan martabat FAM apabila Dato' Seri Shahidan Kassim menyatakan (sapertimana dilapor dalam akhbar pada hari berikutnya) bahawa, "jika ini mutu pengadil yang dilantik oleh FAM, pengadil dikampung saya pun lebih baik!"

3. Mungkinkah FAM dan Dato' Seri takut untuk bertindak terhadap Menteri Besar Perlis dan hanya berani menghukum mereka yang tidak berkuasa dan tidak mempunyai pengaruh kuat politik dan sebagainya? Inikah prinsip dan modal integriti FAM dan Setiausaha Agungnya?

4. Pada masa yang lalu apabila Pengurus Pasukan Perak, YBM Raja Ahmad Zainuddin (belum dikurniakan gelaran Datuk ketika itu) .mengkritik mutu pengadilan satu pertandingan dalam Liga Malaysia, dia digantung dari sebarang penglibatan bolasepak selama setahun. Maklumlah siapalah Raja Ahmad dan yang lain-lain dihukum pada ketika itu!

5. Niat saya dalam mengutus surat ini bukanlah bertujuan meminta supaya hukuman dijatuhkan terhadap Presiden PB Perlis kerana tegurannya itu, tetapi lebih menjurus terhadap kelemahan FAM, sikap tidak adil dan amalan yang berbeza yang lebih memperlihatkan pendekatan tidak telus, berat sebelah, lemah dan tidak berintegriti pihak Dato' sendiri dan FAM umumnya.

6. Apabila saya membuat kenyataan akhbar mengkritik kegagalan pembangunan bolasepak kita dengan menyentuh isu akademi bolasepak negeri, Dato' telah menganggap itu (atas andaian sendiri) sebagai satu kritikan tidak wajar, salah fakta, lantaran berasaskan pendapat dan pendirian Dato' itu sendiri telah mempengaruhi FAM untuk mengambil tindakan melalui Jkuasa Disiplin FAM mengantungkan saya dari segala aktibiti bolasepak selama 3 tahun dan menolak rayuan berikutnya! Mungkin Dato' menganggapkan ini sebagai satu langkah tindakan yang tepat dan perlu serta banyak menyumbang kearah pembangunan bolasepak kita!?

7. Saya masih menyimpan segala rekod tentang apa yang telah berlaku. Ekoran dari hukuman tersebut, Presiden FAM Tuanku Sultan Ahmad Shah sendiri telah menyatakan melalui akhbar bahawa baginda hairan kenapa saya tidak menghubunginya dan merayu pertimbangan baginda terhadap hukuman yang dijatuhkan itu. Hasil perhubungan saya dengan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta nasihatnya, saya telah menyampaikan rayuan kepada Presiden FAM sebanyak 2 kali dan sahingga ini tidak sebarang reaksi atau sepatah jawapan yang disampaikan. Saya juga telah dinasihatkan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah supaya menerima sahaja sebarang keputusan yang akan dibuat oleh Tuanku Sultan Ahmad Shah. Mungkinkah saya juga diharap menerima keputusan yang berbentuk sunyi dan sepi?

8. Apa yang berlaku sebenarnya berpunca dari reaksi Dato' Seri sendiri saolah-olah saya merupakan perosak kepada masadepan bolasepak negara. Sejak 1984 saya telah berusaha sedaya upaya untuk membangunkan bolasepak kita tetapi sentiasa menghadapi tentangan oleh pihak yang mungkin kurang senang dan tidak suka melihat orang lain lebih berjaya dalam sesuatu pendekatan mengakibatkan saya diketepikan sejumlah 7 tahun. Saya telah memainkan peranan penting dalam memperkasakan bolasepak Kedah Darul Aman mulai 1987 sahingga kini dan sayalah Pengurus terakhir yang membawa skuad bolasepak Negara menjuarai sukan SEA 1989. Mungkin segalanya ini tidak mempunyai sebarang erti terhadap FAM masakini! Bagi saya hanya merasa puas kerana telah berusaha sedaya upaya dengan niat yang jujur ikhlas.

