Tidak sampai empat jam sesudah jenazahnya mendarat di KLIA, jasad Mohd Nazri Abdullah, pengadil tersohor yang menjulang nama Malaysia, akhrnya bertemu tanah semalam.
Ikuti rentetan peristiwa kepulangan jenazah dalam catatanku ini.
Berita ketibaan jenazah menerusi penerbangan dari Las Palmas, Pulau Canary ke Madrid menuju Kuala Lumpur menerusi Amsterdam tersebar di kalangan rakan-rakan Allahyarham sebaik disahkan oleh pihak FIFA di sana.
Penerbangan Royal Dutch Airlines (KLM) mendarat di KLIA jam 3.40 petang, lewat sedikit daripada yang dijadualkan, dengan satu rombongan terdiri daripada pegawai dan sahabat-sahabat Allahyarham menanti penuh tabah bagi mempercepatkan urusan.
Ia rezeki Allahyarham sebenarnya apabila banyak kerenah birokrasi dilangkaui hasil kerjasama pelbagai pihak. Rakan taulan, umpamanya pengadil M. Karthi, memudahkan urusan. Adik Allahyarham yang mengiringi jenazah dari Madrid, Zaiviji Ismail Abdullah, meperkenalkan dirinya kepada kumpulan yang ada.
Masing-masing sebak apabila bekas penolong pengadil FIFA, Rodzali Ya’cob memeluk Ismail sambil menitiskan airmata di saat kotak yang membawa keranda itu diumpil.
Rodzali memang cukup rapat dengan Allahyarham kerana mereka berganding bahu melicinkan pentadbiran unit pengadil FAM di bawah Datuk George Joseph ketika urusetia FAM dikendali oleh Datuk Dell Akbar Khan.
Bahkan Rodzali bersama Azimi Abdullah, pegawai pembangunan pengadil FIFA di Kuala Lumpur, antara orang kuat yang bermesyuarat dengan pihak berkaitan bagi menguruskan ketibaan jenazah, secekap mana mereka menganjurkan sebarang kejohanan bola sepak antarabangsa yang memerlukan “management and organisational skills”.
Antara yang turut bersiap siaga pengadil tersohor, Subkhiddin Mohd Salleh, Azizi Adnan, Naim Nair dan penolong setiausaha agung FAM, Saifuddin Abu Bakar.
Setibanya dari Amsterdam
Ismail memberitahu Dell urusan penghantaran jenazah dikendalikan FIFA.
“Tinggal lagi saya terpaksa memastikan jenazah ada dalam setiap penerbangan,” katanya yang kebetulan berada di Rome, Itali, menghadiri satu mesyuarat ketika dimaklumkan kematian abangnya pada Isnin lalu.
Adik Allahyarham, Zaiviji Ismail yang juga Pengerusi Syarikat Shell di Pakistan, bersama Dell (kanan), Azimi dan OCPD Sepang, ACP Zahedi Ayob (kiri)
Sambil dipantau Dell, petugas-petugas mengumpil pelapik zink yang memastikan keranda kedap udara, dan memindahkan jenazah yang lengkap dikafan dengan elok terus ke dalam keranda yang sama.
Jenazah dalam proses dikeluarkan dari keranda kedap udara
Seterusnya, jenazah dibawa menerusi van ke bangunan berhampiran pintu pagar kawasan bersebelahan KLIA bagi upacara penghormatan terakhir balunya Roziah Abdul Rahman dan tiga anaknya, Nadia, Nabila dan Alif. Kebetulan Nazri menghembus nafas terakhirnya pada ulangtahun ke-17 perkahwinannya.

Tan Sri Zain (kiri) dan Walter Gagg
Othman Omar dan Soh Chin Ann
Antara yang kelihatan Othman Omar, yang melayangkan satu-satunya kad merah kepada Allahyarham Mokhtar Dahari di Singapura pada 1981, rakan seangkatan Allahyarham seperti Nik Ahmad Yaakub dan Pirom Un Prasert dari Thailand yang datang bersama isteri, bekas kapten negara, Datuk Soh Chin Aun, bekas pengerusi jawatankuasa pengadil FAM, Tan Sri Zain Hashim, Steven Ovinis, Adnan Jamil, Manjit Singh, R. Krishnan dan Walter Gagg, wakil peribadi kepada Presiden FIFA, Sepp Blatter.
