UPDATED, 13.15pm, Feb 26.
Read New Straits Times' report here but to me, the referee committee blew their best chance to prove any wrongdoing on Kol Kamaruddin's part when they had the meeting on Tuesday. Now is the time to close ranks and let bygones be bygones, but should Kamaruddin fumble again big-time, heads will roll, surely.
DIKEMAS KINI 7.51pg, 26 Februari
Seorang pengadil veteran menggesa keluarga pengadil negara bersatu hati dan bekerjasama dengan ketua jabatan pengadil FAM, Kol Kamaruddin Sakhari.
"Berilah dia peluang. Diapun pengadil ternama dulu. Hentikanlah percakaran. Tidak payah menuding jari menyalahkan sesiapa, masing-masing ada kelemahan. Lebih baik kita bersatu dan membantu, sesiapa yang tidak ada kena-mengena dengan urusan kepengadilan digesa melepaskan tugas secara sukarela dan berhenti mencampuri urusan jabatan itu. Beri peluang kepada Kamaruddin sekurang-kurangnya satu penggal. Liga baru bermula tapi dia dah kena tembak. Dari dulu bukan ada unsur kronisme, tapi setiakawan. Kita tentunya beri tugas kepada kawan-kawan yang kita percaya, bukankah? Blog inipun usahlah mengapi-apikan lagi sentimen atau luahan rasa pengadil yang sekadar mencemar imej pengadil."
Agak-agak siapa yang "kayu" dalam isu ini, ketua jabatan pengadil FAM kah, bosnya kah, Berita Harian kah, ahli jawatankuasa pengadil kah, atau aku blogger yang pening ini kah? Layari di sini. Setahu aku penulis artikel ini bukan saja pernah menjadi pegawai media di FAM, bahkan seorang penyelaras gelanggang (venue co-ordinator) bertauliah dan sudah tentu memahami selok-belok pentadbiran mikro dan makro di FAM. Dia bahkan diasuh untuk mengambil alih kerusi empuk Datuk Yap Nyim Keong satu ketika dahulu. Takkan dia kayu kot? Atau ahli jawatankuasa antaranya Nik Ahmad Yaakub, Kassim Kadir Bacha, Che Mud Che Mat, Adnan Jamil dan bekas kapten Malaysia, Datuk Soh Chin Aun, "kayu" kerana tidak meletak jawatan kalau tidak setuju dengan karenah ketua jabatan? Setahu aku ketua jabatan FAM menjawab kepada jawatankuasa. Macam juga setiausaha agung menjawab kepada majlis dan exco. Atau barangkali setiausaha agung "kayu" kerana menidakkan teguran jawatankuasa sambil menegaskan kesilapan-kesilapan yang dilakukan pernah berlaku sebelum ini, termasuk ketika dia menjadi pengerusi jawatankuasa pengadil dahulu sebelum dipecat tanpa dimaklumkan sekretariat FAM lalu digantikan Khairy Jamaluddin pada 2005? Kalau begitu, adakah setiausaha agung "encourages mediocrity" (maaf mengguna bahasa penjajah sekejap)?
21 comments:
Saudara Rizal,
Bukan kayu, tapi BESI tu yang dah berkarat tak sedar diri.
Mat Besi
Kota Bharu
Sudah la apek. Lu wait and see saja lah. Gua gerenti apa yang you mahukan tidak akan tercapai selagi sikap ego, perangai buruk pandai mereka-reka cerita, menfitnah dan tidak mahu mengaku kesilapan sendiri itu tidak dinyahkan dari dalam diri individu berkenaan".
Bukan saya tak mahu bagi peluang kepada individu berkenaan supaya mengubah perangai buruk dia tu, tapi saya yang dah kenal dia hampir 25 tahun, dah masak sangat dah.
Cuma kita doakan agar tuhan akan buka pintu hati dia. Itu jer satu cara yang boleh dia ubah perangai. Cara-cara lain dah tak jalan dah... dah tak relevan!
mana boleh bro kalau AJK melawan nanti di katakannya melanggar titah
Aku agak yang kayunya AJK Pengadil tu kot rizal? ye la cakap jer mcm nak rak. TApi habok pun tarak.
Bila dlm meeting diam menikus. Kat luar bila bercakap, macam nak runtuh KLCC dibuatnya.
Dato' Soh Chin Aun pun boleh blah la dato'. Macam ni punya penyakit yang dah macam kenser tahap 3 pun dato boleh relax.
Bro rizal,
dgr kabarnya ridhuan abddulah coach felda kena mengadap jawatankuasa tatertib pagi ni sebab bagi press statement kat press pasal ujian yoyo.