9. Idea Akademi Bolasepak Negeri yang asalnya dicetuskan oleh saya sendiri pada bulan May 1994 selaku Pengerusi JKuasa Pembangunan Belia FAM ketika itu iaitu melalui satu Kertas Kerja bertajuk "NATIONAL YOUTH DEVELOPMENT PROGRAMME – IN SEARCH OF A FORMULA FOR SUCCESS" yang mula dilaksanakan mulai 1995 dan kemudiannya dihentikan dipertengahan jalan (program 10 tahun) pada tahun 2000 atas andaian ianya gagal tanpa sebarang perbincangan dan rundingan dengan JKuasa yang bertanggungjawab. Saya masih yakin sekiranya program tersebut diteruskan, diperkemas dan diperbaikki dari dihenti dan ditukar modus operandi dan pendekatannya, kita pasti telah berjaya melahirkan pemain negara yang jauh lebih berkualiti dalam era awal abad ke21. Cetusan idea mempelupuri program pembangunan jangkapanjang ini sebenarnya berpunca dari keadaan semasa dimana pentadbiran FAM langsung tidak melakukan sesuatu untuk pembangunan bakat bolasepak kita, malah lebih memberatkan lain-lain kepentingan dan kedudukan. Sebelum ini tidak dapat sebarang program pembangunan yang tersusun atau sistematik yang dilaksanakan oleh FAM kecuali secara adhoc dan jangkapendek sahaja. Rujuklah balik kepada segala rekod dalam FAM.

10. Penglibatan dan hasrat saya dalam bolasepak adalah secara jujur dan ikhlas untuk membangunkan bolasepak kita secara menyeluruh sapertimana yang telah saya usahakan untuk negeri Kedah Darul Aman dan pasukan Hijau Kuningnya. Tidak pernah terlintas dalam pemikiran saya untuk megambil kesempatan dari apa keadaan sekali pun dan tindakan saya menegur dan mengkritik adalah berasaskan sikap telus, jujur dan tegas dalam mengendalikan tugas dengan rakan seperjuangan yang amat menuntut kepada komitmen dan kesungguhan ini. Walau pun adakalanya lantang dan menyentuh perasaan, ia tetap bertujuan baik cuma apakan daya jika ada pihak yang tidak boleh menerima teguran dan pandangan! Urusan yang dipertanggungjawabkan bukan mudah dan memang amat mencabar! Sedihnya, apakah kejayaan dan pencapaian FAM selepas itu hasil tindakan memisahkan saya dari aktibiti bolasepak selama 7 tahun? Walau pun amat mengeciwakan ia tidak membawa sebarang kerugian kepada diri saya tetapi, adakah program Akademi Bolasepak Negeri lebih tersusun, lebih kemas dan lebih berjaya dari apa yang dahulunya dikatakan gagal, dan bolehkah dianggap mutu bolasepak kita pada hari ini telah meningkat secara memuaskan?

11. Secara adil dan bijaksana, saya harap Dato' sendiri dan juga FAM dapat meneliti kesan sebenar atau memberi jawapan kepada persoalan-persoalan berikut secara ikhlas dan tepat:

(1) Apakah yang telah saya lakukan yang telah mempunyai kesan ketara dan merosakkan bolasepak kita. Nilaikanlah satu persatu teguran dan kritikan yang telah membawa hukuman terhadap diri saya itu?

(2) Adakah pergantungan saya selama 4 tahun yang dijatuhkan pada 14 Mac 2001 telah memperbaikki keadaan dan membawa kemajuan kepada bolasepak negara?

(3) Adakah pergantungan kedua selama 3 tahun yang sedang berkuatkuasa sekarang mempunyai kesan langsung memajukan sukan bolasepak kita?

(4) Jika diteliti dari kesan dan faedah tindakan dan hukuman tersebut, wajarkah hukuman-hukuman yang dijatuhkan itu dianggap sebagai bijak, mempunyai kesan yang positif atau sekadar memelihara kepentingan peribadi dan tertentu sahaja. Bagi saya tindakan yang diambil itu adalah kejam dan tidak bertimbangrasa menghalang warganegara yang ingin berbakti dan berjasa. Ianya bersikap angkuh dan tidak rela menghadapi hakikat sebenar dalam usaha untuk kepentingan bersama dan masyarakat. Ia akan tetap kekal dalam ingatan selagi hayat dikandung badan sebagai sesuatu yang kejam, tidak adil, tidak bijak dan tidak bertimbangrasa, bersikap peribadi dan berkepentingan tertentu.

