Wednesday, November 2, 2011
Ke manakah Olahraga Malaysia (KOM)?
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)...perkataan amatur sudah digugurkan dan secara rasmi KOAM dijenama semula sebagai KOM Januari ini tetapi pentadbiran, keputusan dan tindak-tanduk persatuan jelas masih amatur. Dalam bahasa Inggeris, KOM akan dikenali sebagai MAU...mau tak mau...
1. Selepas cadangan pusat latihan di Ranau mendapat tentangan, KOM alih arah ke Miri, Sarawak, tempat kelahiran Watson Nyambek. Agaknya pakai duit KOM atau geran MSN?
2. Dalam program Kafe Sukan di Astro Arena 801 Isnin lalu, ketua kontinjen ke Sukan SEA Jakarta, Datuk Naim Mohamad, sebut ada masalah dengan KOM tetapi sudah diselesaikan. Khabarnya senarai terakhir atlet belum dikemukakan kepada MOM, sedangkan tarikh pendaftaran sudah ditutup.
3. Atlet kategori B tidak dibiayai oleh KOM, sebaliknya jika berhajat ke Jakarta, atlet kena bayar sendiri. Wah, ini tidak pernah berlaku dalam sejarah. Hanya bawah pentadbiran Shahidan Kassim dan Karim Ibrahim benda-benda macam ini timbul.
4. Ingat lagi kemelut atlet yang lari daripada ujian doping?
Sumber-sumber memberitahu LC senarai Kategori B termasuk
1. Yap Jeng Tzen dari Negeri Sembilan - acara lempar cakera
2. Mohd. Hakimi Ismail - Perak - lompat kijang
3. Adi Aliffuddin Husin - Terengganu - lontar peluru
4. Fatimattul Awang - Terengganu - lompat jauh
5. Nor Shahidatun Nadia - Kedah - lompat jauh/kijang
6. K. Ganthimathi - Pahang - 800m/1500m
7. Zabidi Ghazali - Terengganu - 100m
8. Siti Zubaidah Adabi - Johor - 200m
9. Mohd. Ikhwan Nor - Terengganu - 100m
10. Kathleen Ong - Johor - lompat bergalah
11. Mohd Nor Imran - Johor - 100m
11. 4 X 100m - ada 8 atlet
12. 4 X 400m -
13. YuanYu Fang - wah tak pencen-pencen lagi atlet berusia 35 tahun ini?
Sekalipun nama mereka didaftarkan dalam senarai induk Sukan SEA, pemergian mereka bergantung kepada tajaan. Kebanyakan persatuan negeri tidak mahu taja, jadi mereka terpaksa mengemislah...
Kenapa bersusah payah melatih 12 atlet lari berganti-ganti untuk dua atau tiga pingat sedangkan ada lebih 10 atlet individu boleh bersaing untuk lebih 10 pingat?
Lawak kelas Maharaja Lawak Astro Warna 131, kalau atlet luar datang berlatih di Bukit Jalil, kita sibuk-sibuk ke Miri kemudian ke Brunei. Siapa biayai latihan lebih sebulan, kos penerbangan, makanan, penginapan? Kenapa ada atlet Kategori B disokong, ada atlet dianak tirikan?
Ada pula desas-desus ujian masa khas untuk pakar pecut. Dia catat 11.17 saat dua minggu lalu tiba-tiba handtimed dia baru-baru ini 10.17s? Fuh lawak. Aku ingat dulu zaman aku cover, catatan atlet di Jerman yang dibiayai MSN dipertikai Karim Ibrahim. Sekarang macam mana? KOM boleh percaya ka?
Tukarlah nama 1,000 kali pun kalau tidak ikhlas dalam mengurus tadbir persatuan dan membuat pemilihan atlet secara telus, jujur dan tiada berkepentingan, olahraga Malaysia tidak akan ke mana.
KOM sebenarnya bermaksud Ke manakah olahraga Malaysia?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
hahahah....
salam bro...
daripada management sampai la ke athlet... SEMUANYA SYOK SENDIRI....
Management:
selagi ada geran/ peruntukan guna, tapi, apa yang boleh harum nama negara... dengan asia tenggara yang lain, yang segala aspek kurang pun x boleh nak makan.....
atlet:
Gaya je lebih habok pun tarak...
cakap dengan media pun macam x reti nak bercakap, nak suruh wakil negara..? lupakanlah... training tiap2 hari, makan dijaga.. berak je sendiri... tapi satu sen pun x da faedah... cari kerja lainla... jangan nak abiskan duit rakyat...
Setuju sangat dgn Tuan...Walaupun dibuang perkataan Amatur tp pentadbiran perlulah secara Profesional...masalahnya pegawai-pegawai dilantik adalah melalui undian ahli kesatuan...Apa pun perlulah mentadbir dengan ikhlas :)
Tunggu dan lihat, apa perkembangan selanjutnya.
Makin meningkat prestasi atlet atau makin merosot.
Semakin ramai atlit yg lahir atau semakin ciput atlit.
Apa yang saya nampak, tak ada perkembangan yang menarik untuk diikuti dalam arena olahraga.
Menyakitkan hati sahaja..
Again, the organization was being led by politician. If we wanna improve the sport organization radically, or tactically, we shall run the body just like the company. Not like political party whereby the company was being operated based on competitiveness & capability while political body was being ran based on popularity. We shall change our mind set. The perfect choice, is any business tycoon in M'sia. Wanna few name? DS Wahid Omar. DS Shamzul Azhar. Dato' Jamaluddin Ibrahim. I choose a business minded person rather than political business minded person.
