Saturday, November 26, 2011

Anugerah SuperMokh


Siapa di kalangan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat, penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan playmaker Safiq Rahim mencipta nama selaku pemenang pertama Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh di majlis Rabu ini?

Senarai calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan.

Penjaga gol terbaik
- Mohd Sharbinee Allawee Ramli (TERENGGANU)
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
· Mohd Farizal Marlias (NEGERI SEMBILAN)

Pertahanan terbaik
· Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (NEGERI SEMBILAN)
· Mohd Mazuki Yusof (TERENGGANU)
· Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)

Pemain tengah terbaik
· Mohd Badhri Mohd Radzi (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR)
· Joseph Kallang Tie (TERENGGANU)

Penyerang terbaik
· Hairuddin Omar (NEGERI SEMBILAN)
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
· Abdul Hadi Yahya (TERENEGGANU)

Jurulatih terbaik
· Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)
· Norizan Bakar (PERAK)
· Dato’ M. Karathu (KELANTAN)

Pemain muda terbaik
· Mohamad Fadhli Mohd Shas (HARIMAU MUDA A)
· Mohd Irfan Fazail (HARIMAU MUDA A)
· Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)

Pemain Paling Bernilai Supermokh
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR)

Wednesday, November 23, 2011

Pendapat bekas CDM

Ramai yang sebenarnya tidak bersetuju dengan sasaran pingat emas di Sukan SEA yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Dia dengar nasihat MSN yang percaya 40-45 emas satu sasaran realistik.

Baca pendapat bekas chef-de-mission, bekas pegawai lumba basikal dan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang terbabit dalam buat target untuk pelbagai temasya sukan dari 1993 hingga 2005. Kolumnya dalam Utusan Malaysia hari ini.

Sukan SEA XXVI Indonesia, sasaran atau ramalan


BAHAGIAN 1
SAYA mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang pingat terutamanya pemenang pingat emas di Sukan SEA XXVI yang baru lalu.


Lebih-lebih lagi kepada atlet veteran yang sudah lama mewakili negara dan terus memberi kemenangan setidak-tidaknya di peringkat Sukan SEA.


Nampak gayanya tenaga dan khidmat atlet veteran masih lagi diperlukan dan pingat yang mereka menangi masih lagi penting kepada jumlah pungutan kontinjen negara.


Ucapan setinggi tahniah kepada atlet yang pingat emas khususnya tetapi nama mereka tidak ada dalam senarai-senarai pemenang di Sukan SEA XXVI yang lalu.


Setinggi-tinggi tahniah juga kepada pasukan bola sepak kita yang berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun dahulu.


Kita dihadapkan dengan tiga set ramalan atau jangkaan pingat ke Sukan SEA iaitu 60 pingat emas yang diumumkan oleh ketua kontinjen hasil dari rumusan pengurus pasukan yang bertanding, 50-55 pingat emas ramalan dari Majlis Olimpik Malaysia dan 40-45 pingat emas ramalan dari Majlis Sukan Negara (MSN).


Saya berpendapat MSN yang mengumumkan ramalan pingatnya selepas ketua kontinjen dan MOM mengumumkan ramalan masing-masing adalah kurang strategik apatah lagi ramalan berkenaan lebih rendah daripada dua ramalan sebelumnya.


Oleh kerana ramalan berkenaan rendah, maka ia dilihat agak janggal dibandingkan dengan dua ramalan yang sebelumnya.


Sepatutnya MSN mengumumkan ramalannya lebih awal dan ini mungkin dapat mempengaruhi pengurus pasukan atau MOM dalam meletakkan ramalan masing-masing.


Dengan demikian ramalan tersebut tidak dianggap dengan berbagai-bagai tanggapan yang negatif. Ini pendapat saya, orang yang sudah bersara enam tahun dahulu.


Dalam hal ini ternyata ramalan dari Majlis Olimpik Malaysia menepati pencapaian pingat yang dimenangi oleh atlet-atlet kita di Jakarta dan di Palembang iaitu 59 emas, 50 perak dan 82 gangsa.


Pencapaian pingat emas ini kurang satu dan dua daripada rumusan pasukan yang mengambil bahagian sebagaimana yang dinyatakan oleh ketua kontijen.


Kali terakhir Sukan SEA diadakan di Indonesia adalah pada tahun 1997. Jangkaan atau ramalan pingat emas yang diletakkan pada kontinjen ialah sebanyak 50 iaitu satu angka yang tinggi pada masa itu.


Kritikan yang diterima oleh MSN ialah kerana meletakkan 50 pingat emas sebagai jangkaan oleh kerana dianggap tinggi dan ramai pihak yang berpendapat kontinjen tidak berdaya mencapainya.


Allahyarham Datuk Megat Junid yang merupakan ketua kontinjen memberitahu saya dan kawan-kawannya di Jakarta bahawa beliau akan menutup mukanya dengan surat khabar sekembalinya ke negara kita jika 50 pingat emas tidak dicapai.


Akhirnya kontijen kita memenangi 55 pingat emas 68 pingat perak dan 75 pingat gangsa menduduki tangga ketiga keseluruhannya dan merupakan pencapaian terbaik di Sukan SEA di luar Kuala Lumpur ketika itu.

Ong memang ada ong

Syabas kuhulurkan kepada Ong Kim Swee, Hassan Sazali Waras dan Kris Yong Wai Hwang, Rusto Bozik dan semua pemain yang menganggotai skuad Harimau Muda yang muncul juara Sukan SEA buat kali keenam, dan kali kedua sejak temasya itu dihadkan kepada pemain bawah 23 tahun. Berdepan pelbagai cabaran, anak buah OKS catat rekod menang lima kemenangan dan satu seri, termasuk dua kemenangan ke atas musuh ketat Indonesia di kandang mereka sendiri. Habis Garuda kena baham dek Harimau.

