Kim Swee sebenarnya sudah sertai kelompok elit! Anak jati Melaka ini jurulatih keenam sepanjang sejarah Sukan SEAP dan Sukan SEA untuk merencanakan kemenangan di temasya dwitahunan ini.
Choo Seng Quee teraju Malaya juara Pestabola Merdeka pada 1958 dan 1959, juara Sukan SEAP 1961, pingat gangsa Sukan Asia Jakarta 1962. Jurulatih profesional pertama Malaya dengan gaji 700 ringgit.
Karl Weigang bawa emas buat team 1977 di padang becak Stadium Merdeka, manakala Allan Harris (kanan) perak pada 2001 dan gangsa di Hanoi pada 2003. Mamat yang tengah itu cover Sukan SEA 95, 97, 2001 dan 2003 sebelum menjerit dekat Ghaz dan Haresh yang cover Korat 2007 untuk Malay Mail
Mohammad Bakar (baju no 21), bekas pemain sayap kebangsaan yang bantu Weigang pada 1977 dan jadi ketua jurulatih di Senayan 1979
Soh Chin Aun dan Santokh Singh (kini kedua-duanya bergelar Datuk) dikalung pingat emas di Senayan pada September 1979. Chin Aun tangguh perkahwinannya agar dapat bantu pasukan kebangsaan
Kejurulatihan Trevor Hartley dan kaedah pengurusan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil faktor utama di sebalik emas di Kuala Lumpur pada 1989
Kim Swee, anggota skuad Barcelona Babes 89-91 dan Sukan Asia Hiroshima 1994, kini menyamai pencapaian Datuk K. Rajagobal, arkitek sebalik kemenangan di Vientiane pada 2009.
Tapi OKS sedar tugasnya belum selesai. Banyak lagi yang perlu dilakukan. Uruslah kejayaan dengan baik kerana kejayaan 2009, 2010 dan 2011 tidak harus menyembunyikan kelemahan dari segi persiapan dan struktur bola sepak Malaysia.
Lagipun, mana yang peminat pilih? Kejayaan di Sukan SEA atau menemani Singapura, Indonesia dan Thailand untuk ke peringkat seterusnya dalam pra-Piala Dunia?
Yang menarik mengenai OKS, keberaniannya:
1. Meletakkan seorang natural left-footer macam Fandi Othman sebagai bek kanan
2. Meletakkan bek kiri Zubir Ibrahim, sorry Zubir Azmi, Zubir Ibrahim bekas goalkeeper, dalam final untuk game pertamanya, sambil push up Asraruddin Putra Omar sebagai left-flanker, sedangkan dia ada pilihan bubuh Fandi sebagai left-flanker manakala Asrar kekal selaku left-back.
3. Melakukan empat pertukaran kepada team yang seri 0-0 dengan Singapura untuk mengatasi Thailand 2-1.
4. Menampilkan budak Nazmi Faiz Mansor yang skip SPM selaku tonggak di bahagian tengah.
5. Mengeluarkan beberapa kenyataan seperti "Syahrul Azwari akan lebih baik daripada Safee" dan "Khairul Fahmi selamatkan kerjaya saya".
6. Menaruh kepercayaan kepada Ahmad Fakri Saarani yang teruk kena hentam dek peminat
7. Merelakan team naik bas dan bukan kereta perisai ke Gelora Bung Karno. Mind games!
Tidak macam Majlis Sukan Negara (MSN) yang bubuh target 40-45 emas seolah-olah tidak percaya kepada program latihan mereka, OKS percaya betul anak buahnya.
Apapun, berpestalah. Lagipun setiap anggota skuad Sukan SEA 2011 dapat RM30,000 setiap seorang. Juga tidak lupa pengurus pasukan Datuk Hamidin Mohd Amin, sentiasa bertopi hitam FAM beri dorongan dari sidelines.
p/s aku terlupa Ong beruntung kerana Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar, Baddrol Bakhtiar, Fandi Othman, K. Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan dan Ahmad Fakri Saarani dipilih antara lain menganggotai skuad kebangsaan untuk Sukan Asia 2010, Piala AFF 2010 dan pra-Piala Dunia 2011 oleh jurulatih senior Rajagobal. Tentunya pendedahan ini berharga dalam proses mereka mencapai kematangan. Jika Muslim, Asra, Badd, Mahalli, Guru dan Fakri anggota skuad emas Laos 2009, Khairul Fahmi, Muslim, Mahalli, Guru, Asra, Fadhli dan Izzaq membentuk sebahagian skuad Piala AFF 2010. Khairul Fahmi, Muslim, Mahalli, Guru, Asra, Fadhli, Izzaq, Fandi dan Fakri menganggotai skuad Sukan Asia di Guangzhou 2010.