“Muka arwah berseri-seri, tersenyum,” kata Adnan yang juga anggota jawatankuasa pengadil FAM.
Aku turut menahan sebak apabila Nik Ahmad, yang juga meniup wisel penamatnya sebagai tanda persaraan bersama Nazri pada 2000, memelukku lalu menitiskan air mata. Tepat jam 5.10 petang, konvoi berlepas ke kediaman Allahyarham di Sunway dengan diiringi tiga outrider polis.

Adnan Jamil (kiri) dan Nik Ahmad Yaakub
Aku bertanya kepada Dell siapa yang membuat urusan outrider, soalan yang sepatutnya tidak perlu dijawab. “Sudah tentu polis pencen yang aku tumpang ni”, bisik hatiku.
“Orang yang banyak berjasa kepada negara harus diberi penghormatan sebegini. Nazri ibarat duta negara,” kata bekas Ketua Polis KL dan Ketua Trafik Persekutuan itu, ringkas.
Benar. Kalau Peter Velappan, Paul Mony Samuel dan Windsor John membawa nama Malaysia dari segi kecekapan penganjuran dan pentadbiran, Nazri adalah duta kita di padang.

Dell memastikan agar laluan lancar tanpa gangguan
Konvoi dari KLIA
Di saat kita ternanti-nanti persembahan 11 anak Malaysia sama ada di pentas Olimpik mahupun kejohanan peringkat umur FIFA, Nazri antara kelompok kecil yang mengibar bendera Malaysia di rumput-rumput hijau di tanah asing.
Biarpun jarang diiktiraf penonton, pengadil melengkapkan satu-satu perlawanan itu, baik di peringkat perlawanan antara kampung mahupun Piala Dunia.
Allahyarham pembuka jalan kepada generasi pengadil seterusnya, tanpa kita melupakan sumbangan otai-otai terdahulu seperti T. Nadarajan, S. Kathrivale, Zain Hashim, George Joseph yang pernah mengadili Diego Maradona pada 1979 dan Othman Kamaluddin, sekadar menyebut beberapa nama.
Perjalanan dari KLIA ke Sunway mengambil masa dalam 40 minit. Konvoi dalam 20 kereta itu melalui tiga tol dengan percuma selepas Dell meminta bantuan outrider yang juga bekas anak buahnya.
Kediaman Allahyarham sesak dengan keluarga, rakan taulan dan jiran. Kulihat begitu besar rombongan AFC dari pelbagai bangsa, dengan wajah bergenang airmata. Solat jenazah disempurnakan.
Antara yang mengusung jenazah di kediamannya, dari kiri Subkhiddin, Krishnan, Zainal Abidin Rawop dan Zainal Abidin Yaacob
Pepatah menyebut patah tumbuh hilang berganti. Realitinya, ia tidak semestinya berlaku. Kita masih menanti pengganti sebenar kepada Mokhtar yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ghani Minhat.
Dell mengiringi Gagg untuk menyiram kubur. "If I'm not mistaken, the last someone died while conducting a FIFA course was eight years ago. He was an Argentine instructor," Gagg told me. He flew back to Zurich via Frankfurt later that night.

Di luar kediaman Allahyarham
Kusapa beberapa kakitangan AFC yang kukenali, dan menegur Velappan. Kusapa bekas setiausaha agung FAM, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad dan penggantinya Lt Jen (B) Datuk Azzuddin Ahmad.
Bagi keluarga pengadil tempatan, pulangnya Nazri ke rahmatullah terlalu awal. Banyak lagi ilmu dan pengalamannya yang boleh dikongsi bersama.
Kulihat Yoshimi Ogawa, pengarah jabatan pengadil AFC, mencekup kedua-dua belah tangannya seolah-olah mendoakan Nazri. Pengadil dari Singapura, Shamsul Maidin yang bertugas di Piala Dunia 2006, turut hadir bersama hampir 20 pegawai dari Singapura yang diketuai pengerusi jawatankuasa pengadil FAS, Jeffrey Beh. Kulihat Ahmad Khalidi Supian, Kamaruddin Mohd Diah dan rakan-rakan pengadil dari era 70-an, 80-an dan 90-an.