Kim Swee sebenarnya sudah sertai kelompok elit! Anak jati Melaka ini jurulatih keenam sepanjang sejarah Sukan SEAP dan Sukan SEA untuk merencanakan kemenangan di temasya dwitahunan ini.


 Choo Seng Quee teraju Malaya juara Pestabola Merdeka pada 1958 dan 1959, juara Sukan SEAP 1961, pingat gangsa Sukan Asia Jakarta 1962. Jurulatih profesional pertama Malaya dengan gaji 700 ringgit.


Karl Weigang bawa emas buat team 1977 di padang becak Stadium Merdeka, manakala Allan Harris (kanan) perak pada 2001 dan gangsa di Hanoi pada 2003. Mamat yang tengah itu cover Sukan SEA 95, 97, 2001 dan 2003 sebelum menjerit dekat Ghaz dan Haresh yang cover Korat 2007 untuk Malay Mail 


Mohammad Bakar (baju no 21), bekas pemain sayap kebangsaan yang bantu Weigang pada 1977 dan jadi ketua jurulatih di Senayan 1979


Soh Chin Aun dan Santokh Singh (kini kedua-duanya bergelar Datuk) dikalung pingat emas di Senayan pada September 1979. Chin Aun tangguh perkahwinannya agar dapat bantu pasukan kebangsaan


Kejurulatihan Trevor Hartley dan kaedah pengurusan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil faktor utama di sebalik emas di Kuala Lumpur pada 1989


Kim Swee, anggota skuad Barcelona Babes 89-91 dan Sukan Asia Hiroshima 1994, kini menyamai pencapaian Datuk K. Rajagobal, arkitek sebalik kemenangan di Vientiane pada 2009.

Tapi OKS sedar tugasnya belum selesai. Banyak lagi yang perlu dilakukan. Uruslah kejayaan dengan baik kerana kejayaan 2009, 2010 dan 2011 tidak harus menyembunyikan kelemahan dari segi persiapan dan struktur bola sepak Malaysia.

Lagipun, mana yang peminat pilih? Kejayaan di Sukan SEA atau menemani Singapura, Indonesia dan Thailand untuk ke peringkat seterusnya dalam pra-Piala Dunia?

Yang menarik mengenai OKS, keberaniannya:

1. Meletakkan seorang natural left-footer macam Fandi Othman sebagai bek kanan

2. Meletakkan bek kiri Zubir Ibrahim, sorry Zubir Azmi, Zubir Ibrahim bekas goalkeeper, dalam final untuk game pertamanya, sambil push up Asraruddin Putra Omar sebagai left-flanker, sedangkan dia ada pilihan bubuh Fandi sebagai left-flanker manakala Asrar kekal selaku left-back.

3. Melakukan empat pertukaran kepada team yang seri 0-0 dengan Singapura untuk mengatasi Thailand 2-1.

4. Menampilkan budak Nazmi Faiz Mansor yang skip SPM selaku tonggak di bahagian tengah.

5. Mengeluarkan beberapa kenyataan seperti "Syahrul Azwari akan lebih baik daripada Safee" dan "Khairul Fahmi selamatkan kerjaya saya".

6. Menaruh kepercayaan kepada Ahmad Fakri Saarani yang teruk kena hentam dek peminat

7. Merelakan team naik bas dan bukan kereta perisai ke Gelora Bung Karno. Mind games!

Tidak macam Majlis Sukan Negara (MSN) yang bubuh target 40-45 emas seolah-olah tidak percaya kepada program latihan mereka, OKS percaya betul anak buahnya.

Apapun, berpestalah. Lagipun setiap anggota skuad Sukan SEA 2011 dapat RM30,000 setiap seorang. Juga tidak lupa pengurus pasukan Datuk Hamidin Mohd Amin, sentiasa bertopi hitam FAM beri dorongan dari sidelines.

p/s aku terlupa Ong beruntung kerana Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar, Baddrol Bakhtiar, Fandi Othman, K. Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan dan Ahmad Fakri Saarani dipilih antara lain menganggotai skuad kebangsaan untuk Sukan Asia 2010, Piala AFF 2010 dan pra-Piala Dunia 2011 oleh jurulatih senior Rajagobal. Tentunya pendedahan ini berharga dalam proses mereka mencapai kematangan. Jika Muslim, Asra, Badd, Mahalli, Guru dan Fakri anggota skuad emas Laos 2009, Khairul Fahmi, Muslim, Mahalli, Guru, Asra, Fadhli dan Izzaq membentuk sebahagian skuad Piala AFF 2010.  Khairul Fahmi, Muslim, Mahalli, Guru, Asra, Fadhli, Izzaq, Fandi dan Fakri menganggotai skuad Sukan Asia di Guangzhou 2010.

Monday, November 21, 2011

Memburu emas keenam

Apabila kita menang, pun ada yang kutuk...bila kalah lagi kutuk...begitulah keluhan beberapa penggiat bola sepak sepanjang dua dekad aku buat liputan sukan cukup popular ini. Walaupun ramai yang masih mempertikaikan standard dan corak permainan anak didik Ong Kim Swee, pada aku yang penting mereka menang. Kalau main cantik tapi kalah tak guna...kerana dalam bola sepak moden, hendak menang bergaya bukan mudah...yang terror Barcelona saja...Real Madrid pun kadang-kadang main ada up and down. Manchester United dah tak invicible macam dulu...betul, kalau kita banding Indonesia yang ada pattern dan lebih kuat dari segi fizikal serta kemahiran teknikal lebih tinggi sedikit daripada pemain negara (jika dibanding secara individu), Vietnam pula bermain secara pantas. Standard Asia Tenggara belum cukup tinggi lagi untuk bersaing di peringkat Asia, apalagi dunia! Apapun aku harap team Ong betul-betul ada Ong!

