Sedikit analisis mengenai lawan anak buah Ong Kim Swee.
Singapura (Young Lions)
Belum pernah memungut pingat emas, Young Lions mahu mengaum dan mengintai tempat ke final, diperkuat empat pemain senior. Arkitek pasukan ialah pengarah teknikal FAS, Slobodan Pavkovic, yang menyandar harapan kepada Hariss Harun untuk menterjemahkan taktiknya di padang.
Pavkovic
Hariss Harun
Jurulatih: Slobodan Pavkovic
Tonggak: Izwan Mahbud, Hariss Harun, Safuwan Baharuddin
Kemboja
Budak belasahan yang tidak pernah mara ke separuh akhir Sukan SEA, Kemboja harus jadi pelengkap senarai. Jurulatih dari Korea Selatan, Lee Tae hoon, dikecam hebat sepanjang lebih setahun berkampung di Phnom Penh dan strateginya tentu berteraskan kepada kaedah terbaik menafikan ruang buat lawan.
Tae hoon
Laboravy dijangka ketuai serangan
Jurulatih: Lee Tae Hoon
Tonggak: Khuon Laboravy
Thailand
Lapan pingat emas berturut-turut sebelum trend itu terhapus pada 2009 apabila mereka tewas 2-1 kepada Malaysia menceritakan tradisi dan kekuatan Thailand dalam sukan dwitemasya ini. Dibimbing Prapol Pongpanich yang dibantu oleh bekas perancang Pahang, Vitoon Kijmongkolsak, Thailand sedar pingat emas akan berbalas dengan bonus besar. Berpindah ke Phuket bagi mengelak banjir besar di Thailand, Thailand akan bergantung harap kepada sentuhan Ronnachai Rangsiyo.
Pornpanich bimbing Thailand kutip emas temasya 1997
Ronnachai pernah asah bakat di akademi Everton
Jurulatih: Prapol Pongpanich
Tonggak: Ronnachai Rangsiyo
Indonesia (Garuda Muda)
Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dan kehadiran beberapa pemain kelahiran Belanda seperti Diego Michiels dan bintang muda yang berkelana ke Belgium dan Uruguay adalah faktor pencetus semangat kepada anak didik Rahmad Darmawan untuk memburu pingat emas kali terakhir dimenangi pada 1991.
Rahmad atau RD pernah jadi anggota marin
Jurulatih: Rahmad Darmawan
Tonggak: Syamsir Alam, Okto Maniani, Yericho Christiantoko, Yongki Aribowo
Malaysia (Harimau Muda)
Kim Swee dinafikan khidmat Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Noor dek kecederaan tetapi itu asam garam bola sepak. Berpotensi naik podium dengan syarat Baddrol Bakhtiar, Syahrul Azwari Ibrahim, Izzaq Faris Ramlan, Ahmad Fakri Saarani dan Irfan Fazail berupaya membolosi gawang lawan.
Baddrol pikul tugas kapten dan juga pakar jaringan
Jurulatih: Ong Kim Swee
Tonggak: Baddrol Bakhtiar, Khairul Fahmi Che Mat, K. Gurusamy
Apapun, aku ucapkan selamat berjaya kepada OKS dan anak buahnya, harap ada ong. Seluruh Malaysia berada di belakang Harimau Muda.
21 comments:
ye..ada harapan sebenarnya..kesemua pasukan xbanyak bertemu antara satu sama lain..maybe 2-3 friendly je..malaysia ada kelebihan dgn syarat penyerang boleh berfungsi dengan baik dan jaringkan gol..kalau tgk game u23 sebelum ni..di slovakia or kelayakan olimpik..gol lebih bnyk terhasil dari pemain sayap/tengah..OKS harus perbaiki yang ni..defend...ni..kejap perform kejap x..susah nk jangka..anyway..cubalah yang terbaik..dpt lepas separuh akhir or dpt pingat..bagi saya dah ok..bagi sayala..
kalau ank buah OKS berjaya mempertahankan gold medal pd sea games kali ini insyaallah harapan utk kita ke olimpik akan tercapai..cuma kita harapkan taktikal OKS menjadi..cuma masalah pd bahagian serangan yg harus OKS cari jln penyelesaian..kami rakyat m'sia sentiasa akan mmberi sokongan..hidup mati harimau malaya!!!!
Kejayaan menjulang pingat emas sukan sea lepas, bukan jaminan emas juga kali ini.
Apa2 pun kami doakan emas jadi gengaman. jgn terlalu yakin...
Macam tu je cara malaysia main lawan singapore...?
berlatih jauh2... lama2
duit abis banyak... itu je yang dipamerkan...
elloooo...
menang kalah belakang cerita laaa.. tapi permainan bongok sekali!!!!
Apa lagi alasan... takkan Ong kim swee nak jadi Ong Kim Gopal pulak!!!
Pasukan Thailand ada Ronnachai yg pernah asah bakat di akademi Everton ,Pasukan Indonesia ada Syamsir Alam yg sedang bermain di Uruguay tapi jgn kita lupa bahawa Baddrol Bakhtiar pernah asah bakat di akademi Chelsea malah Irfan Fazail dan Fadhli Shas yg sedang bermain di Slovakia..
Malaysia Boleh !!
