Bercakap pasal perseteruan Malaysia-Indonesia, nama-nama yang bermain di bibir aku pada 70-an Ronny Pattinasarany, Iswadi Idris, maklumlah selalu dengar radio, pengulas seperti Zulkarnain Hassan, Amran Hamid, Hussin Ibrahim selalu sebut Simson Rumah Pasal, Ronny Paslah...tapi sehebat-hebat mereka pun, Allahyarham Mokhtar Dahari intercept bola Ronny libero lalu melepaskan rembatan menewaskan Ronny Paslah untuk jaringan tunggal di Senayan pada September 1979, pingat emas ketiga dalam acara bola sepak sejak 1961...Dan Guen Chin, penulis kolum Mokhtar untuk New Straits Times, cover tiga Sukan SEA di Jakarta, pada 1979, 1987 dan 1997...
gambar dicilok daripada facebook Nor Azmi Mahmood, aksi klasik jaringan Mokhtar di Jakarta pada 1979
"Aku ingat lagi final di Senayan 1979, game tu main petang, Indonesia ada Iswadi Idris, very good player," kata Dan.
Ronny Pattinasarany, aku temui pada 2003 di Kuantan, kejohanan Futsal Asia...
Pada 80-an, Ricky Yaakob, Rully Nere, Ribut Waidi dan Robby Darwis...menang pingat emas pada 1987 menewaskan anak buah Abdul Rahman Ibrahim. Timnas Indonesia unggul di Jakarta, setahun selepas mara ke separuh akhir Sukan Asia di Seoul.
Indonesia tetap ganteng dari 95-97. Widodo Cahyonoputro , aku masih ingat sepakan guntingnya gol pada Piala Asia 1996 (masa tu live di Astro, rangkaian StarSport), di Chiangmai, selepas penat bertungkus-lumus mengikat Thailand tanpa jaringan, Malaysia tewas 3-0 kepada Indonesia, Fachri Hussaini score dua gol pada 1995 di Chiangmai.
Misai Fachri Hussaini menghantui team Malaysia pada 1995-97
Fachri ulangi kejayaannya dengan menjaringkan dua lagi gol pada edisi di Jakarta 1997, kita dibelasah 4-0 di GBK...
Sukan SEA 2001, Malaysia menang, aku tulis previu pertemuan di antara dua striker yang berkampung di Eropah - Akmal Rizal Rakhli di Perancis dan Bambang Pamungkas di Belanda. Kita menang 2-1 di Stadium Petaling Jaya, Maman buka tirai jaringan tapi Akmal score penalti selepas Hairuddin Omar ditolak, dan jaringan kemenangan hasil sepakan percuma lencong daripada kaki kiri Irwan Fadzli Idrus...melonjak penonton Malaysia walaupun lebih ramai Indon di stadium...
Hai-O dan Shukor Adan rakan sepasukan Irwan Fadzli Idrus pada 2001, apabila anak buah Allan Harris menang 2-1 ke atas Indonesia...temasya 2001 kali pertama had umur bawah 23 tahun ditetapkan untuk bola sepak, tapi penganjur letak had umur kepada pemain yang lahir pada dan selepas Januari 1979, jadi pemain berusia 23 tahun tak boleh main.
Pada Disember 2004, aku di Jakarta menyaksikan Liew Kit Kong menjaringkan dua gol - satu lambungan satu lagi tandukan terbang...malangnya kita tewas 4-1 di depan penyokong sendiri pada pertemuan kedua.
Jadi mana satu kesudahan buat anak buah Kim Swee? Final 1979 atau 1987? Adakah scorelinenya nanti 1-0 juga? Untuk rekod, kita menang pingat emas 1961, 1977, 1979, 1989 dan 2009.
Apakah Thamil Arasu diberi kepercayaan ganti Izzaq Faris Ramlan, atau Syahrul Azwari Ibrahim jadi hujung tombak di jentera serangan? Apakah Khairul Fahmi Che Mat sekali lagi muncul wira dan selamatkan penalti, macam pada final Piala AFF?
Kepada Kim Swee dan anak-anak buahnya yang bakal dibawa ke stadium dengan kereta perisai, selamat berjuang!
11 comments:
Komen saya pernah tersiar di papan iklan Nike di GBK sewaktu final AFF tahun lepas. 'Baham Garuda!'
