Wednesday, July 6, 2011

Apa cerita Yakeb?

Benarkah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) bergolak?

Tidak lama dulu aku dedahkan penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor, letak jawatan. Baca Rosmah quits Yakeb. Bila aku tanya dalam program Kafe Sukan secara langsung di sini, pengerusi eksekutif Yakeb, Mumtaz Jaffar, kata "saya suruh GM saya buat press statement..." tapi tak de pun press statement pun...Baru-baru ini pengurus besarnya, Md Razib Md Shah (gambar bawah), pula meletak jawatan.


Apa cerita sebenarnya? Walaupun ada yang mempertikaikan motif aku menulis pasal Yakeb ni, pada aku simple - sesiapa saja yang memimpin organisasi yang ada kaitan sukan dan atlet/bekas atlet haruslah telus, jujur, ikhlas dan berlapang dada. Terutama bagi organisasi yang dapat sumbangan orang ramai, tak kira syarikat besar atau bintang Bollywood. Tapi jumlah insan yang ada ciri-ciri ini adalah minoriti di zaman fitnah Dajjal berleluasa.

Antara kegiatan Yakeb hebat. Misalnya pelancarannya di sini dan penanaman tembikai emas di sini. Ada pulak Koperasi Atlet Malaysia Berhad yang bekerjasama dengan Iris Corporation untuk tanam tembikai di sini.

Benarkah Khalid Ali (gambar bawah, kiri, zaman dia baik dengan aku) bakal menggantikan Razib?


Tak lama lagi Yakeb buat mesyuarat agung...pengerusi eksekutif (khabarnya eksekutif tak wujud, tapi diwujudkan) baru akan dilantik khabarnya...bergantung kepada Pak Menteri...antara nama-nama disebut mengambil alih daripada Mumtaz ialah Datuk Malek Noor dan Khalid...atau Mumtaz dikekalkan untuk jadi pengerusi tetap macam Pengerusi Tetap Umno...

16 comments:

Anonymous said...

Bro Rizal,

I almost puked seeing Mumtaz in your Dengin Izin series.She showed arrogance and was always snakey in her replies.Her fake mask told it all....just like the MAAU fella....birds of a feather flock together....and they are flocking right under our Sports Commissionar's nose ????

Sports Fan

Anonymous said...

alamak aih, kepada Mumtaz Jaafar - ini nama yang aku tao sejak dulu la, tapi sejak bila anda ada gelaran datuk, dr bla bla bla aku tak tao la plak - saya nasihatkan, tumpu saja kepada rumah tangga, kasihan Dom orang yang baik dan lemah lembut itu.

Biarkan saja orang yang lebih berupaya yang tidak ada kepentingan politik tadbir Yakeb. Apa yang masyarakat lihat selama ini, anda hanya berlindung di sebalik Yakeb untuk 'memecut 100m' mengejar impian anda sendiri.

Sudah sampai masanya - patutnya tidak bermula pun - melepaskan jawatan. Mungkin orang seperti Malek Noor - bukan Khalid Ali - kendalikan Yakeb yang pada dasarnya nama cantik dan murni.

Cuma pada aku, Yakeb harus beri tumpuan kepada atlet yang dah pencen bukan mereka yang masih aktif.

Atlet aktif ibarat orang yg masih ada ibu bapa manakala atlet pencen ni macam anak yatim.

Jadi berikeutamaan kepada 'anak yatim' bukan mereka yg ada ibu bapa yang masih bertaggungjawab ke atas kebajikan anak mereka.

Anonymous said...

Brother Rizal

memang patut pun pengerusi Yakeb dipegang oleh orang lain yang jauh lebih baik dari yang ada sekarang.

masa dia aktif pun bukanlah terer sangat. jadi coach pun menghancurkan Watson Nyambek. jadi VP MAAU tak menolong pun.

macam mana dia ni dilantik jadi pengerusi.

emailfesbuku said...