Only when head changes, the rest will change.
kepada ibubapa seluruh 1malaysia saya menyarankan jangan galakkan anak berkecimpung dalam olahraga.sukan yang x bermafaat untuk alaf ini.carilah sukan yang boleh membahagiakan hati....hati panas
kepada seluruh ibubapa 1 malaysia xpayah lah hantar anak-anak untuk menceburkan diri dalam arena ini.dah takde benda dah.mediapun boikot terus jgn cecita pasal olahraga ni.laporkan lah cerita lain yang sedap nak dengar....selagi ade malaun -malaun ni sampai kiamat cam tu jugak...hati panas la...
presiden tu kalu bertanding PRU 13 ni.....sure kene tolak laa...org perligq pun dh meluat
bro - kat sini semua boleh, satu demi satu sukan kat Malaysia dah nak lingkup - angkara pegawai sukan yang .........
tak lama lagi kat Sukan SEA pun kita terkontang-kanting.
jay_seventeen@yahoo.com
saudara rizal . . .
adalah sesuatu yang mendukacitakan. olahraga suatu ketika merupakan lubuk emas buat negara tercinta ini. kini nyata tiada sinar baru buat acara wajib sukan tahunan seluruh sekolah di malaysia. umum telah tahu apa yang membelenggu. bukan sahaja olahraga, malah boleh dikatakan dunia sukan malaysia diselubungi dilema yang sama.
sebutlah sukan apa yang paling berjaya di malaysia?
sekiranya ia disandarkan pada ranking dunia, pastilah badminton dan squash mengungguli kerna orang nombor satu di dunia warga kita. namun amat malang bilamana tiada pelapis yang utuh bagi tiap acara sukan. saban tahun peruntukan dikeluarkan. program khas dilancar. kelengkapan, fasiliti dan kemudahan dimaju. namun bukan tiada impak tetapi hasilnya bagai tidak setimpal. apakah kita gagal merancang, lemah melaksanakan? atau ramai yang gelap mata hingga alpa dan leka.
apa yang lebih menyedihkan, kita turut gagal mempertahankan sukan tradisi seperti sepak takraw yang terang-terang mudah 'dibungkus' oleh thailand dan negara-negara lain 'dalam perjalanan' menghambat dengan korea selatan sebagai contoh merupakan pasukan yang dilihat menunjukkan peningkatan dalam sukan ini. selain itu, silat olahraga juga tidak dikuasai kita sepenuhnya. negara seperti vietnam menjadi lawan yang ampuh bagi sukan ini.
senario sama berlaku pada sukan hoki yang kini bergelut untuk ke tahap prestasi disegani. kuasa besar hoki asia suatu ketika dahulu, terpaksa berhempas-pulas mendapatkan tiket olimpik. sukan bowling tak punya pengganti sehebat shalin zulkifli.
oleh itu adalah dicadangkan supaya kita hentikan pembaziran ini. apa guna melabur jika hasilnya tentu rugi. ada baik jikalau kita tumpu pada penganjuran acara kerna ternyata kita 'ahli' dan terbukti kita penganjur yang menakjubkan.
andai kata pendapat ini salah, ayuh buktikan. bangkitlah dengan pengurusan yang berintegriti. halatuju yang pasti. iltizam yang tinggi. kejayaan diimpi. kemenangan dirindui. semoga bersemarak kembali. Tanah Tumpah Darahku.
ya lah tu... srh dtg bt time trial kat kuala lumpur .tak mahu dtg...lps tu bila org dah bt time bgs dr bdk yg training di brunei...mengelabah nak bt time trial kat brunei dgn mengejut...keluar results 10.17s...pada hal elektronik 10.79s saje...boleh ke hand timing dan elektronik jauh beza gila...agak2 lah tipu pn...pegawai mana yg ambil timing tu???ada qualify kursus pegawai tak???
salam olahraga....sememangya sedih melihat senario ini...KOM dicop sebagai persatuan bermasalah....walaupun selaku persatuan yang paling tua di Malaysia tetapi paling glamour dengan masalah...pucuk pimpinan memang dilihat tidak dapat membawa arena olahraga ke satu tahap yang lebih baik malahan bertambah teruk..pada realitinya masih ramai yang suka akan olahraga walaupun mungkin yang cinta akan olahraga tidak ramai...mungkin kita perlu mencari alternatif lain untuk melakukan revival dunia olahraga...semoga ada yang sudi memperjuangkan olahraga atas semangat patriotisme...konsep persatuan sememangnya jarang dapat berfungsi secara efisien...so konsep kelab lebih baik dan guna konsep bisness lebih baik...sekadar pandangan...
Tahniah kepada Kuartet 4x400 Lelaki... Walaupon xda tajaan mereka blh buktikan bahawa mereka juga blh berjaya... Malu la KOM..Kesatuan yg poyo.. tp habuk pon xde... suruh je pegawai2 dlm KOM tu resign cari org baru yg btl2 blh manage Team Olahraga kat Malasia nie dgn lbh komitmen...
terkilan dgn pengurusan KOM..terlalu pandang rendah dgn kemampuan kuartet 4 x ntah di sukan sea...adakah beli tiket awal nak balik...apa la jd wahai kassim and karim
Post a Comment