Berita Harian mukasurat 49 hari ini melaporkan pengadil bola tiba lewat.
Kesilapan jadual di antara unit pengadil dan Persatuan Bola Sepak Malaysia menyebabkan perlawanan Piala Presiden di antara Kelantan dan PKNS di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, petang semalam, tertangguh hampir sejam.
Perlawanan yang sepatutnya bermula jam 4.45 petang itu terpaksa dimulakan kira-kira jam 5.40 petang ekoran pengadil perlawanan Shamsudin Ibrahim yang tiba lewat ke gelanggang.
Pengadil yang menetap di Besut itu lewat tiba kerana menjangka perlawanan itu diadakan Jumaat dan beliau hanya bergegas ke Kota Bharu apabila dihubungi pegawai Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kira-kira jam 3.45 petang.
Setiausaha Agung KAFA, Noordin Awang, berkata insiden itu boleh menjejaskan imej profesional pengadil dan boleh dianggap cuai.
"Unit pengadil mengeluarkan jadual perlawanan yang berlangsung petang ini (semalam) berlangsung esoj (Jumaat) sedangkan FAM menetapkan perlawanan pada Khamis. Ia tidak harus berlaku," katanya.
34 comments:
Tak habis-habis cerita Unit pengadil ni rupanya. Tolong la FAM... Cukup la tu... Sampai bila kemelut ni nak selesai? Lepas satu.. satu..
Insiden di Kelantan ni menyaksikan satu lagi kelemahan dan kecuaian Unit Pengadil yang ditadbirkan oleh seorang pegawai yang baru saja dinobatkan sebagai komisioner terbaik AFC 2008.
Saya juga merayu kepada SU Agung FAM supaya segera bertindak demi memulihkan maruah pengadil yang kian hari kian terhakis itu.
Salam hormat,
Syed Muzammil Syed Othman,
AMN, PJK
TU YANG SAYA KATA PENGADIL MALAYSIA NI SAMA JE DENGAN TEAM BOLA DIA. MEMANG TAK BOLEH PAKAI. HAPRAK!!
MANA BOLEH MAIN JANGKA JANGKA WAHAI SAUDARA SHAMSUDIN IBRAHIM. KALAU PERLAWANAN DAH DITETAPKAN HARI KHAMIS, DATANG LA HARI KHAMIS.
NI APA PUNYA PENGADIL NI.
TAPI NAK SALAHKAN PENGADIL PUN TAK ADILKAN? SEBAB APA.... REFEERI COMMITEE YANG ADA PUN TAK BOLEH PAKAI... SEMUANYA MAMGKUK HAYUN.
apa nak susah2? gantong je pengadil yang suka datang lambat tu senang citer. Orang bebuih menunggu dia.... dia suka suka je datang lambat. Apa? ingat ni game
antara mukim ke?
akai ada ka?
senyom sokmo
KT
Salam sejahtera Tuan syed Muzammil,
Seperti mana tuan saya juga merasa kehairanan dengan banyak sangat masaalah yang terjadi di unit pengadil ini. Banyak articles telah saya baca dan ianya berpanjangan tanpa penyelesaian.
Harap FAM akan selesaikan perkara ini dengan segera.
CB TAN
Puchong
Bukan Salah Kami - Pengadil
Oleh Ahmad Khusairy Esa
kushairy@loosecannon.Press.com.my
JANGAN salahkan pengadil - Itulah gambaran sebenar terhadap isu kelewatan pengadil tiba di stadium pada perlawanan Piala Presiden antara Kelantan menentang Selangor PKNS FC, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, petang semalam.
Perlawanan yang sepatutnya dimulakan pada pukul 4.45 petang itu terpaksa ditunda hampir satu jam ekoran insiden berkenaan.
Wakil Harian Loose Canon di Kota Bharu yang kebetulan sedang berada di Pasar Besar Siti Khadijah, bergegas ke venue perlawanan untuk mendapatkan gambaran sebenar.
Pegawai-pegawai perlawanan yang ditemui sebaik-baik sahaja perlawanan tamat, iaitu kira-kira
5 minit sebelum masuk waktu maghrib, pada mulanya enggan memberikan sebarang ulasan.
Bagaimanapun, setelah dimaklumkan bahawa penjelasan dari pengadil diperlukan supaya mereka (pengadil)tidak terus dipersalahkan, salah seorang pengadil bekata " yang sepatutnya ini tugas pengadil lain (yang tidak dapat dihubungi). Kami ni hanya bidan terjun saja".