Bercakap pasal perseteruan Malaysia-Indonesia, nama-nama yang bermain di bibir aku pada 70-an Ronny Pattinasarany, Iswadi Idris, maklumlah selalu dengar radio, pengulas seperti Zulkarnain Hassan, Amran Hamid, Hussin Ibrahim selalu sebut Simson Rumah Pasal, Ronny Paslah...tapi sehebat-hebat mereka pun, Allahyarham Mokhtar Dahari intercept bola Ronny libero lalu melepaskan rembatan menewaskan Ronny Paslah untuk jaringan tunggal di Senayan pada September 1979, pingat emas ketiga dalam acara bola sepak sejak 1961...Dan Guen Chin, penulis kolum Mokhtar untuk New Straits Times, cover tiga Sukan SEA di Jakarta, pada 1979, 1987 dan 1997...


gambar dicilok daripada facebook Nor Azmi Mahmood, aksi klasik jaringan Mokhtar di Jakarta pada 1979

"Aku ingat lagi final di Senayan 1979, game tu main petang, Indonesia ada Iswadi Idris, very good player," kata Dan.

Ronny Pattinasarany, aku temui pada 2003 di Kuantan, kejohanan Futsal Asia...

Pada 80-an, Ricky Yaakob, Rully Nere, Ribut Waidi dan Robby Darwis...menang pingat emas pada 1987 menewaskan anak buah Abdul Rahman Ibrahim. Timnas Indonesia unggul di Jakarta, setahun selepas mara ke separuh akhir Sukan Asia di Seoul.

Indonesia tetap ganteng dari 95-97. Widodo Cahyonoputro , aku masih ingat sepakan guntingnya gol pada Piala Asia 1996 (masa tu live di Astro, rangkaian StarSport), di Chiangmai, selepas penat bertungkus-lumus mengikat Thailand tanpa jaringan, Malaysia tewas 3-0 kepada Indonesia, Fachri Hussaini score dua gol pada 1995 di Chiangmai.


Misai Fachri Hussaini menghantui team Malaysia pada 1995-97

Fachri ulangi kejayaannya dengan menjaringkan dua lagi gol pada edisi di Jakarta 1997, kita dibelasah 4-0 di GBK...

Sukan SEA 2001, Malaysia menang, aku tulis previu pertemuan di antara dua striker yang berkampung di Eropah - Akmal Rizal Rakhli di Perancis dan Bambang Pamungkas di Belanda. Kita menang 2-1 di Stadium Petaling Jaya, Maman buka tirai jaringan tapi Akmal score penalti selepas Hairuddin Omar ditolak, dan jaringan kemenangan hasil sepakan percuma lencong daripada kaki kiri Irwan Fadzli Idrus...melonjak penonton Malaysia walaupun lebih ramai Indon di stadium...


Hai-O dan Shukor Adan rakan sepasukan Irwan Fadzli Idrus pada 2001, apabila anak buah Allan Harris menang 2-1 ke atas Indonesia...temasya 2001 kali pertama had umur bawah 23 tahun ditetapkan untuk bola sepak, tapi penganjur letak had umur kepada pemain yang lahir pada dan selepas Januari 1979, jadi pemain berusia 23 tahun tak boleh main. 

Pada Disember 2004, aku di Jakarta menyaksikan Liew Kit Kong menjaringkan dua gol - satu lambungan satu lagi tandukan terbang...malangnya kita tewas 4-1 di depan penyokong sendiri pada pertemuan kedua.

Jadi mana satu kesudahan buat anak buah Kim Swee? Final 1979 atau 1987? Adakah scorelinenya nanti 1-0 juga? Untuk rekod, kita menang pingat emas 1961, 1977, 1979, 1989 dan 2009.

Apakah Thamil Arasu diberi kepercayaan ganti Izzaq Faris Ramlan, atau Syahrul Azwari Ibrahim jadi hujung tombak di jentera serangan? Apakah Khairul Fahmi Che Mat sekali lagi muncul wira dan selamatkan penalti, macam pada final Piala AFF?

Kepada Kim Swee dan anak-anak buahnya yang bakal dibawa ke stadium dengan kereta perisai, selamat berjuang!

Thursday, November 17, 2011

Siaran langsung di 3 stesen


Dulu aku tulis RTM tak minat, ramai marah aku. Baca  di sini. Mereka tidak faham stesen free-to-air harus siarkan bola sepak tempatan, tidak kira sama ada yang pegang hak komersil liga itu stesen berbayar atau pembuat rokok. Duit bukan alasan. Di England, misalnya, kalaupun Sky yang pegang hak siaran Liga Perdana Inggeris, BBC ada siarkan klip perlawanan liga pada hujung minggu. Malam ini, tiga stesen - RTM, TV3 dan Astro Arena - akan menyiarkan perlawanan bola sepak Sukan SEA di antara Indonesia dan Malaysia - secara langsung. Sejarah ni...tahniah kerana penonton dapat buat pilihan...tapi perlukah sampai tiga sekali?

Tuesday, November 15, 2011

FIFA Ballon d'Or and I




I have a deadline to meet. By Friday I have to submit my nomination to France Football for the candidate I believe to be the most deserving of the prestigious award. Last year my pick was Wesley Sneijder but the eventual winner was Lionel Messi. Read here to see how did the three Malaysians vote for last year's edition.