29 comments:
one more is OKS never say 'saya kenal pemain saya'..hikhikhik...
bkn Zubir Ibrahim la , Zubir Azmi name dy .
Bro, aku masih ingat Ong Kim Swee dihantar pulang dari Asian Games Hiroshima 1994... sebab apa ye?
Gunners..
Terima kasih kepada semua kakitangan pasukan dan coach ong yg sntiase mmberi smngt kpd players..amat berpuas hati dengan skuad muda Ong Kim Swee..hope dapat qualify untuk olympic 2012
tunggu 2-3 bulan lagi, Ong Kim Swee plak yang akan teruk kena hentam mcm Rajagopal...kahkahkah
kejayaan hari ini hanya sementara, kegagalan esok itu sudah pasti...
Anon Gunners, bukan Kim Swee dikirim pulang. tapi chong king kong, bek tengah Pulau Pinang. bantu siasatan.
Wa caya sama lu Ong...moga kejayaan ini berterusan...jgn jdkna king gopal lu pye mentor...lu shld find anyone else...
suatu masa dulu, dlm permainan bola sepak, jika sy kagum, sy akn kagum dgn pemain.. masa berlalu, kefahaman sy yg begitu turut berubah, disamping pemain sy turut kagum dgn coach yg sbnrny memainkn peranan yg lebih besar dalam memberikan sentuhan 'tactical wise'. Jika boleh ditambah dr penyataan Rizal di atas - Sy masih igt OKS menyatakan kekesalan slps skuad u23 ini dihentam agk teruk slps hny mncatat keputusan seri dgn statement - anda boleh hntm, tp jgn hntm dl slg sea games belum tamat.. ternyata OKS mengatur permainan yg 'sdikit berbeza' dr aspek taktikal ketika mnntg Singapura untuk menyukarkn lwn yg lain dr membaca permainan Malaysia.. OKS juga berjaya menjadikan perlawanan-perlawanan yg diharungi Malaysia, semakin meningkt dr masa ke semasa, dan final menjadi klimaks.. (boleh sj utk anti klimaks, 1st game sgt cntik, nmun smkin lama smakin merundum krn game telah dibaca). OKS=risk taker, ambil pemain muda, meletakkn pemain diposisi br, meletakkn pemain yg tidak popular di mata org lain, krn apa?? sdh tentu kerana 'saya kenal pemain saya'.. (kdg2 x perlu ckp pn)..
OKS juga sudah tentu mmpunyai kemampuan meniupkn semangat pemain melalui perkataan beliau..
Cume ad hero yg mngkin kita lgsung tidak endah utk team ini, heronya ialah dr tempat pemain-pemain ini datang.. (x susah pn nk tau hehe)..
Jatuh bangun itu pasti, kemenangan dan kekalahan bkn ketentuan kita, seperkara yg kita miliki ialah USAHA.. pandanglah pd usaha, bkn pncapaian.. Biar apapun OKS sudah meletakkan namanya sebagai SESUATU..
Rizal, sebelum start game saudara hanya target final sahaja. Tapi OKS dan co dapat emas. Membaca artikel saudara saya yakin saudara terkejut dengan kemenangan ini. Begitu juga saya. Tapi OKS memang berani. Hentaman peminat dijangka berterusan jika OKS mengekalkan barisan yang sama. Apapun jangan bandingkan OKS dgn Raja, team 2009 Laos dan team 2011 Jakarta ataupun team AFF 2010. Bravo Malaysia!
A man of character and courage! Best wishes to him and the team
I agreed with what Bro Rizal opinions on OKS. Just want to add.