Malaysia ade peluang untuk melangkah jauh dalam temasys ini..formulanya perlu pandai meletakkan pemain di setiap posisi berdasarkan prestasi dan kepakaran masing2...selain itu kekuatan mentak juga perlu sentiasa berada dalam keadaan MANTAP..pemain spt Koung Yong perlu dimanfaatkan
Malaysia tak dak leader dalam team...midfield ke laut...
Malaysia main macan taik..!!!
Aku pun pelik masih ada lagi anak emas dlm team Malaysia...Tak bersinar pun dalam Liga M...jadi pemain simpanan N.Sembilan ...tapi masih boleh main untuk peringkat tertinggi internasional...PELIK!..PELIK!...PELIK!...Fakri Shaarani masih main Malaysia Team....Hsmpeh...macam x de org lain...Piiiiraagghh..
susah nak cakap la..ngan team OKS ni main ngan Skuad Singa pn x blh blah..duit dh labur banyak tp hasil cmni je..serangan tumpul n hilang punca OKS kena tgok blk game ni & cari jalan cmne nk tembus benteng Skuad Thai lak..
Segala ilmu telah dicurah,cuma satu ja yang belum dikuasai iaitu tenang ketika mengawal bola.Pamain malaysia macam takut tiap kali pegang bola.mungkin kena pergi kem bina semangat kot.
Adus macam tu ke Malaysia main?
Masa kalah dengan Jepun baru-baru ini, prestasinya teramat jauh ke depan berbanding hari ini.
Ini dah bukan salah coach, pemain yang tak main sebagai team.
Satu dua, hilang bola. Nasib baik Singapore pun main ikut "taktik" yang sama.
Kamarul
Tak paham kenapa Badrul Bahtiar punya role kebawah sangat sampai tak nampak potensinya..Bila attack dalam box ada sorang sahaja? Bila Thamil Arasu keluar lagi teruk jadinya..kenapa tak Badrul jadi Backup striker je.?
Keputusan seri menentang singapura smmgnya mengecewakan peminat sukan bola sepak tanahair.. tp msih tlalu awl utk mngatakan bahawa peluang Malaysia sudah tiada.. Keseluruhan permainan tmpk lebih merosot berbanding dgn perlawanan2 Kelayakan Olimpik sblm ini.. Penyerang ad yg kurg fungsi.. set pieces kurg.. rasanya cbrn Malaysia bukan utk mmpertahankn tiang gol dr di bolosi ttp cbrn utama ialah bagaimana utk mnjaringkn gol..
game lawan spore??..permainan teruk..taktikal x menjadi ataupon OKS dah habis idea???..tgk dari game smlm mmg kita dah boleh agak msia akn pulang awal..klw masuk semi final itu dah kira ajaib..
-MHM
Gua masih lg x faham kenapa budak2 Harimau Muda ni dibebankan dgn SEA games dlm masa depa akn menghadapi pra-olimpik.yess...penting utk kita pertahan emas SEA games...namun lebih penting utk kita persembah yg terbaik utk pra-olimpik.kalau bdk2 ni injured atau letih sapa yg rugi...
kesian OKS.sepatut bagi la kat coach senior team "mempertahankan emas beliau" tu.dia bagus kan, takkan takleh cari player2 muda utk main dgn baddrol,fakri semua tu.
Salam semua;
Ada dua cara penting nak majukan bolasepak negara:
1 - Mencari pemain2 hebat utuk di natrulisasi (seperti di lakukan oleh Jepun)
2 - Menghantar pemain2 muda berlatih dengan pasukan kelab di luar negara.
Pemain2 tidak akan maju selagi bermain dalam persekitaran bolasepak Malaysia.
pada pandangan jujur saya..lah kan, bolasepak malaysia ni tak nampak majunye. mase main dengan singapore tempohhari, punye..lah tak standard. hantaran tak tepat. team work tak bagus. mudah hilang bola. kadang2 bende basic dlm footbal mcm nak tahan bola..pun tak mahir2 lg. bile kene pressure sket dgn pemain lawan dah hilang arah. .aku tengok memang tak der harapan langsung nak pergi jauh. kalau menang pun, banyaknyer gol2 nasib..bukan dari satu permainan yang mantap..lah!! kite kene go to basic dlm mencari pemain2 yg berwibawa. mamcamne malaysia select pemain akar umbi..saye percaya masih ramai bakat2 yg layak tp tak terpilih dek kerana sistem belia/ remaja tak menyeluruh. Saya meramalkan pada sukan SEA 2011 ni, malaysia takkan pergi ke separuh akhir. Kalau pergi pun, mcm saya kata tadi..lah,,menang nasib dgn gol2 spt freekick, tendangan bebas akibat bola muntah bla2..
Malaysia vs Thailand ?
malaysia2 thailand1.... Alhamdulillah
Kepada yg selalu kutuk team sendiri sekarang kita dah menang pingat Emas, apa cerita bro?, kita tak boleh membuat penilaian dengan hanya satu perlawanan, Spain pun kalah perlawanan pertama dalm World Cup 2010 sebelum jadu juara
Kepada yg selalu duk kutuk, sekarang pasukan Harimau Muda dah menang pingat Emas, apa cerita bro?
Spain pun kalah perlawanan pertama sebelum menang World Cup 2010, kita tak boleh menilai pasukan hanya dengan satu perlawanan sahaja
Post a Comment