Saturday, November 26, 2011

Anugerah SuperMokh


Siapa di kalangan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat, penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan playmaker Safiq Rahim mencipta nama selaku pemenang pertama Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh di majlis Rabu ini?

Senarai calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan.

Penjaga gol terbaik
- Mohd Sharbinee Allawee Ramli (TERENGGANU)
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
· Mohd Farizal Marlias (NEGERI SEMBILAN)

Pertahanan terbaik
· Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (NEGERI SEMBILAN)
· Mohd Mazuki Yusof (TERENGGANU)
· Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)

Pemain tengah terbaik
· Mohd Badhri Mohd Radzi (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR)
· Joseph Kallang Tie (TERENGGANU)

Penyerang terbaik
· Hairuddin Omar (NEGERI SEMBILAN)
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
· Abdul Hadi Yahya (TERENEGGANU)

Jurulatih terbaik
· Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)
· Norizan Bakar (PERAK)
· Dato’ M. Karathu (KELANTAN)

Pemain muda terbaik
· Mohamad Fadhli Mohd Shas (HARIMAU MUDA A)
· Mohd Irfan Fazail (HARIMAU MUDA A)
· Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)

Pemain Paling Bernilai Supermokh
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR)

27 comments:

penglipurlara said...

kemungkinan besar Khairul Fahmi akan menang anugerah ni berdasarkan prestasi beliau dalam skuad sukan sea, skuad olimpik mahupun skuad senior.

penglipurlara said...

kemungkinan besar Khairul Fahmi akan memenangi anugerah tersebut berdasarkan prestasi di peringkat domestik mahupun ketika mewakili skuad kebangsaan.

Syed Naqiyuin Piya said...

penjaga gol terbaik
Khairul Fahmi Che Mat(KELANTAN)
Pertahanan terbaik
Marzuki Yusof(TERENGGANU)
Permain tengah terbaik
Badhri Radzi(KELANTAN)
Penyerang terbaik
Hairudin Omar(NEGERI SEMBILAN)
Jurulatih terbaik
Irfan Bakti(TERENGGANU)
Pemain muda terbaik
Fadhli Shas(HARIMAU MUDA A)
Pemain Paling Bernilai Supermokh
Khairul Fahmi Che Mat(KELANTAN)

Unknown said...

Menurut persembahan semasa, Khairul Fahmi Che Mat adalah calon terbaik untuk merangkul anugerah pemain paling bernilai.

mata pena said...

dengan segala kecemerlangan mewakili negeri dan negara sepanjang tahun ini..dijangka Mohd Khairul Fahmi Che Mat dengan NurShahrul Idlana Talaha.....

Emmet Muhamad said...

Apex- Aksi dengan kelantan boleh dianggap berjaya dalam Liga Super, dengan membantu Kelantan muncul juara dan antara pasukan yang bolospaling sedikit. Tapi, banyak terlepas aksi Piala Malaysia akibat komitmen dengan skuad olimpik.Aksi unyuk pasukan kebangsaan pula, tidak siapa boleh mempertikai, pemain terbaik kebangsaan buat masa ini bersama Safee Sali.

Mat Yo- muncul sebagai penjaring kedua terbanyak liga super di belakang hadi yahya. perlu diingat, hadi mendapat banyak batuan di terengganu,bersama rangkaian hebat Hadi-Manaf-Ashaari dan Kallang Tie. Manakala Matyo di kelantan kelihatan bertindak seorang di atas akibat kekurangan pemain offensive yang bagus di kelantan.

Safiq-pilihan terakhirunutk memnangianugerah supermokh,kerana kegagalan selangor memenangi sebarang kejuaraan pada tahun ini. tetapi aksi untuk pasukan kebangsaan patut diberi merit kepada beliau, kerana tanpa beliaupasukan kebangsaan tidak efektif. Contoh perlawanan menentang Singapura di bukit jalil dan friendly menentang australia.

bagi saya pilihan tepat untuk memenagi anugerah Super Mokh ini adalah antara Mat Yo dan Apex.

Pilihan utama adalah Apek, tapi Super Mokh ni kan striker. Apek keeper. macam tak masyuk pulak. hehe.

Unknown said...

Khairul Fahmi Che Mat
Norshahrul Idlan Talaha

Unknown said...

penjaga gol terbaik
- Khairul Fahmi Che Mat(KELANTAN)

Pertahanan terbaik
- Marzuki Yusof(TERENGGANU)

Permain tengah terbaik
- Badhri Radzi(KELANTAN)

Penyerang terbaik
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)

Jurulatih terbaik
· Norizan Bakar (PERAK)

Pemain muda terbaik
- Fadhli Shas(HARIMAU MUDA A)

Pemain Paling Bernilai Supermokh
- Khairul Fahmi Che Mat(KELANTAN)

KFCM pemain paling konsisten dan sangat cemerlang.

Anonymous said...

Pemain dari pasukan kedah ? ZR

Anonymous said...

Supermokh milik Selangor.Safiq Rahim

ZLATANERA x said...

confirm apex sapu bersih

Dzulelmi said...

