Artikel Berita Harian ini menarik dan tenaga di sebalik tabir klinik ini ialah bekas jaguh lompat jauh dan lompat kijang negara, Mohd Zaki Sadri, atau Wak di kalangan sahabat-sahabatnya.
Zaki beruntung kerana majikannya Petronas, maka ini antara tanggungjawab sosial pengeluar minyak negara itu. Tidak lama dahulu, Zaki menjemput juara Sukan SEA 2003, Nazmizan Muhammad, untuk memberi demonstrasi kepada pelajar-pelajar di Terengganu. Setidak-tidaknya pelajar-pelajar ini terdedah kepada teknik olahraga yang betul.
Sambil pemimpin Kesatuan Olahraga Amat Malang (KOAM) bertelagah dan asyik berpolitik, Zaki mengambil inisiatif menghidupkan akar umbi.
1 comment:
Rizal
Wak untung sebab petronas taja program ni.
Untuk pengetahuan rizal kami dulu pernah nak buat satu klinik macam ni, yang mana masa tu wak bekerja di Twin Tower, merekaE yg terlibat masa tu zaki(wak), nurherman,nazar(lontar peluru), saya(john) dan nasmizan. Kami berjaya melakukannya di beberapa sekolah dan daerah kawasan kelantan,negeri sembilan dan selangor, tapi pasal nak dapatkan bantuan penganjuran kami kena melutut untuk dapat kannya.
Kami cuba dengan nak mintak bantuan )! Azalina tapi janji tinggal janji je, sama juga dengan beberapa penaja lain tinggal janji kosong je.
Now tinggal wak sorang je yg boleh jalankan, itu pun sebab wak dengan petronas kalau tak wasalam je tak akan jadinya.
Ini masalahnya bila bekas atlit bersungguh2 nak bantu dan nak tengok satu kejayaan tapi sebaliknya.
Dah jadi lumrah org malaysia satu kejayaan yg mereka hendak adalah dalam sekelip mata,tidak ada bagi mereka untuk berusaha dari bawah untuk ke atas.
Banyak bekas atlit kita yg kita hantar berbulan-bulan di luar negara tak dapat berkongsi pengalaman dengan mereka yg lain.
Kita tengok apa jadi dengan nur herman.rosman alwi. Lo kam zie,watson dan ramai la lagi
Post a Comment