Friday, November 11, 2011

Al-Fatihah buat Cikgu Harun


Arwah Cikgu Harun (kanan), bersama jaguh bowling Zulmazran Zakaria dan Ustaz Hasnol Abu Bakar ketika hendak berlepas ke Jakarta. Ustaz rakan sebilik arwah di hotel Aston, Palembang.

Sempena penghulu segala hari, aku memanjatkan doa dan mengirimkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Cikgu Harun Osman, seorang pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) yang pulang ke Rahmatullah pada Rabu lalu ketika menyambut kedatangan kontinjen negara di Palembang. Takziah kepada keluarga Arwah dan seluruh warga kerja MSN. Baca secebis kenangan blogger mysukan di sini

Meninjau akaun facebook Allahyarham, terlalu banyak mesej dan ucapan takziah dihulurkan kepada keluarga arwah. Juga ada nota - Kepada sesiapa yang ingin menghulur sedikit bantuan untuk mengurangkan keperitan yang ditanggung oleh balu Allahyarham Harun Osman bersama anak-anaknya yang masih belajar, bolehlah masukkan ke dalam akaun Pak Ngah KN (Hazizan) CIMB A/C No: 1229 0009 068 523. Semoga Allah SWT memberkati niat suci kita membantu setakat yang kita mampu.

Sejak arwah menyertai MSN pada 2005 on secondment, kami selalu berbincang secara informal. Lagipun pegawai MSN tidak dibenarkan memberi kenyataan akhbar sewenang-wenangnya. Kemasukannya ketika MSN bergolak dengan campur tangan menteri dan gengnya, sehingga wujud projek AsiaKom sambil membawa masuk Mat Salleh untuk urusan pentadbiran dan pengurusan serta perancangan yang dulunya dibuat orang tempatan atas nama "proses"! Apabila aku berhenti daripada Malay Mail, aku jarang berbincang lagi dengannya, cuma berdiskusi di ruang siber.

Arwah tidak takut memberi pendapat mengenai masalah olahraga yang berada di bawah naungannya. Kadang-kadang arwah ada meninggalkan komen menerusi facebook aku atau Kafe Sukan mengenai isu-isu yang kami timbulkan.

Pegawai seperti arwah adalah antara wira-wira tidak didendang dalam arena sukan. Mereka membuat kerja di balik tabir, menyimpan data dan statistik serta menyimpan seribu satu macam rahsia kerenah manusia! Seperti mana arwah Abu, baca perginya seorang rakan. Moga roh mereka dilimpahi rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali.

Wednesday, November 9, 2011

Junket junkies?

There will be a total of 608 athletes, 253 of them under Category B (which means they are paying their own way, and 261 officials – a ratio of one official for every 2.33 athletes.

Accreditation cards have been issued for 279 observers and 59 VIPs swelling the number of non-athletes to a staggering 599. The question is how many from this group are making the trip at the taxpayers’ expense?

The topic - the Jakarta and Palembang SEA Games which will officially start on Friday. Read The Star report here

Malaysia 2 Thailand 1

Malam selepas Malaysia diikat tanpa jaringan oleh Singapura, aku demam. Tak boleh tidur. Esoknya ke klinik, doktor check body temperature aku 38.6 selsius. Tapi selepas Malaysia menang ke atas Thailand, rasanya macam demam dah kebah.

Ketika menentang Singapura, Ong Kim Swee bubuh Fandi Othman, seorang natural left-footer, sebagai bek kanan, di tempat yang biasanya diisi oleh Mahalli Jasuli.

Kim Swee tampilkan formasi 4-5-1 menentang Thailand, dengan Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan Asraruddin Putra Omar, kira backfour dan goalkeeper senior dah ni, manakala Nazmi Faiz Mansor depan pertahanan, Irfan Fazail dan Baddrol Bakhtiar bebas merancang di belakang Syahrul Azwari Ibrahim. Flank kiri Fandi dan flank kanan Wan Zaharulnizam Zakaria. A. Thamil Arasu, Shukor Jusoh, Ahmad Fakri Saarani dan K. Gurusamy diletak di bangku simpanan. Ini menunjukkan Kim Swee mahu line-up yang lebih licik, laju atau mobile. Dan dia tidak takut menukar barisannya mengikut keperluan, mengikut kehendak pasukan sambil mengambil kira kekuatan lawan.

                                             
   Rembat edisi Januari lalu...Syahrul Azwari Ibrahim

Selain ada beberapa gerakan menarik, nampaknya team Kim Swee lebih bijak intai ruang berbanding ketika menentang Singapura. Bagi pemain muda berusia 18 tahun seperti Syahrul Azwari, usah bimbang terlepas banyak peluang kerana anda masih dalam proses belajar. Kemasukan Izzaq Faris Ramlan, Fakri dan Gurusamy yang menggantikan pemain remaja Nazmi membawa kesan yang dikehendaki. Jaringan Izzaq nyata bertaraf tinggi kerana dia sempat melencongkan bola, satu placing melepasi kawalan penjaga gol Thailand, Ukrit Wongmeena. Juga penyempurnaan gol Baddrol Bakhtiar cukup bermutu. Kemampuan anak buah OKS mencipta banyak peluang adalah satu petanda positif. Tinggal lagi isunya execution!

Kemboja harus jadi mangsa ratahan Malaysia nanti. Menang tipis pun cukup kerana tujuh mata dalam genggaman. Nampak gayanya Malaysia dan Indonesia mara ke separuh akhir dari kumpulan ini. Tapi sebelum itu, backfour tak boleh tengok bola saja, kena tengok pemain lawan. Kepakaran Baddrol dalam set-piece harus diperguna sepenuhnya.