SAUDARA RIZAL
YA SAYA PUN SAMA PESTABOLA MERDEKA TERUTAMANYA LIVE TAK ADA KAT TV FINAL ADA LAH , DICORONG RADIO LAH KITA IKUTI PENGULAS RADIO SYA SUKA MASA TU TN HJ HUSSEIN IBRAHIM,KARIM MOHD (SEKADAR BEBERAPA NAMA)NAMA2 YG SAUDARA SEBUTKAN TADI SENTIASA SAYA CERITAKAN PADA ANAK TERUTAMA SETIAP PERTEMUAN KITA DGN INDO.KALAU MEREKA BERMAIN SEPERTI MANA PERINGKAT KUMPULAN TEMPOHARI RASANYA KTA BOLEH MENANG.
PEMINAT SUKAN-
Memang kita akui bahawa bukan mudah untuk skuad harimau muda utk menumpaskan Indonesia yang dikuatkan dengan sokongan dan sorakan penyokong fanatiknya. Namun kita percaya anak-anak buah OKS tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam perlawanan malam ini. Sekiranya kita sabar dan fokus kpd perlawanan saya yakin emas dalam genggaman tangan kita.
Apa yg membimbangkan kita ialah ketumpulan bahagian serangan kita. Memang kita akui kita mempunyai striker yang agak baik seperti Izaq dan Fakri tapi prestasi mereka tidak konsisten. Kejap ok kejap tak ok. Kalau kita nak menang mesti ada penyudah yang tajam dan bukan hanya bertahan sepanjang perlawanan...
Apa pun yang terjadi...menang atau kalah saya tetap berbangga dengan semangat dan keketalan yang ditunjukkan oleh anak-anak muda kita ini. Teruskan usaha wahai anak-anak muda negara..
Aum..............aum................aum................Malaysia BOLEH...
Salam bro.
Pada aku, dgn masalah kecergasan dan kecederaan yang dihadapi oleh coach Ong, pada aku, kita sampai ke final pun sudah cukup cemerlang. Bak kata bro kat dlm Astro, dua SEA games berturut-turut masuk ke final. Yg penting adalah konsisten. Indon, fully physical utilization of football. Us? Mmg start Dato' K. Rajagopal hinggalah ke Ong Kim Swee aku nampak, M'sia was utilizing trick and tactical futball. I agreed with U. I dun care about beauty of futball. I only care about winning. However, menang atau kalah, aku tetap bangga dgn skuad bawah 23 tahun.
biarlah keputusan malam nie seperti peringkat kumpulan...
kita ada backing players dgn injury izzaq dan syahrul azwari... tp bg sy wan zaharulnizam xpatut ada dlm skuad krn rekod injury dlm kariernya.
Fakri oh fakri...bang gopal pls #%&d,&(%(&-%/%!#?%#&#....
alhamdulillah,,,,,,syukur sgt2..thnk kepada semua pemain bola sepak kita lebih2 lg apek dan badrol kecuali si fakri!!!!!... dia x layak bermain sebnarnya....sepakan penalti yg lemah serta pentingkn diri sendiri..cthnya...dia mmbuat percubaan kea arah gol dari sudut yg sukar tetapi lebih elok jika lorongkan bola tersebut kpada irfan yg tidak dikawal...saya juga kecewa dgn prestasi thamil arasu....
akhir sekali....saya mngucapkan tahniah kepada semua pemain dan rakyat malaysia kerana kita telah berjaya mempertahankan pingat emas.. syukur ya ALLAh
alhamdulillah,,,,,,syukur sgt2..thnk kepada semua pemain bola sepak kita lebih2 lg apek dan badrol kecuali si fakri!!!!!... dia x layak bermain sebnarnya....sepakan penalti yg lemah serta pentingkn diri sendiri..cthnya...dia mmbuat percubaan kea arah gol dari sudut yg sukar tetapi lebih elok jika lorongkan bola tersebut kpada irfan yg tidak dikawal...saya juga kecewa dgn prestasi thamil arasu....
akhir sekali....saya mngucapkan tahniah kepada semua pemain dan rakyat malaysia kerana kita telah berjaya mempertahankan pingat emas.. syukur ya ALLAh
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan kemenangan kepada Malaysia berkat doa jutaan rakyat Malaysia terutama doa para wartawan dan pegawai sukan yang 'dianiaya' secara sistematik di Indonesia.
Komen aku secara peribadi, barisan kedua Ong Kim Swee adalah setanding dgn barisan utama Garuda. Seandainya kita menurunkan barisan utama seperti ketika melawan Lubnan, aku yakin kita mampu menang dgn 90 minit permainan. Tahniah Harimau Muda!! Aku masih sempat menyaksikan kebangkitan bolasepak negara. Kemenangan ini umpama jarum peniti yang menusuk jantung Garuda kerana ia adalah 'ibu segala pingat' di sukan SEA.
berita lambat!!!
mana kisah kejayaan team bolasepak malaysia sukan sea 2011..
cepat sikit tulis..
letakkan gambar yang menarik sikit
Post a Comment