Wednesday, November 23, 2011

Pendapat bekas CDM

Ramai yang sebenarnya tidak bersetuju dengan sasaran pingat emas di Sukan SEA yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Dia dengar nasihat MSN yang percaya 40-45 emas satu sasaran realistik.

Baca pendapat bekas chef-de-mission, bekas pegawai lumba basikal dan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang terbabit dalam buat target untuk pelbagai temasya sukan dari 1993 hingga 2005. Kolumnya dalam Utusan Malaysia hari ini.

Sukan SEA XXVI Indonesia, sasaran atau ramalan


BAHAGIAN 1
SAYA mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang pingat terutamanya pemenang pingat emas di Sukan SEA XXVI yang baru lalu.


Lebih-lebih lagi kepada atlet veteran yang sudah lama mewakili negara dan terus memberi kemenangan setidak-tidaknya di peringkat Sukan SEA.


Nampak gayanya tenaga dan khidmat atlet veteran masih lagi diperlukan dan pingat yang mereka menangi masih lagi penting kepada jumlah pungutan kontinjen negara.


Ucapan setinggi tahniah kepada atlet yang pingat emas khususnya tetapi nama mereka tidak ada dalam senarai-senarai pemenang di Sukan SEA XXVI yang lalu.


Setinggi-tinggi tahniah juga kepada pasukan bola sepak kita yang berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun dahulu.


Kita dihadapkan dengan tiga set ramalan atau jangkaan pingat ke Sukan SEA iaitu 60 pingat emas yang diumumkan oleh ketua kontinjen hasil dari rumusan pengurus pasukan yang bertanding, 50-55 pingat emas ramalan dari Majlis Olimpik Malaysia dan 40-45 pingat emas ramalan dari Majlis Sukan Negara (MSN).


Saya berpendapat MSN yang mengumumkan ramalan pingatnya selepas ketua kontinjen dan MOM mengumumkan ramalan masing-masing adalah kurang strategik apatah lagi ramalan berkenaan lebih rendah daripada dua ramalan sebelumnya.


Oleh kerana ramalan berkenaan rendah, maka ia dilihat agak janggal dibandingkan dengan dua ramalan yang sebelumnya.


Sepatutnya MSN mengumumkan ramalannya lebih awal dan ini mungkin dapat mempengaruhi pengurus pasukan atau MOM dalam meletakkan ramalan masing-masing.


Dengan demikian ramalan tersebut tidak dianggap dengan berbagai-bagai tanggapan yang negatif. Ini pendapat saya, orang yang sudah bersara enam tahun dahulu.


Dalam hal ini ternyata ramalan dari Majlis Olimpik Malaysia menepati pencapaian pingat yang dimenangi oleh atlet-atlet kita di Jakarta dan di Palembang iaitu 59 emas, 50 perak dan 82 gangsa.


Pencapaian pingat emas ini kurang satu dan dua daripada rumusan pasukan yang mengambil bahagian sebagaimana yang dinyatakan oleh ketua kontijen.


Kali terakhir Sukan SEA diadakan di Indonesia adalah pada tahun 1997. Jangkaan atau ramalan pingat emas yang diletakkan pada kontinjen ialah sebanyak 50 iaitu satu angka yang tinggi pada masa itu.


Kritikan yang diterima oleh MSN ialah kerana meletakkan 50 pingat emas sebagai jangkaan oleh kerana dianggap tinggi dan ramai pihak yang berpendapat kontinjen tidak berdaya mencapainya.


Allahyarham Datuk Megat Junid yang merupakan ketua kontinjen memberitahu saya dan kawan-kawannya di Jakarta bahawa beliau akan menutup mukanya dengan surat khabar sekembalinya ke negara kita jika 50 pingat emas tidak dicapai.


Akhirnya kontijen kita memenangi 55 pingat emas 68 pingat perak dan 75 pingat gangsa menduduki tangga ketiga keseluruhannya dan merupakan pencapaian terbaik di Sukan SEA di luar Kuala Lumpur ketika itu.

17 comments:

Anonymous said...

Bro,

Sy tgk Datuk Zolkaples btl2 mrh ngn PSM..tp mmg ptt sesgt..ntah apa la yg diorg bt, sy rase pakar tetktikal Thai yg 2 org tu merugikan sesgt..kita bknnya xde kemampuan...