ABL internship



AirAsia ASEAN Basketball League Internship Program Continues In the Philippines

Manila, Philippines, 8th November 2011 – As part of their ongoing efforts for youth development in the region, the AirAsia ASEAN Basketball League announced the lucky student who was chosen for a two month internship programme with the AirAsia Philippine Patriots. Miss Lavinia R. Venus from the University of Lyceum, Manila was chosen out of a number of interested applicants to join the professional basketball team in its efforts to promote the sport in the country.

Miss Lavinia has been assigned to the marketing department throughout her internship period with the Patriots. She had her baptism of fire over the weekend when she assisted the Patriots during the AirAsia Airjam Basketball Clinic held at Caloocan City.

“I am honored to be a part of the AirAsia ASEAN Basketball League Internship Program and been given the chance to work with the AirAsia Philippine Patriots in a professional league. This internship will help me grow and it will allow me to apply the skills that i have as well as meet new people” says Lavinia after being interviewed at the Airjam Basketball Clinic.

Lavinia was welcomed on board by the AirAsia Philippines Patriots team manager, Mr. Erick Arejola as well as Assistant Team Manager Mr. Benjo Flores. Also on hand to make her feel at home was PBA legend Mr. Billy Ray Bates, who was recently announced as the AirAsia Philippine Patriots’ new skills coach.

The AirAsia ABL Internship Program was launched in March earlier this year aiming to develop the skills and talents of ASEAN youths, by giving university students the opportunity to gain invaluable professional working experience with one of the many AirAsia ABL’s teams, partners and sponsors.

“The unique thing about the AirAsia ABL Internship Programme is that we do not simply offer job placements which are confined within each country, we are offering them regional exposure” Mr. Kuhan Foo, Chief Executive Officer of the AirAsia ASEAN Basketball League commented, “ Although it’s still a relatively young programme, the interns we have found so far has proven its success and we will be continuing this efforts as part of our mission to encourage the development of young adults all across the region”, he added.

The first student successfully chosen to complete AirAsia ABL Internship Program was Miss Editha Botecario from the University of Makati, who was placed for one month at the AirAsia ASEAN Basketball League headquarters in Petaling Jaya, Malaysia in March. During her time with the AirAsia ABL, Editha was exposed to the inner workings of how the professional league is run.

Jacque M. Ruby, from the AirAsia Philppine Patriots commented “This program provides selected students a taste of the real working world, taking them out of their comfort zones. When they graduate and start working full time, it is going to be an easy transition for them. Further, the internship program has been uniquely designed to give them a distinct advantage in sports marketing.”

Monday, November 7, 2011

Sukan SEA, chalet, laporan audit dan SPRM

Baca kolum mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, yang disiarkan oleh Utusan Malaysia Jumaat lalu. Apa agaknya yang terbuku dalam hatinya, seperti tercatat di perenggan terakhir?

Sukan SEA dan laporan Ketua Audit Negara

SUKAN SEA XXIV akan berlangsung di Jakarta dan Palembang, Indonesia dari 11 hingga 22 November 2011 yang akan datang.

Sukan SEA kali ini adalah yang terbesar sekali kerana jumlah acara yang dipertandingkan cukup banyak mengandungi sukan yang biasa dipertandingkan di peringkat yang lebih tinggi dan sukan-sukan yang tidak termasuk dalam golongan tersebut.

Saya tidak bercadang untuk mengulas dengan lebih lanjut lagi mengenai peranan Sukan SEA ini di dalam kalendar pembangunan sukan tanah air oleh kerana banyak telah diperkatakan.

Satu perkara yang mesti saya maklumkan bahawa Datuk Sieh Kok Chi, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia telah menganggotai satu jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis Sukan SEA ini dan dipengerusikan oleh Dr. Nat dari Thailand.

Jawatankuasa ini telah membuat cadangan mengenai sukan-sukan serta jumlahnya yang patut dipertandingkan di Sukan SEA.

Cadangan tersebut telah dipersetujui dan diamalkan untuk satu atau pun dua Sukan SEA selepas cadangan jawatankuasa ini diterima.

Ini berlaku mungkin lebih dari 20 tahun yang lalu.

Namun, malangnya apa yang kita dapat sekarang ini sungguh berlainan dari apa yang dipersetujui dahulu.

Itulah sebabnya saya tidak yakin yang Sukan SEA akan mengalami perubahan yang pada asalnya dikelolakan sebagai tapak bagi semua negara Tenggara Asia memajukan atlet masing-masing untuk peringkat yang lebih tinggi seperti Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

Pada saya, kita perlu mempunyai satu pendirian mengenai Sukan SEA ini supaya menjadi satu gelanggang yang strategik dalam memajukan sukan tanah air.

Apa yang sebenarnya hendak saya nyatakan disini ialah tidak adanya satu sasaran pingat khususnya pingat emas yang rasmi daripada pihak yang bertanggungjawab untuk Sukan SEA ini.

Apa yang dimaklumkan ialah sasaran 60 pingat emas yang mengikut ketua kontinjen adalah sasaran yang datangnya dari semua persatuan sukan yang mengambil bahagian di Indonesia nanti.

Inilah yang menjadi kejanggalan oleh kerana pada saya sasaran pingat merupakan KPI kepada mana-mana penyertaan atlet Malaysia dalam sukan prestasi tinggi.

Sasaran ini adalah untuk menentukan supaya perbelanjaan yang dibuat berbaloi dengan hasil yang diterima dalam bentuk pingat.

Saya tidak tahu apakah sebabnya kali ini sasaran tersebut menjadi satu rahsia besar tidak seperti pada masa yang lalu.

Ketua Audit Negara telah membentang laporannya. Sekarang ini, laporan ini menjadi satu tumpuan kepada semua pihak oleh kerana kerajaan mengambil berat terhadap teguran yang dibuat dalam laporan ini.

