Wednesday, November 9, 2011

Malaysia 2 Thailand 1

Malam selepas Malaysia diikat tanpa jaringan oleh Singapura, aku demam. Tak boleh tidur. Esoknya ke klinik, doktor check body temperature aku 38.6 selsius. Tapi selepas Malaysia menang ke atas Thailand, rasanya macam demam dah kebah.

Ketika menentang Singapura, Ong Kim Swee bubuh Fandi Othman, seorang natural left-footer, sebagai bek kanan, di tempat yang biasanya diisi oleh Mahalli Jasuli.

Kim Swee tampilkan formasi 4-5-1 menentang Thailand, dengan Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan Asraruddin Putra Omar, kira backfour dan goalkeeper senior dah ni, manakala Nazmi Faiz Mansor depan pertahanan, Irfan Fazail dan Baddrol Bakhtiar bebas merancang di belakang Syahrul Azwari Ibrahim. Flank kiri Fandi dan flank kanan Wan Zaharulnizam Zakaria. A. Thamil Arasu, Shukor Jusoh, Ahmad Fakri Saarani dan K. Gurusamy diletak di bangku simpanan. Ini menunjukkan Kim Swee mahu line-up yang lebih licik, laju atau mobile. Dan dia tidak takut menukar barisannya mengikut keperluan, mengikut kehendak pasukan sambil mengambil kira kekuatan lawan.

                                             
   Rembat edisi Januari lalu...Syahrul Azwari Ibrahim

Selain ada beberapa gerakan menarik, nampaknya team Kim Swee lebih bijak intai ruang berbanding ketika menentang Singapura. Bagi pemain muda berusia 18 tahun seperti Syahrul Azwari, usah bimbang terlepas banyak peluang kerana anda masih dalam proses belajar. Kemasukan Izzaq Faris Ramlan, Fakri dan Gurusamy yang menggantikan pemain remaja Nazmi membawa kesan yang dikehendaki. Jaringan Izzaq nyata bertaraf tinggi kerana dia sempat melencongkan bola, satu placing melepasi kawalan penjaga gol Thailand, Ukrit Wongmeena. Juga penyempurnaan gol Baddrol Bakhtiar cukup bermutu. Kemampuan anak buah OKS mencipta banyak peluang adalah satu petanda positif. Tinggal lagi isunya execution!

Kemboja harus jadi mangsa ratahan Malaysia nanti. Menang tipis pun cukup kerana tujuh mata dalam genggaman. Nampak gayanya Malaysia dan Indonesia mara ke separuh akhir dari kumpulan ini. Tapi sebelum itu, backfour tak boleh tengok bola saja, kena tengok pemain lawan. Kepakaran Baddrol dalam set-piece harus diperguna sepenuhnya.

26 comments:

arMOVErs said...

hmmm jiwa kacau btol tgk game td.. 1st game vs spore attacking kita kurang kreatif.. 2nd game ada improve, lbh kreatif TAPI finishing plak tumpul sesangat.. back 4 kita & gk mmg steady kecuali sekali terlelap langsung kena 1gol.. kpd player muda yg tlps peluang hatrik tuh sila jgn putus asa, timba sebyk mana pengalaman drpd game td & dimasa akan dtg anda perlu lbh berani.. ketiadaan gary steven robart & wan zack mmg dirasai tp ini peluang player2 muda yg lain bukti kemampuan.. next game kita perlu buktikan kita mampu utk bunuh game lbh awal.. byk lg perlu diperbaiki team OKS nih.. apa2 pun tahniah Harimau Malaya & booooooo fam!!

Kurast said...

Tahniah buat Malaysia. Lawan Kemboja Ahad ini patutnya x de masalah. Menang 16-0 sekalipun, mata tetap 3-point. InsyaAllah kita mampu mempertahankan pingat emas.

Shukri Khalid said...

Melihat formasi yg digunakan OKS utk perlawanan menentang Thailand amat menarik selepas melihat perlawanan yg agak membosankan bertemu Singapura sblm ini.. Sebaik melihat barisan 1st eleven utk menentang Thailand,sy sudah jangkakan Malaysia akan bermain dengan permainan pantas dgn menggunakan penyerang yg pantas seperti Syahrul Azwari kerana kita kenal dengan permainan Thailand yg sering bermain permainan pantas dengan menggunakan pemain yg laju.. Apa pun saya gemar kata penulis apabila penulis menyatakan OKS tidak takut menukar barisannya mengikut keperluan, mengikut kehendak pasukan sambil mengambil kira kekuatan lawan.

Syabas Coach OKS dan barisan Harimau muda Sukan SEA !!

Anonymous said...

Kita sepatutnya berpesta gol tetapi disebabkan penyerang negara iaitu Syahrul Azwari Ibrahim yang terlalu tidak confidence dan menyebabkan dia takut untuk melakukan finishing tapi apa2 pun SYABAS MALAYSIA!!!!

