Baca kolum mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, yang disiarkan oleh Utusan Malaysia Jumaat lalu. Apa agaknya yang terbuku dalam hatinya, seperti tercatat di perenggan terakhir?
Sukan SEA dan laporan Ketua Audit Negara
SUKAN SEA XXIV akan berlangsung di Jakarta dan Palembang, Indonesia dari 11 hingga 22 November 2011 yang akan datang.
Sukan SEA kali ini adalah yang terbesar sekali kerana jumlah acara yang dipertandingkan cukup banyak mengandungi sukan yang biasa dipertandingkan di peringkat yang lebih tinggi dan sukan-sukan yang tidak termasuk dalam golongan tersebut.
Saya tidak bercadang untuk mengulas dengan lebih lanjut lagi mengenai peranan Sukan SEA ini di dalam kalendar pembangunan sukan tanah air oleh kerana banyak telah diperkatakan.
Satu perkara yang mesti saya maklumkan bahawa Datuk Sieh Kok Chi, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia telah menganggotai satu jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis Sukan SEA ini dan dipengerusikan oleh Dr. Nat dari Thailand.
Jawatankuasa ini telah membuat cadangan mengenai sukan-sukan serta jumlahnya yang patut dipertandingkan di Sukan SEA.
Cadangan tersebut telah dipersetujui dan diamalkan untuk satu atau pun dua Sukan SEA selepas cadangan jawatankuasa ini diterima.
Ini berlaku mungkin lebih dari 20 tahun yang lalu.
Namun, malangnya apa yang kita dapat sekarang ini sungguh berlainan dari apa yang dipersetujui dahulu.
Itulah sebabnya saya tidak yakin yang Sukan SEA akan mengalami perubahan yang pada asalnya dikelolakan sebagai tapak bagi semua negara Tenggara Asia memajukan atlet masing-masing untuk peringkat yang lebih tinggi seperti Sukan Asia dan Sukan Olimpik.
Pada saya, kita perlu mempunyai satu pendirian mengenai Sukan SEA ini supaya menjadi satu gelanggang yang strategik dalam memajukan sukan tanah air.
Apa yang sebenarnya hendak saya nyatakan disini ialah tidak adanya satu sasaran pingat khususnya pingat emas yang rasmi daripada pihak yang bertanggungjawab untuk Sukan SEA ini.
Apa yang dimaklumkan ialah sasaran 60 pingat emas yang mengikut ketua kontinjen adalah sasaran yang datangnya dari semua persatuan sukan yang mengambil bahagian di Indonesia nanti.
Inilah yang menjadi kejanggalan oleh kerana pada saya sasaran pingat merupakan KPI kepada mana-mana penyertaan atlet Malaysia dalam sukan prestasi tinggi.
Sasaran ini adalah untuk menentukan supaya perbelanjaan yang dibuat berbaloi dengan hasil yang diterima dalam bentuk pingat.
Saya tidak tahu apakah sebabnya kali ini sasaran tersebut menjadi satu rahsia besar tidak seperti pada masa yang lalu.
Ketua Audit Negara telah membentang laporannya. Sekarang ini, laporan ini menjadi satu tumpuan kepada semua pihak oleh kerana kerajaan mengambil berat terhadap teguran yang dibuat dalam laporan ini.
Saya berpengalaman dalam dua atau tiga tahun yang lalu oleh kerana terlibat dalam salah satu daripada teguran berkenaan kerana pembelian harta di Port Dickson.
Oleh kerana teguran itu serius, saya perlu memberi kenyataan kepada SPRM untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.
Saya kira kes itu telah selesai dan saya bersyukur dengannya.
Bagaimanapun saya berharap satu hari nanti saya akan dapat menerangkan cerita sebenarnya kepada warga MSN dan juga ahli lembaganya supaya dapat melenyapkan apa yang terbuku di hati sanubari saya.
Baca arkib blog ini I love Legend Water Chalet
No comments:
Post a Comment