12. Terimalah kenyataan bahawa kemajuan bolasepak negara setakat ini kekal mundur dan tidak berubah atau memperlihatkan kemajuan yang boleh dibanggakan. Industri bolasepak professional juga menghadapi keadaan yang menekan dengan ketiadaan tarikan penonton dan sumbangan tajaan yang berkurangan. FAM harus dapat melihat sendiri masalah ini dan memilih pendekatan bijak mengatasinya dan berhentilah dari mempersalahkan pihak lain diatas kegagalan yang memalukan ini. Susunan jadual pertandingan pun asyik bertelingkah diantara kepentingan industri bolasepak, kerjaya pemain dan tuntutan bakti negara. Rengkasnya segala-galanya memperlihatkan kegagalan kepimpinan dan pengurusan serta pentadbiran lantaran kekal ditakuk yang mengeciwakan dengan keadaan yang langsung tidak memberi harapan dan keyakinan.

13. Sesungguhnya saya merasai amat sedih dan keciwa menyaksikan komplot dikalangan pihak tertentu dalam FAM yang kini memperlihatkan dengan jelas pendekatan tidak ikhlas, tidak telus dan berbeza (double standards) dalam mengendalikan hal ehwalnya. Kalau saya dianggap sebagai perosak dan sumbangan ikhlas dari saya tidak berguna, lakukan dan perlihatkanlah yang lebih baik, cara pendekatan yang lebih bijak dan pencapaian yang membanggakan serta lebih hebat untuk megelakkan FAM dianggap sebagai jumud, tidak telus, terkongkong dan mundur. Kalau ketandusan idea dan dayausaha janganlah asyik meyalahkan pihak lain sahaja. Lebih baik menerima hakikat, mengaku gagal dan tewas lantas berkorban dan undur diri untuk membuka ruang kepada pihak lain yang lebih baik, mampu dan ikhlas memperjuangkan nasib bangsa dan negara.

Salam hormat.

Yang ikhlas,

DATO' PADUKA BASRIAKIL.

al fatihah -

Anonymous said...

Kepada Coretan Khalayak, Tahniah diucapkan kerana berani dengan rakusnya mengutuk fam. Kutukan anda bertempat dan bersesuaian dan sah anda layak mengutuk kerana anda tidak terikat dengan peraturan fam. Bukan semua blogger seperti anda.

Saya ingin mengampil kesempatan ini untuk menokok tambah komen anda:

"Beruk FAM sedang menghalau musuh-musuhnya , misi akan berjalan sehingga November "

Kalau boleh mereka pergi dan tinggalkan fam hari ini juga. Tak perlu tunggu november. lambat sangat.

"suruh turun - tak nak turun , duk kat atas ngabis buah je.."

Kita mohon perkenan KDYMM Tuanku Presiden untuk mengarahkan beruk tu turun. Kalau tak nak juga, 'tembak' je.

"kalau bergayut lelama kat atas tu ada hasil tak pe jugak , ni asyik buah tak cukup , bila terserlah kebebalan beruk ni - mula nak jatuh hukuman salah orang lain pulak."

Standard ketua macam beruk tu, mana nak terima pandangan orang lain. bila kena cucuk sikit kerana bebal dah cepat melatah. penasihat pulak, semua peraturan dia yang buat dan dia yang luluskan sendiri.

"Beruk nan satu ni kalau sedar diri tu perosak ja FAM hukum diri sendiri dulu kan bagus, jgn sbb nak pertahan diri habis satu kebun nak di amuk."

Beruk tu memang tak sedar diri, sebab kalau dia sedarlah, sebenarnya dia memang dah sepatutnya tinggalkan fam dengan isyarat-isyarat yang diberi

Anak Beruk

Anonymous said...

Ha betui pun apa aku kata malam tadi, tu ha satu presiden memang ada habaq lagu tu, kutuk kow kow bagi satu malaya dengaq tapi takda apa pun tindakan.
awat hangpa semua takut kah, Memang tidak adil,
Cuba tepis, aku ada dengaq kalunak buat keputusan kat makamah berpandu pada undang-undang dan tafsirannya. Hangpa tafsir lagu mana?
Ni hah terang lagi bersuluh, awat lain pulak?
Kesian si Ridhuan, aku sokong semua yang kutuk dan memang tak padan hukuman dengan kesalahan. lagipun memang ada yang kesalahan lebih teruk tapi lepas lagu tu saja.
Hangpa semua boleh tengok sendiri, tak payah aku mai habaq bagi hangpa tau.
Semua kedai ada surat khabaq, dan tv radio malaysia pun dok tunjuk siap-siap dulu.
Pikiaq la betui-betui, jangan kalut dok tengok dari mata sendiri saja.