!!!!MALAYSIAKU!!!!

Anonymous said...

aku gembira dgn kemenangan m'sia tp aku masih tak phm mengapa ahmad fakri masih diturnkan dan diletakan dlm kesebelasan utama aku xnmpk sumbngan die n aku rase die tak patutpun berada dlm skuad sukan sea dan olimpik ni

memyself (sfma) said...

all player main lawa. menang la 17-0 pun tp 3points tetap 3 points! congrats buat the simple coach! corak game dh lawa tp finishing agak tumpul. klau kire2 , brape chance nk jring gol oleh syahrul azwari disia-siakan. come on la , gwang dh terbuka luas , rembat jelah! tp still xfham , nape masukkan fakri saarani? game dye kalut la. dye patut lbih co0l n relax tika head to head dgn keeper. pe2 un , nice game Malaysia! bring it on! Malaysia is ready for the g0ld medal! Garuda akan ptah syap di Gelora Bung Karno sndri!

Anonymous said...

pada pendapat aku kejayaan malaysia adalah disebabkan formasi yang digunakan oleh OKS menjadi.. Nazmi pemain muda negara menampilkan aksi yang amat meyakinkan dan seharusnya dia diturun kan untuk perlawanan yang seterusnya.. fakhri?? simpanan je la.. gud luck malaysia! malaysia boleh!

Anonymous said...

pada pendapat aku kejayaan malaysia adalah disebabkan formasi yang digunakan oleh OKS menjadi.. Nazmi pemain muda negara menampilkan aksi yang amat meyakinkan dan seharusnya dia diturun kan untuk perlawanan yang seterusnya.. fakhri?? simpanan je la.. gud luck malaysia! malaysia boleh!

saleh ismail said...

aku bangga gila bila tgk ms'sia main td.. nmpk sgt perubahan xmcm main ngn sngapore hr tu.. cuma xde rezki je nk jaring lbih.. tp byk lg yg perlu improve defend, midfield n striker jgk... jgn byk tgk bola(defend) banyak bukak game n tukar haluan kiri,kanan(midfield) cool ckit jgn gelojoh, n tgok ruang n pluang(striker)

Anonymous said...

Satu perkara ketara yang dapat saya perhatikan, OKS tahu apa yang perlu untuk diberi kepada pemain. Dengan barisan pemain yang ada, OKS dapat menghasilkan yang terbaik. Peningkatan besar berbanding first game dengan Singapura.

Bukan macam satu lagi coach Malaysia yang "maha profesional". Masih belum nampak game-plan untuk lawan india.

Bangga saya dengan barisan pelapis negara walaupun ada yang masih ada angin main bola macam peringkat sekolah.

Jika dream team Piala Asia 2015 dirosakkan oleh "jurulatih profesional" sekalipun, saya masih dapat menaruh harapan untuk cubaan Piala Asia yang selepasnya dengan adanya barisan muda bawah 23 sekarang. Potensi mereka amat besar.

Kamarul

Anonymous said...

syukur Ya ALLAH.....alhamdulilah..team mas spatutnya berhak menang.harap bila mntang kemboja nanti,jgn lepaskan peluang utk jaringkan gol..fokus kepada team kemboja dulu..bia satu2...aku amat puas hati....haha.x sabaw nak tunggu hari ahad ni..pakat doa2 la ea...

khairul env(fb)

Anonymous said...

Salam,

apa yg sy nampak, kedudukan badrol sbg play maker byk merencanakan serangan.

Nazmi juga walaupun masih mentah, tidak salah kalo sy katakan permainanya semlm adlh lbh baek dr Gurusamy. Sayang dia injured, hrp dpt bermain utk lwn Indonesia.

Backfour juga boleh diberikan pujian, namun kesilapan2 kecil banyak dilakukan oleh Mahali, namun byk juga gerakan2 menarik yg beliau lakukan.

Sumbangan dr kecik juga tidak seperti yg diharapkan, hanya satu dua cubaan n gerakan yg boleh diberikan pujian.

Fandi nampaknya tidak mengecewakan, hantaran cantik dan permainan bertahan yang bagus.

Shahrul Azwari harus memperbaiki tindakan penyudah beliau disamping kegugupan bila 1 to 1 situation.

Apex, sperti biasa persembahannya amat membanggakan.

lastly, for coach OKS, tahniah diatas percaturan yang bijak, berani mencuba formasi baru...learn from the expert, but dont learn from King Gopal. Your tactical is better than him. KEEP IT UP YOUR GOOD WORK...


kemahkemim...

faizal said...

congrate HARIAMAU MUDA. aku masih tak paham, kenapa FAKRI masih diturunkan, apa sumbangan besar dia? Melambatkan permainan, bermain KAMPUNG STAIL? Jangan memalukan Malaysia dengan TEKNIK melambat2kan permainan anda , FAKRI... be PRO

Armirul Muo said...

tahniah HM U23 n OKS. game n tactical plan yg menarik n harap dpt polish game dgn lebih baik lg xpecially bahagian serangan...supposed 3@4 - 1...good job HM U23 n OKS..well done...teruskan usaha hingga ke final...