Saya berpengalaman dalam dua atau tiga tahun yang lalu oleh kerana terlibat dalam salah satu daripada teguran berkenaan kerana pembelian harta di Port Dickson.

Oleh kerana teguran itu serius, saya perlu memberi kenyataan kepada SPRM untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Saya kira kes itu telah selesai dan saya bersyukur dengannya.

Bagaimanapun saya berharap satu hari nanti saya akan dapat menerangkan cerita sebenarnya kepada warga MSN dan juga ahli lembaganya supaya dapat melenyapkan apa yang terbuku di hati sanubari saya.

Baca arkib blog ini I love Legend Water Chalet

Prospek anak buah Ong Kim Swee

Dalam program Kafe Sukan yang turut menampilkan wakil Utusan Malaysia, Dayne Azmin Ghazali dan wartawan Berita Harian, Wan Fakhrul Wan Bakar serta Haresh Deol dari Malay Mail, aku meramal Malaysia mara sejauh separuh akhir Sukan SEA. Tapi kalau aku silap dan mereka melangkah ke final dan seterusnya mempertahankan pingat emas yang dimenangi generasi 2009, bagus sekali. Acara bola sepak Sukan SEA terbatas kepada pemain Bawah 23 tahun, jadi setiap kali temasya, generasi pemain bertukar, kecuali beberapa kerat yang layak main beberapa edisi kerana didedahkan sejak usia muda. Tapi kalaupun ada pihak yang menawarkan hadiah wang tunai sebagai ganjaran sebagaimana ditawarkan kepada skuad negara yang menjulang Piala AFF Disember lalu, aku tidak akan mengeluarkan lagi duit aku sendiri. Kerana biasanya yang menang akan terus diulit mimpi dan bergayut kepada nostalgia sehingga apabila dicubit, melentingnya semacam!

Sedikit analisis mengenai lawan anak buah Ong Kim Swee.

Singapura (Young Lions)
Belum pernah memungut pingat emas, Young Lions mahu mengaum dan mengintai tempat ke final, diperkuat empat pemain senior. Arkitek pasukan ialah pengarah teknikal FAS, Slobodan Pavkovic, yang menyandar harapan kepada Hariss Harun untuk menterjemahkan taktiknya di padang.

Pavkovic


Hariss Harun

Jurulatih: Slobodan Pavkovic
Tonggak: Izwan Mahbud, Hariss Harun, Safuwan Baharuddin


Kemboja
Budak belasahan yang tidak pernah mara ke separuh akhir Sukan SEA, Kemboja harus jadi pelengkap senarai. Jurulatih dari Korea Selatan, Lee Tae hoon, dikecam hebat sepanjang lebih setahun berkampung di Phnom Penh dan strateginya tentu berteraskan kepada kaedah terbaik menafikan ruang buat lawan.


Tae hoon


         Laboravy dijangka ketuai serangan


Jurulatih: Lee Tae Hoon
Tonggak: Khuon Laboravy

Thailand
Lapan pingat emas berturut-turut sebelum trend itu terhapus pada 2009 apabila mereka tewas 2-1 kepada Malaysia menceritakan tradisi dan kekuatan Thailand dalam sukan dwitemasya ini. Dibimbing Prapol Pongpanich yang dibantu oleh bekas perancang Pahang, Vitoon Kijmongkolsak, Thailand sedar pingat emas akan berbalas dengan bonus besar. Berpindah ke Phuket bagi mengelak banjir besar di Thailand, Thailand akan bergantung harap kepada sentuhan Ronnachai Rangsiyo.


Pornpanich bimbing Thailand kutip emas temasya 1997


    Ronnachai pernah asah bakat di akademi Everton


Jurulatih: Prapol Pongpanich
Tonggak: Ronnachai Rangsiyo


Indonesia (Garuda Muda)
Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dan kehadiran beberapa pemain kelahiran Belanda seperti Diego Michiels dan bintang muda yang berkelana ke Belgium dan Uruguay adalah faktor pencetus semangat kepada anak didik Rahmad Darmawan untuk memburu pingat emas kali terakhir dimenangi pada 1991.


Rahmad atau RD pernah jadi anggota marin


                                                        Syamsir Alam bermain di Uruguay

Jurulatih: Rahmad Darmawan
Tonggak: Syamsir Alam, Okto Maniani, Yericho Christiantoko, Yongki Aribowo


Malaysia (Harimau Muda)
Kim Swee dinafikan khidmat Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Noor dek kecederaan tetapi itu asam garam bola sepak. Berpotensi naik podium dengan syarat Baddrol Bakhtiar, Syahrul Azwari Ibrahim,  Izzaq Faris Ramlan, Ahmad Fakri Saarani dan Irfan Fazail berupaya membolosi gawang lawan.



                 Baddrol pikul tugas kapten dan juga pakar jaringan


Jurulatih: Ong Kim Swee
Tonggak: Baddrol Bakhtiar, Khairul Fahmi Che Mat, K. Gurusamy

Apapun, aku ucapkan selamat berjaya kepada OKS dan anak buahnya, harap ada ong. Seluruh Malaysia berada di belakang Harimau Muda.

Saturday, November 5, 2011

Salam Eidul Adha

Kepada seluruh anggota keluarga ku, ahli sukan, pegawai, jurulatih, pentadbir dan peminat sukan serta pembaca blog ini yang beragama Islam, aku hulurkan ucapan Salam Eidul Adha. Khusus kepada sepupuku Abang Man dan Kak Ani, PakMat Fahmy blogger dari Kelantan dan bekas penolong pengadil Adnan Jamil, moga mendapat Haji yang mabrur.


Pak Mat dan isteri menyempurnakan perjalanan teragung. Gambar dari facebook PakMat.