Harian Loose Canon difahamkan, hanya Pengadil Shamsuddin Ibrahim sahaja yang dapat dihubungi sementara kedua-dua penjaga garisan dipanggil dari kalangan yang berdekatan.
Pengadil Simpanan juga difahamkan hanya sampai ke stadium setelah perlawanan sudahpun bermula.
Sebelum beredar meninggalkan mereka, wartawan Loose Canon
tanpa disedari oleh mereka berjaya 'menengok curi' jadual pelantikan yang diletakkan di atas meja. Memang disahkan bahawa
jadual berkenaan mencatatkan perlawanan itu akan berlangsung pada 20 Februari 2009 (Jumaat).
Macam ni lah jadinya bila banyak sangat pindaan.
Alasan mudah, Jabatan Pertandingan tidak memaklumkan mengenai pindaan tersebut kepada Jabatan Pengadil.
Itu adalah alasan rekaan saya.
Semua kenyataan itu tidak benar, sama sekali, yang sebenarnya jadual pengadil perlawanan berkenaan adalah pada 20 Feb 2009.
Membuat jadual bukanlah menjadi masalah kepada komisioner terbaik dunia 2008 kerana tekan satu huruf je, dalam sekelip mata siap semuanya. Siap untuk memunah-ranah dan menjahanamkan martabat persstuan.
BBC Kota Bharu
Dulu masa saya aktif tarak ini amacam. Nasib baik saya fail itu fitness. Kalau tarak, saya pun boleh miss itu game ooooo.
Danny
Pengadil datang lambat pada hari perlawanan kerana jadual pelantikan yang dipos telah disabotaj.
Betul ke berita ini?
Che Gu Pencen
Bukan di Kelantan Saja Pengadil Lewat!
Oleh Ahmad Khusairy Esa
kushairy@loosecannon.Press.com.my
Unit Huru-Hara FAM (UHHFAM) - itulah gelaran yang layak dianugerahkan kepada unit yang diketuai oleh seorang yang kerap menggagung-agungkan dirinya sebagai "MC Terbaik Asia 2008".
Mana tidaknya, selain daripada insiden di Kelantan itu, perlawanan di MSN Bukit Jalil juga mengalami nasib yang sama.
Cuma yang berbeza, di Bukit Jalil seorang pengganti dapat dihubungi dan tiba kira kira pukul 30 minit sebelum waktu sepakmula seperti yang digazetkan.
Harian Loose Cannon mendapat maklumat bahawa salah seorang pegawai perlawanan didapati tidak hadir. Bagaimanapun, setelah komisoner perlawanan (MC)menghubungi FAM, barulah seorang pengganti yang tinggal di Kem Sungai Besi datang.
" Saya pun dipanggil pada saat akhir bang. Orang sebenar dah tolak game ni, tapi FAM tak cari ganti", demikian penjelasan Pembantu Pengadil berkenaan apabila ditanya oleh seorang bapa kepada salah seorang pemain.
Sesungguhnya, penyakit ketiadaan pegawai-pegawai perlawanan ini telah menjadi barah yang sukar untuk diubati lagi.
Cuba bayangkan, seorang MC juga dilaporkan tidak hadir pada satu perlawanan Piala Presiden Di Kompleks Sukan Proton City pada 18 Januari 2009.
Kehadiran MC adalah penting dan amat diperlukan kerana beliau juga dilantik sebagai wakil FAM bagi menyelesaikan sebarang kekeliruan yang timbul di semua venue perlawanan.
Harian Loose Cannon turut mendapat maklumat bahawa dua perlawanan Piala Presiden yang lain - Pulau Pinang lwn Perlis juga pada 18 Januari 2009, serta Johor melawan Perlis pada minggu lalu turut 'kehilangan' pengadil.
Sebagai ganti, pembantu pengadil yang berasal dari negeri tuan rumah terpaksa mengambilalih tugas pengadil pada perlawanan tersebut.
Beberapa orang bekas pengadil yang sempat dihubungi berkata, kejadian seumpama ini jarang berlaku pada zaman mereka.
"Ini dah kes parah. FAM patut cari ubat paling mujarab untuk melawan penyakit yang dijelmakan oleh MC Terbaik Asia itu", sindir Abdullah Mad Ros, pengadil tahun 70an.