Anonymous said...

tunggu dan lihat, boleh ke kita pertahankan juara Sukan Sea 2011?

shaQ said...

Tahniah wat skuad Harimau Muda & OKS.. Dh bangkit dr game yg sblm nya.. Sm0ga pemain kita dpt perbaiki game mreka lg exp bhgn striker kita.. klu x semlm kita dh berpesta g0l.. h0pe s0 pemain kite dpt perbaiki finishing mereka n x perlu la gugup ngan phak lawan.. Tahniah jgk kpd pemain muda kita Nazmi Faiz yg rse nyer lebih bernilai dr Fakri.. Go Malaysia!!!

besi said...

apa yang penting 3 mata. barisan penyerang kena tingkatkan usaha untuk menjaringkan gol...lama2 ok la tue..mungkin masih malu2 lagi

Anonymous said...

mana hang tau indon dengan malaysia pi semi? hari tu hang cakap terenganu akan menang piala malaysia betoi? jangan over konfiden sabar dulu

Anonymous said...

game smlm bleh thn la..ada peningkatn
cuma scorer kita kurang mnjdi le..klu OKS try bg dia main skli lg lwn ngan team kmbja x blh hatrik 3 bijik suruh dia blk kg tanam jgung le..tp Capt aku selut la..bjk cri pluag n prcbaan cuma dak NO18 tu ee..malas nk ckp la..

Anonymous said...

Kalau tak salah statistik smlm
Cubaan Gol 17 Malaysia. Score 2.
Thailand aku tak ingat Cubaan Gol berapa. MMg sedap tengok walaupun maki berbakul2 sbb banyak peluang terlepas.

mimya said...

Syahrul byk lps peluang..Guru byk lps bola...yg lelain ok.we want more!!!!

Anonymous said...

saya lihat syahrul azwari ada gaya2 macam mat yo..

http://simple-mzs.blogspot.com/

Anonymous said...

fakri main ok je lwn thai bila masuk sub...jauh lebih baik dr permainan dia masa lawan singapore yg agak hambar...'give credit where its due' la peminat semua...ni semua salahkan fakri je...ape raaaa....

Anonymous said...

apa salah guba teknik lambatkan permainan...its called 'playing smart' la...dulu ginola pun lagak nak jadi hero waktu game da nak habis, last2 jadi villain kat peranchis...dah tak pernah main utk peranchis dah lepas kena kutuk gile2 sebab nak jadi hero last minute...

Anonymous said...

Cuma nak kata, masa lawan Kemboja, Malaysia kena skor banyak-banyak. Walaupun mata kemenangan tetap 3 tapi jangan lupa kumpulan A ini kumpulan maut.

Singapura macam kita belum jumpa Indonesia. Jika Singapura kalah dengan Thailand nanti baru kita boleh ketepikan Singapura (dengan anggapan Malaysia vs Indonesia dan Singapura vs Indonesia adalah sama).

Thailand pula masih ada kelebihan satu game. Dan saya beranggapan anak singa kena makan dek anak gajah putih.

Indonesia pula nampak kuat di kubu sendiri. Itu kelebihan tuan rumah.

Bukan tak yakin dengan Harimau Muda tetapi itulah sifat kumpulan maut. Selalunya perbezaan jaringan yang akan menentukan siapa ke pusingan seterusnya.

Rizal, kalau boleh bisik-bisiklah kat Astro, kita nak tengok Indonesia vs Singapura dan Indonesia vs Thailand. Nak juga timbang tengok kekuatan mereka dan peluang kita.

p/s apa sebab Rajagopal tak mahu pakai Badrul Bakhtiar masa lawan Singapura dulu (masa kelayakan Piala Dunia) ? Tanya dia, menyesal tak?....

Kamarul

abh said...

Saya tertarik dgn Shahrul Azwari.
Sebelum ini kita tak kenal siapa Shahrul Azwari. Kecederaan pemain utama, membolehkan beliau diserap ke pasukan Harimau musa A.

Pemain berumur 18 tahun ini, mempunyai potensi, dgn larian deras yg boleh menewaskan defenders lawan. Pengalaman akan membolehkan beliau akan lebih compose apabila membuat tendangan atau cubaan kearah gol.

tertarik dgn kenyataan OKW, pemain ini akan lebih baik dari Safee Sali , beri masa 3 tahun lagi.

Shabas Malaysia.