Pilihan saya:
Penjaga Gol : Khairul Fahmi Che Mat
Pertahanan : Aidil Zafuan Abd Radzak
Tengah : Safiq Rahim
Penyerang : Hairudin Omar
Jurulatih : Irfan Bakti
Pemain Muda : Fadhli Shas
Anugerah Supermokh : Safiq Rahim

Unknown said...

Salam bro Rizal,

1st of all, pls accept my apology bcoz I would like you to discuss on the prospect & issue below.

Baddrol Bakhtiar was a key player during our last SEA Games recently under OKS. But under Dato' Raja, he seem like be left out from the team. Where went wrong?

Hope you may spend your time to discuss on this issue in near future on your future talk show or blog.

Thanks

Kassim said...

nie anugerah utk Liga M jer ke..?
kalau ada Safee Sali, confirm anugerah Supermokh dapat kepada Safee Sali...

tp xde Safee Sali, mesti anugerah nie dapat kpd Apex, walaupun aku mmg x berkenan dgn perangai Apex kt luar tp kena akui dia penjaga gol terbaik masa kini, lagi 2 tahun adalah keeper baru yg akan gant apex sbb apex akan off-form mcm keeper2 lain sebelum nie...

bg penyokong Malaysia pasca AFF 2010, baru tahu yg player Malaysia nie mmg ada penyakit prestasi naik turun, duk sedap duk mengata ke player yg off-form, bila pemain pujaan mereka, Apex off-form nanti baru sedar kesilapan mereka...haha

Hazwan said...

Safiq Rahim x patut ade dlm list tu

Anonymous said...

bro - hanya khairul fahmi & hairudin omar nampak hebat tahun ini. yang lain tu biasa je, tak konsisten sepanjang tahun?

Anonymous said...

MANAF MAMAT dan ASHAARI SHAMSUDIN dari Terengganu tidak tersenarai?

2 pemain ini mempunyai skill tersendiri.

Aku tak percaya! Aku tak percaya!..
Siapa yang pilih ni?..
Mereka patut diganti dengan ABDUL HADI YAHYA...sebab penyerang ini dapat buat gol dengan hanya menunggu bola ajer...
Terima hantaran jer..

Anonymous said...

Anugerah supermokh>apek<

Anonymous said...

Bro amik orang macam alex ferguson jadi pegawai khas kejurulatihan untuk skuad senior disamping OKS Untuk long term Harimau Malaya.Takkan Malaysia x de duit kot.

Anonymous said...

Nak celah pasal Harimau Muda vs Bahrain.

Kesian tengok player kita, sana-sini berdengkut-dengkut. Yang belum betul-betul cergas pun kena turun padang.

Tu la FAM, sukan SEA nak kejar, olimpik pun nak kejar. Kalau player turun prestasi pasal lama nak elok sakit, jangan salahkan orang lain.

Harap-harap tak jadi la lagu tu!

Tabik OKS. Tabik skuad Harimau Muda. Masih cuba habis-habisan walaupun tahu kena perah.

Kamarul

kinnouchi said...

Pemain Muda Terbaik - Fadhli Shas

iamAjaiZamri said...

aku rasa yg paling layak terima anugerah supermokh 2 safiq rahim lah .

mimya said...

Sekadar ramalan:
Penjaga Gol : Khairul Fahmi Che Mat
(Kalu bukan apek, takkan nak sharbinee kot?you must be kidding..)

Pertahanan : Marzuki
(konsisten sepanjang musim)

Tengah : Badri Radzi
(antara safiq & piya cuma safiq agak off-form dlm peringkat tempatan.piya buktikan yg beliau berjaya membawa team yg 'tempang' di awal musim utk jd juara liga, naib juara FA dan menang piala sumbangsih.)

Penyerang : Norshahrul Idlan
(kalau kira sepanjang tahun matyo lah...kalu kira malaysia cup saje hai-o lah.lihatlah matyo bermain, walau mcm mana sekalipun dikawal rapi setiap game namun tetap penjaring kedua terbanyak liga.)

Jurulatih : Irfan Bakti
(Irfan terbaik.tp jgn lupa Dato Karathu,masuk last minute ke kelantan namun masih mampu bawa piala sumbangsih dan liga super di samping final FA)

Pemain Muda : Fadhli Shas
(konsisten...)

Anugerah Supermokh : Khairul Fahmi Che Mat
(Safiq cemerlang international tp local out.Matyo local perform tp international x brp ada peluang.Apek menyerlah dua2 local & international)

mimya said...

btw bro Rizal boleh share x proses penilaian anugerah ni mcm mana? nak tahu gak apa kriteria dan siapakah juri2 nya.

muhd.live@yahoo.com said...

Tiada yang lebih layak buat masa ini, ketika ini melainkan Khairul Fahmi kerana kemampuannya sentiasa mantap. Ternyata pingat emas sukan Sea baru-baru ini adalah platform sebenar mengukur kelayakan dan kemampuannya

TUISYEN said...

Badrul bakhtiar tidak layak ke?

Thearah11 said...

semakin menarik persaingan dan cerita2 mengenai bolasepak didalam dan diluar padang.. semakin ramai yg berjiwa besar dan mula menerobos ke dunia luar utk bermain bola.. Persaingan utk kategori2 sedia ada sudah ada ttp blum ckup kuat.. Beberapa thn lg akn jdi smakin menarik.. :D