Wednesday, November 2, 2011

Piala Emas Raja-raja 2011



Juara bertahan Kelantan diundi dalam Kumpulan D dengan Perlis, Kuala Lumpur dan Melaka pada saingan Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2011 bermula dari 25 hingga 27 November depan.

Kumpulan A menampilkan Negeri Sembilan selaku tuan rumah kepada Pahang, Kedah serta Singapura.

Terengganu selaku tuan rumah kumpulan B bakal bersaing merebut tempat ke suku akhir bersama ATM, PDRM dan Pulau Pinang.

Sambil kumpulan C terdiri daripada Perak selaku tuanrumah kepada Selangor, Johor, Johor dan MASUM.

Saingan peringkat suku akhir diadakan secara timbal balik pada 3 dan 10 Disember 2011, manakala peringkat separuh akhir juga secara timbal balik pada 17 dan 24 Disember 2011.

Perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2011 dijadualkan 30 Disember 2011.

Sebagai rekod, Kelantan merupakan pasukan yang paling banyak menjuarai Piala Emas Raja-Raja apabila 15 kali menjulang Piala Emas Raja-Raja dan termasuk menjuarai kejohanan musim lalu setelah menewaskan Kedah pada perlawanan akhir di Kota Bahru.

Memulakan tirai Piala Emas Raja-Raja 2011 adalah perlawanan Piala Agong diantara Kelantan menentang Perlis pada 12 November depan di Stadium Sultan Muhamad Ke-4, Kota Bahru, jam 8.45 malam.

Pertandingan Piala Emas Raja-Raja kali ini dijangka bakal menjadi gelanggang pemanas badan bagi pasukan-pasukan yang bakal membawa cabaran pada aksi Liga Malaysia 2012 yang telah pun membuka penyertaan pemain import.

4 comments:

Anonymous said...

macam-macam kejohanan bolasepak kat Malaysia tapi ranking negara menjunam ...... FAM buat apa? seronok ke tengok mutu bolasepak kita?

Anonymous said...

FAM - Ranking Malaysia kat mana sekarang? nak cari team nak lawan dgn Malaysia pun payah?

Anonymous said...

lawan Australia, kena belasah teruk buat malu. frienly dgn Aussie untuk menguji pemain? kena hantar the best team untuk friendly dgn team kuat mcm ni. kalau Brazil friendly dgn Australia, boleh laa Brazil kata nak uji pemain.

FAM, siapa yg nak ajak Msia lepas ni, tak berbaloi

Anonymous said...

Bolasepak Malaysia tak akan kemana mana sekiranya:
(1) Jurulatih salah pilih pemain untuk mewakili Malaysia, Maknanya, salah pilih coach.
(ii) Commentator2 dan host sukan di kaca TV, bias terhadap team tertentu sahaja, dan susah untuk memuji(praise) team lain yg tertentu walaupun mereka bermain baik. commentator sepatutnya kena neutral. Sekiranya ada perkara yg baik, samada permainan bolsepak atau cara pengurusan bolasepak team itu, seharusnya kita puji. bagaimanapun saya suka Azlan Johar, saya rasa beliau agak neutral mengulas sukan.

Begitu juga sekiranya ada satu player yg bagus, walaupun bukan dari team kegemaranya, dia kena puji(praise) player itu.

kalau bolasepak Malaysia nak maju, yang ni kena betulkan.