Ermmm nasib kau la ridhu.... lain kali nak ckp tu hati hati la. Kalau kau tu coach ATM boleh la kau cakap apa saja. kau belasah presiden pun, aku jamin kau akan lepas.
erm...x silap aku si Kamaruddin nih komisiner perlawanan Kelantan vs Kl Plus yg "mendajalkan" Kelantan mlm tuhh....
ceh FAM, salah cmni pun ader peluang lagi ker pada mamat nih??? rejek jer laaa... Proffesional ker mcm ni????
dari atas sampai bawah smua sama jer dlm FAM
Kalau dah macamtu tentulah dengan krediantial yg ada pada penulis, kita maklumkan bahawa kayu atas kayu atas kayu atas kayu, sebab kayu nampak isu ini kecil sedangkan produk FAM kayu adalah pertandingan. Pengadil rosak pertandingan turut rosak. Ini lah yang menjadi liabiliti atas hasil pendapatan FAM, dari pertandingan ada wang masuk, dari pertandingan ada pengadil, ada pemain, ada juruletih, ada pasukan kebangsaan, ada JK teknikal, ada JK disiplin, macam-macam ada......; FAM tak jaga pertandingan sbb tu semua jadi kayu.
kesian, nak duduk FAM, rasa pandai sangat, orang lain tak betui, nasihat tak ndak dengaq, org nasihat jadi ancaman. Benda basic dalam Persatuan Bolasepak mana-mana dunia (reminded by FIFA)pun tak tau, maka jadilah ketua pertubuhan dead wood.
SEMUA kayu kot sebab cakap jer pandai tapi hasil kerja tadak kualiti
Ini lah masalah besar dengan FAM.
Lantik orang berpangkat, tak boleh nak terima pandangan orang.
Apalah salahnya, kalau komen tu baik kita terima dengan positif dan kalau komen tu tak membina langsung, kita ketepikan sahaja.
Janganlah nak menegakkan benang yang basah wahai jenderal.
mengaku kalah je, kau SUA dgn kawan-kawan kau, PSU dgn org-org yang kau bawa masuk telah mengkucar-kacir dan menghancur leburkan fam.
kau orang memang tak layak lagi untuk berada di situ.
jangan tunggu sampai orang nak hantar memorandum bantahan kepada KDYMM Tuanku Presiden.
Kau tak kesian ke tukang kempen dan penyokong kuat kau yang kena kutuk depan, belakang.
sedarlahhhhhhhh!!!!!!!!
Kau cakap pun tak serupa bikin, lidah bercabang, kalau betul ikhlas, kau kena lepaskan jawatan tu sekarang juga. biar Tuanku Presiden cari siapa yang dia suka.
kau jangan malu le nak letak jawatan, habis kuat dia orang tepuk tangan je dan kenduri sedekah pisang terutama buat mereka yang dah kau kenakan.
jangan tunggu ada orang pergi jumpa Tuanku Presiden lagi London.
Hang Kecut
Birmingham
Bro Rizal,
Saya akui sdr khawari bukan kecek-kecek anak punya reporter. Hasil kerja beliau selalunya berdasarkan kepada fakta dan bukan hanya temberang kosong.
Seperti juga khawari, anda juga dikagumi kerana tulisan-tulisan anda banyak berkisar kepada isu-isu penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku dalam kancah sukan negara kita.
Tetapi untuk melabelkan Chin Ann kayu atau AJK pengadil mangkok hayun, itu adalah sesuatu yang tidak adil buat mereka.
Siapalah mereka dan setakat mana mereka boleh bertindak? Kita perlu bersikap adil bro!!
Kalau dah jenis tak mahu dgr pandangan org lain susah la... Cakap dia jer yang betul.
Lepas tu bersikap tidak adil terhadap staff sendiri.
Dengar cerita ridhuan abdullah dipanggil mengadap DB. Ini mesti kes ujian yoyo punya ni...
Jelas dan terang - Ini satu pendakwaan terpilih. Staff yang
tibai AJK Pengadil dalam paper langsung tidak diambil tindakan.
Kalau tuanku tak tau situasi semasa, tak kan sorang pun daripada kedua-dua timbalan presiden, naib-naib presiden, exco dan ahli ahli majlis tak sedar perkara ni.
Kena buka mata dan telinga la sikit. Jangan la bersubahat. Dunia ni boleh la lepas. Di sana nanti jawab la....+
Salam sejahtera semua,
Saya masih tertanya-tanya mengapa Berita Harian dan Loose cannon amat beriya-iya membangkitkan isu Unit Pengadil FAM ini.