Bukan takraw je yg perlu rombakan, KOM juga teramat perlu...pencapaian membanggakan, tp pengurusan yg dilanda pelbagai isu seharusnya diberilkan perhatian serius oleh pihak2 berwajib...

Last skali, sy TABIK SPRINGGGG sama lu bro krn berani memberikan komen2 pedas dlm Astro Arena...diorang ni kena ada yg kritik, baru sedar...nasib baek ada yg sedar...tp ada gak yg buat2 bodoh, xnak sedar2...

kemahkemim...

To Live Again said...

45 emas mmg lgsg x realistik! Dengan jumlah atlet + pegawai sekitar 600++ dan jumlah acara yg disertai sekitar 38(maaf jika fakta saya salah) adalah lgsg x munasabah.

Sekurang2nya kita perlu meletakkan 50++ berpandukan kepada pelbagai program dn pelaburan yang telah dibuat.Sekali lagi sasaran 40-45 emas amatlah x munasabah.

Anonymous said...

KOM & PSM - buatlah rombakan kalau tak hancur olahraga/takraw.menteri sukan tak ada kuasa ke?

sukasukan said...

Salam bro,
First of all saya respect pandangan Dato Mazlan dlm kolumnya itu. Sbg mantan MSN, saya menghormatinya krn pengalaman dan ilmu tingginya dalam sukan.

Namun persoalan yg dibangkitkannya mengenai sasaran atau ramalan, adakah ia relevan slps kita mng 59 pingat emas pada Sea Games kali ini.

Pd saya, tak perlu dia pertikaikan ada tiga ramalan/sasaran itu krn seolah-olah dia hanya mencari ketidaksempurnaan mana-mana pihak, dlm kes ini sasaran MSN yg dianggapnya trlalu rendah, janggal, x tepat waktu pengumuman etc.

Sasaran dibuat hanya sbg panduan berpandukan kpd pelbagai faktor. Ia sbg panduan utk smua pihak menuju ke arah mencapai sasaran itu. Jika sasaran itu meleset, ia perlu dilakukan post mortem knp gagal. Kalu dpt lebih emas drp sukan yg xde dlm target, itu sudah baguslah tp kena gak kaji, mcmana bole menang.

Mazlan ckp sasaran MOM adlh paling tpt krn 60 emas, dpt 59. Pd saya ia tepat hanya pada angka. Tahukah kta senarai 60 emas MOM itu drp mana...yg sya dpt tau, paragliding pun ada emas, kenu, roller sports dan catur. Mana ada mng emas smua tu, hahaha.

Jadi pada sya, sasaran itu hanya sbg panduan, xperlu nk salahkan sapa yg betul, sapa yg salah. Yg penting apa realitinya iaitu kta menang 59 emas.

p/s: apa sasaran bro rizal utk dpt hits komen posting ini. Mari kta tgk, sasaran u tepat ke tidak, hehehe.

Aree Tone WoW said...

Mmmm sbenarnya..mereka punya minda ke belakang bukan ke hadapan atau toward sebb target tu mengikut kejayaan yang lepas...depa tak ngok ke hadapan dan yang ada talent...psal tu org ckp lantik org muda..org tua dh nyayuk huhuhu

OhSukan said...

Apa apa pun, tahniah kepada kontijen negara kerana berjaya memperolehi 59 pingat emas.

Anonymous said...

Smart la Bro LC masa kt MO smlm :D

Anonymous said...

harap dapat panjangkan pandangan ini

http://suarapakatanrakyat.com/2011/11/kalah-dengan-syria-sultan-pahang-perlu-letak-jawatan/

Anonymous said...

apa yang saya tau sasaran MSN 40 - 45 pingat emas adalah daripada 16 jenis sukan elit di bawah program depa berdasarkan prestasi semasa atlit negara. Rasanya depa buat sasaran pun bukan hentam kromo saja. So bro lu minta MSN dedah sasaran pingat emas dari 16 sukan tu dapat ke tak...

Anonymous said...