Semakain serabai MC terbaik dunia ni. Yang hairannya, semua kesalahan yang berlaku tak nak mengaku pulak. Ugut potong telinga pun, tak hingin dia nak mengaku. ade jer alasan dia..
Yang peliknya, macam mana dia boleh terlepas dari sebarang tindakan? Dah banyak sgt mala petaka ciptaannya. Tapi dia relax dan tetap selamat. Dunia.... dunia...
YANG MENJADI MANGSA SIAPA? PENGADIL JUGAK....
ORANG LUAR TAK TAU KEADAAN SEBENAR. INGATkan MEMANG BETUL PENGADIL TAK DATANG, TAPI RUPA RUPAnya JADUAL YANG DIBAGI PADA PENGADIL TU SALAH. mAIN patutnya HARI NI, TAPI dalam jadual DIA TULIS ESOK. NAYA JE KORANG WAHAI PENGADIL.
NI LA KALAU MAIN COPY AND PASTE. KEPADA ORANG LUAR YANG BACA, JGN TERKEJUT KALAU SAYA BAGI TAU: ADA SORANG PENGADIL DILANTIK SAMPAI 3 GAME PADA TARIKH, MASA DAN WAKTU Yang sama tapi stadium yang berlainan.
Mana kawan tu nak hambat pi 3 stadium serentak?. Mesti gelak baca kan?
Tapi seperti yang dijangka, kesalahan ini tetap dia tak ngaku.
Agak agak apa dia nak cong kat boss dia? aku agak mesti dia kata
ada hantu atau toyol yang pandai pandai bubuh nama mamat tu sampai 3 game seharai.
keluar saja la dari FAM. Anda sesungguhnya dah menyusahkan banyak orang!
woi danny wong,
kalau lu lulus, mesti dia kasi lu 5 game serentak. 1 ipoh, 1 sabah, 1 pahang, 1 ganu dan last sekali di cheras. Lu pigi la lima-lama stadium tu.
soli ha apek. saja main main cakap.
PENGUMUMAN: SILA KELUAR DENGAN SEGERA DARI FAM DALAM TEMPOH 24 JAM.
HARAP MAKLUM
TIAP TIAP HARI MESTI ADA JE KES BARU YANG TIMBUL. NASIB NGKO LA LABU.....
Masalah jabatan pengadil FAM ni tak kan berubah selagi ketuanya tidak digantikan dengan calon yang boleh buat kerja.
mungkin CNN Pj boleh ganti sebab dia teror IT. Ketua skrg buta IT. Taip pun lintang pukang... bahasa mcm budak tadika punya bahasa.
referee committe fam pun patut ganti dengan org lain sebab mereka tak berani tegur kelemahan unit pengadil fam. Cari makan ka?
This is how our FIFA Rankings
drop really fast.
For the Game. For the World.
Ha ha inlah dinamakan sistem hubungan dalama yang efecktif. Nampak sangat kaedah hubungan dalaman FAM tak boleh guna pakai. Menasabah ke fikiran manusia perubahan jadual tak di maklumkan kepada unit lain ( sedangkan unit pengadil dan unit pertandingan berada didalam satu ruang)
Apa yg di laukan oleh Penolong Setiausaha Agung dalam satu bilik pun tak boleh berhubung se sama sendiri) A pa tindakkan Setiausaha Agung kenapa tak buat Court Marshall berkenaan perkara ini atau pun buatkan satu surat tunjuk sebab yang macam mana yg telah di kenakan pada SU Terengganu atau SUPahang(katanya atas titah tuanku) so kenapa kali ini tak mintak titah Tuanku
Bagi saya penyelesaian segala-galanya perlu di lakukan dengan segera jangan sampai nasi dah jadi bubur ( kalau kena bubur sekali sekala best juga)
Adakah tuanku presiden tahu akan masalah yg melanda ini kalau tak tahu baik di maklumkan oleh pegawai khasnya kalau tahu pun mungkin berita yang elok je,berita yg tak elok mesti di simpan tak di maklumkan.
Kalau tak nak memimpin FAM undur je lah tuan CEO FAM, banyak benda yg perlu di ubah dan di baik pulih tapi TUAN JENRAL suka membutakan mata dan memekakkan telinga
Ini semua kerana
"MALAYSIA BOLEH"
Dpd
TUANKUBESARTAMPIN
Jawatankuasa Pengadil FAM letak Jawatan?