Adakah anda mempunyai agenda tersendiri atau anda berdua didalangi oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan seseorang?
Ingat saudara Khawari dan sdr Rizal, anda berdua harus bertanggung jawab dengan apa yang ada berdua telah lakukan!
Jika anda berdua betul-betul pejuang keadilan, sila tunjukkan bukti-bukti yang ada pada anda berdua. Jika tidak, anda dalam bahaya.
Seperkara lagi, jika anda berdua ingin membela kebajikan rakan-rakan pengadil anda, sila beri cadangan...
juga jika anda rasakan Unit pengadil itu 'sudah terlalu teruk', sila kemukakan proposal untuk memperbaikinya.
menghentam peribadi seseorang tidak akan dapat menyelesaikan masalah itu.
maaf jika terkasar bahasa
Rajamohan
Sapa kayu i tak tau... tapi yang sah dan i selalu dgr kat stadium ialah REF KAYU.
Kalau ref kayu, maknanya dengan dengan FAM sekali tu pun KAYU
hallo bro rizal entah2 kau orang nih ada agenda sendiri nak ganti tempat dia kot...... manalah tau ... hati orang kan..... nak bawa kroni masing2..
allo rajamohan,
biasanya untuk media arus perdana, sebelum berita diorang tu disiarkan, bos diorang akan check dulu kesahihan storinya...
bos diorang akan tanya mana dapat dan sumbernya serta bukti-buktinya sebelum ditulis sebab nama baik paper tu sendiri yang jadi taruhan.
tang bro rizal ni, sebagai blogger tu saya tak berapa pandai lah pulak. tapi masa dia kat malay mail dulu, sepatutnya cam tu gak, tak gitu bro rizal?
ini semua etika kewartawanan...takkanlah sorang cam kat berita harian tu sanggup buat dan tulis berita merapu je, itu langgar etika namanya...bos dia gerenti tak bagi punyer.,.
ikhlas
wartawan pencen
Kau punya standard memang game mashuk je.
Bukan macam mangkuk hayun yang lain, at least ada juga yang double standar.
Kau habuk pun tarak. Body je macam unta. Akal tarak.
Burung Hantu
CNN PJ,
Kau memang haprak. Sebab tu masa kita kat Piala Razak, kau kena hantar balik lepas satu game.
Kalau tak de gang askar, dah lama kau padam.
Nak belagak samseng tengok orang la beb.
Sekarang ni kau cari makan dengan boss, cuci longkang pun sanggup. Dulu tolong kutip saman Majlis Bandaran cukup.
Sekarang kau boleh dapat leboh, jual botol, basuh kereta boss askar engkau tu.
Dala erti kata lain, kau memang dah jadi batman dia.
Mat Tenggek
Radio Shah Alam
Pengadil Veteran
Ini bukan masalah nak bagi peluang lagi. Peluang dah diberi tapi dia memang cakap besar. Apa pun tak jadi. Nak salahkan orang pulak.
Kalau lah ada kenyataan yang tidak betul berkaitan tuduhan-tuduhan yang dinyatakan, mengapa tidak pihak sekretariat menjelaskan.
Bukankan unit media dah dua orang, takkan ini pun mereka tak boleh buat.
Kenyataan dia dlm berita hairan 'Refco tak beri kerjasama'.
Ini dah kira amat menghina KDYMM Tuanku Presiden yang melantik JKuasa dan memperlekehkan ahli-ahli JKuasa itu sendirinya.
Dalam kes ini, tidak ada alasan lagi untuk bertolak ansur terhadap beliau kecuali beliau sedar diri dan dengan rela hati mengundur diri.
Sathia Balan
Puchong
Pengadil veteran,
memang kalau boleh takmo benda ni berpanjangan. Tapi nampaknya sipolan tu semakin melampau.
Mula2 memang tak adil nak salahkan dia sebab dia baru kerja. Contoh kes Piala Bardhan, ok la boleh dimaafkan. Dia baru 2 minggu masuk keje.
Tapi hari ke hari, mingu ke minggu dan bulan ke bulan, keadaan semakin parah dan dah jadi macam kenser tahap 3... tunggu masa je...
Jadi fikirkan la wahai pengadil veteran
Eh Eh tepis Eh eh tak kena Eh miss, eh eh selamat,
Diu Diu Diu... alamak kenalah
GAME over....
Ni bukan video game, ada 3 peluang sebelum game over
Space Rider
BB Plaza
abah kau
Post a Comment