Dear Sukasukan,

apalah lu ni bengong macam org MSN, itulah masalah orang Malaysia, nampak emas yang kita menang macam banyak kerana mengatasi sasaran MSN, semuanya dah syok.
itulah agenda MSN nak kita syok sebab lepasi begitu banyak emas daripada sasaran awal. At least MOM dan persatuan sukan lebih berani letak sasaran walaupun memang ada yang datang daripada sukan yang tak disasarkan.
Tapi, hakikatnya, itulah angka yang MOM dan persatuan sukan kebangsaan play around. daripada mana ia datang bukan persoalan.
Ini bukan soal mau cari salah siapa tapi mau kita bersikap berani, bukannya cari jalan selamat. Sukan ini simple aja, kemampuan kita dilihat daripada pencapaian kita. Nampak sangat KP MSN, yang saya percaya bukan asing kepada SukaSukan, mau mengaburi mata peminat sukan. Peminat sukan dah pandai dah tak payahlah nak bodohkan kami wahai SukaSukan dan konco2 km di MSN itu. Beranilah sikit, letak sasaran tinggi untuk dikejar. Ini baru peringkat Sukan Sea aja dah takut. Tak payah gunakan menteri sebagai shield. Ok tak Datuk Zol?

Anonymous said...

Sukasukan itu macam suara Datuk Zol atau Datuk Jalil sahaja>

taiko kebun sayur said...

masalah peminat sukan sekarang hantam kormo sahaja tidak melihat dan menkaji statistik. asyik nak bantai sahaja.

tuan blogger. sila buat analisa teliti berapa sukan sudak mencapai sasaran yang ditetapkan oleh msn yang dalam lingkungan 40-45 itu. dan kemudian buat analisa berapa sukan dalam 60 sasaran MOM dan Pengurus sukan yang tercapai?? buat perbandingan baru adil. siarkan dalam blog untuk tatapan semua dan bagi peluang peminat sukan menilai sendiri prestasi negara.


jangan emo tak tentu pasal.nasib baik bola menang kalau kalah aritu consider kontinjen negara gagal gamaknya walaupun dah dapat 59 emas

Anonymous said...

tuan blogger,

saya setuju sangat lerr...dgn anon 27 november 1:39pm...patutnye MSN berani letak sasarannya lebih awal lagi...ini kerna macam2 program yang dirancang untuk memaju dan membangunkan atlit-atlit sama ada senior ataupun junior. kerajaan maupun swasta pun ada salurkan bantuan untuk atlit tengkatkan performance masing-masing untuk competition. kalau tak silap saya di pertengahan sukan sea dato menteri ada cakap sasarn dh melepasi 40 dan dato menteri berani letak pulak sasaran 60, apa ni dato menteri pun takut jugak ke macam peneraju MSN...atau tak confiden dengan kemampuan atlit negara....kenalah berani sikit..

Anonymous said...

bro,

ni siapa yang emo tuan blogger ker or taiko kebun sayur yang emo..

ooo....baru saya tau taiko la emo sebab tokeh dia dia kena kutuk...

sukasukan said...

Salam Bro.

Based pada target 2001 Sea Games, Dtk Mazlan hanya target 80 gold medal sahaja, sedangkan kita muncul juara keseluruhan dengan 111 pingat emas. Baru saja baca blog Haresh Deol.

Nmpk gaya Dtk Mazlan punya ramalan atau sasaran pun tak tepat masa dia memerintah dulu, sama mcm skrg gak.

So sbnrnya pada saya, ramalan atau sasaran itu tidak penting krn ia hanya sbg panduan.

Ada satu anoy to komen, tak kisahlah dr mana dtg pingat emas asalkan capai angka sasaran...saya syorkan baik x payah buat sasaran kalu berfikiran begitu.

p/s: kalu blog ni dpt 100 komen hits dan mengena sasaran Sdr Rizal, ianya tak guna jugak kalu ada komen anoy yg boleh memulakan ayat dgn perkataan bengong.

tengok sukan said...

Brother Rizal,

Tahun 2001 MSN letak 80 pingat emas. Dapat 111. Tetapi 80 pingat emas ialah angka yang paling tinggi sekali dalam penglibatan di Sukan SEA. Itulah yang membezakan sasaran masa tu dengan sasaran 2011.

rizal hashim said...

sukasukan,

2001 msn sasar 80 emas dapat 111 emas, kurang satu daripada target persatuan.

80 emas itu tetap lebih daripada pencapaian terbaik kontinjen sejauh itu...iaitu 67 emas di KL89. jadi adalah progress namanya...

tetapi 40-45 emas di indonesia 2011 bermakna sasaran kita rendah daripada jumlah emas di Hanoi 2003, Manila 2005, Korat 2007 dan Laos 2009, tak kiralah sama ada disiplin yang dipertandingkan kurang atau lebih.

sekadar pandangan.


sekadar pandangan...