Oleh Ahmad Khusairy Esa
kushairy@loosecannon.Press.com.my
SEMUA keputusan yang dibuat tidak dihormati lagi dan tidak mendapat bantuan yang sewajarnya daripada Unit Pengadil dan juga Sekretariat FAM - mungkin itu yang menjadi penyebab mengapa Jawatankuasa Pengadil FAM mengambil langkah drastik dengan meletak jawatan secara beramai-ramai minggu depan.
Perkhabaran ini kian hangat diperkatakan di kalangan pengadil-pengadil di seluruh negara.
Harian Loose Cannon difahamkan, surat perletakan jawatan akan diserahkan pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pengadil FAM minggu depan.
Salah seorang anggota jawatankuasa berkenaan enggan mengulas lanjut apabila dihubungi semalam.
"Tunggu saja minggu depan. Kami akan membuat keputusan yang mungkin ditunggu-tunggu oleh sesetengah pihak", jelasnya sebelum hubungan terputus.
Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, tercatat sebuah sejarah dalam pentabiran FAM di mana salah satu jawatankuasanya terpaksa dibubarkan atas perletakan jawatan secara beramai-ramai ahlinya.
Ha apa lagi 1 jawatankuasa akan di tutup AZUDDIN AHMAD ini merupakan satu signal suruh saudara dan kuncu-kuncu utk letak jawatan
DI PERSILAKAN
sokong jawatankuasa lepaskan jawatan. Kalau orang lain lebih dipercayai berbanding tuan tuan, nampak sangat tuan tuan tidak dihormati
Orang luar tak paham keadaan sebenar. Semuanya menyalahkan pengadil. Tapi kamu tak tau yang
kami kadang kadang pon pening kepala dengan situasi sekarang.
Saya dah dua tiga kali dipanggil pada saat akhir untuk jadi pengganti kepada pengadil yang tidak hadir (sebenarnya pengadil tu dah declined, tapi boss unit pengadil tak cari penggqanti).
Bila saya sampai ke padang, game dah start. Orang ingat saya yang sengaja lambat. Semacam je dia orang jeling saya.
saya yang 'sedia berkhidmat' ni ditempelak kononnya tidak berdisiplin kerana sengaja datang lambat. macam ni mana adil!
Pengadil kecewa
mengapa pulak jawatankuasa yang perlu letak jawatan? siapa arahkan mereka dan apa sebab musababnya?
Orang lain punya salah, orang lain pula yang terpaksa letak jawatan ke? Aneh sungguh FAM ni.
sudah ramai sedia maklum bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh boss unit pengadil di berita harian bahawa dia ada panggil jawatankuasa untuk buat jadual pengadil adalah SATU PEMBOHONGAN BESAR.
Dia tak pernah panggil atau telefon pun. dia buat sendiri sampai 2-3 pagi seperti yang dia bising tu.
Seseorang yang dah layak dipanggil warga emas, tetapi masih kuat menipu dan buat buat cerita. pelik sungguh!
Dia ni silap masuk bidang ni. Dunia kepengadilan mana boleh main tipu tipu... mesti berdasarkan undang undang yang termaktub.
Kalau dia masuk bidang politik, aku rasa koman koman pun dia ni boleh jadi menteri besar ni.
Bro rizal,
boleh you dapatkan komen dari FAM berhubung dengan perkara ni?
Melalui komen-komen dalam blog you ni, i rasa FAM ni dah sampai kanser tahap tiga ni. Tunggu masa jer tu!
Setuju sgt apa yang pengadil kecewa tulis. Panggilan saat akhir ni kerap sangat berlaku.
Time kita tengah buat kerja, dia orang call suruh pi tolong ganti member yang tak datang. Tolak salah, terima salah...
Kita ni bukan kerja dengan FAM senang-senang nak cabut. Segan pulak dengan boss asek minta balik awal. Boss pun macam nak tanak je bagi permission.
Itu satu hal. Terpaksa berambat balik umah nak ambil peralatan. Kelam kabut betul dibuatnya.
Kalau dan kelam kabut mcm tu, wisel pun boleh tertinggal. Silap haribulan nak bawak stokin hitam, terbawak stokin raya. Tak ke naya?
Mintak tolong sangat-sangat la... Jangan la buat kami macam ni...