In my opinion, decision FAM to send HM to Slovakia is another key of success. In other word, BERBALOI. The tempo and experience in Slovakia made our players more confident, brave, strong mentality and more importantly is more consistent.
I'm quite surprise with OKS decision on Final SEA Games line up last Monday but I really confident that OKS know what he did that time.
I hope FAM will continue to send players/squad to Europe nations. Your investment worth it!.
Congrats FAM!
Congrats Ong Kim Swee!
Congrats Datuk Hamidin,
Congrats Baddrol!
Congrats Khairul Fahmi Che Mat!
Congratz to all Malaysia SEA Games squad!
You make me crying for you!
Bro - lepas ni FAM kena buat kerja lebih masa supaya kita jadi jaguh ASIA. cari lagi pemain yang bagus2 jangan leka dgn kejayaan SEA games
Assalammualaikum,
Bro...
OKS is a tinkermen...no dout Datuk K was a tinkermen as well...but glory brought him down so fast that he may not be able to recover...hahaha...
Anyway...the final sea games was a game that all the youngster should watch again and again in order to become a good player and a good malaysian... the nation pride was on the line but they did well...and the rest was history...
To OKS...Dato Hamidin...FAM....all to all the players and the malaysia fans at the stadium..thank you so much...we are proud to be malaysian..Alhamdulillah.. WE ARE THE CHAMPION...
Cheers!!!
Zul "Miura"
setuju..
kalau bukan kerana Datuk K Rajagopal punya approach utk serapkan pemain muda dlm skuad beliau, Ong Kim Swee cuma akan ada pemain2 muda yg kurang pengalaman ...
Terima kasih Datuk K Rajagopal !
bergembiralah buat semua rakyat malaysia dengan kejayaan ini... buat Rizal terima kasih kerana memberi pandangan yang ikhlas sepanjang Sea Games melalui astro arena...
Apa2pun kepada skuad OKS perlu mantpkan bhgn serangan.. posisi lain semua mantap walaupun dibarisi pemain yang bkan dari kotak pemikiran kita seperti budak Nazmi... tiba2 muncul dan nmpak matang diperingkat tinggi.
Inilah modern football.Biar Malaysia nmpk junior bebnding negara lain yg telah mengamalkan sejak sekian lama dan menakluki benua mereka.Nmpknya rahsia baik OKS dah terdedah.Saya amat pasti para peminat,pakar2 bola juga tidak mengetahui perkara ini di sini. 1)Pemain berbza, kemampuan berbza tp bole jaringkan gol dgn cara mereka yg dimiliki seorg demi seorg.2)Thap permainan berbeza,lembut dan semakin meningkat mantap. Latihan tmpk biasa aje cuma ade peningkatan: 1) cara tapping bola pd kaki lawan 2)Lebih rileks dlm hantaran pendek 3)Psikologi bukan lg menyerap tetapi telah smpi ke peringkat opportunis dan sgt tidak kisah!!!4)Kembali kepada smngt sukan, skuad ini tmpk riang ria dlm bermain bola sepak dan muka tidak berkerut atau masam mencuka. Keprluan asas latihan: Selesai, perkara yg telah ditinggalkan lama tp maintain (short pass,long pass dan accuracy adalah hampir tepat setiap masa kecuali jika penat).Akhirnya saya sgt setuju dgn pandangan Tanjung Rhinos.
Inilah moden football walaupun malaysia masih dikira junior bbnding negara2 yg telah mengamalkan lama utk menguasai sesuatu benua.Pemain berbeza,penguasaan berbza tetapi boleh menjaringkan gol melalui cara mereka seorang demi seorang.Gaya permainan lembut dlm keras.Tapping bola dikaki lwn yg agak kemas,hantaran hmpir sempurna. Psikologi bukan lg pada tahap menyerap tetapi telah bersifat opportunis.Skuad yg riang ria tidak masam mencuka.Dah pecah ruyung, atau gulungan seperti pucuk daun pisang yg telah sedikit terbuka untuk menerima cahaya Matahari berbanding dulu..Mcm duduk dlm kulit buah yg sgt keras.
kalau nak berjaya diperingkat Asia dan dunia, pemain Malaysia kena besar badannya. majoriti harus badan yg Fadli Shas. ini boleh dilakukan tapi long term la. pemakanan kena betul. boleh start dengan budak bkt jalil atau akademi bola masa umur mereka awal belasan tahun. kalau umur dah 20 an tak boleh buat apa dah.
tengok pemain Jepun sekarang ...
yg hairannya pemain sekarang ramai yg dari sekolah bt jalil tapi apa dah jadi?
ape kelebihan fakri????tolong senaraikan
apa kelebihan fakri???