MYDIN KUTTY
Kokdiang

Anonymous said...

Salam,

Jawatankuasa Tatatertib FAM, jangan lupa hadapkan Datuk Che Mat Jusoh kedan gantung dia lebih daripada Ridhuan.

Ini lah padahnya apabila sekretariat fam lebih mementingkan yang remeh temeh.

Kalau boleh hadapkan Datuk Che Mat dulu berbanding Shahidan Kassim.

Sukoi
Pulau Bidong

Anonymous said...

Tok mat jusoh pun patut panggil ngadap JK tatatertib. Dia secara terang tibai sekretariat FAM.

Dengan lain perkataan, tok mat ni pun naik hangin dengan cara sekretariat buat kerja.

Anonymous said...

KAlau tuanku presiden bersedia menerima teguran yang konstruktif, mengapa tidak sekretariat FAM?

Tuanku sendiri dah nyatakan pendirian baginda. Cuma masalahnya, pegawai yang tuanku lantik tu tak boleh terima sepertimana yang tuanku bohe lakukan.

HArap harap tuanku dapat nasihatkan beliau.

Ampun Tuanku.

Anak PAhang

Anonymous said...

Dato' Azzuddin,

sila dakwa pengadil Sukidin juga kerana beliau menyokong redhuan. Ini seolah-olah beliau tidak menyokong FAM.

Jangan biarkan dia tikam FAM dari belakang

Anonymous said...

Sumber: www.bernama .com

Khairy: FAM Jangan Terlalu Sensitif Terhadap Teguran



KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta supaya jangan terlalu sensitif dengan teguran daripada pihak-pihak yang ingin memperbaiki mutu bola sepak tanahair.

Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaludin berkata badan induk itu perlu menerima segala teguran dengan hati yang terbuka "walaupun kadang-kadang teguran itu terlalu pedih ataupun ada kalanya teguran itu tidak berasas."

"Janganlah pula seolah-olah FAM ini tak boleh langsung terima teguran dan juga pandangan daripada ahli gabungan dan daripada mereka yang terlibat dalam bola sepak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan Futsal Terbuka Belia Seputeh di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tindakan FAM menggantung ketua jurulatih Felda United Reduan Abdullah selama setahun selain denda RM4,000 kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang dianggap tidak tepat.

Khairy bagaimanapun berkata, beliau belum lagi dimaklumkan tentang sebab-sebab Reduan digantung.

"Tetapi apa pun, saya akan bawa perkara ini ke mesyuarat exco," katanya.

Selepas Reduan, badan induk bola sepak negara itu dilaporkan akan mengambil tindakan terhadap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM Datuk Soh Chin Aun dan ketua jabatannya Lt Kolonel (B) Kamaruddin Sakhari kerana dikatakan "mulut celupar" terhadap FAM.

-- BERNAMA

*********************************

YB KJ sah akan kena tindakan tatatertib kerana merasmikan kejohanan terbuka futsal seputeh yang tidak mendapat kelulusan fam.

Berani kah fam mengambil tindakan terhadap KJ?

Adakah DOUBLE STANDARD tidak akan berlaku?

Anonymous said...

BERITA PANAS dari Terengganu

Benarkah semasa kejohanan futsal felda ada pegawai fam membawa ahli keluarga untuk turut sama bertugas?

Kalau benar, mengapa jadi begitu?

Tidak cukupkah tenaga kerja di fam mahupun di PB Terengganu?

Adakah ini sudah menjadi amalan biasadalam pentadbiran sekarang ini?

Anonymous said...

Benarkah seorang bekas staf fam diberhentikan atau memberhentikan diri kerana bertugas dalam kejohanan futsal universiti yang mana gambarnya terpampang di dada akhbar berkenaan?

Apakah bezanya kenyataan seorang ketua jabatan yang lantang mencemuh Jawatankuasa?