Pirom Un Prasert (tengah) pernah mengadili Piala Dunia 1998 di Perancis, berkongsi duka dengan Yoshimi Ogawa (kanan)
Aku terdengar pemangku Setiausaha Agung AFC, Alex Soosay, membisikkan kepada seseorang bahawa presiden AFC, Mohamed bin Hammam, memberi sumbangan peribadi yang agak besar kepada keluarga Allahyarham.

Nadia dan Nabila
Nabila dan Alif
Pengadil ramai datang dan pergi. Menjadi pengadil peringkat FIFA kini bukan lagi perkara baru. Namun tidak ramai yang berkebolehan mengajar pengadil yang mengadili Piala Dunia, apalagi di kalangan kelompok orang kita.
Wakil seluruh pelosok dunia hadir ke pengkebumiannya. Kematiannya seolah-olah menyatukan keluarga FAM dan AFC dalam kesedihan, biarpun hanya sekelip mata berkongsi duka.
Nabila dan Alif
Pengadil ramai datang dan pergi. Menjadi pengadil peringkat FIFA kini bukan lagi perkara baru. Namun tidak ramai yang berkebolehan mengajar pengadil yang mengadili Piala Dunia, apalagi di kalangan kelompok orang kita.
Wakil seluruh pelosok dunia hadir ke pengkebumiannya. Kematiannya seolah-olah menyatukan keluarga FAM dan AFC dalam kesedihan, biarpun hanya sekelip mata berkongsi duka.
Dell mengiringi Gagg untuk menyiram kubur. "If I'm not mistaken, the last someone died while conducting a FIFA course was eight years ago. He was an Argentine instructor," Gagg told me. He flew back to Zurich via Frankfurt later that night.
Saudara-mara Allahyarham turut mengiringi jenazah ke liang lahad
Langit mendung disusuli hujan mencurah-curah membasahi bumi berubah wajah apabila jenazah tiba di perkarangan perkuburan USJ 22 di Subang Jaya. Jenazahnya selamat disemadikan sebelum Maghrib, menepati rancangan perancang-perancang di sebalik tabir.
Ku percaya anak-anak didiknya yang menangisi pemergiannya akan menyahut cabaran. Sama ada terpilih beraksi di pentas Piala Dunia atau menjadi tenaga pengajar disegani FIFA. Itu sudah pasti satu bentuk penghormatan dan peninggalan paling besar, bermakna dan berharga buat Allahyarham Mohd Nazri bin Abdullah. Selamat berangkat, ku ucapkan. Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya jualah kita kembali.

19 comments:
Semoga Allah swt mencucuri Rahmat ke atas rohnya, AMIN..sesungguhnya pemergian Allahyarham Nazri satu kehilangan amat besar kepada negara dan warga pengadil seluruhnya..
Nik Ahmad
Sunway Kinrara
Saya baru sampai petang tadi dari KL atas urusan menyempurnakan perjalanan terakhir seseorang yang sangat saya kagumi..sukar tetapi saya perlu terima hakikatNya bahawa yang hidup pasti akan menemui penciptaNya satu ketika nanti. Dihalaman rumah saya perhatikan berulang kali sekuntum bunga hasil jagaan isteri tersayang, mekar ia hidup berseri, begitulah berserinya wajah kekanda saya itu. Sekalipun kami berlainan baik ibu mahupun bapa tetapi saya dididiknya umpama adik kandungnya sendiri. Kasihnya kepada saya sukar untuk digambarkan..pernah saya kata kepada seseorang 'kamu tidak memerlukan setahun atau sebulan atau seminggu atau sehari tetapi cukuplah sekadar satu pertemuan dengannya maka kamu akan terus mengenalinya sebagai seorang insan yang tersangat istimewa. Semoga kekandaku yang tersangat istimewa ini akan berada di kalangan yang dikasihiNya. Amin..
Saya baru sampai petang tadi dari KL atas urusan menyempurnakan perjalanan terakhir seseorang yang sangat saya kagumi..sukar tetapi saya perlu terima hakikatNya bahawa yang hidup pasti akan menemui penciptaNya satu ketika nanti. Sekuntum bunga dihalaman hasil jagaan isteri tersayang saya perhatikan kelihatan mekar dan berseri sepertimana berserinya wajah kekanda saya itu. Sekalipun kami berlainan ibu mahupun bapa tapi saya dididiknya umpama adik kandungnya sendiri. Kasihnya kepada saya sukar untuk digambarkan..pernah saya kata kepada seseorang 'kamu tidak memerlukan setahun atau sebulan atau seminggu atau sehari tetapi cukuplah sekadar satu pertemuan dengannya maka kamu akan terus mengenalinya sebagai seorang insan yang tersangat istimewa. Semoga kekandaku yang tersangat istimewa ini akan berada di kalangan yang dikasihiNya. Amin..