Friday, November 4, 2011

55 emas pada 1997, 2011?

Berita Harian seolah-olah menyindir menerusi artikel Hussain Said di sini.

Aku sekadar meliput Sukan SEA sebanyak empat kali - di Chiangmai 1995, Jakarta 1997, Kuala Lumpur 2001 dan Hanoi 2003. Pada 1993, 1999, 2005 dan 2007, aku jaga story dari pejabat dan bantu apa yang patut.

Pada 1997 - tahun terakhir Jakarta jadi hos Sukan SEA sebelum edisi 2011, aku ditugaskan the Malay Mail bersama Tony Mariadass dan Fariq Rahman manakala Khairul Ghazali selaku jurufoto. Di saat rantau Asia Tenggara berdepan krisis ekonomi, ingat lagi aku bagaimana cewek-cewek Indonesia mengagumi paras Fariq yang mengingatkan mereka kepada Dodi Al-Fayed, yang meninggal dunia di sisi Puteri Diana dua bulan sebelum itu dalam kemalangan kereta di Paris.

Ke mana saja Fariq pergi, dia menjadi tumpuan dan diberi gelaran Dodi oleh cewek-cewek yang bertugas di pusat media atau mana-mana LO, liaison officer atau pegawai seranta. Ketua kontinjen atau chef de mission ialah Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.

Sebagai wartawan bola, olahraga dan badminton, itu beat yang cukup besar. Tapi Tony jaga bola, aku jaga olahraga dan badminton, serta menembak dan beberapa sukan lain. Di Stadium Senayan, Watson Nyambek tewas kepada Vissanu Sophanich, tapi G Shanti mengubat kekecewaan. Daniel St Hilaire ditunjuk jalan keluar, Mumtaz Jaffar akhirnya jadi pengganti. 16 emas yang dituai Romzi Bakar 400m, R. Nandakumar 800m), A Munusamy 1500m, M. Ramachandran, 5,000m dan 10,000m, Nur Herman Majid 110m lari berpagar, 4x400m (Yazid Parlan, S Vasu, D Nadarajan, Romzi), Narinder Singh 20km jalan kaki, G. Saravanan 50km jalan kaki, Zaki Sadri lompat jauh dan lompat kijang serta Loo Kum Zee lompat tinggi menjadikan olahraga penyumbang terbesar pingat emas kepada kontinjen.

Pentingnya Sukan SEA 1997 kerana hanya setahun sebelum kedatangan Sukan Komanwel 1998, jadi MSN kena bergerak pantas dan tertekan hasilkan keputusan di saat ekonomi dunia yang merudum serta jerebu yang melitupi awan Kuala Lumpur.

Peranan MSN dari kaca mata aku bukan senang. Selaku agensi yang mewakili kerajaan, MSN harus mengambil kira kepentingan atlet, persatuan, pemimpin tetapi paling penting, pembayar cukai. Siapa yang harus menangani kerenah persatuan dan atlet, hanya MSN boleh jadi watchdog, check and balance! Bukan MOM yang dianggotai ahli persatuan jugak!

Sebab itu aku terkejut sasaran emas MSN sekadar 40-45 untuk edisi kali ini, sedangkan MOM sasar 60 emas, dan juga Menteri dah sebut Malaysia ada potensi untuk empat pingat emas di Olimpik tahun depan?

Kalau di Jakarta 1997 kontinjen negara dapat 55 emas, pungutan emas terbesar di luar Kuala Lumpur ketika itu, apakah 40-45 emas satu kemajuan selepas 14 tahun?

Thursday, November 3, 2011

A British subject

Grandstand Ahad, Astro Arena's weekend live show hosted by Burn AF1 and yours truly, last week had the privilege of interviewing UK-based cricketer Arul Suppiah.

The all-rounder, who bowls with his left-hand but bats with his right, has grown into a handsome young man and a cricket star in his own right!


He is now a British subject. Read here. Earlier in July, Arul became a world-record holder, read here

This means he would never represent Malaysia again! But really, an athlete of his calibre would not do justice to his talent if he were to restrict himself to opportunities in Malaysia. His options were limited and why deprive him the chance to really make a living and a career out of his talent?

When I asked him on the show, how did he cope flying the nest so early in his life, he confessed he cried everyday for months. But that's all in the past.

It was in August 1998 that I last wrote about Arul...when I quoted SportExcel director Teng Mui Ngee on Arul's selection to represent England's Under-15 team in three Test matches against India.

All the best Arul!

Exit Mumtaz, enter Jamil

The National Athletes Welfare Foundation, or commonly known as Yayasan Atlet Kebangsaan (Yakeb), has a new chairman, Datuk Jamil Salleh (picture), who is also the deputy secretary general of the Youth and Sports Ministry. His deputy is former MAAU president, Datuk Khalid Yunus. Read the Bernama report  here


So Mumtaz Begum Abdul Jaffar is no longer in the picture. Read my previous postings here and here

Iklan bola


Tengok cara Slovenia iklankan pertemuan dengan Amerika Syarikat 15 November ini...


Satu hari kelak, aku percaya grafik seperti di atas dan di bawah akan menghiasi kaca TV, layar gergasi, papan iklan besar, akhbar, laman web dan blog


Aku sedar MSL Sdn Bhd, cawangan pemasaran FAM, sedang berbuat sesuatu tetapi ada kekangan tertentu. Alangkah indahnya kita menggunakan daya kreativiti anak-anak muda zaman ini demi kepentingan bola sepak...mereka boleh design merchandise, iklan, laman web...aku pernah guna khidmat mereka untuk mereka bentuk muka depan Rembat Kosmo! tetapi bakat-bakat mereka "deserve a bigger audience", harus didedahkan kepada khalayak lebih besar!