Nampaknya ikan bilis ditindas dan ikaw jerung dibiarkan bermaharajarela. Jadi benarlah jika ada amalan DOUBLE STANDARD di FAM.

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Saudara Anuar Din,
Terima kasih atas komen saudara. Mungkinkah saudara tidak faham atau buat-buat tidak faham. Saya lebih selesa dengan keadaan saya sekarang daripada bersembunyi dengan identiti tersendiri.
Bolasepak adalah satu pasukan yang unik..baik pengadil,jurulatih atau badan yang menguruskannya yang di namakan FAM.
Ia akan menjadi lebih kukuh dan harmoni apabila kita bersifat jujur. Saya akan bersuara pada yang perlu dan bukan sifat saya untuk berpolitik. Tidak usahlah bersikap baling batu sembunyi tangan. Buruk di dunia dan buruk juga nanti di akhirat.
Jika saudara berasa bertanggungjawab untuk memajukan bolasepak tanah air! ayuh munculkan diri dengan sifat lelaki sejati, tidak usahlah kita bersikap 'batu api'..

subkhiddin MOHD SALLEH

Anonymous said...

Sebagai jurulatih perlu tahu garis panduan skop kecergasan pemain sendiri dan tahap yang diperlukan untuk menghadapi "demand" pertandingan yang kompetitif.Setiap jurlatih yang didaftarkan dengan FAM-MSL wajib menjalani kursus kecergasan dan memahami bateri ujian 'yo-yo'.Saya pasti Reduan juga telah melalui program tersebut. Adalah tidak wajar bagi beliau untuk menimbulkan perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar FAM serta peraturan pertandingan yang ditetapkan. Setiap jurulatih mahu pemain-pemain mereka berada di satu tahap yang memuaskan dan seiras dengan keperluan tahap pertandingan. Jika pemain tidak mencapai tahap yang diperlukan sepertimana yang tetapkan oleh pengendalian Ujian Yo-Yo maka saya rasa jurlatih adalah bertanggung jawab bukan badan induk yang mengelolakan pertandingan.

Anonymous said...

Betul you selalu letak nama sendiri bila menulis wahai Encik Subkiddin. KAmi letak nama samaran.... Bukan bermakna kami takut dan bukan pulak bermakna awak berani sebab letak nama penuh.

Takut takut kami pun, kami berani tulis apa yang berlaku di FAM. Tapi awak? Suma tulisan awak semuanya membodek FAM.

Kalau awak berani sangat, cuba nyatakan pendirian awak tentang unit pengadil FAM skrg? Tak pernah pun awak sentuh bila guna nama sendiri... Kalau awak guna nickname lain, tak tau le.

At least kami yang awak cop macam anak anak betina ni ada juga sentuh apa yang tak kena dan apa yang tak betul. Awak yang anak jantan tu, diam macam kayu 24 jam.

Kalau betul betul, kena bersatu pejuangkan hak semua ref. Bukan nak lepas tengkuk sendiri saja.

Anonymous said...

Petikan Utusan hari ini:

"Kata Devan, apa yang diperkatakan ini telah dijelaskan sepenuhnya oleh Khairul semasa di bilik persalinan dan menganggap pengadil perlawanan pada malam itu Abu Bakar Mohd. Nor tidak konsisten sepanjang perlawanan tersebut.

"Ada satu dua keputusan yang tidak memuaskan hati saya dan saya menganggap keputusan pengadil sepanjang 90 minit tidak konsisten
============================

Memandangkan Devan telah mengkritik pengadil secara terbuka, SILA DAKWA DEVAN DGN SEGERA WAHAI FAM. Jangan pilih kasih dan double standard.

Anonymous said...

INi juga petikan Utusan:

"Saya juga tidak ada masalah dengan pengadil, segala keputusan yang diberikannya adalah benar dan dia sudah bekerja keras hari ini, sukar baginya untuk mengawal perlawanan besar seperti ini," katanya.

Tambahnya, layangan kad merah kepada penjaga gol Kelantan, Halim Napi pada minit ke-77 juga dianggap satu keputusan yang benar selepas penjaga gol itu melempar bola kepada Premnath"

ULASAN:

Bukan nak mengagungkan-agungkan jurulatih asing, tetapi inilah realitinya. Butler dapat menerima keputusan pengadil termasuk kad merah kepada Halim Napi.