Jika pemain Mokhtar Dahari yang kita sanjung dan kenang, Pengadil adalah Nazri. Beliau boleh di anggap sebagai seorang Negarawan dan tiada siapa boleh mengambil alih kepimpinan beliau tegas, amanah, tidak ego, pemurah, walau dimana pelusuk dunia sekali solat tidak pernah tinggal dan kebajikan Pengadil agenda utama beliau.
Al-Fatihah. May Allah swt bless his soul and place among the righteous. Amin.
In his own words:
"In refereeing, you only get one chance, you must use it to the best"
He gave us and the world his best, there is no way anybody can replace him.
What's left is for us to carry on the challenge and realize his visions.
Many of us left feeling very lost and promised to draw strength from each other. Our beacon of guidance is gone, But he has always brought us together, even in his 'death'.
He had paved the way, set the standards and led by example.
We promise to 'continue the struggle', that was the message, spread around the world, whispered into ears during those emotional hugs that knew no barrier of race, religion or creed. We are all brothers who have lost our "Abang"
"My brother Nazri Abdullah shall never 'die', He shall forever 'live' within me." - This I promise, I will carry on the struggle.
May Allah All Mighty bless his soul and place him among the righteous.
Ameen
" Alhamdulillah...." terdengar suara penuh kesyukuran sebaik-baik sahaja kafan yang menutupi muka arwah dibuka bagi membolehkan ahli keluarga dan sahabat handai menatapi jenazah arwah buat kali yang terakhir di KLIA semalam.
Memang benar, muka arwah begitu berseri-seri, bersih dan tersenyum seperti sedang tidur.
1. " U all mola dulu, saya mai lewat sikit. Nak pi PPZ sat...."
" Alaaa bayar kat saya pun boleh bang, saya pun anak yatim piatu". Gurau seorang rakan kepada arwah tidak lama dulu.
2. "Nanti sampai sana, makan kena jaga tau. Jangan main tibai semacam jer...."
3. " Lantak pi depa. Kita pi maghrib dulu..."
Begitulah antara 3 petikan perbualan dengan arwah semasa hayatnya. Arwah sentiasa menitik-beratkan perkara-perkara yang wajib, soal hukum halal & haram, zakat dan tidak melengah-lengahkan solat.
Ermm kadang-kadang terasa segan dan malu pulak dengan arwah.
Arwah seorang insan yang teramat istimewa yang pernah kukenali. Semoga rohmu akan sentiasa terpelihara dan ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh.
KepadaMU yang Allah, ampunkanlah segala dosa hambaMu itu.
May His Soul Rest In Peace. A great Man in deed. May God Bless his beloved family during this difficult moments.
Kehilangan yang sukar dipercayai. Namun Allah lebih berkuasa. Dia seorang yang cukup berdisiplin luar dan dalam padang dlm mengekalkan kecergasan. Sentiasa fokus kepada tugas. Pengadil-pengadil muda negara perlu menjadikan otai2 pengadil sebagai 'idola' untuk melangkah jauh. Utk Nazri, anda sentiasa di dlm doa ku.
permergian yang diratapi sekian ramai , mengingatkan diri ini juga kehidupan di dunia ini diadili bukan oleh tuhan sahaja malah rakan taulan , mungkin saya tidak mengenali serapat tuan-tuan disini namun saya kira keikhlasan beliau di dalam professionnya membuat beliau begitu dihormati dan disayangi ramai rakan taulan , buat yang masih berada di dalam arena sukan negara apa jua jawatan atau kedudukan anda , percayalah permergian seorang yang bekerja dengan penuh keikhlasan akan sentiasa dihormati dan diingati .
al-fatihah.
Air mata saya mengalir membaca tulisan Rizal dan pengulas-pengulas walaupun saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Semoga beliau dapat menjadi contoh yang baik kepada rakyat Malaysia.
Semoga Allah meletakkanya disamping orang-orang yang beriman. Amin.
