Friday, November 11, 2011

Al-Fatihah buat Cikgu Harun


Arwah Cikgu Harun (kanan), bersama jaguh bowling Zulmazran Zakaria dan Ustaz Hasnol Abu Bakar ketika hendak berlepas ke Jakarta. Ustaz rakan sebilik arwah di hotel Aston, Palembang.

Sempena penghulu segala hari, aku memanjatkan doa dan mengirimkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Cikgu Harun Osman, seorang pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) yang pulang ke Rahmatullah pada Rabu lalu ketika menyambut kedatangan kontinjen negara di Palembang. Takziah kepada keluarga Arwah dan seluruh warga kerja MSN. Baca secebis kenangan blogger mysukan di sini

Meninjau akaun facebook Allahyarham, terlalu banyak mesej dan ucapan takziah dihulurkan kepada keluarga arwah. Juga ada nota - Kepada sesiapa yang ingin menghulur sedikit bantuan untuk mengurangkan keperitan yang ditanggung oleh balu Allahyarham Harun Osman bersama anak-anaknya yang masih belajar, bolehlah masukkan ke dalam akaun Pak Ngah KN (Hazizan) CIMB A/C No: 1229 0009 068 523. Semoga Allah SWT memberkati niat suci kita membantu setakat yang kita mampu.

Sejak arwah menyertai MSN pada 2005 on secondment, kami selalu berbincang secara informal. Lagipun pegawai MSN tidak dibenarkan memberi kenyataan akhbar sewenang-wenangnya. Kemasukannya ketika MSN bergolak dengan campur tangan menteri dan gengnya, sehingga wujud projek AsiaKom sambil membawa masuk Mat Salleh untuk urusan pentadbiran dan pengurusan serta perancangan yang dulunya dibuat orang tempatan atas nama "proses"! Apabila aku berhenti daripada Malay Mail, aku jarang berbincang lagi dengannya, cuma berdiskusi di ruang siber.

Arwah tidak takut memberi pendapat mengenai masalah olahraga yang berada di bawah naungannya. Kadang-kadang arwah ada meninggalkan komen menerusi facebook aku atau Kafe Sukan mengenai isu-isu yang kami timbulkan.

Pegawai seperti arwah adalah antara wira-wira tidak didendang dalam arena sukan. Mereka membuat kerja di balik tabir, menyimpan data dan statistik serta menyimpan seribu satu macam rahsia kerenah manusia! Seperti mana arwah Abu, baca perginya seorang rakan. Moga roh mereka dilimpahi rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali.

8 comments:

saiful said...

Al-Fatihah...

Andrew Gopal said...

May Cikgu's sould rest in peace.

Hakim Amir said...

Al Fatihan to arwah ..

Anonymous said...

thank you bro highlight kisah arwah cikgu harun. sememamngnya pemergian beliau sangat-sangat di rasakan di cawangan pelapis

Hello Hello said...

semoga arwah di tempatkan di kalangan orang orang yang soleh..amin

Anonymous said...

Rest in peace Cikgu....

Anonymous said...

Alfatihah buat arwah. Juga pembetulan kepada nama Zulmazran, iaitu Zulmazran Bin Zulkifli. Wallahua'lam

Legendarian said...

Al-Fatihah