Beliau bertindak adil kepada pengadil kerana pada kebiasannya, bila pemain kita dapat kad merah, dikatakan keputusan pengadil itu salah. Tapi bila pihak lawan pula dibuang padang, dia kata pula pengadil itu betul. Tahniah butler!

Haiya.... inilah bolasepak Malaysia.

Anonymous said...

sukiddin,

anda jangan riak dan bongkak. ada masa kita di atas dan ada masanya kita dibawah.

Anonymous said...

Kalau ada yang terasa saya minta maaflah. Saya masih berpegang kepada peraturan. Kita ada saluran untuk membetulkan sesuatu yang kita fikirkan tidak betul.
Saya tidak sedikitpun terasa panas dengan komen-komen 'nakal' saudara kerana saya menghormati hak saudara-saudara untuk memberi komen. Bukan SESIAPAPUN, semuanya rakan-rakan seperjuangan juga samada yang masih aktif dan mungkin juga yang kurang aktif. Pandangan dan komen saudara-saudara akan saya jadikan sebagai peringatan, sempadan dan bekalan untuk saya sepanjang 'menumpang' di dunia ini.
Adat roda yang berputar sekejap di atas dan sekejap di bawah dan saya tidak akan berasa kesal apabila perlu berada di bawah jika itu akan memberi kesempatan kepada adik-adikku untuk menyumbangkan kebaikan untuk negara.
Kepada mereka saya akan sentiasa mendoakan kejayaan yang lebih baik dan gemilang tanpa sedikitpun perasaan cemuh, keji mahupun cemburu yang dilaknat ALLAH.
Kalau ada ayat-ayat butir bicara saya yang boleh dianggap sebagai riak dan bongkak saya 'bermohon ampun sangat-sangat dengan ALLAH yang maha Esa. Moga-moga saya diampun dan diberkatiNya.

subkhiddin MOHD SALLEH

rizal hashim said...

Salam saudara Subkhiddin,

Pertama sekali, saya meminta maaf kerana ada di kalangan dayus-dayus memburukkan saudara sedangkan saudara berani berterus-terang dan tidak bersembunyi di sebalik anonymous. Saya kagum dengan referee bernama Subkhiddin dan harapan saya saudara mengharumkan nama negara di Piala Dunia 2010. Saya juga memutuskan akan menekan butang delete terhadap semua komen mengenai pengadil sesudah ini.

Anonymous said...

Adik-adik dan anak-anak sekelian,

Bawak banyak bersabar. Tak baik gado-gado macam ni. Buat malu kita jer. Orang lain dok gelak tengok macam ni ke mentaliti pengadil?

Kalau kat luar pun tak boleh bersatu, macam mana dalam padang?
MAna dia team work anda semua?

Menyerang peribadi individu tertentu bukanlah budaya seorang pengadil yang tulen. Sebagai pengadil, anda perlu adil dan telus baik dalam padang mahu pun luar padang.

Masyarakat sentiasa memandang ke arah anda. kembalilah ke pangkal jalan dan bersatu mengwujudkan keluarga pengadil yang harmoni dan boleh bekerjasama.

Apa yang pakcik tengok, awak semua macam kancil. Gajah yang dok bergaduh, awak semua penyek kena pijak.

Ini cuma pandangan pakcik. Nak marah pakcik pun marahla.

Cuma ingat dan fikirkanlah, kerana keperibadian kita yang busuk hati dan suka menikam kawan dari belakang, orang susah untuk mempercayai kita.

Jangan biarkan masyarakat terus memandang rendah kepada awak semua.

Last pakcik nak bagi tau, ada tuduhan yang mengatakan ada seorang pengadil mabuk dan minum semasa mengadili perlawanan. Sampai ke tahap itu orang dah tuduh awak semua.

Bersatu dan kembalilah ke pangkalan jalan.

Pakcik Hamzah

Anonymous said...

cuba baca komen di bawah yang sengaja pakcik kopi and pes di bawah tajuk KENA KAD KUNING.
Tak malu ke anak-anak dan adik-adik sakalian?
*****************************

Itulah hikmahnya bila berlaku semua ini.

