Berita Harian seolah-olah menyindir menerusi artikel Hussain Said di sini.
Aku sekadar meliput Sukan SEA sebanyak empat kali - di Chiangmai 1995, Jakarta 1997, Kuala Lumpur 2001 dan Hanoi 2003. Pada 1993, 1999, 2005 dan 2007, aku jaga story dari pejabat dan bantu apa yang patut.
Pada 1997 - tahun terakhir Jakarta jadi hos Sukan SEA sebelum edisi 2011, aku ditugaskan the Malay Mail bersama Tony Mariadass dan Fariq Rahman manakala Khairul Ghazali selaku jurufoto. Di saat rantau Asia Tenggara berdepan krisis ekonomi, ingat lagi aku bagaimana cewek-cewek Indonesia mengagumi paras Fariq yang mengingatkan mereka kepada Dodi Al-Fayed, yang meninggal dunia di sisi Puteri Diana dua bulan sebelum itu dalam kemalangan kereta di Paris.
Ke mana saja Fariq pergi, dia menjadi tumpuan dan diberi gelaran Dodi oleh cewek-cewek yang bertugas di pusat media atau mana-mana LO, liaison officer atau pegawai seranta. Ketua kontinjen atau chef de mission ialah Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.
Sebagai wartawan bola, olahraga dan badminton, itu beat yang cukup besar. Tapi Tony jaga bola, aku jaga olahraga dan badminton, serta menembak dan beberapa sukan lain. Di Stadium Senayan, Watson Nyambek tewas kepada Vissanu Sophanich, tapi G Shanti mengubat kekecewaan. Daniel St Hilaire ditunjuk jalan keluar, Mumtaz Jaffar akhirnya jadi pengganti. 16 emas yang dituai Romzi Bakar 400m, R. Nandakumar 800m), A Munusamy 1500m, M. Ramachandran, 5,000m dan 10,000m, Nur Herman Majid 110m lari berpagar, 4x400m (Yazid Parlan, S Vasu, D Nadarajan, Romzi), Narinder Singh 20km jalan kaki, G. Saravanan 50km jalan kaki, Zaki Sadri lompat jauh dan lompat kijang serta Loo Kum Zee lompat tinggi menjadikan olahraga penyumbang terbesar pingat emas kepada kontinjen.
Pentingnya Sukan SEA 1997 kerana hanya setahun sebelum kedatangan Sukan Komanwel 1998, jadi MSN kena bergerak pantas dan tertekan hasilkan keputusan di saat ekonomi dunia yang merudum serta jerebu yang melitupi awan Kuala Lumpur.
Peranan MSN dari kaca mata aku bukan senang. Selaku agensi yang mewakili kerajaan, MSN harus mengambil kira kepentingan atlet, persatuan, pemimpin tetapi paling penting, pembayar cukai. Siapa yang harus menangani kerenah persatuan dan atlet, hanya MSN boleh jadi watchdog, check and balance! Bukan MOM yang dianggotai ahli persatuan jugak!
Sebab itu aku terkejut sasaran emas MSN sekadar 40-45 untuk edisi kali ini, sedangkan MOM sasar 60 emas, dan juga Menteri dah sebut Malaysia ada potensi untuk empat pingat emas di Olimpik tahun depan?
Kalau di Jakarta 1997 kontinjen negara dapat 55 emas, pungutan emas terbesar di luar Kuala Lumpur ketika itu, apakah 40-45 emas satu kemajuan selepas 14 tahun?
10 comments:
MSN dan MOM mungkin mempunyai sasaran untuk mencapai pingat emas yg berbeza krn mereka meletakkn sasaran berdasarkn pencapaian teerkini atlet yg dihantar ke Sukan Sea kali ini..
Rizal,
1. "MSN boleh jadi watchdog, check and balance!"
My question, who watches MSN?
2. "Bukan MOM yang dianggotai ahli persatuan jugak!"
Agreed. How can MOM be considered independent or neutral when most of its members are from NSAs who hunger for grants from the govt through MSN.
We need to see a clear separation of powers among the concerned bodies.
aku rasa depa saja ckp 40-45..sbb depa tau komfem2 blh pg lebih.sbb nnt kalo da lebih..depa angkat benda tu mcm 1 kejayaan besar la(melebihi sasaran)..tp apa2 pon..gudluck n all da best kpd jentera2 yg berjuang dsukan sea nnt..MALAYSAIA BOLEH!!
Target 45emas ni boleh dianggap sebagai jalan mudah yg diambil MSN. Tapi ada positifnya MSN buat mcm n sbb tekanan atlet akan kurang; bila pressure kurang atlet akan perform lebih baik.
bro rizal
betullah macam kata anoy 3.47 pm yang depa sengaja letak rendah. bila dapat 50 atau 60 emas depa akan kata lebih daripada sasaran.
tapi depa mesti ingat kita semua bukan bebal. atlet yang pergi ke jakarta atau palembang cukup ramai. pegawai pun ramai juga. pegawai msn ramai juga. yang tak ramai ialah ramalan pingat emas nya saja.
Brother Rizal
memang betul kata brother. lepas 14 tahun sukan kita bukannya bertambah baik tetapi bertambah teruk.
tahun 1997 pasukan kita dapat 55 pingat emas. tahun 2011 diharapkan dapat 40-45 emas. berapa juta duit rakyat dibelanjakan untuk dapat 40-45 emas ini.
malasnya nak borak pasal sukan kat Malaysia. semua yang involve kat badan2 sukan adalah individu yang bermasalah....macam mana sukan nak maju?
tapi still kita ok - kutipan pingat kita akan mengatasi Brunei,Laos & Timor Leste
Fariq macam Dodi Al Fayed??? Ha ha ha ha gwa ketawa pecah perut sampai nak terkenc*** dlm sluar pun ada..lu dgn cewek-cewek Indon time tu smua rabun la...hahahahahahahahah
Post a Comment