BRO..tolong samapaikan kepada FAM,,peminat dah tak sabar nak beli tiket,,WC2014(q)MALAYSIA vs SINGAPORE..SNBUKITJALIL,bila FAM nak jual ni..*cadangan kepada FAM,,agar dapat mengikuti TEKNIK PEMASARAN TERKINI,,,jual tiket awal takkkanrugi...kena wujudkan euphoria dikalangan peminat untuk terus menyokong bola sepak MALAYSIA,,

sekian selamat maju jaya FAM.

emailfesbuku said...

sampaikan kepada FAM , kami mahu tiket dijual awal,,MALAYSIA VS Singapore,,di stadium bukit jalil...
bro tolong lah sampaikan suara peminat...MEDIA mempunyai peranan besar disini.

danish said...

Berharap agar tujuan penubuhan Yakeb tidak disalahgunakan untuk kepentingan tertentu

Anonymous said...

bro,

setahu saya mumtaz ni x pas pun srp camne leh teraju yakeb. dh lak plak tu dpt dr n datuk amende ni....

Anonymous said...

bro,

setahu saya mumtaz ni x pas pun srp camne leh teraju yakeb. dh lak plak tu dpt dr n datuk amende ni....kene tipu je la dgn mumtaz yg mmg sengal. tgk la masa kt stdium angkasa...tgk muka dia pun scary jee....

azeem(prima saujana) said...

dengar cerita ari itu mumtaz jaafar nk cr bekas2 atlis sertai yakeb??tp tengok yakeb cam x aktif je..mcm mne bekas2 atlis nk sertai??dgr cerita msn pon ad konsep yang same seperti yakeb

azeem(prima saujana) said...

dengar cerita ari itu mumtaz jaafar nk cr bekas2 atlis sertai yakeb??tp tengok yakeb cam x aktif je..mcm mne bekas2 atlis nk sertai??dgr cerita msn pon ad konsep yang same seperti yakeb

Anonymous said...

eloo bro ...gua xske la ngn lu kt rncngn dengn izin...mcm gampang je lu gua tgk

Anonymous said...

elooo bro...berdebat adalah menguraikan pandangan supaya menjawab persoalan UTAMA..cara anda memotong jawapan dari pihak bertanya seolah-olah menunjukkan anda mahukan orang mengiyakan setiap persoalan anda..bkn nya mahukan penjelasan..ini tidak adil..berikan ruang untuk penjelasan..rating penyiaran tetap akan meningkat jika kita jujur dgn apa yg hndk disampai melalui rncangan anda..lu sbenanye otak kosong bro...lu ingt lu sapa..hnye blogger smpah je

Anonymous said...

Salam & hi to all,

I think the key objective must be realised. Yakeb as a body which tries to take care of former athletes, should not be destroyed.
No matter who are being 'attacked' and who were the 'attackers', Yakeb's role must be continued. After all, everyone was excited, including the National Sports Council and Olympic Council of Malaysia, when Yakeb was launched. Dont do it again Malaysia!! We always like to destroy something that we were so eager to build at the start.

ABA

Anonymous said...

dengan izin,


show dengan izin best tpi nyampah ar org nak jwab mncelah...bro topik mnggu ni cite pasal singapore vs malaysia

Anonymous said...

betul la bro...asyik mencelah jer masa tetamu jawap dalam dengan izin. bai la peluang orang jawap dulu baru konar ikut tepi

Anonymous said...

Ramai sangat yang bangang dengan konsep rancangan Dengan Izin.... ini kan pendekatan baru supaya show nampak lebih menarik, bukan dengar tetamu jwp merapu. so host kenalah selit.

kalau nak soal dan tunggu org jawab habis, cari suray khabar lah.

Bro Rizal, teruskan tugas baik anda. Depa ini ramai yang sakit hati, tapi kesimpulanya sakit jiwa. maybe penulis upahan Yakeb kot.