Jadi untuk semua rakyat malaysia, Pengadil-pengadil yang ada pada hari ini tidak ikhlas dalam memberi khidmatnya. Khidmatnya semata-mata duit.

Kalau benar pengadil tu ikhlas, semua itu tidak timbul.

Patutlah mutu pengadilan sekarang ini banyak dipertikaikan banyak pihak. Mungkin ada pengadil yang tak cukup duit.

Warga pengadil rupanya tak pernah bersyukur dengan apa yang telah mereka perolehi. Patutlah semua ini terjadi.

Yang tua tak puas-puas, yang muda pula nak jadi macam yang tua.

SYUKUR ALHAMDULILLAH KERANA MU YA ALLAH AKU MASIH DI SINI

teachuhman said...

Saudara-Saudari ku keluarga Pengadil Malaysia

Sila hayati Pantun ini sekali lagi.

Langkah masuk rimau di dada
Silap langkah rimau dibedil
Berani, tegas, cergas, adil
Kalimah Keramat Kami Pengadil

Please, come together,

What is our mission?
What are our goals?
What are our dreams?
What are our priorities?

Where is the brotherhood?
Where are the promises?
Where is your pride?
Where are our ideals?
Where are our principles?

Who is your team?
Who are the opponents?
Who are you angry with?
Who are the supporters?
Who are you supporting?
Who are those laughing?
Who are they laughing at?
Who is the winner?
Who are the losers?

Why is this happening?
Why are we divided?
Why are we confused?
Why are we fighting?

When will we learn?
When will we see?
When will we change?
When will we grow?

Brother refs,
I am no longer active, and many more will not be around soon.I'll still be here to help in anyway I can. i too have a dream for our refs and am trying to achieve it in my own way. This situation is getting out of hand and is no help at all.
Let's put all these aside and see what the real message is. What has been foreseen long ago by our seniors and our greats is taking place now. Do not let it happen. Do not let it get worse. "Everything is in your hands!
I beg you from the bottom of my heart.

Anonymous said...

Sudah la lu naim. Lu pun serupa kaki bodek drebar teksi tu. Masa lu jadi ref bukan bagus mana sangat pun .kalau tak silap masa game live Telekom melaka lawan penang itu la last game lu. Lepas tu lu kena gantong. betul?

Anonymous said...

Dear Naim

Lu tak yah layan lah mangkuk hayun semua ni,
Komen pandai, kutuk hebat, macam dia orang semua bagus.
Ko buat aje apa yang ko rasa bagus buat ko

Abang subkhi

Jangan buang tenaga melayan beruk-beruk ni
Semua punca merekalah bahana ni melanda referee malaysia
Teruskan aje apa-apa yang patut.
Tak perlu jawab lagi

Lagi dilayan lagi disembur
Tak sedar dia ludah ke langit tu.

Anti Ludah
Slim River

Anonymous said...

Bro rizal, secara peribadi saya bersetuju dengan anda bahawa menyerang peribadi individu tertentu dalam blog sdr ini bukanlah sesuatu yang manis. Banyak cara lain lagi untuk menyelesaikan masalah. Perbincangan dan bermuasyuarah dalam semangat kekeluargaan mungkin dapat merungkaikan kekusutan yang berlaku.

Namun begitu rizal, saya juga kurang setuju jika sdr memilih untuk melabelkan mereka yang menggunakan anonymous dalam tulisan tulisan mereka sebagai dayus. Mungkin mereka ada alasan alasan tersendiri mengapa mereka berbuat demikian.

Kepada mereka mereka yang berselindung di sebalik anonymous itu, suka saya berpesan, elakkan lah menyerang peribadi individu indiviu tertentu itu.

Semoga Allah memberkati anda semua.


Abdullah Nordin

Anonymous said...

Naim tu bukan setakat kena suspended saja, tapi selalu gagal fitness test

Anonymous said...

woi rizal lu jgn lebih lebih pulak. Lu ingat lu bagus sangat ka? Jangan hina org lain sebagai dayus.... Kalau gua jadik shahidan kasim, gua sergah lu as the worst reporter pulak la bro. Lu tadak pendirian punya reporter. Suka ambil kesempatan...suka laga lagakan orang. Boleh blah la lu! (pinjam perkataan yang lu selalu guna). Jangan marah.

harimau jadian