Wednesday, November 2, 2011

Ke manakah Olahraga Malaysia (KOM)?


Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)...perkataan amatur sudah digugurkan dan secara rasmi KOAM dijenama semula sebagai KOM Januari ini tetapi pentadbiran, keputusan dan tindak-tanduk persatuan jelas masih amatur. Dalam bahasa Inggeris, KOM akan dikenali sebagai MAU...mau tak mau...

1. Selepas cadangan pusat latihan di Ranau mendapat tentangan, KOM alih arah ke Miri, Sarawak, tempat kelahiran Watson Nyambek. Agaknya pakai duit KOM atau geran MSN?

2. Dalam program Kafe Sukan di Astro Arena 801 Isnin lalu, ketua kontinjen ke Sukan SEA Jakarta, Datuk Naim Mohamad, sebut ada masalah dengan KOM tetapi sudah diselesaikan. Khabarnya senarai terakhir atlet belum dikemukakan kepada MOM, sedangkan tarikh pendaftaran sudah ditutup.

3. Atlet kategori B tidak dibiayai oleh KOM, sebaliknya jika berhajat ke Jakarta, atlet kena bayar sendiri. Wah, ini tidak pernah berlaku dalam sejarah. Hanya bawah pentadbiran Shahidan Kassim dan Karim Ibrahim benda-benda macam ini timbul.

4. Ingat lagi kemelut atlet yang lari daripada ujian doping?

Sumber-sumber memberitahu LC senarai Kategori B termasuk

1. Yap Jeng Tzen dari Negeri Sembilan - acara lempar cakera
2. Mohd. Hakimi Ismail - Perak - lompat kijang
3. Adi Aliffuddin Husin - Terengganu - lontar peluru
4. Fatimattul Awang - Terengganu - lompat jauh
5. Nor Shahidatun Nadia - Kedah - lompat jauh/kijang
6. K. Ganthimathi - Pahang - 800m/1500m
7. Zabidi Ghazali - Terengganu - 100m
8. Siti Zubaidah Adabi - Johor - 200m
9. Mohd. Ikhwan Nor - Terengganu - 100m
10. Kathleen Ong - Johor - lompat bergalah
11. Mohd Nor Imran - Johor - 100m
11. 4 X 100m - ada 8 atlet
12. 4 X 400m -
13. YuanYu Fang - wah tak pencen-pencen lagi atlet berusia 35 tahun ini?

Sekalipun nama mereka didaftarkan dalam senarai induk Sukan SEA, pemergian mereka bergantung kepada tajaan. Kebanyakan persatuan negeri tidak mahu taja, jadi mereka terpaksa mengemislah...

Kenapa bersusah payah melatih 12 atlet lari berganti-ganti untuk dua atau tiga pingat sedangkan ada lebih 10 atlet individu boleh bersaing untuk lebih 10 pingat?

Lawak kelas Maharaja Lawak Astro Warna 131, kalau atlet luar datang berlatih di Bukit Jalil, kita sibuk-sibuk ke Miri kemudian ke Brunei. Siapa biayai latihan lebih sebulan, kos penerbangan, makanan, penginapan? Kenapa ada atlet Kategori B disokong, ada atlet dianak tirikan?

Ada pula desas-desus ujian masa khas untuk pakar pecut. Dia catat 11.17 saat dua minggu lalu tiba-tiba handtimed dia baru-baru ini 10.17s? Fuh lawak. Aku ingat dulu zaman aku cover, catatan atlet di Jerman yang dibiayai MSN dipertikai Karim Ibrahim. Sekarang macam mana? KOM boleh percaya ka?

Tukarlah nama 1,000 kali pun kalau tidak ikhlas dalam mengurus tadbir persatuan dan membuat pemilihan atlet secara telus, jujur dan tiada berkepentingan, olahraga Malaysia tidak akan ke mana.

KOM sebenarnya bermaksud Ke manakah olahraga Malaysia?

Piala Emas Raja-raja 2011



Juara bertahan Kelantan diundi dalam Kumpulan D dengan Perlis, Kuala Lumpur dan Melaka pada saingan Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2011 bermula dari 25 hingga 27 November depan.

Kumpulan A menampilkan Negeri Sembilan selaku tuan rumah kepada Pahang, Kedah serta Singapura.

Terengganu selaku tuan rumah kumpulan B bakal bersaing merebut tempat ke suku akhir bersama ATM, PDRM dan Pulau Pinang.

Sambil kumpulan C terdiri daripada Perak selaku tuanrumah kepada Selangor, Johor, Johor dan MASUM.

Saingan peringkat suku akhir diadakan secara timbal balik pada 3 dan 10 Disember 2011, manakala peringkat separuh akhir juga secara timbal balik pada 17 dan 24 Disember 2011.

Perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2011 dijadualkan 30 Disember 2011.

Sebagai rekod, Kelantan merupakan pasukan yang paling banyak menjuarai Piala Emas Raja-Raja apabila 15 kali menjulang Piala Emas Raja-Raja dan termasuk menjuarai kejohanan musim lalu setelah menewaskan Kedah pada perlawanan akhir di Kota Bahru.

Memulakan tirai Piala Emas Raja-Raja 2011 adalah perlawanan Piala Agong diantara Kelantan menentang Perlis pada 12 November depan di Stadium Sultan Muhamad Ke-4, Kota Bahru, jam 8.45 malam.

Pertandingan Piala Emas Raja-Raja kali ini dijangka bakal menjadi gelanggang pemanas badan bagi pasukan-pasukan yang bakal membawa cabaran pada aksi Liga Malaysia 2012 yang telah pun membuka penyertaan pemain import.