Tolong la kami... kasihani la kami!!
SURAT TERBUKA KEPADA FAM
Terlebih dahulu maaf dipinta jika surat ini tidak menyenangkan Dato'.
Seperti yang Dato' sedia maklum, sejak akhir akhir ini Unit Pengadil FAM kerap menjadi bahan kritikan, tidak kira melalui media cetak ataupun dalam blog.
Sehubungan dengan itu, saya sekali lagi memohon dato' dapat melakukan sesuatu agar kemelut ini dapat menemui noktahnya.
Selaku Setiausaha Agung, sudah pasti Dato' kerap mendengar rungutan demi rungutan ekoran dari kelemahan dalam pentadbiran harian unit pengadil itu.
Tidak perlulah saya mengulangi semula tentang apa yang pernah berlalu sejak 3 bulan ini kerana Dato' sendiri pastinya lebih mengetahuinya berbanding dengan saya.
Cuma harapan saya, bersedialah menerima kenyataan, berfikiran terbuka dan bertindaklah secara waras demi menyelamatkan maruah FAM.
Ikhlas dari,
Syed Muzammil Syed Othman
AMN, PJK
Azrai Khor juga dah bising pasal prestasi pengadil. Mungkin segala dakwaaan Azrai itu tidak betul tetapi Azrai mempunyai sebab-sebab tertentu mengapa beliau berkata demikian.
Seperti Tuan Syed Muzammil, saya juga memohon limpah kurnia Datuk Azzuddin supaya bertindaklah mulai saat ini demi menjernihkan semula kekeruhan yang kian kelam.
Faris Che Omar
Kepala Batas
Tuan Syed Muzammil dan En faris,
Saranan tuan-tuan berdua memang bagus dan ada betulnya. Cuma yang menjadi masalahnya, sebelum tuan-tuan itu sudah banyak nasihat dan teguran yang dibuat tetapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan.
Keadaan bertambah parah dan bukannya tambah elok.
Pasal jawatankuasa pengadil yang dilaporkan nak resign tu, fikirkan lah semula hasrat itu. Jika anda semua fikir peletakan jawatan anda boleh membawa perubahan, lakukan lah.
Tetapi jika ianya akan mengusutkan lagi keadaan bagaimana?
Datuk Azzudin kena bingkas bangun. Masih ada ruang untuk memperbaiki keadaan - tapi dengan syarat Datuk sanggup mengunapakai konsep 3M: MENDENGAR, MELIHAT DAN MEMIKIRKANNYA!
Sheikh Munawar
pontian
KALAU DAH ADA YANG BERANI BAGI SIGNAL, APA TUNGGU LAGI? PAHAM PAHAM JE LA...
TAK KAN NAK PI HERET KELUAR KOT....
Saja nak tompang semangkok....
Kalau ada orang kata, MC (Pegawai AFC) yang hadir seminar layak dilantik sebagai MC Liga M, saya nak tanya dua soklan je. Tak banyak...
1. Mengapa ada dari kalangan yang juga hadir tetapi masih belum dilantik walau 1 game pun?
2. terdapat yang tidak hadir tetapi terus dilantik?
Hughhhh pening kepala dengan FAM ni. Mula cakap mcm tu, pastu buat lain pulak.
Mender la....
PETIKAN KOSMO 23 JAN. 2009
.....Dalam pada itu menurut Azraai, beliau juga akan menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung mutu pengadilan yang dilihat semakin teruk seperti berlaku pada perlawanan antara Kedah dengan UPB-MyTeam kelmarin.
Perlawanan kelmarin bukan saja mendapat cemuhan daripada penyokong dan barisan jurulatih Kedah, malah turut menimbulkan rasa tidak puas hati pengendali UPB-MyTeam, Bojan Hodak.
FAM ada komen tentang pandangan Azraai Khor?
Ahhh kami dah siasat dan semua itu tidak betul.
saya sokong semua referee committe resign. Kamu semua volunteer punya kan? FAM tidak bayar gaji betul?
Kalau semua sudah tidak boleh kerja sama-sama, lebih baik resign la. Jangan pening kepala kamu semua.
sepatutnya orang-orang FAM pun patut resign. Cari orang lain yang boleh bikin kerja.
Ketepikan agenda peribadi. Jika niat di hati hanya nak cari publisiti, lebih baik pergi!
Post a Comment