Mungkin juga Allah menjemput arwah dalam waktu sebegini awal kerana Allah tidak mahu Almarhum Nazri terjebak secara tidak sengaja, melakukan dosa-dosa yang tidak disedarinya, berikutan kemelut yang melanda Unit Pengadil FAM sekarang.
Almarhum sudah pasti tidak mahu bersekongkol dengan mereka yang mempunyai agenda tersendiri dalam pentadbiran Unit Pengadil FAM.
Semoga rohmu akan sentiasa dirahmati Allah. Amin.
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...
tiada ungkapan cukup untuk menceritakan keperibadian Allahyarham...banyak jiwa sudah disentuhnya, banyak juga yang akan mengingatinya dengan kenangan penuh menggembirakan.
takziah ikhlas saya kepada keluarga Allahyarham Nazri.
Saya anggap diri ini bertuah kerana diizinkan Allah Subhanahuwataala untuk mengenali Allahyarham secara dekat.
Saudaraku Allahyarham Nazri, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...Amin.
khawari
Dear Sir..
Thanks for the link to my blog entry on the late Mr Nazri..
Mr Nazri will always be remembered by football lovers on both sides of the Causeway for the works he done..
Rest in Peace, Mr Nazri...
Setuju dengan coretan khalayak. Jika kita ikhlas bekerja tanpa mempunyai agenda tersendiri, bukan Allah saja yang akan memberi rahmat, rakan taulan turut mengkagumi pengorbanan kita.
Lihat saja, rakan-rakan taulan Almarhum Nazri yang entah
dari mana datangnya, memenuhi setiap ruang di hadapan rumahnya beliau. Sanggup datang dari Korea, Vietnam, Singapura dan Thailand hanya semata-mata untuk memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham Nazri.
Kepada yang masih berkuasa di FAM (kuasa yang dipinjamkan sementara oleh Allah), bermuhasabah dirilah. Buangkan sifat ego dan bekerjalah dengan ikhlas, telus dan seandainya tidak mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan, berundurlah secara terhormat.
Semuga allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau
Mungkin ada sebab tuhan menjemput beliau awal ke rahmatullah
Satu manusia yg berpendirian
Saya juga bersimpati dgn ini semuga fam tak lupa akan jasa2 beliau
Dpd geng hisap
Bro Rizal,
Terlebih dahulu terima kasih diucapkan atas tulisan anda mengenai 'Perjalanan Terakhir Nazri'. Bagi yang tidak berkesempatan untuk sama-sama menziarahi jenazah arwah (termasuklah saya di Guangzhou ini), ianya sedikit sebanyak dapat memberikan kami info terkini bagaimana seluruh pencinta sukan bolasepak di Tanah Air meratapi pemergian arwah.
Petikan kolum Garis tepi dalam Kosmo edisi Ahad, 8 Februari.
".....Keluarga pengadil tempatan amat terasa kehilangannya di saat jabatan pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diketuai Kol Kamaruddin Sakhari diasak dengan pelbagai tuduhan yang kurang manis"
"...Namun ia bersyarat. Syaratnya jabatan pengadil FAM harus dikendalikan secara telus dan profesional dalam melahirkan masyarakat pengadil yang adil, berwibawa dan paling penting, profesional. Ini sudah pasti menjadi harapan Nazri"
Anda memilih untuk mengkritik dalam nada yang lebih berhemah, berlapik dan penuh diplomasi.
Persoalannya di sini, apakah anda yakin, teguran secara halus dapat mengubah keadaan? Tepuk dada, tanyalah selera!
Salam dari perantauan.
Guangzhou, PR China
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga Allah swt mencucuri Rahmat ke atas rohnya.
Allahyarham ...seorang pengadil yang saya kagumi daripada zaman yang kecil lagi sekitar era 80'an-90'an.
Kali pertama dan terakhir saya melihat kelibat Allahyarham ialah sewaktu perlawanan Malaysia vs UAE di Cheras pada 21hb Januari lalu. Ketika itu diluar stadium sebaik sahaja Malaysia tumbang 0-5.
Bisik hati saya ketika itu...." eh ni bekas ref nazri abdullah ni. Tak berubah orangnya, sama macam dulu jugak. dah lama tak dengar cerita pasal dia ".
Sehinggalah dikejutkan dengan pengumuman kematiannya di luar negara.
merang @ mazram
moderator kelate.net
Post a Comment