Tahniah wat 0KS & all the team!!!
puas atie wlu pon xde suare lpas tgk game arie tu... they have done s0mething that can make us proud as malaysian!! Harimau Malaya AUM!!
Dia berada di positioning yg baik dan mnjaringkn gol kemenangan mnntang mnyanmar...
salam.. tahniah buat skuad bola sepak sukan sea 2011, juga barisan kejurulatihan di atas kejayaan mengekalkan pingat emas yg dimenangi 2 tahun lalu.
buat saudara rizal, prediction anda terhadap skuad OKS yg hanya mampu mara ke separuh akhir pada rancangan kafe sukan sebelum berlangsungnya temasya nyata meleset.
Diakui 'suasana' dan layanan yg diterima skuad OKS sepanjang temasya amat perit untuk ditelan, bagaimana pun mereka berjaya mengharunginya.
Jika sebelum ini soal ketahanan mental@hilang fokus kerap menjadi isu kritikan baik media mahupun peminat apabila gagal, namun kejayaan menewaskan Indonesia di hadapan lebih 100k penyokong mereka menunjukkan kematangan mentaliti pemain ketika berhadapan tekanan memuncak.
Justeru pendedahan kepada pemain remaja negara menerusi perlawanan antarabangsa harus diadakan lebih kerap supaya mereka lebih kompetitif selain meneruskan latihan di slovakia yg kini dilihat telah menghasilkan impak postif buat skuad bola sepak tanah air.
bagaimana pun mereka tidak harus terus dibuai dgn kejayaan ini kerana ia hanyalah temasya serantau. di mana bumi di pijak di situ langit di junjung. perjalanan mereka masih jauh.
apa pun sekalung tahniah buat pemain yg menundukkan keegoan penyokong indonesia seperti kata pengulas zainal abidin rawop "tidak bertamadun..".
1 kena ingat..ini bkn skuad sea games...ini skuad olympic. Matlamat utama layak sukan olympic. Malangnya,ramai player utama dah injury kt sea games.Dapatlah 1 pingat emas utk negara dan tak leh main masa lawan Syria.
Byk duit (duit rakyat) dilaburkan,jadi sepatutnya akan dapat hasil yg setimpal.Tak layak olympic,projek ni boleh dilabelkan GAGAL
apa pun..thanks to k rajagopal..sebab pemain2 yg banyak membantu macam badrol, muslim, khairul fahmi juga hasil anak didik k rajagopal..
k rajagopal yakin malaysia boleh pergi jauh..
sgt bersetuju easy official.. prasyarat utk jdi coach ialah percaya kpd potensi pasukan..
tahniah kpd semua...barisan kejurulatihan, pemain-pemain , seluruh penyokong bolasepak Malaysia.. ada komen di atas mengenai misi Olimpik yang gagal. Harimau Muda adalah skuad muda pelapis bolasepak negara. Khidmat mereka digunakan bukan hanya spesifik untuk kelayakan sukan Olimpik tetapi juga untuk Sukan Sea,Sukan Asia malah terdapat beberapa player yang telah pun mewakili "senior team" untuk kelayakan "World Cup". Mereka-mereka ini skarang didalam proses pembelajaran dari usia muda untuk mencapai tahap pemain bolasepak yang berkualiti. Jadi adalah tidak tepat mengenai kenyataan bahawa projek ini telah GAGAL ataupun matlamat kita hanyalah untuk Olimpik sahaja.
sebab kita juara...
1)kita ada muslim
2)kita ada guru
3)kita ada sami
4)yg paling penting ari tu kita ada ONG..
Post a Comment